20 November 2008

Shahrizat bersedia, Rafidah Menghalang-Malaysiakini

Akhirnya Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan agar peralihan kuasa Ketua wanita Umno kekal pada Jun 2009 walau pun tak selari dengan peralihan kuasa presiden Umno. Ini bermakna jawatan ketua wanita dan naib ketua tidak dipertandingkan pada Mac akan datang. Walau bagai mana pun Sharizat kata beliau terpaksa setuju dengan keputusan mesyuarat exco pergerakan wanita.

Saya lihat masa depan Sharizat agak terancam, silap - silap Sharizat hilang semua kerusi dalam pergerakan Wanita Umno ( sebelum ini hilang MP ). Ini semua bergantung kepada keputusan Datuk Kamilia Ibrahim yang cukup kouta untuk bertanding kerusi naib yang sekarang ini disandang oleh Sharizat. kalau Kamilia bertegas nak tanding kerusi naib dan andainya menang, bermakna Sharizat tak ada tempat dalam wanita dan bagaimana orang yang tak berjawatan dalam wanita Umno boleh diterima ganti Rafidah sebagai ketua.

Ketika itu Rafidah boleh batalkan keputusan peralihan kuasa kerana perjanjian asal nak serah kepada Sharizat tapi beliau dah kalah.... Justeru, Sharizat perlu berhati- hati dengan percaturan politik Rafidah Aziz.
sumber : Ust kamarudin

Rombakan Badan Perhubungan Pas Melaka -Malaysiakini

MELAKA, 19 Nov (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka membuat rombakan kecil 'kabinet'nya apabila melantik Adly Zahari menjadi Ketua Lajnah Perpaduan Nasional menggantikan Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim.

Selain itu, Ustaz Minghat Mahmut pula dilantik menjadi Ketua Lajnah Kebajikan menggantikan Dr Khatijah Jumangat.Pengumuman ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Semabok, di sini baru-baru ini.

Ustaz Ghani dalam kenyataannya kepada media memberitahu bahawa rombakan ini adalah usaha PAS Negeri untuk memperkuatkan gerak kerja mendekati rakyat bukan Melayu yang semakin terserlah sokongan mereka kepada PAS.Adly dalam kenyataan pertamanya sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional menjelaskan bahawa beliau akan memperkemaskan lajnah tersebut dan seterusnya mengaktifkan Kelab Penyokong PAS Melaka yang telah pun ditubuhkan beberapa bulan lalu.

Ditanya apakah beliau akan merombak Ahli Jawatankuasa (AJK) Lajnah dan Kelab Penyokong PAS, beliau menjawab ringkas, tiada rombakan besar akan dibuat, cuma beliau akan melantik beberapa orang AJK baru dalam usaha untuk menggerakkan lajnah ini dengan lebih aktif.

17 November 2008

Azhan Atan di Tangga Batu

TANGGA BATU, 10 Nov (Hrkh) - PAS Kawasan Tangga Batu mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke program Hari Terbuka PAS Kawasan Tangga Batu yang akan dimeriahkan dengan kehadiran Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan pada hari Ahad ini, 16 November 2008 di Balai Islam Pantai Kundor, Pantai Puteri, di sini.

Menurut Pengarah Program, Husni Balis Ali, pelbagai acara turut diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam yang akan melibatkan penyertaan semua peringkat usia. "Acaranya termasuklah pesta jualan makanan, gerai dan pameran, kem kesihatan, pertandingan mewarna dan sukaneka untuk kanak-kanak.

"Di samping itu bagi acara remaja dan ibu-bapa akan diadakan pertandingan sepak takraw, pertandingan ping-pong, cabutan bertuah dan sebagainya," katanya. Manakala pada sebelah malamnya berlangsungnya acara kemuncak iaitu program Malam Kesenian Islam yang menampilkan Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan dan kumpulan nasyid dari pelajar-pelajar Madrasah An Nuriah serta pelajar-pelajar PASTI. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Ketua Penerangan Pas Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad di talian 019-6201515.

10 November 2008

Makbul Doa Datuk Seri Ali Rustam-Malaysiakini

Akhirnya Datuk Seri Ali Rustam berjaya mencukupkan kouta ( 42 ) untuk layak merebut kerusi timbalan presiden Umno pada Mac 2009 nanti. Walaubagai mana pun saya lihat populariti beliau sudah hilang dan wibawanya begitu rendah. Ini kerana sejak mesyuarat Umno bahagian - bahagian bermula hingga selesai semalam, Ali Rustam dan Mat Taib berkali - kali membuat kenyataan bersifat mohon simpati untuk cukupkan kouta. Mungkin undi di saat akhir adalah merupakan sokongan simpati.

Selepas ini bermakna perebutan dalaman Umno akan masuk fasa kedua yang akan menyaksikan politik rasuah semakin menggila. Dalam fasa pertama untuk mendapatkan kouta sahaja, 900 aduan rasuah yang diterima oleh badan disiplin Umno seperti wang diwartakan oleh pengerusinya Tengku Ahmad Ritaudeen semalam.
sumber:

Akibat Melupakan Tuhan- Malaysiakini

Umat manusia di seluruh dunia hari ini sedang berhadapan dengan berbagai krisis yang sangat membahayakan kehidupan manusia, contohnya krisis politik, krisis sosial, undang-undang, ekonomi, moral, pendidikan, kemanusiaan, keluarga dan berbagai macam krisis lainnya.
Terjadi pergaduhan, penzaliman, perompakan, perjudian, pencurian, pembunuhan, peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah dan berbagai kejahatan lain. Masyarakat hidup mengikuti nafsunya masing-masing. Yang kaya menderita, susah hati dalam menjaga dan menambah kekayaannya, yang miskin tidak sabar, susah hati kerana tidak memiliki harta dan melihat si kaya dengan penuh cemburu.

Pergolakan politik di kalangan elit tidak pernah berhenti laksana air laut yang sentiasa bergolak, saling jatuh-menjatuhkan perkara biasa, berebut jawatan hingga mengorbankan harta dan kadang- kadang nyawa. Orang yang berkuasa pula bertindak zalim, menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, kelompok dan golongan. Yang tidak berkuasa mengerahkan segala daya upaya untuk merebut kuasa dan menggantikan pemerintahan yang ada. Ternyata pemerintah yang mengganti itu tidak lebih baik dan yang ditumbangkannya.

Para cerdik pandai mengejar nama dan gelaran, jawatan dan kemegahan, bahkan sesetengahnya sanggup `membeli` gelaran-gelaran itu. Mereka tidak segan untuk memberi dan menerima rasuah dan mengetepikan tugas mendidik rakyat. Muda-mudi hidup berfoya-foya, terlibat dengan dadah dan pergaulan bebas. Maksiat di mana-mana, jenayah dan pelanggaran undang-undang tidak berhenti, ibarat air sungai yang mengalir setiap waktu. Manusia hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Jiwa masyarakat tidak tenang, mereka bagai hidup dalam neraka dunia.

Semua ini terjadi kerana manusia sudah tidak berkasih sayang. Tidak ada kasih sayang kerana manusia sudah tipis rasa tauhidnya, sudah tipis keyakinan tentang adanya Tuhan, sudah melupakan Tuhan, sudah tidak mencintai Tuhan. Di waktu itu manusia sudah tidak ada rasa takut lagi. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang ditakuti.
Dia akan menjadi manusia yang cuba menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Di kalangan ulama, dia berpura-pura warak sementara di dalam suasana lain dia mungkar. Seseorang itu sanggup mencuri, curang, menipu atau melakukan apa saja apabila kepercayaan terhadap Kuasa Ghaib itu sudah tiada. Dari sinilah kemudian merebaknya penyakit-penyakit masyarakat.

Kedatangan rasul-rasul, nabi-nabi, nujaddid-mujaddid kepada umat manusia adalah untuk membawa rahmat Tuhan bagi seluruh alam. Rahmat Tuhan yang paling besar adalah kenal Tuhan. Bila manusia kenal Tuhan maka dia akan cinta, takut, rindu, berterima kasih dan mendorongnya untuk beribadah dan menyembah Tuhan. Hasil dari kenal Tuhan dan ibadah yang dihayati ini akan mendorongnya berbuat kebaikan kepada manusia dan makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan sehingga wujudlah keamanan, keharmonian dan kasih sayang dalam masyarakat.

Malangnya di dunia hari ini walaupun manusia masih percaya adanya Tuhan tetapi dalam kehidupan mereka sudah kehilangan Tuhan. Hampir seluruh lapisan dan peringkat masyarakat sudah melupakan Tuhan dalam kehidupan mereka. Rakyat awam, golongan atasan, pejuang-pejuang kemasyarakatan, para peniaga dan usahawan, guru dan kalangan pendidik, para dai, ulama dan mubaligh, penguatkuasa undang-undang, hakim, peguam, pakar undang-undang, ahli politik, teknorat, pakar-pakar dalam segala bidang, semuanya sudah melupakan Tuhan. Kalaupun ada hanya sekadar lahir yang tidak mampu mencegah manusia daripada membuat kemungkaran dan kejahatan.

Hasil dan melupakan Tuhan ini maka hilanglah cinta terhadap sesama manusia. Kalau terhadap Tuhan yang terlalu berjasa kepada manusia, sehingga patut dicintai, manusia sudah melupakan dan tidak mencintai-Nya, maka atas alasan apa manusia dapat mencintai sesamanya. Manusia lain itu mungkin tidak ada apa-apa jasa kepadanya.

Jadi kesan negatif dari melupakan Tuhan ini terlalu banyak. Manusia sudah tidak berkasih sayang, tidak pemurah, tidak amanah, tidak ada timbang rasa, tidak ada perikemanusiaan, tidak berlaku adil dan tidak bekerjasama. Kalaupun ada kerjasama bukan atas dasar cinta, ia tidak ikhlas dan ada kepentingan, mungkin kerana ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri. Kerana itu ikatannya terlalu lemah dan ia boleh terungkai bila-bila masa sahaja.

Orang yang kehilangan Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat, bahkan orang yang mengerjakan solat, membayar zakat, mengerjakan haji dan umrah pun sudah kehilangan Tuhan. Walaupun mereka banyak di masjid, tetapi sebenarnya bukan dibuat atas dasar mencintai Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang, pemurah, kerjasama, bermaaf-maafan. Akibatnya di dalam masjid pun sering terjadi pertengkaran dan perkelahian.

Antara yang menjadi pembohong, memfitnah, menipu, makan rasuah dan lain-lain kejahatan adalah di kalangan mereka yang solat, puasa, naik haji, umrah dan lain-lain. Ibadahnya tidak berbuah. Itulah tandanya ikut Islam tetapi tidak kenal Tuhan. Bukan saja orang politik, pengusaha, polis, tentera, bahkan ulama dan orang yang solat pun sudah terpisah dengan Tuhan. Solat dibuat dalam keadaan hati yang lalai dengan Tuhan. Selepas solat, mereka menipu, makan rasuah (rasuah), bohong, memfitnah dan lain. Solatnya tidak memberi kesan dalam kehidupan sehari-hari.

07 November 2008

Black Metal masih aktif di selangor ?? apa tindakan ??-Malaysiakini

KLANG 6 Nov. – Satu lagi kumpulan ajaran sesat yang mendakwa amalan mengorbankan kambing dan mengalirkan darahnya ke laut ketika air pasang boleh mengelakkan banjir, dikesan bergiat aktif di sekitar Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini.

Kumpulan ajaran sesat itu juga dikatakan akan memasak daging kambing tersebut dan memakannya beramai-ramai di tempat ia disembelih.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil yang mendedahkan kegiatan kumpulan itu berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, kumpulan itu melakukan upacara mengorbankan kambing setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa berkata, kumpulan ajaran sesat itu telah bergerak selama beberapa bulan tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.‘‘Terbaru, ia dijalankan pada Deepavali lalu membabitkan penyembelihan kambing di satu kawasan di Teluk Gong.

‘‘Mereka berharap selepas darah haiwan berkenaan dialirkan ke laut maka kawasan itu tidak dilanda banjir kilat akibat air pasang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Abdul Rahman mendakwa ada di antara jemaah masjid di sekitar Teluk Gong menganggotai kumpulan terbabit.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa agama Selangor bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit kerana ia syirik dan menyekutukan Allah. ‘‘Dulu ada yang melakukan mandi Safar, memberi ancak berupa nasi pulut dan kini, mengalirkan darah kambing disembelih ke laut kononnya untuk menghindar banjir.

‘‘Perkara seperti itu cukup mengecewakan kerana ia dilakukan sendiri oleh penganut Islam dan saya harap tiada lagi individu yang terpengaruh menjadi pengikut kumpulan terbabit,” katanya.

Pendekar serkam: apa komen Datuk DR Hassan Ali dalam hal ini ??

Sidan DUNM Hambar -Malaysiakini

Semalam saya dan rakan - rakan pimpinan PAS negeri meluangkan masa untuk mengikuti sidang dewan undangan negeri melaka. Persidangan bermula pukul 9.30 pagi. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti sidang DUN, walau pun sebelum ini saya memang berasa juga nak hadir tetapi dikekang masa. Sidang Parlimen dah tiga kali saya sertai kerana perbahasannya agak menarik tidak seperti sidang DUN Melaka, itulah telahan saya.

Apa yang saya sangka memang tepat, saya sempat mendengar soalan - soalan tambahan yang telah dibangkitkan oleh pembangkang ( DAP Kesidang dan DAP Air Keroh ) untuk dijawab oleh exco ( BN Telok Mas ) Datuk Karim Tamby Chik yang berbelit - belit akhirnya terpaksa dijawap lain kali secara bertulis.

Lebih memalukan lagi ialah jawapan BN Bukit Baru Datuk Seri Ali Rustam, yang lari daripada menjawap soalan asal isu ASB, bahkan beliau membebel seperti seorang yang sedang berkhutbah mengingatkan Adun DAP akan kematian dan hari ahirat. Semua yang hadir ada yang tunduk dan menggeling kepala kerana binggung dengan jawapan Ali Rustam itu.

Kesimpulannya saya lihat wakil rakyat BN agak tak bersedia dan daif dalam penghujahan kecuali ada segelintir sahaja yang ada kelayakan. Justeru, saya harap ahli - ahli dan penyokong BN perlu bermuhasabah apabila memberi mandat kepada calon wakil rakyat mereka atau dapat memberi peluang kepada calon parti pembangkang khususnya PAS memainkan peranan yang lebih berkesan.

sumber : Ust Kamarudin

Melake Perlu Tiru selangor

Syabas kepada kerajaan Selangor yang begitu prihatin dengan nasib rakyat, di ketika mana pemimpin Umno sibuk dengan perebutan jawatan. MB Selangor telah mengumumkan kenaikan elaun guru SAR di bawah JAIS daripada RM738 kepada RM1000 berkuat kuasa Januari tahun 2009.

Tapi lain pula yang berlaku di Melaka, ketua menterinya yang sedang merebut jawatan timbalan presiden Umno telah menurunkan elaun guru KAFA sebanyak RM288 bermula dari Januari 2008 yang lalu tanpa memaklumkan atau notis kepada guru terbabit. Khabarnya exco negeri Melaka didominasi orang melayu Islam tapi untuk perkembangan institusi pendidikan agama tak dibela. kalau bercakap dikampung " Umno berjuang untuk membela agama, bangsa dan negara "!!!.

Saya rasa negeri - negeri yang dibawah taklukkan BN perlu belajar sesuatu kebaikan bagaimana nak jaga kebajikan rakyat jelata. Perkara yang baik tak perlu kita malu tiru......

Ali Rustam Jaguh Kampung

Setakat hari ini Datuk Seri Ali Rustam baru menerima 25 pencalonan untuk kerusi timbalan presiden Umno. Bermakna beliau memerlukan 14 lagi pencalonan untuk mencukupkan kouta. Laluan semakin sukar kerana tempoh persidangan Umno bahagian semakin hampir tamat.

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah Ali Rustam sekarang ini tidaklah begitu popular sangat diperingkat nasional, beliau popular hanya diperigkat lokal, buktinya sebanyak 6 bahagian Umno seluruh Melaka semuanya mencalonkan beliau sebagai timbalan presiden tapi saya tak yakin adakah ikhlas undi yang datang dari ahli Umno Melaka itu. Biasalah siapa lawan........ pendek umur...... Ali Rustam ketua menteri Melaka, semua pintu rezeki ahli Umno mesti melalui beliau.....

Tapi untuk Ali Rustam nak dapatkan undi dari luar Melaka agak terlalu sukar walau pun dah lebih 100 bahagian Umno bermesyuarat. Lain pula halnya Khairy Jamaludin, dalam negeri tak laku. Dah 6 pemuda bahagian Umno negeri 9 bermesyuarat, beliau cuma dapat satu undi sahaja itu pun dari Tampin kerana dia orang tempatan. Mungkin lain jadinya andai kata Khairy Menteri Besar Negeri 9....


sumber : Ust Kamarudin