PDRM atau Polis DiRaja Malaysia terus mengamalkan sikap tidak adil dan tidak professional dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin BN dan kroni mereka. Memang selama ini PDRM telah menunjukkan sikap “penyayang” dan “penakut” mereka jika berhadapan dengan pimimpin BN, walaupun pemimpin BN terbukti bersalah dalam satu-satu kes. Manakala terhadap pemimpin parti pembangkang, PDRM sering menunjukkan sikap bengis dan “brutal”, belumpun mereka melakukan kesalahan, tetapi di mata PDRM mereka diperlakukan seolah-olah telah melakukan jenayah berat.
Lihatlah beberapa kes yang pernah berlaku, jika melibatkan pembangkang, maka Polis akan bertindak cepat sekali, pemimpin pembangkang akan dipanggil ke Balai Polis atau mereka akan terus ditangkap, malah ada yang direman. Walaupun pertuduhan yang dihadapkan kepada mereka sebenarnya bukanlah perkara yang jelas melanggar undang-undang. Kes Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, kita dapat lihat bagaimana Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipanggil untuk hadir ke Balai Polis Dang Wangi supaya memberi keterangan berkenaan perhimpunan tersebut. Sebaliknya jika berlaku kepada pemimpin BN atau kroni mereka, huh…Polis akan memberi layanan istimewa. Lihatlah apa yang berlaku kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, apabila namanya dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya Syaribu. Petikan berita dalam Mstar Online
“Polis telah mendapatkan keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor dua hari lepas setelah namanya disebut dalam akuan berkanun penulis blog Raja Petra Kamarudin berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin memberitahu Bernama hari ini bahawa satu pasukan khas polis mengambil keterangan daripada isteri Timbalan Perdana Menteri itu DI RUMAHNYA pada Isnin”.Polis pergi ke rumahnya ? Sapa yang nak ambik keterangan sapa ni? Lihatlah betapa “profesionalnya” Polis Malaysia. Mungkin harapan Dr. Shaariibuu Setev, bapa kepada Altantuya Shaariibuu untuk mengetahui pembunuh kejam anaknya akan terus menjadi mimpi yang tak berkesudahan…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan