15 Julai 2008

TAHNIAH UST AZIZAN


ALOR STAR 15 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak merupakan antara 72 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.Najib akan dikurniakan Darjah Mahkota Kedah (DMK) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada istiadat penganugerahan yang dijadual berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini esok.


Azizan yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah pada 9 Mac lalu selepas pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah dan bintang kebesaran itu apabila dianugerahkan Darjah Kerabat Halimi (DKH).Anugerah tersebut turut dikurniakan kepada dua lagi kerabat Diraja Kedah iaitu Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Tiada ulasan: