07 Mac 2008

Kertas undi sudah dikesan sebelum pengundian

Kenyataan Media Thu Mar 06, 08 9:50:32 pm MYT
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sabak Bernam telah mengesan satu percubaan untuk menipu pengundi dalam usaha memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 khususnya bagi Parlimen Sabak Bernam,DUN Sungai Air Tawar. Pada hari ini bertarikh 6 Mac 2008 PAS dan KeADILan telah menemui beberapa keping gambar yang menunjukkan kertas undi yang ditulis calon PKR Dr. Badrul Amin dan Ustaz Azrulkhakim telah dikeluarkan sebelum hari membuang undi pada 8 Mac 2008. PAS dan PKR amat kesal dengan insiden ini dan amat yakin ia merupakan satu konspirasi jahat untuk mengalahkan calon-calon PAS
dan PKR dengan menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Justeru PAS dan KeADILan meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat insiden ini demi memastikan perjalanan PRU pada 8 Mac ini dalam keadaan bersih dari sebarang penipuan terancang.
Sekian, terima kasih

Ustaz Azrulkhakim SuradiCalon PAS N01 Sungai Air Tawar
Dr. Badrul Amin BaharonCalon PKR P092 Sabak Bernam

Tiada ulasan: