SELANGOR kembali menghidupkan peluang ke suku akhir setelah berjaya membenam Melaka 5-2 pada aksi kelima Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.Penyerang muda, Amirul Hadi Zainal meletakkan Selangor di hadapan seawal minit ke-6 sebelum penyerang Melaka, Rosaiful Nizam menyamakan kedudukan pada minit ke-41.Namun, penyerang import dari Liberia, Frank Seator menjaringkan gol kedua pada minit ke-45 untuk membawa Selangor menuju ke bilik persalinan dengan mendahului Melaka 2-1.Babak kedua bermula, Selangor tidak menunggu lama apabila Seator menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-46 tetapi tidak sampai seminit selepas itu, Rosaiful membalas untuk gol kedua Melaka bagi merapatkan kedudukan 3-2.
Jurulatih Selangor, Dollah Salleh melakukan dua pertukaran serentak dengan merehatkan R. Surendren dan Seator bagi memasukkan Safee Sali dan Indra Putra Mahayuddin.Hasilnya, pada minit ke-76, Safee berjaya menjaringkan gol keempat Selangor sebelum dia menyudahkan hantaran Indra pada minit ke-88 untuk gol kelima menjadikan keputusan muktamad Selangor menewaskan Melaka 5-2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan