10 Julai 2008

Jangan Tipu Rakyat Lah

Ketua Menteri di dalam blognya semalam dan disiarkan dalam akhbar harian hari ini cuba mengelirukan rakyat khasnya rakyat Melaka.Dalam kenyataanya itu beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan Perak meniru Melaka dengan memberikan air percuma dan bantuan kepada pelajar yang berjaya memasuki IPTA.Kita hairan bagaimana tiba-tiba sahaja Ali Rustam mendakwa memberikan air percuma sedangkan sebelum ini tidak pernah beliau bercakap pasal air percuma. Jangan cuba hendak membelitkan rakyatla Datuk Seri. Ini bukan tahun 60-an atau 70-an lagi. Bangun Datuk Seri jangan tidur lagi.

Beliau juga mendakwa melaka memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya masuk ke IPT. Tetapi jumlah maksima hanyalah RM400. Bantuan RM1,000 pula hanya diberikan dalam bentuk pinjaman dari Tabung Pendidikan Melaka (TAPEM).Datuk Seri, kita nak bagi tau Selangor dan Perak memberikan bantuan kepada pelajar yang berjaya masuk IPT RM1,000 bukan RM400 sahaja. Malah wang RM1,000 tu bukannya PINJAMAN macam yang Melaka berikan.
Come On Datuk Seri bercakaplah secara jujur dan berfakta. Takut nanti RAKYAT AKAN TERTAWAKAN DATUK SERI. INIKAH 'STANDARD' NAIB PRESIDEN UMNO MACAM 'STANDARD' JKKK DAN GURU KEMAS.

Tiada ulasan: