10 Julai 2008

Jom Sahut Saranan Tok Guru

Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:
Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).
Lalu bagi orang-orang Islam, apabila MB Kelantan menyarankan agar akan dijadikan syarat mandatori bagi sesiapa yang ingin berkhidmat dengan kerajaan negeri Kelantan bahawa salah satu syaratnya mereka mestilah menunaikan solat lima waktu termasuk tidak meninggalkan solat Jumaat, sarana itu sesuatu yang boleh diterima tidak melampau malah memanjangkan semangat ayat di atas.
Kata Tok Guru kalau peraturan sekarang mewajibkan lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM contohnya, apa salahnya beliau menambahkan satu lagi syarat iaitu tidak tinggal solat!Bagi umat Islam tidak kira apa sandaran politik atau fahaman mereka, tidak ada sebab untuk kita menidakkan saranan yang baik ini kecuali kita merasakan bahawa solat atau tidak itu sebenarnya adalah opsyen khasnya dalam membicarakan aspek hak asasi manusia. Kalau begitu maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Islam.Saya menyarankan agar kerajaan negeri-negeri lain lebih-lebih lagi kerajaan Pakatan Rakyat mengenakan syarat yang sama dalam mengambil kakitangan kerajaan (yang beragama Islam) masing-masing. Apa kata mereka agaknya?

Tiada ulasan: