14 Mac 2009

Ummat Islam di Nepal minta diiktiraf -Malaysiakini

Penduduk minoriti Islam Nepal hari ini mengancam untuk mengadakan bantahan dan mogok umum bagi menuntut mereka diiktiraf sebagai satu kumpulan etnik di negara ini.Jawatankuasa Perjuangan Muslim Kebangsaan Bersatu menyatakan, mereka mahu kerajaan secara rasmi mengiktiraf masyarakat Islam sebagai satu kumpulan etnik di dalam perlembagaan baru yang sedang dirangka dan disiapkan menjelang Mei 2010.

Penyelaras jawatankuasa tersebut, Tej Mohammed Miya berkata, apabila masyarakat Islam di negara ini diiktiraf, mereka akan mempunyai wakil di Parlimen dan memperolehi manfaat dari kerajaan bagi meluluskan kuota pekerjaan di dalam sektor perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menganjurkan satu bancian bagi menentukan bilangan penduduk Islam di negara ini.Miya menambah, masyarakat Islam di negara ini membentuk kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk. Data rasmi menunjukkan hanya 4.3 peratus daripada 27 juta penduduk negara ini beragama Islam

Tiada ulasan: