Memaparkan catatan dengan label MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MELAKA. Papar semua catatan

24 Jun 2008

POST MORTEM DAH SIAP

Jawatankuasa Post Mortem Pilihanraya Umum ke-12 telah selesai menyiapkan laporannya dan telahpun dibentangkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri semalam.Menurut Setiausaha Jawatan Kuasa Post Mortem, Baihaki Ismail, mereka telah mengkaji secara terperinci semua aspek yang membawa kepada kekalahan PAS Melaka pada pilihanraya umum lalu. "Kita telah menyediakan laporan lengkap tentang faktor-faktor kekalahan kita samada faktor dalaman, luaran dan sebagainya".

"Selain itu kita juga telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi punca-punca kekalahan kita agar ianya dapat dijadikan panduan untuk masa depan" ujar Baihaki lagi.Difahamkan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri semalam memperakukan laporan post mortem tersebut sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Post Mortem PAS Pusat yang akan melawat Melaka minggu ini

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mesti Letak Jawatan

Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid berani mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohd Ali.Sebagai rakyat Melaka, saya berasa malu kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang dipertikaikan integritinya. Seorang Ketua Menteri sepatutnya menyiasat secara teliti dan menangani masalah sesuatu agensi kerajaan seperti Hospital Southern dengan berhati-hati cermat bukannya membuat tuduhan melulu sehingga 'membuka pekung di dada'.Dalam samannya Abdul Hamid menjelaskan bahawa Mohd Ali Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini.Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.Kisah saman Abdul Hamid ini telah saya dedahkan dalam posting saya yang terdahulu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar SIASAH baru-baru ini.Saya dengan ini sekali lagi menegaskan supaya Mohd Ali MELETAKKAN JAWATAN bagi memberi laluan kepada orang lain yang mempunyai kredibiliti dan imej yang lebih baik darinya untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Sofi Wahab

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

06 Jun 2008

PAS kesal pelacuran berleluasa di Melaka

Zaili Muhammad
Wed | Jun 04, 08 | 2:48:35 pm MYT

MELAKA, 4 Jun (Hrkh) - PAS Melaka menyelar kegagalan Kerajaan Negeri Melaka menghapuskan kegiatan pelacuran yang telah berlarutan sejak 1970-an di bandar Melaka walaupun pendedahan mengenainya sudah dibuat berkali-kali oleh pihak media cetak mahupun elektronik.Hotel-hotel murah itu tanpa berselindung dan secara terang-terangan hanya menjalankan perniagaan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan sahaja.Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, bahawa apa yang menjadi persoalan dan menghairankan ialah apakah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Kerajaan Negeri Melaka tidak berkuasa untuk mencegahnya dari berterusan?

"MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan, atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran tersebut.

"Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak, bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasa baik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut," kata beliau.Media arus perdana juga turut melaporkan bahawa walaupun ada di kalangan hotel terbabit pernah diserbu berulang kali oleh jabatan imigresen, polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi ianya masih beroperasi berikutan ada permintaan yang tinggi untuk khidmat seks terutama di kalangan warga asing.

Malahan, daripada lapan hotel murah itu, dua hotel sudah ditamatkan lesen perniagaannya oleh MBMB atas kesalahan menyalahgunakan premis untuk tujuan maksiat sejak setahun lalu tetapi masih beroperasi seperti biasa dengan membenarkan pelanggan memasukinya melalui pintu belakang.Selanjutnya, Sofi mengingatkan pihak-pihak yang terlibat supaya melakukan tindakan drastik bagi menghapuskan aktiviti pelacuran yang semakin bertambah itu dan jangan kita mengundang bala Allah di atas maksiat yang dilakukan di dalam negeri kita.

Hotel-hotel tersebut terletak di Jalan Bunga Raya, Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa, ianya menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan.

KUBU BN SERKAM DARAT BOCOR

Oleh : abuya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Jasin terus subur dan mendapat kepercayaan rakyat apabila berjaya membuka satu lagi cawangan baru di Kampung Serkam Darat.Majlis ringkas penyerahan borang keahlian seramai 80 orang itu telah disempurnakan oleh Ketua Penaja PKR Cawangan Sdr Jamil Bin Ani kepada YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor .Biarpun hujan turun dengan lebatnya pada malam itu namun tidak sedikit pun mematahkan semangat para hadirin untuk mendengar ucapan dan kupasan isu isu terkini dari para penceramah..Ketua Penaja PKR Cawangan Serkam Darat Sdr Jamil melahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan menubuhkan cawangan tersebut. Beliau yang juga aktivis parti telah merancang beberapa program khususnya yang melibatkan masyarakat India kerana sebahagian besar ahli yang mendaftar ialah dari kaum tersebut.“saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan –kawan dari PAS yang banyak membantu dalam semua perkara. Mudah mudah dengan ada cawangan PKR ini akan menjadi penghubung antara bukan islam dengan PAS dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat diperingkat DUN Serkam khususnya”. tegas beliau.

Seorang ahli baru PKR Encik Kurupiyah a/l Munusamy bercadang membawa kaum India yang menganggotai Parti Peadilan Rakyat ini melawat negeri –negeri yang telah diperintah Pakatan Rakyat agar mereka didedahkan dengan cara kerajaan PR memerintah. Beliau yang juga ahli Kelab Penyokong PAS begitu teruja dengan pengalaman ketika melawat Negeri Kelantan baru –baru ini.Turut hadir dalam program pada malam itu Timbalan PKR Jasin Tuan Haji Manan, Setiausaha Bahagian Puan Mahani dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka , Ustaz kamarudin Bin Haji Sedek.

04 Jun 2008

MELAKAKU NEGERI MAJU ??

Oleh D A R
BUMIPUTERA di Melaka perlu menambah dan memiliki lebih dari 400 unit rumah kedai jika ingin meningkatkan jumlah pemilikan rumah kedai dikalangan mereka.Buat masa ini jumlah pemilikan rumah kedai dikalangan Bumiputera di Negeri Melaka cuma 7% sahaja yang mana sasaran sebenar kerajaan ialah 30%. Bagi merealisasikan hasrat pemilikan dan persaingan ini kita berharap kepada usahawan-usahawan atau individu bumiputera yang berkemampuan untuk membeli lebih dari sebuah rumah kedai yang pesat dibangunkan di negeri Melaka ini.
Rumah kedai yang dibeli ini boleh digunakan sendiri atau disewakan kepada pihak Bumiputera yang lain. Cara ini dapat membantu meningkatkan kadar pemilikan yang dirancang oleh kerajaan. Inilah yang dilaku oleh kaum cina dan yang lain-lain.Bukan sahaja kadar pemilikan dapat ditingkatkan malah ia turut memenuhi kuota yang ditetapkan oleh kerajaan kepada pemaju-pemaju yang membangunkan sesuatu projek pembangunan yang melibatkan rumah kedai ini.Saya membangkitkan hal ini kerana sering menerima desakan rakyat supaya menyediakan kuota pemilikan ini tetapi apabila disedia, tiada siapa pula dikalangan mereka ini yang membelinya. Inilah masalahnya. Pemaju sanggup menyerahkan sebahagian rumah kedai ini untuk dimiliki oleh bumiputera, tetapi tiba masanya, tiada sesiapa yang mahu membeli. Sedangkan, ia menjadi rebutan di kalangan kaum lain.Masalah itu juga berlaku untuk rumah-rumah kediaman di mana masih banyak kuota untuk bumiputera yang masih tidak terjual, sehinggakan pihak pemaju terpaksa menanggung kos kerugian.Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional sentiasa membantu kaum Bumiputera untuk memiliki rumah-rumah kedai berkenaan melalui pembelian oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang kemudian disewakan kepada usahawan bumiputera.Semua rumah & rumah kedai untuk Bumiputera diberi diskaun dari 7½ % hingga 15%. Kadang-kadang hingga 20%


komentara pendekarserkam:
kalau melaka negeri maju takkan bumiputera terpinggir dan merempat dinegeri sendiri ??