Apa sudah jadi dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan?. Satu persatu rahsia dirinya kini terbongkar akibat diganyang dengan berbagai soalan oleh Peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau yang sebelum ini begitu yakin dan dengan bangganya menunjukkan bukti berkaitan lokasi kejadian kepada pihak mahkamah, kini seolah-olah mula gelisah dengan soalan yang diajukan oleh peguam "panas" itu. Apa tidaknya, jika dulu beliau dapat bercakap kepada hakim dengan penuh yakin gara-gara "skrip" yang sudah disiapkan untuk dijawapnya.
Kini, beliau mula kaku dan mati akal akibat tidak tahu apakah yang mahu ditanya oleh Karpal itu. Akhirnya terpaksalah Saiful menjawab "benda yang karut marut dan tidak masuk dek akal kita". Cuba lihat beberapa jawapan panas yang membuktikan tahap keimanan anak muda ini di mahkamah pagi tadi apabila disoal oleh Karpal Singh. Malah seluruh mahkamah mentertawakan beliau, ketika dia menjawab soalan yang dikemukakan oleh Karpal. Antara soalan yang dikemukakan Karpal ialah "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"? Saiful menjawab "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat". Kemudian Karpal bertanya lagu "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?. Jawap Saiful "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah". Kemudian Karpal berkata "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang" dan dijawab Saiful "Saya dalam keadaan darurat masa tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat. Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu. Ahli ibadat konon!
Bukti, blog Saiful Bukhari yang tidak dikemaskini sebulan yang lalu
Perbicaraan Kes Liwat Ditangguhkan Hingga Esok
Perbicaraan kes liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga esok selepas peguambela, Karpal Singh memohon masa untuk menyiapkan hujah bagi mendapatkan keterangan bersumpah Saiful, yang diberikan kepada polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
[Senario yang berlaku terhadap Saiful ini amat mengejutkan kita. Belum pernah terjadi beliau gagal kemaskini blog apabila berita mengenai kesnya berlaku pada hari berkenaan. Malahan dalam sesetengah kes, belum sampai beberapa jam selepas perkara itu berlaku Saiful sudah mengemaskini blognya. Bagi mereka yang jarang melawat ke blog beliau mungkin tidak perasan akan perkara ini. Namun, bagi krew-krew kami yang saban hari melawat ke blognya memang amat perasan apa yang berlaku ini. Apakah Saiful kini dalam keadaan tertekan kerana tidak menjangka apakah soalan yang bakal dikemukakan kepadanya?. Tambah memusykilkan kita bila pihak pendakwa juga enggan menyerahkan nama-nama saksi kes berkenaan dan hanya mengatakan "mungkin" diserahkan kemudian. Soalnya, apakah dalam mahkamah boleh menggunakan perkataan mungkin?. Ini menguatkan lagi bahawa kes ini penuh dengan misteri dan merupakan konspirasi sebenarnya. Moga kebenaran itu akan terbit jua akhirnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan