Segalanya telah musnah samada struktur pantai, ekosistem laut, spesies hidupan laut, tempat tumpuan pelancong menikmati keindahan laut, membunuh para peniaga di pantai Klebang dan hilangnya satu indentiti Melaka iaitu belacan dan cencaluk kerana di sini merupakan tempat yang banyak menghasilkan penangkapan udang geragau yang diperlukan untuk membuat belacan dan cencaluk.Kerajaan hanya pentingkan keuntungan yang diperolehi dari pemaju saja tanpa memikirkan kelansungan hidup para nelayan (bagi puak ini yang penting aku masuk banyak, nelayan hidup atau mati aku peduli apa).Tambak laut ini perlu dihentikan dengan segera, kerajaan mesti sediakan satu dana bagi membantu para nelayan untuk meneruskan hidup, pemberian pampasan yang setimpal seperti Skim Perberhentian Pekerja atau Skim Pencen, kaji kesannya seperti pemendapan lumpur yang teruk di sungai Melaka, hakisan pantai di sepanjang pantai Melaka, kekurangan hasil tangkapan laut dan kesan serta pencemaran yang akan berlaku selepas projek ini siap.
01 Julai 2008
PANTAI KLEBANG MALANGNYA NASIBMU
TG KUDIN
Sayu hati bila mengenangkan nasib yang menimpa para nelayan di pantai Klebang kerana pintu rezeki mereka telah ditutup oleh kerajaan BN atas nama mengejar pembangunan, masa depan mereka langsung tidak diperdulikan ibarat beruk di Putrajaya disusukan, anak di rumah mati kelaparan.Mereka kini sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah selama ini kebanyakkan mereka hidup di bawah paras kemiskinan, menyambung nyawa ke laut untuk mencari sesuap nasi bagi menampung anak isteri tercinta dan kini pantai serta laut tempat mereka mencari rezeki telah dimusnahkan oleh kerakusan Ali Rustam bersama kuncu-kuncunya.Salah seorang nelayan berumur sekitar 50 an yang saya temui ketika persidangan media oleh Sahabat Alam Malaysia, ahad kelmarin, hanya mampu menangis apabila diminta menyuarakan permasalahannya. Saya pun hampir menitiskan airmata melihatkan keadaan tersebut, sambil sesekali beliau memandang ke arah laut yang sudah hilang ditutupi dengan timbunan pasir."Saya ini seperti orang yang telah diberhentikan kerja, saya tak tahu apa salah saya, saya belajar tak tinggi tetapi mereka yang belajar tinggi itu nampaknya telah memperbodohkan kita," katanya dengan linangan airmata.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan