Memaparkan catatan dengan label PARLIMEN MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARLIMEN MALAYSIA. Papar semua catatan

06 Jun 2008

Minyak: Alasan kerajaan tidak relevan - KeADILan

Salmiyah Harun
Thu | Jun 05, 08 | 2:57:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.

Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong.
"Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan.Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.

Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan."Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.

"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya."Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya.

Auku, harga barang dan PTPTN antara punca mahasiswa tolak kerajaan

Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan mengakui isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kenaikan harga barang serta pinjaman PTPTN telah dikenal pasti menjadi faktor yang menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak memberi sokongan kepada kerajaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Dato' Hajah Azizah Abd Samad berhubung senario mahasiswa yang tidak cenderung menyokong kerajaan di kampus."Saya tidak ingin mengambil satu keputusan yang tidak 'judgemental' dengan mengatakan pelajar-pelajar tidak memberikan sokongan kepada kerajaan, tetapi yang kelihatan pada kita kerajaan BN masih lagi mendapat pengaruh yang besar di peringkat Dewan Negara," ujarnya kepada sidang dewan.Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa antara isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) baru-baru ini, Auku, kenaikan harga barang dan masalah pinjaman PTPTN merupakan antara penyebab berlakunya penolakan kepada kerajaan BN."Untuk itu, antara cadangan yang diberikan MPPK adalah melakukan pindaan kepada Auku, di samping menyediakan kad diskaun pelajar bagi menampung kehidupan seharian di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing," katanya lagi.Sungguhpun begitu ujarnya, mahasiswa masih lagi tidak bersetuju dengan penetapan 3 peratus caj perkhidmatan dalam pembayaran balik PTPTN bagi para graduan selepas menamatkan pengajian

04 Jun 2008

AUKU PUNCA BEE END KALAH ??

KL: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak pernah menghalang pelajar daripada terbabit dalam politik dan bukan antara penyebab Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan pengundi muda pada pilihan raya umum lepas. Katanya AUKU yang dikatakan sesetengah pihak sebagai mengongkong kebebasan pelajar berinteraktif dalam politik kampus sebenarnya tidak menghalang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai pertubuhan dalam negara. "Adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa AUKU adalah antara penyebab prestasi kurang baik BN. "Kementerian tidak menghalang pelajar menyertai manamana pertubuhan dalam negara dengan syarat ia bukan satu pertubuhan haram dan tidak menyalahi manamana perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan kerajaan," katanya menjawab soalan tambahan Senator Heng Seai Kei di Dewan Negara. Heng bertanya sama ada perasaan tidak puas hati yang lama terpendam terhadap sekatan dan juga pendekatan pentadbiran Akta itu merupakan penyebab BN kehilangan pengundi muda pada pilihan raya 8 Mac. Dr Hou berkata kerajaan amat menggalakkan pelajar IPT menyertai persatuan seperti Majlis Perwakilan Pelajar, pertubuhan kebajikan dan sukarela, Pertubuhan Anak Negeri dan sebagainya. Semasa menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn, beliau berkata kementerian itu telah menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji AUKU 1971 bertujuan membuat cadangan pindaan.
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dilantik Menteri Pengajian Tinggi pada Mac lepas, berkata satu kajian perlu dibuat terhadap AUKU kerana didapati beberapa peraturannya menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.

30 Mei 2008

ISTERI NAJIB JADI SASARAN PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang kelmarin melancarkan serangan baru terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut satu laporan laman berita setempat.Kali ini tumpuan mereka ialah terhadap isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), kata laporan laman berita, The Malaysian Insider, lewat kelmarin.Kelmarin, Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Gombak, Encik Azmin Ali, mendakwa Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kedutaannya di luar negara itu terpaksa menanggung perbelanjaan 'tidak rasmi' dalam usaha mereka menjaga isteri-isteri orang kenamaan (VIP), sambil memberi contoh bayaran cukai, pengangkutan dan bagasi tambahan Datin Rosmah yang ditanggung misi di London apabila Datuk Najib melawat ke sana tahun lalu.'Ia antara kos tertinggi yang ditanggung misi di sana. Saya tidak akan katakan ini jika tiada bukti. Kami mempunyai laporan awal dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana,' kata Encik Azmin.Ulasan beliau mengundang teriakan kurang senang dari beberapa AP lain, termasuk Dr Ahmad Fuad Zarkashi dan satu bangkangan dari Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim.

Menteri itu berkata Suruhanjaya Malaysia di Britain mengesahkan bahawa mereka hanya menerima ketibaan Datuk Najib dan Datin Rosmah di sana.'Suruhanjaya Tinggi menegaskan bahawa ia tidak membuat sebarang bayaran tidak relevan bagi pihak isteri timbalan perdana menteri. Apa yang dikatakan beliau tidak benar,' kata Datuk Rais.Encik Azmin membalas sambil berkata: 'Masih pagi lagi di London. Bagaimana Suruhanjaya Tinggi kita di Britain boleh selesaikan siasatan itu dalam masa singkat?'Datuk Najib pula enggan mengulas dakwaan 'remeh dan sesuka hati' Encik Azmin itu sambil menafikannya, menurut The Malaysian Insider.


28 Mei 2008

Wakil rakyat, Speaker DUN Kedah 'dipaksa' berjalan kaki ke Parlimen

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Tue | May 27, 08 | 11:42:07 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama.

Tinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang Imageberlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen.

Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung.

"Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki.

"Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu.

Katanya insiden ini juga melambangkan secara tidak langsung sikap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah yang hilang wibawa dan tidak menghormati suara rakyat yang memilih ahli parlimen dan wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada PAS, KeADILan dan DAP sebagai pemimpin mereka.

22 Mei 2008

KERAJAAN BELUM MESRA KANAK-KANAK

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sebanyak 128 daripada 242 kanak-kanak masih hilang sepanjang ia direkodkan sejak Januari hingga Mac 2008 lalu, dan hanya 114 kanak-kanak hilang ditemui semula.


Statistik itu dinyatakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Dewan Rakyat, hari ini.Dalam pada itu, kementerian terbabit diminta menyatakan punca sebenar kanak-kanak berumur 14 hingga 17 tahun kerap hilang, selain kajian terperinci mengenainya serta sejauh mana nasihat yang diberikan, memandangkan mereka yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ialah pelajar.Persoalan itu dibangkitkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), di Dewan Rakyat, hari ini.Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Noriah Kasnon berkata, program yang dilaksanakan antaranya pasukan pelindung peringkat daerah iaitu sebanyak 131 kumpulan, yang melibatkan golongan profesional dan pemimpin masyarakat, masuk ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan kempen kesedaran di kalangan pelajar."Kita juga berharap ibu bapa bekerjasama supaya memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak sendiri bagi mastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menyebabkan kehilangan mereka," kata beliau.Dalam soalan asal kepada kementerian terbabit, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta kementerian menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.Menjawab soalan tersebut, Noriah berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini dengan kerjasama PDM, Jabatan Imigresen, dan NGO.

30 April 2008

ANWAR TAK PERLU BERTANDING ??

APAKAH Anwar mesti bertanding mana-mana kawasan untuk ke Parlimen? Adakah ruang lain untuk Anwar menghadirkan diri di Parlimen serta mengetuai kerajaan “Harapan Baru” Malaysia?Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Wan Azizah boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.Satu kemungkinan, Anwar kemudian boleh dilantik sebagai seorang senator. Wan Azizah boleh kekal menjadi PM untuk suatu ketika yang sesuai manakala Anwar boleh menjadi Menteri Kanan.Atau Anwar terus menjadi PM sebaik sahaja dilantik sebagai senator dan Wan Azizah mengundurkan diri. (Bolehkah seorang PM dilantik dari kalangan senator? Sesiapa boleh sahkan?)Tetapi bagi Anwar yang IB kenali, tidak mungkin Anwar mahu memasuki Parlimen dengan cara yang bukan sebagai “anak Jantan”. Mengambil alih kerajaan melalui jalan mudah seperti itu tidak mungkin sesuai dengan kehebatan karisma Anwar.Anwar tetap Anwar. Dia mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah menerima pandangan orang. Anwar telah melalui pelbagai cabaran kerana perbezaan pendirian dengan Mahathir dan keras dengan pendapatnya. Dia pernah di puncak kepimpinan negara dan pernah dilondehkan di hadapan orang ramai. Anwar tetap Anwar.Sebagai seorang “politikus”, Anwar ada banyak jalan pilihan yang beliau sudah ada cuma bagi kita orang awam mungkin sukar untuk kita baca strateginya. Dia tahu kekuatan yang dia ada sekarang. Dia sekadar menunggu masa yang sesuai.Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya.Anwar boleh dapat jalan mudah melalui Dewan Negara. Atau meminta mana-mana wakil rakyat PKR berkorban untuknya dengan mengosongkan mana-mana kawasan yang sesuai. Atau beliau boleh tunggu jika ada mana-mana wakil rakyat yang meninggal dunia untuk pilihan-raya kecil.
Tetapi Anwar tetap Anwar.

LOMPAT SI KATAK LOMPAT

Bila diberitakan Ibrahim Ali telah mengistiharkan dirinya bukan Ahli Parlimen PAS tetapi adalah Ahli Parlimen bebas (independent), reaksi ramai orang adalah: "dah jangka dah" atau "lompat lagi katak tu" atau "dah kata dah". Jadi keputusan Ibrahim Ali untuk lompat ini memangnya sudah diduga ramai. Ibrahim tak kenang langsung jasa TG Nik Abdul Aziz atau jasa PAS yang menghulurkan beliau tali ehsan untuk keluar dari perigi buta politik. Tindakan beliau yang telah diundi oleh rakyat atas tiket PAS adalah tindakan yang tidak bermoral dan beretika. Rakyat di kawasan pilihanraya beliau bukan sahaja mengundi beliau tetapi sebenarnya mengundi PAS, dan beliau telah belot terhadap rakyat. Maka timbul persoalan adakah bertika dan bermoral tindakan sesetengah pihak pembangkang terutamanya PKR untuk memancing Ahli-Ahli Parlimen BN?Ibrahim Ali boleh masuk Guinness Book of Records sebagai ahli politik di dunia ini yang tak bermaruah, tak beretika, tak bermoral, tak tahu malu, tak tahu kenang budi, etc. etc. etc. Jenis tak tahu malu dan tak tahu berterima kasih ini selalunya mereka yang lemah keimanannya.Jangan hairan kalau tak lama lagi si opportunis Ibrahim Ali ni akan lompat lagi dari kedudukkannya sebagai MP independent balik ke UMNO. Sebagai seorang opportunis Ibrahim Ali akan melompat kemana saja perut beliau boleh dapat makan besar. Saya percaya kedudukkan beliau sebagai MP bebas ini hanya-lah "posturing" buat sementara menuggu untuk memasukki mana-mana parti yang akan menawarkan beliau pangkat dan wang ringgit. Ibrahim Ali berulangkali membuktikan yang beliau bukan wakil rakyat tapi wakl perut dan hawa nafsu sendiri.Kalau Ibrahim Ali nak lompat lagi, tolong jangan lompat ke PKR. Kalau katak ini lompat ke PKR, perbuatannya itu boleh kecoh dan memporak-perandakan pakatan pembangkang yang sedikit-sedikit sudah kelihatan agak rapuh pada zahirnya, teutamanya apabila DAP pada mulanya membantah ADUN PAS menjadi Menteri Besar Perak, diikutui seterusnya dengan tekanan DAP dan PKR ke atas PAS agar PAS menggugurkan perjuangannya untuk mendirikan negara Islam.Pakatan pembangkang kini kelihatan agak rapuh atau fragile bila terdapat usaha DAP dan PKR untuk control serta mengatur rumah tangga PAS. Saya anggap tindak tanduk DAP dan PKR menyuruh PAS gugurkan perjuangan Islamnya sesuatu campurtangan dalam urusan keluarga PAS, dan tindak tanduk DAP dan PR itu adalah biadab pada pandangan saya. Balik kepada Ibrahim Ali, tak boleh diketepikan yang beliau sudah pun bertanya-tanya kepada parti-parti politik seperti UMNO apakah yang beliau bakal dianugerahkan jika beliau masuk parti tersebut. Macam orang-orang Kristian Barat cuba mengajar kita orang Islam cara makna hendak mengamalkan agama kita.Ingin saya sentuh sedikit tentang lompat parti ini. Bukankah ianya perbuatan yang tidak bermoral dan beretika. Tindakan Anwar Ibrahim untuk memujuk Ahli-Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak agar lompat ke parti pembangkang - adakah ianya perbuatan bermoral dan beretika. Bukankah Ahli-Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak itu dilantik atas tiket BN yang bermakna rakyat di Sabah dan Sarawak telah memberi kepercayaan mereka terhadap BN. Bukankah begitu. Maka bukankah kita pembangkang akan menentang kemahuan rakyat di Sabah dan Sarawak yang masih mahukan BN apabila kita memancing Ahli-Ahli Parlimen mereka untuk menyertai pembangkang? Saya bangkitkan persoalan-persoalan ini dari segi etika dan moral.Kita jangan lupa bahawa suatu dari sebab rakyat telah menolak BN di 6 negeri dan melantik 82 (sekarang dah jadi 81) anggota parti-parti pembangkang ke Parlimen adalah kerana rakyat semakin melihat pemimpin-pemimpin BN, terutamanya UMNO, semakin tak beretika dan tak bermoral.Tanggapan rakyat amat penting dalam politik. Mereka yang pelajari political science akan bersetuju tanggapan rakyat amat penting. Dan tanggapan ini kadangkala tidak atas premis lojik tetapi berlandaskan perasaan. Maka harus kita pihak pembangkang bertindak untuk memastikan tanggapan rakyat terhadap kita itu terus bertambah baik, dan kepercayaan rakyat terhadap kita untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan BN itu semakin bertambah dan kuat. Sudah lama rakyat punyai tanggapan bahawa DAP dan PAS tak sebulu dan tak mungkin boleh berpakat. Kita perlu hapuskan tanggapan negatif ini. Dan ada di kalangan sesetengah rakyat dan penyokong-penyokong PAS yang punyai tanggapan kurang baik terhadap keikhlasan PKR, terutamanya keikhlasan Anwar Ibrahim, Rasa curiga terhadap keikhlasan PKR ini antara lainnya adalah kerana kepimpinan PKR ramai terdiri dari kalangan bekas BN. Maka tanggapan negatif sebini juga perlu diubah. Malangnya belum apa-apa pun perkembangan politik pakatan pembangkang selepas PRU pada 8 Mac 2008 tidak menjurus kepada yang sihat. Malah lebih mengukuhkan tangggapan-tanggapan negatif yang sedia ada. Telah berlaku pertelingkahan antara DAP-PAS dan sekarang ini antara PKR-PAS. Ini telah memberi tanggapan kepada sesetengah orang mungkin DAP dan PKR punyai agenda tersembunyi untuk menyingkirkan PAS dari pakatan rakyat. Ini soal perasaan yang subjektif dan kadangkalanya dibentuk juga oleh prasangka. Yang saya ingin tekankan di sini janganlah belum apa-apa pun kita memberi mesej dan signal yang boleh membangkitkan semula tanggapan negatif rakyat terhadap pakatan DAP-PKR-PAS.