BUTTERWORTH: Pulau Pinang menjadi negeri Pakatan Rakyat kedua selepas Selangor bertindak mengharamkan sebarang program yang mempunyai kaitan dengan konsep Islam Hadhari. Timbalan Ketua Menteri I, Muhammad Fairus Khairuddin, berkata kerajaan negeri sependapat dengan keputusan Kerajaan Selangor kerana konsep Islam Hadhari hanya mengelirukan rakyat, sama ada Islam atau bukan Islam. Katanya, umat Islam hanya perlu beramal dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah kerana ia sudah lengkap dan tidak berubah selain bertujuan menjaga kesucian agama Islam.
"Pendirian ini memang sudah lama kami suarakan terutama selepas konsep itu diperkenalkan di negara ini. Selain tidak selari dengan Islam serta al-Quran dan Sunnah, istilah Hadhari juga salah mengikut tata bahasa Arab."Tidak wujud istilah Hadhari dalam bahasa Arab. Yang wujud adalah Hadharatul Al-Islamiyah yang bermaksud ketamadunan Islam," katanya ketika dihubungi, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan