05 Julai 2008

PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA BERPINDAH TEMPAT

KUALA LUMPUR 5 Julai – Perlawanan Piala Malaysia Kumpulan C antara Angkatan Tentera Malaysia dan UPB-MyTeam yang dijadualkan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya esok akan dipindahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam satu kenyataannya sebentar tadi menyatakan, perubahan itu bagaimanapun tidak melibatkan permulaan masa perlawanan yang masih bermula pada pukul 8.45 malam.Selain itu, perlawanan Kumpulan B antara Johor dan Polis yang dijadualkan pada 9 Julai ini akan ditunda ke 26 Julai. Masa permulaan perlawanan tidak berubah dan akan bermula pada pukul 8.45 malam.

Tiada ulasan: