02 Julai 2008

HATI-HATI SIPUT BABI DIBELAKANG ANDA

Kepada rakan-rakan yang bakal menyertai "rally 1 juta" pada 6hb. Julai ni.. sila ambil perhatian.. maklumat ni mungkin berguna untuk engkorang sebagai persediaan sebelum acara bersejarah tersebut....Let's talk about SB... ikut pemerhatian aku & kawan-kawan seangkatan, para SB sekarang dah ada identiti & uniform baru & ini kami perhatikan sejak sabtu lepas dalam demo "peace walk". Kebanyakan SB sekarang sudah mula menyarung jersi baru mereka ala-ala jersi GERAMM & Protes... yup!!! depa dah start pakai baju merah jugak...Sedikit petunjuk cara-cara mengenali SB-SB berhampiran engkorang :
- baju T.Shirt kaler putih atau merah berkolar( kebanyakannya jersi bola ).
- spek hitam.- jam tangan ala-ala G-Shock.
- pakai cap.
- porch bag sangkut kat bahu & kepit bawah ketiak.
- hisap rokok Surya atau Sampoerna & pakai zippo.
- kalau engkorang bercakap ( hp ) depa ni akan berada disebelah kiri engkorang & mengadap berlawanan dengan engkorang ( senang nak dengar percakapan engkorang ).
- kalau engkorang sms depa akan mengintai-ngintai dari belakang.
Wokey... agaknya cukup kot serba sedikit maklumat tu buat engkorang.aku dok perati je depa-depa yang ada ciri-ciri ni semua 2-3 minggu ni & setakat ni orang-orang yang ada ciri-ciri macam ni la yang tak pernah kene tangkap kat mana-mana demo walaupun depa yang paling "hangat" sekali dalam demo.Beringat sebelum kena. jangan dilayan provokasi "pejuang SB" nih... ingat no..!Berjuang, berjuang, berjuang & terus berjuang!!!

Tiada ulasan: