Memaparkan catatan dengan label Bee End. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bee End. Papar semua catatan

01 Julai 2008

BUKU MERAH BAKAL BUNUH UMNO ??

KUALA LUMPUR, 30 Jun: BUKU "Tataetika Ahli Umno" berwarna merah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Parti itu yang mengariskan tatacara pemilihan pucuk pimpinan Disember hadapan disifatkan terlalu kejam dan boleh membunuh demorkasi dalam Umno.Kesan dari etika yang 'tidak beretika' berkenaan juga menyebabkan Umno boleh hancur dan terkubur pada pilihan raya umum akan datang.Demikian tanggapan dan komentar beberapa ahli Umno berhubung larangan yang terkandung dalam buku berkenaan yang kini sedang diperkatakan oleh kalangan Umno.Menurut Naib Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Norasidi Salim peraturan yang termuat di dalam buku itu menjadikan Umno kini seperti parti cowboy di mana pemimpinnya boleh melakukan apa saja yang mereka sukai."Pada saya Umno kini sudah jadi parti cowboy yang boleh lakukan apa saja termasuk memperkenalkan undang-undang rimba," ujarnya.

24 Jun 2008

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mesti Letak Jawatan

Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid berani mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohd Ali.Sebagai rakyat Melaka, saya berasa malu kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang dipertikaikan integritinya. Seorang Ketua Menteri sepatutnya menyiasat secara teliti dan menangani masalah sesuatu agensi kerajaan seperti Hospital Southern dengan berhati-hati cermat bukannya membuat tuduhan melulu sehingga 'membuka pekung di dada'.Dalam samannya Abdul Hamid menjelaskan bahawa Mohd Ali Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini.Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.Kisah saman Abdul Hamid ini telah saya dedahkan dalam posting saya yang terdahulu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar SIASAH baru-baru ini.Saya dengan ini sekali lagi menegaskan supaya Mohd Ali MELETAKKAN JAWATAN bagi memberi laluan kepada orang lain yang mempunyai kredibiliti dan imej yang lebih baik darinya untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Sofi Wahab

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

13 Mei 2008

Memang Cukup makan !!!!

TEKA berapa gaji Datuk Seri Shahrizat Jalil sebulan sebagai Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri? Tidak banyak hanya RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun.Selain Shahrizat, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang tugas beliau adalah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan.Dan untuk rekod beliau dilantik menjadi Penasihat Agama sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.Manakala Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat Petronas dengan gaji RM15,000 sebulan.Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut."Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas."Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih dengan menteri-menteri kerajaan BN.Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin."RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.