17 April 2008

Sepatutnya Umno terlebih dahulu contohi Umar Abdul Aziz

GEORGETOWN, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh jadi ketua kerajaan terpuji jika mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam usaha melaksanakan dasar kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob berkata, kenyataan Lim Guan Eng memperlihatkan kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan rasuah, penyelewengan dan kronisme dijauhi sebagaimana dilakukan oleh pengtadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. "Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengejutkan banyak pihak kerana beliau bukan Islam. Sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai pengtadbiran negeri lain terlebih dahulu berpandangan macam tu," tegasnya ketika berceramah di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam. Menurutnya, kenyataan Guan Eng itu juga mempelak sikap kepimpinan Umno yang nyata mengamalkan rasuah dalam pentadbiran yang dikuasainya. Sekarang ini ujarnya, bila memperolehi kuasa hasil kepercayaan rakyat kebanyakan kepimpinan Umno lupa diri dengan asyik mencari kekayaan sehingga melupai tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat. Ada pula sambung Salahuddin, menghilangkan diri sama ada ke Kuala Lumpur atau menjadi wakil pemaju menentang usaha penduduk yang mahu mendapat keadilan. "Kepimpinan Umno kena meniru langkah yang bakal disusun oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membaiki pengtadbiran yang dulunya dipenuhi salah guna kuasa," tambah beliau di hadapan ribuan hadirin. Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat katanya, merupakan Menteri Besar paling bersih sepanjang pemerintahan selama 18 tahun berbanding negeri dikuasai BN!!!. Terengganu sendiri jelas beliau, setelah BN berjaya merampas dari PAS pada pilihan raya umum 2004 banyak penyelewengan berlaku dipercayai diketuai Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Idris Jusuh sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan bila tiba hendak mengetuai kerajaan BN selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. "Dato' Seri Idris Jusuh kini tidak lagi dihormati bukan kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar malahan kerana faktor selalu mengamalkan rasuah ketika memegang tampuk pemerintahan," katanya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri. Berceramah sama pada malam tadi ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
BETAH PENDEKARSERKAM :
ALANGKAH BESAR KEMALUAN KITA BILA Y.A.B KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG SEORANG YANG BERBANGSA CINA DAN BUKAN BERAGAMA ISLAM INGIN MENCONTOHI KEADILAN SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ .BESAR LAGI KEMALUAN KITA BILA ORANG YANG BUKAN ISLAM NAK IKUT CARA ISLAM TAPI ORANG ISLAM TOLAK APA YANG DIBAWA OLEH ISLAM.. APA PUN ANTUM PIKIR LAH SENDIRIK ?

Tiada ulasan: