14 Mac 2009

Speaker is always right- Malaysiakini

Ketegasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengarahkan Datuk Siringan Gubat (BN - Ranau) keluar daripada persidangan Dewan Rakyat hari ini perlu dijadikan iktibar oleh semua Ahli Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, selepas setahun berada di Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen sepatutnya sudah memahami prosedur persidangan."Saya menyokong penuh keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana tujuannya hanyalah satu Iaitu untuk memastikan kelancaran persidangan.

"Saya harap semua Ahli Parlimen melihat ketegasan Pandikar Amin hari ini dengan serius, janganlah membuang masa seperti yang dilakukan dalam tempoh setahun yang lalu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Sewaktu Pandikar Amin menyatakan kekecewaan dengan sikap sesetengah Ahli Parlimen yang menyebut perkataan yang tidak elok sehingga menimbulkan kekecohan, Siringan mencelah: "Ngam lah tu Tuan Yang Dipertua", dan apabila diarah untuk keluar, beliau sekali lagi berkata: "Tidak boleh minta maaf ke?"Mohamed Nazri berkata, semua Ahli Parlimen mesti menyedari bahawa faktor masa amat penting dalam persidangan Dewan Rakyat bagi memastikan tiada perkara yang tertangguh.

"Tahap toleransi Pandikar Amin amat tinggi, selepas setahun baru beliau bertindak sedemikian, kalau saya enam bulan lepas lagi dah bertindak," tegasnya.Siringan turut mengakui tindakan itu adalah kesalahan beliau dan Pandikar Amin telah bertindak sewajarnya menggunakan peraturan Dewan Rakyat."Saya tidak berasa marah, kecewa dan kecil hati," jelasnya.

Tiada ulasan: