Saya berasa lega apabila pihak kerajaan pusat mengumumkan akan memperkenalkan peraturan baru yang lebih ketat mengawal operasi kafe siber seluruh negara. Baru sahaja kebetulan saya sentuh perkara tersebut dalam blog ini apabila EXCO Selangor mencadangkan agar waktu operasi kafe siber di seluruh Selangor ini dilanjutkan dari 12 tengah malam kini ke 1 pagi.Rata-rata saya perhatikan banyak "abuse" atau penyelahgunaan yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kafe siber ini khasnya di sekitar Lembah Kelang. Saya tidak menafikan ada segelintir yang beroperasi mengikut syarat dan garispanduan yang ditetapkan namun kebanyakkan yang lain lebih merupakan pusat arked atau "amusement centre" dari pusat melayari internet untuk maklumat dan pengetahuan serta berkomunikasi.Dan yang malangnya pengunjung-pengunjung yang sering terlibat dalam aktiviti yang salah ini adalah anak-anak muda kita dari kalangan orang-orang Melayu.Menurut Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin, antara peraturan baru yang akan diperkenalkan adalah kafe siber akan diharamkan dari menjalankan aktiviti lain termasuklah permainan arked, judi, pornografi, muzik dan pengedaran bahan-bahan berunsur negatif. Para pengusaha diwajibkan mendaftar semua pengunjungnya dalam satu buku daftar, manakala pengunjung yang dibawah 12 tahun hanya dibenarkan masuk apabila ditemani oleh ibu-bapa masing-masing.Selain itu cermin gelap turut diharamkan dan para pengusaha tidak dibenarkan menjual rokok atau minuman alkohol di premis masing-masing.Saya berharap dengan peraturan baru ini masing-masing kerajaan negeri dan PBT nanti akan mengambil inisiatif memastikan yang setiap kafe siber dalam negeri dan kawasan pentadbiran masing-masing menepati isitlah kafe siber yang sebenar dan bukannya tempat untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan maksiat atau seumpamanya.Sekali lagi saya menyeru EXCO PBT Selangor agar menarik balik cadangannya untuk membenarkan operasi kafe siber inis ehingga jam 1pagi. Bukan rasuah dan ekonomi sahaja yang perlu dibenteras dan dipelihara tetapi akhlak dan moral rakyat juga perlu dibela.
sumber : http://www.n32.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan