02 Julai 2008

ALI RUSTAM MALU SENDIRI

Ali Rustam dalam Blognya baru-baru ini cukup tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim tentang isu minyak. Antaranya Ali Rustam berperi bahawa beliau membantah sekeras-kerasnya jika debat antara menteri penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen Malaysia (RTM).

Malah beliau berkata ia ibarat mengambil keris dan menikam diri sendiri. Ia tidak relevan dan tidak wajar untuk memberi publisiti murahan kepada penasihat PKR itu.Kenapa kita harus termakan dengan provokasinya untuk menurunkan harga minyak dengan bertindak mahu berdebat dengannya dan kemudian disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, terutama yang dimiliki oleh kerajaan BN. Begitulah takutnya Ali Rustam.Memang minda Ali Rustam ini minda kelas ketiga, mindanya sama dengan minda guru-guru KEMAS kampung mentang-mentang beliau dulu kerja KEMAS jadi mindanya pun masih bermindakan KEMAS lagi.

Orang lain termasuk pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat telah jauh ke hadapan dari segi pemikiran dan cara bertindak, Ali Rustam masih jauh terkebelakang. Patutlah beliau masih mengamalkan politik purba kala seperti menyaman Sekolah Tadika PASTI, mengarahkan poster ceramah PAS dikoyakkan, jawatan dalam kerajaan negeri hanya untuk ahli Umno, kontrak kerajaan negeri hanya untuk orang Umno dan lain-lain tindakan yang tidak bertamadun dan disifatkan tidak cerdik.
Ali Rustam tersilap percaturan, beliau ingatkan bantahan beliau disokong oleh pemimpin Umno lain, malang bagi Ali Rustam apabila Pak Lah sendiri menyokong debat itu.Pak Lah kata DEBAT ANWAR-SHABREY... BAGUS ... beliau menyifatkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Agendadaily sebagai "bagus". Katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di bangunan Parlimen semalam, beliau yakin Shabery mampu mempertahankan dasar kerajaan.Maka malulah Ali Rustam apabila bantahannya tidak disokong oleh Pak Lah. Mana kaki pembodek ini nak sorok muka hah

Tiada ulasan: