LANGKAWI: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dalam akuan bersumpahnya, mendakwa beliau menyimpan laporan perisikan tentera berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Khairy berkata beliau akan mengkaji terlebih dahulu kesan yang mungkin dihadapi sekiranya tindakan mahkamah diambil kerana ia akan melibatkan banyak prosedur. “Saya serahkan kepada peguam saya untuk meneliti dan menimbang sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar semasa menghadiri sukan rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat di Tanjung Rhu di sini hari ini.
Khairy berkata keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah juga masih belum diputuskan kerana pada kebiasaannya, ia mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. “Disebabkan masalah ini (masa yang lama), ramai yang tidak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menuduh,” katanya. Sebelum ini, Khairy menafikan beliau menyimpan laporan perisikan tentera itu dan telah memberi keterangan selama sejam kepada polis pada 24 Jun lepas, di Putrajaya. Beliau berkata apa yang terkandung dalam akuan bersumpah Raja Petra itu tidak benar dan jelas mempunyai niat jahat terhadapnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan