30 Mei 2008

7 BEKAS AHLI PKR IKUT JEJAK EZAM

KUALA LUMPUR: Tujuh mantan pemimpin utama cabang pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk mantan setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menurut jejak mantan bekas ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, menyertai Umno, menurut beberapa laporan laman web berita setempat semalam.Mereka ialah Encik Aswan Din Hamzah, Encik Abdul Ghani Haron, Encik Annuar Shaari, Encik Johari Mohd Yasin, Encik Mohd Nazmi Rosli, Encik Ahmad Daud Che Ghani dan Encik Khairul Annuar Ramli, kata laporan laman The Malaysian Insider semalam.Permohonan mereka perlu diluluskan oleh majlis tertinggi parti, tetapi mereka akan tahu dalam masa sebulan ini, kata laporan itu.'Biasanya mereka (Umno) akan menerimanya. Saya yakin mereka akan diterima,' kata Encik Annuar, sebagaimana yang dipetik dalam laporan The Malaysian Insider itu.

Mengenai mengapa beliau tidak menyerahkan permohonannya bersama Encik Mohamad Ezam, Encik Annuar dalam laporan tersebut berkata ia disebabkan beliau tidak tahu bahawa Encik Mohamad Ezam telah menyerahkan permohonannya kelmarin.Namun, satu laporan laman berita Malaysiakini semalam berkata hasrat mereka itu diumumkan Encik Mohamad Ezam dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pagi semalam.Encik Annuar, mantan ketua PKR Permatang Pauh, pernah menjadi setiausaha sulit Datuk Seri Anwar di Kementerian Kewangan Malaysia pada satu ketika dulu.

Tiada ulasan: