Semalam Menteri Wanita, Dr Ng Yen Yen (penerima biasiswa kerajaan PAS Kelantan zaman Dato Asri) telah melancarkan buku hasil kajian Rachael Samuel dan Dr Rohana Ariffin berjudul: Rapist adn Rape: Who and Why.
Dalam majlis berkenaan Ng telah memberikan beberapa statistik berhubung kes rogol yang dilaporkan di Malaysia. Menurut beliau pada tahun 2005 terdapat 1,887 kes rogol yang dilaporkan (iaitu bersamaan 5 kes sehari) ia meningkat ke 2,435 pada tahun 2006 (iaitu hampir 7 kes sehari) dan terus meningkat ke 3,177 pada tahun 2007 (iaitu hampir 9 kes sehari).Ini menunjukkan yang kejadian jenayah seksual khasnya rogol semakin tahun semakin meningkat, itu tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan atas pelbagai sebab termasuk malu, dilakukan oleh kaum keluarga dan lain-lain.Manakala menurut kajian yang dilakukan oleh buku berkenaan yang lebih membimbangkan bahawa hampir 81.1% dari perogol yang sabit kesalanya adalah terdiri dari bangsa Melayu.
Mereka ini kebanyakannya dari lingkungan umur 50an diikuti dengan mereka yang berumur 30 ke 21 tahun. Dan sebahagian besar dari mereka yang terlibat dalam kes keji ini terdiri dari mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, berpendidikan rendah dan telah pun berkahwin.Dan sehingga ke hari ini saya kira kita masih terkapai-kapai mencari jalan mengatasi jenayah yang paling kejam dan keji serta dikutuk oleh semua agama dan bangsa ini. Hakikatnya angka sial ini terus meningkat dan kita sendiri tidak berdaya memastikan yang anak-isteri kita akan terselamat dari menjadi salah satu angka statistik mangsa berkenaan ataupun mungkin kaum keluarga kita pula menjadi angka statistik penjenayah itu.
Di sinilah peranan mereka yang berkuasa sangat penting. Apabila ada pihak menekankan aspek penguatkuasaan termasuklah etika berpakian dan seumpamanya, ada diantara kita mengherdik dengan mengatakan kita tidak harus menjadi "moral police" kerana ia pendekatan yang tidak bijak. Dalam kita ghairah mengherdik tidak pula kita kemukakan alternatif dan dalam pada itu statistik berkenaan terus meningkat.Malah lebih malang lagi apabila ada pihak menekankan aspek perundangan Islam sebagai opsyen bagi mencegah dan menangani bahana ini, ada pula yang terus mencemuh dengan mengatakan kita ini negara sekular, bermasyarakat majmuk, maka sebarang peraturan biarlah liberal dan boleh diterima oleh semua. Dan seperti biasa dalam kita ghairah mencemuh tiada pula kita kemukakan alternatif yang relistik dan statistik berkenaan terus meningkat.
Selagi amar makruf nahi mungkar tidak menjadi amalan kita, selagi itulah gejala jenayah tidak berperikemanusiaan ini akan terus bermaharajalela. Malah Menteri Wanita itu sendiri dalam ucapannya menyarankan agar perogol berulang dikasi bagi memastikan mereka tidak lagi terus mengulangi jenayah mereka itu.Orang Melayu/Islam kena serius berfikir akan hal ini kerana ternyata ia terbanyak melibatkan kelompok kita. Kembalilah Allah dan Rasul, insyallah kita dan kaum keluarga serta jenerasi yang mendatang insyallah akan selamat.
sumber : http://www.n32.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan