TG KUDIN
Semua pihak diharapkan supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perancangan Umno yang sedang mencetuskan api perkauman di dalam negara kita setelah parti itu gagal mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen dan sokongan orang-orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung 8 Mac lalu.Ianya bermula apabila Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan ketika berkempen di Permatang Pauh bahawa orang Cina adalah menumpang di negara ini dan mengundang kemarahan dari kaum Cina yang merasa terhina.Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas itu memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Perdana Menteri selanjutnya membuat kesimpulan bahawa situasi hubungan kaum yang semakin merosot sekarang ini mungkin boleh menyebabkan berlakunya ketegangan, seterusnya diikuti dengan amaran oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, supaya isu perkauman tidak ditimbulkan.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo, bagaikan menuang minyak ke atas api yang sedang menyala, cuba membangkitkan kemarahan orang Islam kerana mendakwa ada usaha pihak tertentu untuk menghalang azan dilaungkan di negeri tersebut.Malahan dua NGO iaitu Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan Pertubuhan Pembela Perlembagaan Persekutuan (PPPP) telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Parti Gerakan, DAP, MCA dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan parti-parti terbabit cuba mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.Dalam memorandum tersebut, Setiausaha Agung PPPP, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, mendesak semua pihak segera menghentikan sebarang tindakan untuk mempersoalkan hak-hak orang Melayu."Kita tentang sebarang anasir yang menafikan ketuanan Melayu serta cubaan memperlekehkan agama Islam di dalam negara ini dan kita juga tidak mahu mana-mana pihak mempersendakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.
Entah di mana silapnya kita pun tak tahu? isu yang pada mulanya terjadi disebabkan tindakan Dato' Ahmad yang jelas tidak menghormati suasana harmoni dan perpaduan antara kaum di negara kita telah diputar-belitkan kepada isu mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.Isu perkauman ini dimainkan semula oleh Umno bagi mengekalkan kembali kuasanya yang bakal lenyap kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka dan perebutan kuasa sesama mereka yang begitu parah.
Operasi Lalang juga sudah dimulakan dengan penahanan Raja Petra Kamarudin kerana didakwa mengancam kestabilan negara dan selepas ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga akan ditahan atas alasan yang sama.Manakala Dato' Ahmad Ismail bersama beberapa pemimpin BN lain yang mula mencetuskan 'permainan' ini sudah boleh tersenyum girang kerana tugas mereka sudah berjaya dan mungkin juga akan turut melancong ke luar negara bagi merayakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan