01 Julai 2008

BLOGGER DATUK MUSTAFA ALI

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Di mana sahaja beliau bercakap, Datuk Mustafa Ali tidak segan silu mengaku beliau 'buta IT" tetapi apabila semua sudah menjadi blogger, beliau menyertai dunia ini dengan membuka blognya sendiri 'padapendapatsaya.blogspot.com' mulai 24 Jun lalu.Tulisan pertama beliau dipostingkan hari ini.Dengan nama blognya, Politik Malaysia, Mustafa mula menulis hari ini dan beliau nampaknya menjadikannteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasarannya.
Mustafa, kini Pengarah Pilihan Raya PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, melahirkan rasa tidak puashati dengan cara Khalid mengendalikan Selangor ala CEOnya manakala untuk Lim Guan Eng pula beliau tidak senang cara Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak."Sebagai MB, Khalid perlu bertindak sebagai seorang MB bukan seumpama seorang CEO.
Sebagai MB, Khalid perlu merujuk kepada rakan-rakan dalam barisan Exconya serta juga rakan-rakan pimpinannya dalam PKR di samping parti-parti dalam Pakatan sebelum mengambil sebarang tindakan," tulis Mustafa dalam blognya.Untuk Lim Guan Eng pula beliau menulis:-"Namun demikian, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidaklah boleh menyerang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak begitu sahaja tanpa merujuk dan secara yang berlapik.
Apatah lagi alasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika menyerang Azizan adalah MB Kedah itu mengambil syarikat pembalakan dari Sarawak yang baik dengan kerajaan BN."Kalau begitu apa bezanya tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang melantik seorang pemimpin Gerakan mengetuai sebuah syarikat GLC terpenting di Pulau Pinang. Ini bukan hubungan perniagaan lagi. Ini membawa masuk musuh ke dalam rumah tangga kita yang sudah pasti lagi bahaya dari setakat berhubungan perniagaan sebagaimana yang cuba dibuat oleh MB Kedah itu," tulis Mustafa dalam blognya.Baca tulisan Mustafa sepenuhnya di sini:-http://padapendapatsaya.blogspot.com/

Tiada ulasan: