14 Mac 2009

Muqawamah dapat bebaskan palestin -Malaysiakini

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menegaskan satu cara sahaja untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah iaitu muqawamah dengan berjihad menentang Yahudi yang menjajah bumi Palestin. Sesungguhnya kedukaan dan peperangan di Gaza adalah ujian bagi umat Islam yang telah berjaya ditempuhi apabila mereka terus membantu penduduk Gaza semenjak hari pertama peperangan dilancarkan. Banyak juga individu-individu yang gagal dalam ujian ini antaranya pemimpin-pemimin negara Arab yang jatuh tersungkur rebah tidak dapat bangkit lagi.

Dialog dengan Israel sama sekali tidak dapat mencapai keamanan sebagaimana yang didakwa dan mereka yang sering menyeru kepada dialog dan kerjasama dengan Israel adalah golongan yang muflis dan jahil terhadap sunnah Allah terhadap kejadianNya. Menurut beliau, peperangan di Gaza membuktikan wujud umat Islam yang satu dan hidup. Umat Islam adalah umat yang benar-benar wujud bukan satu khayalan.

Beliau menarik perhatian kepada penulis-penulis dalam akhbar-akhbar yang mencaci penentangan rakyat Palestin. Penentangan tersebut menurut mereka penyebab kepada pemusuhan dan peperangan dengan Israel. Rakyat Palestin menolak genjatan senjata dan berlakulah apa yang telah berlaku di Gaza. Penulis-penulis tersebut sebenarnya berfikir dengan kepala dan akal yang dimport dari luar. Hairan sekali mereka menyeru mereka yang menentang Yahudi agar memberi peluang untuk bekerjasama dan berdialog dengan Isarel. Apakah mungkin rakyat Palestin mencapai kebebasan dengan berdialog dengan Israel? Berapakah nilai perjanjian dan kerjasama dengan Isarel yang tidak bersandarkan kepada kekuatan dan darah untuk mencapai kebebasan? Kemerdekaan bangsa tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan usaha. Inilah sunnah ketentuan Allah ke atas ciptaanNya. Dalam peperangan tidak dapat tidak ada yang gugur syahid dan tercedera dan Islam tidak menganggap mereka yang gugur syahid itu sebagai kekalahan.
source : Aman Palestin

Tiada ulasan: