TAIPING 9 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersedia untuk berdebat mengenai isu minyak dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, pada 15 Julai ini.Menurutnya, dalam perdebatan itu yang dijadual disiarkan secara langsung, beliau akan menerangkan bagaimana caranya hendak menurunkan harga minyak.
''Pada mulanya, saya hendak berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Biar mereka jawab mengenai isu minyak dalam debat itu.''Kalau mereka tak dapat berdebat dengan saya, dengan Shabery Cheek pun Shabery Cheeklah. Saya tahu ekonomi Malaysia dan kerana itu saya akan hadir untuk berdebat.''Saya juga akan beritahu dalam debat itu, hari ini kita perintah negara, esok minyak akan turun,'' katanya ketika berucap pada Majlis Siri Jelajah Anwar 'Menuju Harapan Baru' di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Changkat Jering, di sini malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan