Lanjusoh Thu Mar 06, 08 8:14:57 pm MYT
KOTA BHARU, 6 Mac (Hrkh) – PAS menyifatkan pembatalan penggunaan dakwat seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cukup meragukan kerana ia memberi ruang kewujudan pengundi hantu. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pembatalan penggunaan dakwat memperlihatkan ada rancangan lain supaya ada orang boleh mengundi sehingga dua tiga kali. Saya ada pengalaman mengundi ketika sedang belajar di India di mana kita menggundi menggunakan dakwat. Sepatutnya tuntutan rakyat Malaysia menggunakan dakwat ini dilaksanakan. “Tiba-tiba menjelang hari mengundi dibatalkan. Ini tentunya dalam kepala mereka ada niat jahat yang sengaja dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan MoU lot Bazar Tok Guru di Arked MPKB di sini, hari ini.
Baru-baru ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat atas alasan kononnya ada usaha disabotaj pihak tertentu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pengundi luar yang tidak dikenali memang dipanggil sebagai pengundi hantu. “Bagaimanapun sebanyak mana pengundi luar datang kita minta doa supaya mereka mengundi bulan. Ini kerana selepas kita berjaya mentadbir dalam tempoh 18 tahun tiada sebab langsung rakyat tolak PAS. “Kita sudah laksanakan apa yang disaran dalam Islam dan mengikut juga kehendak demokrasi. Semua rakyat tanpa mengira kaum tidak sebab untuk menolak kerajaan PAS,” ujarnya. Beliau menegaskan pengundi hantu memang wujud dan ia boleh lihat dalam kes di Pengkalan Pasir, di mana orang yang hendak mengundi didapati namanya sudah ditanda orang lain. Kata beliau, difahamkan pihak terbabit menggunakan nama orang yang tidak pernah keluar mengundi dengan dibekalkan kad pengenalan diklon kepada orang lain. Ditanya mengenai perkembangan ekonomi Kelantan sejak 18 tahun di bawah PAS, katanya perbezaan yang jelas dapat dilihat sekarang. “Boleh dilihat sendiri kalau dahulu kita hanya ada pasar Besar Siti Khatijah dan sekarang sudah ada Pasar Borong Wakaf Che Yeh. “Pusat membeli belah sudah banyak bertambah di mana sekarang ada KB Mall dan Tesco serta banyak lagi,” ujarnya. Selain itu, bandar baru juga sudah dibangunkan di Wakaf Che Yeh serta Tunjung yang sedang dimajukan sekarang. Di kawasan itu juga akan dibangunkan pusat perniagaan ala Thailand Mark dan China Mark. Mengenai manifesto BN ‘Kelantan maju Kelantan Baru’ kata beliau sebenarnya ia sudah dilaksanakan di Kelantan sekarang. “Sejak kita ambil alih pentadbiran Kelantan 18 tahun lalu kita sudah mengubah menjadi Kelantan baru,” tambahnya.Ditanya mengenai hutang kerajaan Kelantan kepada pusat katanya, mana ada kerajaan negeri yang tidak ada hutang. “Semua negeri ada hutang. Hutang yang ada memang kami bayar. Misalnya pinjaman bagi meningkatkan prasarana kemudahan bekalan air daripada kerajaan Pusat. “Tun Dr Mahathir Mohamad melulus sebanyak RM600 bagi meningkatkan kemudahan bekalan air dan setakat ini sebanyak RM300 diterima. “Melalui duit tersebut kita tingkatkan loji baru dan saluran paip. Kita sudah membayar hutang tersebut mulai tahun lepas,” katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan