JASIN: Kehilangan Muhamad Aris Abu Bakar, 12, selepas kali terakhir dilihat menonton televisyen di ruang tamu rumahnya di Kilometer 10, Kampung Pengkalan Badak, dekat sini, pada pagi 28 Ogos lalu, masih menimbulkan tanda tanya.Kehilangan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Tehel itu bukan kali pertama dan kejadian terbaru itu yang ketiga. Bagaimanapun dalam dua kehilangan terdahulu, dia ditemui beberapa hari kemudian.Keanehan timbul apabila Muhamad Aris sering bercerita mengenai seorang ‘nenek’ yang ditemuinya tiga bulan lalu, tetapi tiada seorang pun di kalangan adik-beradiknya yang seramai 13 orang pernah melihat atau tahu di mana ‘nenek’ itu tinggal.Ibu kanak-kanak berkenaan, Zainab Suratin, 47, berkata mereka sekeluarga puas mencari Muhamad di merata-rata tempat, tetapi masih gagal menemuinya.
Katanya, anaknya pendiam dan ini pasti menyukarkan orang ramai yang menemuinya untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat tinggal atau ibu bapanya.Menurut Zainab, dia menyedari anaknya hilang ketika ke ruang tamu untuk menjenguk anaknya yang menonton televisyen bersendirian pada hari kehilangannya.Katanya, anaknya dipercayai keluar melalui pintu depan yang tidak dikunci.“Saya pula terlupa untuk mengunci pintu jeriji depan dan menyebabkan anak saya boleh keluar.“Ketika menghilangkan diri, anak saya memakai kemeja-T berkolar merah biru, berseluar denim biru, memakai topi merah biru serta berselipar,” katanya.“Saya berharap sesiapa yang menemui anak saya akan segera menghubungi kami di talian 013-6102844 atau 06-2689617,” katanya.Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Muhamad Aris pada 4 Ogos lalu tetapi ditemui semula 12 kilometer dari rumahnya oleh seorang kakitangan resort yang memaklumkan polis.- harian metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan