Saya ingin mempelawa pemimpin Umno dan BN Melaka menyertai Pakatan Rakyat demi untuk kedaulatan Islam dan negara kita.Sudah sampai masanya pemimpin Umno dan BN Melaka menyeberang menyertai parti-parti Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP kerana BN gagal memastikan negara berada dalam keadaan stabil dan berkembang pesat samada dari segi pembangunan dan ekonomi.Tidak ada gunanya pemimpin-pemimpin Umno dan BN Melaka berpaut kepada pemimpin pusat mereka yang jelas gagal mentadbir negara dengan baik sehingga negara kita sekarang ini kucar kacir dari segi politik dan ekonomi.Saya merujuk kepada blog Ketua Menteri yang memaklumkan bahawa Umno Bahagian-bahagian di Melaka sebulat suara menyokong pencalonan semula Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden.Saya yakin bahawa Umno Melaka telah melakukan kesilapan kerana kedua-dua pemimpin ini gagal mentadbir negara dengan baik sehingga negara berada dalam situasi yang tidak menentu dari segi ekonomi dan politik.Di bawah ini saya nyatakan kegagalan Pemimpin-pemimpin BN yang diterajui oleh Pak Lah yang boleh dijadikan penyebab mengapa saya mempelawa pemimpin Umno dan BN Melaka menyertai Pakatan Rakyat :-
1) Gagal mempertahankan kemenangan besar BN seperti PRU 12. Ini bermakna rakyat menolak BN terutama di Semenanjung dimana Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen dan BN menang 85 kerusi, malah BN hilang kekuasaan di 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. BN mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Ini merupakan kayu ukur paling penting yang sepatutnya menjadi alasan supaya Imam Hadhari digantikan dengan Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat.
2) Gagal memastikan ekonomi Malaysia berkembang atau dipertahankan. Indeks BSKL merudum seminggu dua ini. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan gagal meyakinkan pelabur tentang kestabilan negara.
3) Menaikkan harga minyak dan gagal mengawal harga barangan menyebabkan inflasi meningkat, rakyat semakin susah dan sengsara. Pemimpin Kerajaan BN sudah ketandusan idea dan langkah untuk memastikan harga minyak tidak dinaikkan kalaupun tidak diturunkan. Sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berulang kali melaungkan keyakinan bahawa harga minyak akan diturunkan sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk.
4) Kedua-dua pemimpin utama iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di tuduh dengan pelbagai dakwaan melibatkan anak, menantu, isteri dan mereka sendiri tetapi malangnya tiada siasatan secara telus dibuat menyebabkan negara luar mula hilang keyakinan kepada Malaysia.
5) Gagal mempertahankan kedaulatan negara apabila Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura setelah Malaysia gagal menyediakan bukti-bukti kukuh untuk menyokong dakwaan kita bahawa Pulau Butih milik kita.
6) Perdana Menteri bercakap bohong dalam beberapa perkara besar antaranya tarikh pembubaran parlimen, kenaikan harga minyak dan lain-lain. Seseorang Perdana Menteri yang berbohong boleh dipertikaikan kredibiliti dan integritinya. Jadi sepatutnya pemimpin Umno dan BN Melaka menilai semula sokongan mereka kepada pucuk pimpinan mereka ini.
7) Gagal memastikan negara dalam keadaan selamat apabila indeks jenayah seperti bunuh, rompak, rogol dan sebagainya semakin meningkat. Sebagai contoh statistik rogol menunjukka hampir 7 orang dirogol setiap hari tahun lalu.
8) Gagal memastikan kedaulatan agama Islam apabila kes-kes murtad berlaku tanpa ditangani dengan serius dan berkesan.
8) Rasuah semakin parah apabila Indeks Rasuah Antarabangsa, CPI Malaysia merudum dengan teruk walaupun PM seringkali berjanji untuk membenteras rasuah
9) Gagal membendung gejala fitnah menfitnah dalam negara sehingga keadaan politik negara agak kelam kabut menyebabkan ekonomi negara turut terjejas. Dakwaan liwat yang amat memalukan timbul semula.
10) Gagal bertindak tegas dalam hal-hal berkaitan agama sehingga IFC berani bersuara dan anggota kabinetnya sendiri yang bukan Islam berani menghantar memo yang sensitif kepada Imam Hadhari
11) Meneruskan tindakan Zalim kepada tahanan ISA yang tidak dibuktikan bersalah di Mahkamah.
12) Meneruskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga ranking dunia IPTA merudum teruk kerana IPTA lebih sibuk berpolitik dengan student daripada hal-hal akademik yang lain.
Sebenarnya banyak lagi alasan-alasan lain yang boleh disandarkan sebagai kayu ukur untuk menilai semula sokongan Umno dan BN Melaka kepada pemimpin mereka.Saya menyeru kepimpinan Umno dan BN Melaka supaya bertindak cepat menyertai Pakatan Rakyat sebelum Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Pusat sebagaimana yang dinyatakan oleh Anwar.Saya bimbang nanti kerajaan negeri Melaka menjadi kerajaan pembangkang setelah Putrajaya ditadbir oleh keraajaan Pakatan Rakyat.CEPAT SEBELUM TERLAMBAT
sumber : http://mutaligat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan