05 Julai 2008

NAJIB NAK LARI ..


PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sebarang pembabitan berhubung tindakan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. "Saya tidak tahu menahu," kata Najib yang diminta mengulas tindakan Balasubramaniam itu semalam. Dalam akuan bersumpah yang diumumkan pada Khamis lalu, Balasubramaniam mendakwa dia diberitahu bahawa Najib mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan Timbalan Perdana Menteri turut memperkenalkan wanita itu kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.


Bagaimanapun, dalam akuan bersumpah kedua yang dibuatnya semalam, penyiasat persendirian itu berkata akuan bersumpahnya sebelum ini tidak tepat dan benar. Ditanya jika akuan bersumpah awal penyiasat persendirian itu menjejaskan imejnya, Najib berkata: "Saya terpaksa hadapi, apa nak buat, dia dah berniat sedemikian. Saya kena terima bahawa dalam politik Malaysia dah sampai main kotor pun tak apa juga, mainkan undang-undang pun tak apa, asalkan matlamat mereka tercapai." - Bernama

Tiada ulasan: