| |
KUALA LUMPUR, 21 Mei(Hrkh) - PAS melahirkan rasa kesal dengan pendirian Kementerian Pelancongan yang tidak tegas dengan pelaksanaan dasar pelancongan yang mengetepikan syariat Islam sebagai kayu ukur kerajaan BN.Siti Zailah MohdYusof(PAS-Rantau Panjang) menempelak sikap kerajaan persekutuan yang melaung-laungkan pendekatan Islam Hadhari ini khususnya Kementerian Pelancongan apabila tidak tegas dalam isu penyediaan arak di dalam penerbangan pesawat-pesawat Malaysia."Betapa temberangnya kerajaan pusat yang sibuk menyatakan bahawa merekalah yang membela Islam melalui Islam Hadhari tetapi mengambil contoh yang tidak baik dengan menghidangkan arak di dalam penerbangan milik kerajaan," katanya ketika ditemui di luar dewan rakyat semalam.Hal ini ujarnya, jelas menunjukkan tidak seriusnya kerajaan persekutuan dalam membela dan melaksanakan dasar-dasar Islam."BN dengan ini jelas menunjukkan dangkal dan ceteknya mereka dalam melaksanakan prinsip Islam serta mencari-cari alasan untuk menghalalkan tindak-tanduk mereka sehingga mereka tidak menyedari apa yang dibuat itu sangat ketara dan ianya dapat disaksikan sendiri dengan dolak-dalik mereka," katanya.Katanya, ia sekaligus menjelaskan sememangnya kerajaan BN tidak mahu kepada Islam sebagai dasar pemerintahan negara ini. Persoalan mengenai penyediaan arak ditimbulkan Siti Zailah semasa sesi penggulungan ke aas sesi perbahasan titah ucapan Diraja semalam kepada Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman said.Apa yang jelas kini katanya, kerajaan lebih mengutamakan larangan merokok daripada menitik beratkan isu penyediaan arak di samping etika berpakaian pramugari yang tidak sopan serta menjolok mata.Walau bagaimanapun, Azalina mengelak daripada menjawab mengenai hal tersebut dengan menyatakan bahawa dasar mengenai hal tersebut terletak di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan."Kerajaan kelihatan lebih mementingkan keuntungan material semata-mata tanpa mengambilkira aspek pembangunan manusia dengan meletakkan kesan perlancongan dari segi pembangunan insan itu hanya menerusi perlaksanaan program berkhatan semata-mata."Mereka tidak meletakkan perlancongan itu sebagai suatu program yang mementingkan nilai moral dan kemanusiaan akibat kawal selia yang longgar dan lemah oleh kementerian yang dipertanggungjawabkan," katanya lagi.Malah menurut Siti Zailah, rakyat tempatan di Pulau Langkawi menjadi mangsa kepada budaya yang dibawa oleh pelancong asing sehingga mereka terlibat dengan aktiviti arak dan pelacuran pada usia yang masih muda belia."Kerajaan tidak tegas dengan menguatkuasakan peraturan dan prinsip tertentu bagi membendung daripada menularnya budaya tidak sihat di kalangan pelancong kepada masyarakat tempatan," ujarnya.Arak di kawasan tersebut boleh didapati dengan harga yang murah kerana ia tidak dikenakan cukai, bahkan pelajar-pelajar sekolah sudah tidak berminat meneruskan pengajian selepas terlibat dengan aktiviti melayan pelancong pada perkara yang tidak sepatutnya."Inilah kesan daripada sikap kerajaan yang tidak peka dan berfungsi untuk mengendalikan aktiviti pelancongan dengan berkesan dan bermanafaat, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa kepada situasi," tegasnya. Dalam pada itu, beliau yang juga melahirkan rasa sedih apabila Azalina mendefinasikan ukuran pelancongan ibadah itu cukup dengan hanya berkhatan."Inilah Islam Hadhari yang seolah-olah hanya menyempitkan Islam itu kepada persoalan mati, kelahiran, berkhatan, nikah cerai semata-mata yakni bukan melibatkan perkara yang menjadi dasar kepada Islam itu sendiri," ujarnya lagi.Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Kelantan itu kesal dengan jawapan Azalina mengenai contoh yang perlu diambil kerajaan dalam menghalang penyediaan arak di dalam pesawat sebagaimana yang dicadangkan Dato' Ibrahim Ali(Bebas-Pasir Mas) bahawa Saudi Airlines dan Pakistan Airlines masih boleh menjana keuntungan tanpa penyediaan minuman tersebut."Hairannya rokok dilarang, sedangkan arak masih dihidangkan walhal kesan daripada arak lebih teruk berbanding rokok," katanya.Azalina kelihatan mempertahankan penyediaan arak dengan memberikan contoh syarikat penerbangan negara Islam seperti Emirates Airlines dan Qatar Airlines yang masih membenarkan penyediaan arak di dalam pesawat mereka."Yang berhormat sepatutnya merujuk kepada syarikat yang tidak menyediakannya jika mahu melaksanakan dasar tersebut," kata Ibrahim mengingatkan Azalina.Malah dalam isu pakaian pramugari, Dr Muhd Fuad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) yang menegur mengenai pakaian pramugari syarikat penerbangan tempatan yang disifatkan tidak sopan dan terdedah."Rasa-rasanya pakai baju kebaya dan skirt boleh selamatkan diri apabila pesawat terhempas ke?" katanya.Kata Zailah lagi, persoalan tersebut telah beberapa kali dibangkitkan daripada Dewan Negara seolah-olah kerajaan tidak serius dan hanya menyerahkan semua tanggungjawab itu kepada syarikat penerbangan sahaja."Ia semacam bukan suatu isu yang besar sedangkan ia adalah perkara yang telah dijelaskan oleh Islam mengenai penutupan aurat ini," ujarnya. SEBENARNYA BENDA NIE DAH LAMA DAH BERADA DALAM PESAWAT MALAYSIAN ALINES SYSTEM CUMA TAK ADA YANG NAK BANGKITKAN .. MACAMMANA NEGARA YANG DIAKUI SEBUAH NEGARA ISLAM BOLEH JUAL ARAK DALAM PESAWAT ?? ADAKAH INI YANG DIAMALKAN DAN DIPUSAKAI OLEH PEMIMPIN PADA HARI INI? |
22 Mei 2008
Temberangnya Islam Hadhari, bila arak ada dalam pesawat Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan