30 Mei 2008

ISTERI NAJIB JADI SASARAN PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang kelmarin melancarkan serangan baru terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut satu laporan laman berita setempat.Kali ini tumpuan mereka ialah terhadap isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), kata laporan laman berita, The Malaysian Insider, lewat kelmarin.Kelmarin, Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Gombak, Encik Azmin Ali, mendakwa Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kedutaannya di luar negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan 'tidak rasmi' dalam usaha mereka menjaga isteri-isteri orang kenamaan (VIP), sambil memberi contoh bayaran cukai, pengangkutan dan bagasi tambahan Datin Rosmah yang ditanggung misi di London apabila Datuk Najib melawat ke sana tahun lalu.'Ia antara kos tertinggi yang ditanggung misi di sana. Saya tidak akan katakan ini jika tiada bukti. Kami mempunyai laporan awal dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana,' kata Encik Azmin.Ulasan beliau mengundang teriakan kurang senang dari beberapa AP lain, termasuk Dr Ahmad Fuad Zarkashi dan satu bangkangan dari Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim.

Menteri itu berkata Suruhanjaya Malaysia di Britain mengesahkan bahawa mereka hanya menerima ketibaan Datuk Najib dan Datin Rosmah di sana.'Suruhanjaya Tinggi menegaskan bahawa ia tidak membuat sebarang bayaran tidak relevan bagi pihak isteri timbalan perdana menteri. Apa yang dikatakan beliau tidak benar,' kata Datuk Rais.Encik Azmin membalas sambil berkata: 'Masih pagi lagi di London. Bagaimana Suruhanjaya Tinggi kita di Britain boleh selesaikan siasatan itu dalam masa singkat?'Datuk Najib pula enggan mengulas dakwaan 'remeh dan sesuka hati' Encik Azmin itu sambil menafikannya, menurut The Malaysian Insider.


Tiada ulasan: