12 Mei 2010

PRK SIBU : BN mula tabur dedak

Janji-janji manis "projek mee segera" nampaknya sudah tiba di Sibu. Berbondong-bondong menteri UMNO BN mula berkampung dan menabur janji untuk meraih undi. Antara yang paling awal kelihatan ialah seperti Muhyiddin Yassin (Taiko BN di Sibu), S.Subramaniam (Tokey Kerja), Shabrey Chik (Sukan) serta ramai lagi. Apa yang jelas, BN berhadapan dengan satu masalah besar iaitu masalah banjir yang sering melanda Sibu. Maka itu, Muhyiddin Yassin selaku TPM, Menteri Pelajaran dan Taiko BN di Sibu mulalah melakukan tugasannya untuk meraih undi di sana.

Muhyiddin tawarkan durian runtuh lebih RM1 Bilion kepada rakyat
Paling menarik janji manis penduduk Sibu kononnya akan diberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan projek perparitan dan tebatan banjir bernilai lebih RM1 bilion sehingga masalah itu selesai. Beliau juga menegaskan bahawa kerja-kerja untuk fasa pertama projek itu yang membabitkan telah berjalan dan dijangka siap dalam masa dua tahun. Muhyiddin berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Beliau juga sebelum itu mengumumkan peruntukan RM300 juta Sekolah Kebangsaan Agama Sibu.peruntukan RM500,000 untuk meningkat prasarana sekolah tersebut yang disifatkannya antara sekolah terbaik di negeri ini.

Tiada ulasan: