02 April 2008

Boikot barangan Belanda !!!!

Oleh Bernama
Selasa, 01 April 2008
KL: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk 'Fitna' menerusi Internet."Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam."Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenalpasti produk tersebut."PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia," katanya.

Tiada ulasan: