05 Julai 2008

LELAKI JADI IBU ??

LOS ANGELES: Seorang lelaki, Thomas Beatie, yang dilahirkan perempuan tetapi menjalani kehidupan sebagai lelaki selepas menjalani pembedahan dan rawatan hormon, melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital di Oregon, lapor majalah People, kelmarin.Beatie, 34 tahun, yang mengekalkan alat kelamin wanitanya semasa menjalani pembedahan tukar jantina 10 tahun lalu, mengesahkan kelahiran bayi itu kepada majalah tersebut.Beliau menjadi perhatian dunia pada April lalu apabila mendedahkan bahawa beliau hamil.Beatie, yang berjanggut, diberi julukan 'lelaki hamil' selepas muncul dalam rancangan televisyen kelolaan Oprah Winfrey untuk menjelaskan tentang kehamilan beliau.Bayi tersebut, yang dikandungnya menerusi permanian beradas menggunakan mani yang didermakan dan telur Beatie sendiri, dilahirkan pada 29 Jun lalu.

Beatie dan bayi tersebut 'sihat dan dalam keadaan baik' lapor majalah itu.'Satu-satunya kelainan ialah saya tidak dapat menyusukan bayi saya. Tetapi banyak ibu tidak dapat berbuat begitu,' kata Beatie, yang buah dadanya dibuang menerusi pembedahan.Menurut beliau, bayi itu tidak dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean, tetapi tiada butir lanjut diberi.Pada Mac lalu, Beatie menulis satu rencana dalam majalah The Advocate menerangkan kenapa beliau memilih untuk menjadi hamil.Menurut Beatie, isteri beliau, Nancy, tidak boleh melahirkan anak selepas menjalani pembedahan histerektomi.Jadi, beliau memilih untuk menjadi hamil menerusi permanian beradas

Tiada ulasan: