Cadangan MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz untuk mengenakan solat lima waktu sebagai sebagai salah-satu syarat pengambilan kakitangan awam serta -merta mendapat komen pelbagai pihak. Bagi sesiapa yang cerdik sudah pastilah cadangan Tok Guru itu kita faham sebagai kena ke atas mereka yang beragama Islam sahaja, sekaligus menggambarkan bahawa kita menganggap yang bukan Islam sebagai semuanya baik belaka.
Tetapi CUEPACS beranggapan cadangan itu sebagai berat sebelah, kerana nanti hanya yang Islam sahaja yang akan diambil atau dinaikkan pangkat. Mungkin kerana sibuk memperjuangkan honorarium buat ahli-ahlinya, maka Sdr Omar, Presiden CUEPACS terlajak begitu jauh dalam menafsirkan cadangan Tok Guru itu. Tak mengapalah.Manakala ADUN-ADUN pembangkang di Kelantan pula menganggap cadangan Tok Guru itu sebagai sesuatu yang sukar dilaksana.
Sepatutnya mereka masing-masing perlu menegaskan samada mereka setuju atau tidak, soal sukar atau senang itu soal kedua, dimana ada kemahuan disitu ada jalan insyallah.Tetapi yang paling menarik perhatian saya dalam isu ini adalah apbila MB kedah membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri beliau juga mungkin akan mempraktikkan pendekatan serupa jika cadangan itu dipersetujui diperingkat beliau.Dalam posting saya sebelum ini saya bertanya bagaimana dengan kerajaan Pakatan rakyat yang lain, Kedah sahaja yang respon, yang lain?
sumber : http://www.n32.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan