30 April 2008

LOMPAT SI KATAK LOMPAT

Bila diberitakan Ibrahim Ali telah mengistiharkan dirinya bukan Ahli Parlimen PAS tetapi adalah Ahli Parlimen bebas (independent), reaksi ramai orang adalah: "dah jangka dah" atau "lompat lagi katak tu" atau "dah kata dah". Jadi keputusan Ibrahim Ali untuk lompat ini memangnya sudah diduga ramai. Ibrahim tak kenang langsung jasa TG Nik Abdul Aziz atau jasa PAS yang menghulurkan beliau tali ehsan untuk keluar dari perigi buta politik. Tindakan beliau yang telah diundi oleh rakyat atas tiket PAS adalah tindakan yang tidak bermoral dan beretika. Rakyat di kawasan pilihanraya beliau bukan sahaja mengundi beliau tetapi sebenarnya mengundi PAS, dan beliau telah belot terhadap rakyat. Maka timbul persoalan adakah bertika dan bermoral tindakan sesetengah pihak pembangkang terutamanya PKR untuk memancing Ahli-Ahli Parlimen BN?Ibrahim Ali boleh masuk Guinness Book of Records sebagai ahli politik di dunia ini yang tak bermaruah, tak beretika, tak bermoral, tak tahu malu, tak tahu kenang budi, etc. etc. etc. Jenis tak tahu malu dan tak tahu berterima kasih ini selalunya mereka yang lemah keimanannya.Jangan hairan kalau tak lama lagi si opportunis Ibrahim Ali ni akan lompat lagi dari kedudukkannya sebagai MP independent balik ke UMNO. Sebagai seorang opportunis Ibrahim Ali akan melompat kemana saja perut beliau boleh dapat makan besar. Saya percaya kedudukkan beliau sebagai MP bebas ini hanya-lah "posturing" buat sementara menuggu untuk memasukki mana-mana parti yang akan menawarkan beliau pangkat dan wang ringgit. Ibrahim Ali berulangkali membuktikan yang beliau bukan wakil rakyat tapi wakl perut dan hawa nafsu sendiri.Kalau Ibrahim Ali nak lompat lagi, tolong jangan lompat ke PKR. Kalau katak ini lompat ke PKR, perbuatannya itu boleh kecoh dan memporak-perandakan pakatan pembangkang yang sedikit-sedikit sudah kelihatan agak rapuh pada zahirnya, teutamanya apabila DAP pada mulanya membantah ADUN PAS menjadi Menteri Besar Perak, diikutui seterusnya dengan tekanan DAP dan PKR ke atas PAS agar PAS menggugurkan perjuangannya untuk mendirikan negara Islam.Pakatan pembangkang kini kelihatan agak rapuh atau fragile bila terdapat usaha DAP dan PKR untuk control serta mengatur rumah tangga PAS. Saya anggap tindak tanduk DAP dan PKR menyuruh PAS gugurkan perjuangan Islamnya sesuatu campurtangan dalam urusan keluarga PAS, dan tindak tanduk DAP dan PR itu adalah biadab pada pandangan saya. Balik kepada Ibrahim Ali, tak boleh diketepikan yang beliau sudah pun bertanya-tanya kepada parti-parti politik seperti UMNO apakah yang beliau bakal dianugerahkan jika beliau masuk parti tersebut. Macam orang-orang Kristian Barat cuba mengajar kita orang Islam cara makna hendak mengamalkan agama kita.Ingin saya sentuh sedikit tentang lompat parti ini. Bukankah ianya perbuatan yang tidak bermoral dan beretika. Tindakan Anwar Ibrahim untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak agar lompat ke parti pembangkang - adakah ianya perbuatan bermoral dan beretika. Bukankah Ahli-Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak itu dilantik atas tiket BN yang bermakna rakyat di Sabah dan Sarawak telah memberi kepercayaan mereka terhadap BN. Bukankah begitu. Maka bukankah kita pembangkang akan menentang kemahuan rakyat di Sabah dan Sarawak yang masih mahukan BN apabila kita memancing Ahli-Ahli Parlimen mereka untuk menyertai pembangkang? Saya bangkitkan persoalan-persoalan ini dari segi etika dan moral.Kita jangan lupa bahawa suatu dari sebab rakyat telah menolak BN di 6 negeri dan melantik 82 (sekarang dah jadi 81) anggota parti-parti pembangkang ke Parlimen adalah kerana rakyat semakin melihat pemimpin-pemimpin BN, terutamanya UMNO, semakin tak beretika dan tak bermoral.Tanggapan rakyat amat penting dalam politik. Mereka yang pelajari political science akan bersetuju tanggapan rakyat amat penting. Dan tanggapan ini kadangkala tidak atas premis lojik tetapi berlandaskan perasaan. Maka harus kita pihak pembangkang bertindak untuk memastikan tanggapan rakyat terhadap kita itu terus bertambah baik, dan kepercayaan rakyat terhadap kita untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan BN itu semakin bertambah dan kuat. Sudah lama rakyat punyai tanggapan bahawa DAP dan PAS tak sebulu dan tak mungkin boleh berpakat. Kita perlu hapuskan tanggapan negatif ini. Dan ada di kalangan sesetengah rakyat dan penyokong-penyokong PAS yang punyai tanggapan kurang baik terhadap keikhlasan PKR, terutamanya keikhlasan Anwar Ibrahim, Rasa curiga terhadap keikhlasan PKR ini antara lainnya adalah kerana kepimpinan PKR ramai terdiri dari kalangan bekas BN. Maka tanggapan negatif sebini juga perlu diubah. Malangnya belum apa-apa pun perkembangan politik pakatan pembangkang selepas PRU pada 8 Mac 2008 tidak menjurus kepada yang sihat. Malah lebih mengukuhkan tangggapan-tanggapan negatif yang sedia ada. Telah berlaku pertelingkahan antara DAP-PAS dan sekarang ini antara PKR-PAS. Ini telah memberi tanggapan kepada sesetengah orang mungkin DAP dan PKR punyai agenda tersembunyi untuk menyingkirkan PAS dari pakatan rakyat. Ini soal perasaan yang subjektif dan kadangkalanya dibentuk juga oleh prasangka. Yang saya ingin tekankan di sini janganlah belum apa-apa pun kita memberi mesej dan signal yang boleh membangkitkan semula tanggapan negatif rakyat terhadap pakatan DAP-PKR-PAS.

Tiada ulasan: