08 September 2008

WAWASAN 2020 TINGGAL NOSTALGIA- Malaysiakini

Apa akan jadi pada Malaysia 12 tahun akan datang? Negara Maju? Seperti yang dicanangkan sewaktu aku masih dalam sekolah menengah? Wawasan 2020? Tajuk penting yang pada ketika itu semua pelajar wajib menghafal kandungannya sebijik-sebijik, kerana ia seringkali menjadi sasaran para pembikin soalan peperiksaan untuk dimuatkan sebagai salah satu tajuk karangan dalam mana-mana kertas Bahasa Melayu.Wawasan 2020 adalah gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat, yang sekarang digelar Tun Mahathir Mohamed.Wawasan 2020 ini bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah Negara Perindustrian dan Negara Maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ini merangkumi bukan saja Bidang Ekonomi, tetapi juga bidang-bidang Politik, Sosial, Kerohanian, Psikologi, serta juga PERPADUAN NASIONAL dan SOSIAL.

Kesemua ini juga melibatkan persoalan KEADILAN sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, MARUAH BANGSA MALAYSIA, serta juga KEYAKINAN.
Tun ketika itu menggariskan 9 matlamat/cabaran utama yang perlu dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai Wawasan 2020 tersebut. Bila bercerita mengenai 9 cabaran ni, terkenang seorang sahabat semasa di tingkatan 5 dulu, yang mana hanya dia seorang yang berjaya menghafal dan berupaya menghurai 9 cabaran ini di dalam karangannya. Seorang yang hebat.
Challenge 1: To form a nation that stands as one
Challenge 2: To produce a Malaysian community that has freedom, strength, and full of self confidence
Challenge 3: To develop a mature democratic community
Challenge 4: To form a community that has high morale, ethics and religious strength
Challenge 5: To cultivate a community that is matured and tolerant
Challenge 6: To form a progressive science community
Challenge 7: To cultivate a community rich in values and loving culture
Challenge 8: To ensure the formation of a community with a fair economy
Challenge 9: To cultivate a prosperous community

Sejujurnya, kalau kesemua 9 cabaran tersebut dapat ditempuhi dengan baik dan cemerlang, sememangnya dari segi teorinya, Malaysia sudah bergelar Negara Maju.Namun, rasanya hingga ke saat dan tika ini, satu pun Malaysia belum dapat penuhi. Mungkin sebab itulah tidak ada lagi bunyi-bunyian yang mencanangkannya ke sana ke sini seperti dulu.
Lagu Wawasan 2020
Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

p/s : lepas ni apa pulak eh...??? hmm, alaaaahaaaaii...

Tiada ulasan: