22 Mei 2008

Nelayan dakwa pampasan tidak setimpal

MASJID TANAH, 22 Mei (Hrkh) - Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat mendakwa pampasan yang diberikan kepada mereka berikutan kerja-kerja pengorekan bijih timah di perairan laut Kuala Sungai Baru tidak setimpal.Hampir 435 nelayan tersebut di mana 80 peratus di antara mereka ialah orang Melayu yang secara tradisinya telah menjadi nelayan sejak sekian lama berasa hampa kerana kerajaan negeri tidak menunaikan janjinya malahan cuma membayar pampasan gantirugi sebanyak RM 1,600.00 sahaja."Semenjak kerja-kerja melombong dijalankan pendapatan nelayan semakin merosot, di mana sebelum ini mereka mendapat kira-kira RM 300 sehari tetapi sekarang ini nak dapat RM 150 pun sakit," kata salah seorang nelayan terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan.Menurutnya, kerajaan negeri jelas mungkir janji kerana sebelum ini janji ditaburkan kepada nelayan tidak ditunaikan."Mana kami nak cari duit bagi makan anak bini kami, pampasan yang dijanjikan pun tak dapat lagi," kata beliau dengan kesal.Ini bukanlah kali pertama nelayan ditipu kerajaan negeri kerana sebelum ini nelayan Pantai Klebang juga diperdayakan oleh Ali Rustam dan kuncu-kuncunya sehingga memaksa nelayan terbabit berdemonstrasi.Kerja-kerja melombong bijih timah di kawasan tersebut dimulakan awal Mac lalu setelah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan: