10 Julai 2008

SIAPA PLAGIAT SIAPA ??

YAB Ketua Menteri nampaknya memberikan 'response' yang baik kepada tulisan saya dalam blog saya.Hari ini YAB membuat 'posting' di dalam blognya bertajuk SELANGOR DAN PERAK MENIRU CARA KERAJAAN BN. Tak apalah siapa tiru siapa yang penting rakyat dapat pembelaan.YAB menyiarkan di dalam blognya bahawa pemberian air percuma dan bantuan pelajar miskin telah pun dibuat di banyak negeri di bawah Barisan Nasional (BN) termasuk Melaka. Di Melaka semua keluarga miskin diberi bantuan wang tunai bulanan daripada RM 190 hingga RM 430 termasuk bil air dan letrik. Komen saya : Sebelum ini tidak pernah pula kita dengar kerajaan Melaka beri bantuan untuk bil elektrik dan air tetapi bila Selangor dan Perak beri air percuma cepat-cepat pula tajuk bantuan ditukar.Manakala pelajar yang masuk universiti dibantu RM 400 untuk Ijazah, RM 300 untuk Diploma dan RM 200 untuk sijil. Setiap pelajar boleh pinjam RM 1000 bagi permulaan masuk universiti. Semua anak Melaka boleh meminjam Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk belajar di universiti dalam Negara. Komen Saya : Selangor dan Perak bagi RM1,000 Dato' Seri bukan RM200 - RM400. Mana banyak RM1,000 dan RM400 Dato' Seri? Lepas tu, Perak dan Selangor bagi terus duit tu bukan PINJAMAN macam Melaka buat ni. Mana bagus Dato' Seri kerajaan Pakatan Rakyat atau Kerajaan BN Melaka.TENTANG SKIM TAKAFUL ARMALAH DAN KIFAALAH MACAM KELANTAN TU BILA DATO' SERI NAK BUAT DI MELAKA. TAKKAN YANG TU PUN KELANTAN TIRU MELAKA KOT?Jadi saya harap Dato' Seri dapat tiru kerajaan Perak dan Selangor untuk kesejahteraan rakyat. YANG PENTING RAKYAT TERBELA

Tiada ulasan: