Seramai 22 kanak-kanak Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang di sini terpaksa belajar di bawah panas terik matahari lebih dua jam ekoran pintu pagar tabika berkenaan dirantai dan dimangga hari ini.Tindakan tidak membenarkan pihak tabika menggunakan bangunan Desa Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang itu didakwa dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kanak-kanak terbabit belajar di luar beralaskan tikar tanpa kerusi dan meja serta berbumbungkan langit dalam cuaca panas terik manakala guru mereka pula berdiri, dari sesi sekolah bermula pada pukul 8 hingga 11 pagi.Penyelia Kanan Tabika Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata, tindakan pihak berkenaan mengunci pintu pagar sekolah di bangunan tersebut bukan kali pertama tetapi kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku kepada mereka tahun ini.
Katanya, pihak tabika tidak faham mengapa ia berlaku sedangkan kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan melalui pejabat daerah untuk tidak mengganggu semua tabika Kemas di Pulau Pinang dan ia dibenarkan beroperasi seperti biasa.‘‘Kali pertama dan kedua insiden sekolah dikunci, ia berjaya diselesaikan dan dibuka semula atas budi bicara pihak berkenaan tetapi apabila berlaku sekali lagi hari ini, kita tidak boleh berdiam diri sahaja.‘‘Perbuatan mereka sudah melampau kerana kanak-kanak ini pula bukan dari keluarga senang, rata-rata anak nelayan dan mereka ini juga perlu pergi ke sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di luar tabika tersebut hari ini.
Difahamkan, tindakan mengunci premis berkenaan dibuat kerana pihak berkenaan mahu mengambil alih bangunan dan dijadikan pusat bagi jawatankuasa tersebut menjalankan pelbagai aktiviti setempat sedangkan tabika Kemas tersebut telah beroperasi di situ sejak tahun 2003.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menerima dua pucuk surat pada awal tahun ini dan pertengahan bulan lepas meminta bangunan tersebut dikosongkan walaupun arahan supaya mereka tidak diganggu telah dikeluarkan.‘‘Kita pun tidak faham kenapa mereka buat macam ini, apa motif sebenarnya, jika mahu berpolitik sekali pun janganlah babitkan kanak-kanak tabika ini kerana mereka tidak tahu apa-apa,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin pula menyifatkan kejadian itu bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekali gus membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira impaknya.
ulasan Gegau :
Kalau tak nak babitkan kanak-kanak tadika dengan politik, Jangan libatkan juga pelajar sekolah dengan sayap politik tak kiralah putera UMNO ke PUTERi UMNO ke. Atau Kelab Umno sekali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan