29 Jun 2008

ANWAR DI SOROK DI KEDUTAAN TURKI

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ditempatkan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan. Naib Presiden Azmin Ali mengesahkan bahawa Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya. "Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6.00 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.
Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut. Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar

GERAN KEKAL : SELANGOR IKUT PERAK

SHAH ALAM 28 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor mungkin mengikut langkah Perak yang berhasrat memberi status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di negeri itu.Bagaimanapun, status hak milik kekal di Selangor adalah untuk tempoh selama-lamanya berdasarkan akta tanah di negeri itu, berbeza dengan Perak sehingga 999 tahun sahaja.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan negeri masih mengkaji perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

"Selangor boleh melaksanakan seperti cadangan kerajaan Perak tetapi akta tanah di kedua-dua negeri adalah berbeza."Di Perak, hak milik kekal adalah selama 999 tahun tetapi di Selangor untuk selama-lamanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Ean memberitahu, sekiranya ia menjadi kenyataan, sebanyak 42 buah kampung baru di seluruh Selangor akan terlibat yang majoritinya penduduk kaum Cina.Beliau bagaimanapun tidak pasti jumlah keseluruhan Penduduk terlibat.Selain kaum Cina katanya, kampung baru di Selangor turut diduduki oleh kaum India dan orang Melayu.Cadangan untuk memberi status hak milik kekal lot-lot tanah kampung baru di Perak diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.Bagaimanapun cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Ia menimbulkan persoalan kerana dilihat lebih bermotifkan politik kerana pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina. Kawasan RKT pula terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

RAMAI YANG TAK TAU BENDA NIE

KUALA LUMPUR: Amalan mengambil pelbagai jenis suntikan atau pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah bercanggah dengan Islam jika dilakukan semata-mata untuk kecantikan tanpa memenuhi keperluan fitrah manusia.Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Mohd Azhar Abdullah, berkata dalam keadaan tertentu hukum perbuatan itu juga boleh menjadi haram.“Jika melanggar fitrah manusia dan ia berlaku bukan secara semula jadi, hukumnya haram. Ada disebutkan dalam hadis bahawa perbuatan demikian salah di sisi agama Islam.“Apatah lagi jika ia menyebabkan mudarat dan ‘kesakitan’ kepada individu yang mendapatkan rawatan, sedangkan mencukur dan mengukir kening pun tidak dibenarkan, apa lagi jika mengubah rupa bentuk asal kepada bentuk lain,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika seseorang melakukan rawatan tertentu untuk ‘merawat’ kecacatan seperti mulut sumbing atau ada kesan terbakar atau melecur pada muka, ia dibenarkan.
“Jika ia dilakukan dengan tujuan baik, tidak salah jika kita dapatkan rawatan susulan. Misalnya, jika seseorang itu bermasalah kerana mulutnya sumbing hingga menyebabkan suaranya sengau dan sukar bercakap, dia dibenarkan mendapatkan rawatan demikian.“Apatah lagi jika membabitkan nyawa atau kematian, ia harus dilakukan supaya tidak menyebabkan kemudaratan kepada individu berkenaan. Namun kalau sekadar untuk suka-suka, lebih-lebih lagi meniru rupa seseorang, ia haram,” katanya.Namun begitu, katanya, agama Islam sebenarnya ada keterbukaan dan tidak menghalang umatnya tampil menawan di khalayak ramai, tetapi ada batas dan perlu kesederhanaan.“Islam membenarkan kita jaga kebersihan, malah kecantikan juga perlu dipelihara, tetapi ia perlu selari dengan kehendak dan garis panduan ditetapkan.“Cuma yang dilarang jika ia membabitkan kosmetik atau bahan kimia yang dilakukan secara suntikan dan pembedahan yang menyebabkan perubahan dan ‘kerosakan’ pada wajah. Ia tidak memenuhi fitrah manusia kerana ia berlaku secara ‘paksaan’,” katanya.Sementara itu, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tindakan atau kesanggupan artis ‘menukar wajah’ didorong status diri mereka yang menjadi perhatian ramai.Selain itu, katanya, tindakan nekad berkenaan dilakukan kerana artis menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan, sekali gus mahu mengekalkan kedudukan serta menarik perhatian ramai, sama ada peminat mahupun penaja.“Artis mendapat sumber kewangan melalui kecantikan dan daripada segi psikologi, mereka sanggup lakukan apa saja untuk kekalkan kedudukan, mendapat penaja serta menjadi pujaan,” katanya.

PANDUAN MEMBODEK MENURUT ISLAM

Artikel ini diambil daripada tulisan Ust Zaharudin (http://www.zaharudin.net) dan atas tujuan untuk peringatan kita bersama
“MASYA-ALLAH, sangat hebat kesannya tulisan ustaz ini dalam diri saya. Anta memang satu-satunya insan hebat dan mampu mengulas dengan sangat jelas dan adil. Buku yang sangat mampu mengubah seluruh masyarakat.”“Penyampaian yang saudara buat tadi memang sangat cemerlang. Kalau bukan kerananya, kita tidak mampu dapat kontrak ini.”“Datuk sudah membuat keputusan yang sangat bernas, pelik mengapa orang lain tidak dapat memikirkan seperti yang Datuk fikirkan.”“Saya kira Dr orang paling berautoriti dalam bidang ini. Apa yang Dr cakap adalah hujah utama kami.”“Bos, cekap betul bos menyelesaikan masalah tadi. Kami tak sangka hal yang rumit nampak begitu mudah bila bos bagi penyelesaian.”Semua kenyataan itu mungkin segelintir bentuk pujian yang dilontar kepada tokoh ilmuan Islam, tokoh politik, ahli akademik dan ketua syarikat. Adakah pujian itu dibenarkan oleh Islam dibuat secara terbuka di depan individu terbabit?Dalam artikel sebelum ini, saya berkongsi sedikit pandangan berkenaan bahaya sangka buruk — jenis dosa yang semakin membiak di dalam masyarakat.Namun begitu, sebenarnya masih banyak isu dan fakta berkaitan sangka buruk yang belum sempat saya kongsi bersama pembaca. Insya-Allah saya akan cuba kongsi bersama pembaca selepas ini.Begitupun, saya ingin dahulukan artikel ini disebabkan ramai yang terbabit dan kesannya yang tidak kurang dahsyat. Isunya adalah puji memuji.Apakah pandangan Islam untuk kita memuji seseorang di depannya? Apakah pula bezanya antara membodek dengan pujian sebenar? Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan.Diriwayatkan dalam sebuah hadis bermaksud: “Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya, maka Rasulullah berkata: ‘Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah)’.” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )
Pujian atau membodekSekali baca, kelihatan kita ditegah memuji seseorang di depannya. Namun, Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis itu menyebut, pujian yang “memotong belakang” itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya.Iaitu sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki orang yang dipuji sehingga menyebabkan datang sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan berasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian.Perkara itu dalam kata lainnya adalah ‘membodek’. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan.Justeru, jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan ‘bodek’.
Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelintirnya memuji dengan benar.Pujian melampau jenis ‘bodek’ bukan saja boleh dibuat melalui ungkapan lisan, malah melalui pergerakan fizikal seperti cium tangan.Hasilnya, orang yang diperlakukan sedemikian boleh diuji dengan hebat sehingga menjadi seorang yang menyangka superior atas segala sesuatu, paling bijak, paling berpengaruh dan paling hebat, sehingga tiada lagi proses peningkatan perlu dibuat.Situasi itu biasa berlaku bagi orang berjawatan. Lihat saja bos di syarikat anda bekerja, tentu ada yang ‘kipas’ di dalam dan luar mesyuarat dan lain-lain. Sehingga adakalanya keputusan yang tidak bijak dilihat bijak akibat bodekan dan pujian palsu ini.
Selepas si bos tiada jawatan, baru diketahui pujian itu hakiki atau palsu semata-mata. Budaya ‘kipas’ dan ‘bodek’ tidak lain kecuali satu tindakan haram di sisi Islam dan ia ternyata daripada hadis di atas. Ini kerana ia pasti membawa kesan buruk kepada penerima ‘bodekan’.Malah, kesan buruk itu bukan saja kepada orang yang dibodek, malah seluruh organisasi. Sudah tentu apabila keputusan salah terus dipuji dan disokong kerana ‘bodek’, akhirnya ia memudaratkan masyarakat, organisasi serta syarikat.Pujian sebenarPujian ini untuk sesetengah individu yang dipuji bukan kerana jawatan yang dipegangnya atau apa jua pengaruh keduniaan.
Sebagai contoh, dia ulama yang alim lagi rendah diri, tokoh masyarakat yang berjasa, penulis buku yang berkualiti, majalah dan lain-lain yang cekap dan bijak dalam bidangnya.Pujian yang ditujukan kepada hasil kerja dan usahanya menurut kebiasaan adalah pujian yang layak dan benar. Ia tidak jatuh dalam kategori ‘bodek’, tapi ia masih mempunyai bahaya yang mendalam kesannya. Sebuah hadis bermaksud: “Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji.” (Abu Daud, no 4170)
Sebahagian ulama mentakwilkan maksud hadis itu kepada pujian kepada tidak layak dan mengada-adakan perkara tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga berasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132)Imam Al-Khattabi ketika menghurai hadis di atas berkata: “Barang siapa memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, ia tidaklah termasuk dalam kategori ‘maddah’ iaitu yang pemuji terkeji.” (Ma’alim as-Sunan)Walau apapun takwil, teks hadis itu juga merangkumkan segala jenis pujian benar di depan orang yang dipujinya. Pengajaran daripada hadis ini ialah, jangan terlalu banyak memuji orang di depannya walaupun pujian itu benar dan ikhlas kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri dan menghilangkan ikhlas dalam kerja yang dilakukannya.Kerana itu ada disebut dalam sebuah hadis sohih, Musa Al-Asyaary berkata: “Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur: “Kamu telah memotong diri lelaki tersebut.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terkezud Paklah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, terkejut dengan laporan polis yang dibuat seorang pembantu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa dia diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu di sebuah rumah di Bukit Damansara, Khamis lalu.Perdana Menteri berkata: "Saya terkejut...saya terkejut."Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat laporan itu dan menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap laporan berkenaan berikutan individu terbabit mempunyai hak untuk berbuat demikian. "Benda itu sudah berlaku dan orang yang berkenaan yang terbabit sudah buat laporan."Kita nak buat apa lagi, dia ada hak membuat laporan, kita tidak boleh tegah dia daripada buat laporan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya di sini, hari ini.

28 Jun 2008

Anwar di RTM1 pada 15 Julai, Pak Ali Panas Punggung

Hentikan debat dengan Anwar Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.


www.utusan.com.my

KESAN GILA TALAK ???

Tapi sepatutnya, kita tak usah "kaget" kata orang seberang. Oleh kerana UMNO ni parti penipu, maka sapa masuk UMNO, otomatik terjangkit penyakit menipu ni.Ezam cuma mengikut resmi kerbau, bila masuk kandang kerbau, dia pun menguak. Kalau dia masuk kandang kambing, dia mengembek. Hah, eloklah Ezam jadilah kamu kerbau UMNO, kambing UMNO. Duduk lah kamu berkubang dalam lumpur dan tahi UMNO.Kalau dahulu Ezam Mat Nor sanggup merengkok dalam penjara Kajang semata-mata kerana mempertahankan kebenaran menuduh makcik Fidah korupsi, skrg ni lepas menipu mcm ni, tak tau lah nak duduk dalam penjara apa lagi, mungkin rumah pasung kat ulu mana2 kot?Wahh, nampaknya semenjak Ezam Mat Nor menyertai UMNO ni, berubah perangai beliau dengan begitu drastik sekali. Baru tak sampai sebulan, Ezam Mat Nor telah menjadi seorang penipu.
Al maklumlah, Ezam sekarang ni dah ada boss baru. Jadi, kenalah bodek boss baru dia. Tapi nak bodek pun biarlah berpada-pada. Tengok-tengoklah sikit bila menuduh.Dan sekarang terbukti, Ezam terlebeh mengampu sampai menipu. Orang tua2 kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak bas, kenalah ambik teksi. Terlajak kapalterbang, jadilah 911.Tapi sepatutnya, kita tak usah "kaget" kata orang seberang. Oleh kerana UMNO ni parti penipu, maka sapa masuk UMNO, otomatik terjangkit penyakit menipu ni.Ezam cuma mengikut resmi kerbau dan kambing. Bila masuk kandang kerbau, dia pun menguak.Bila dia masuk kandang kambing, dia mengembek. Hah, eloklah Ezam jadilah kamu kerbau UMNO, kambing UMNO. Duduk lah kamu berkubang dalam lumpur dan tahi UMNO.Kalau dahulu Ezam Mat Nor sanggup merengkok dalam penjara Kajang semata-mata kerana mempertahankan kebenaran kerana menuduh makcik Fidah korupsi, skrg ni lepas menipu mcm ni, tak tau lah nak duduk dalam penjara mana lagi, mungkin rumah pasung kat ulu mana2 kot? Orang kat penjara pun agaknya menyampah nak tengok muka Ezam.Dengan kenyataan Abang Rosli yang saya lampirkan dibawah ini, bolehlah kita anggap Ezam seperti jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.Kalaulah Ezam dahulu sabar sedikit lagi, sekarang ni mungkin Ezam dah jadi orang besar dalam Keadilan dan dalam dalam persada politik Malaysia.
Bak kata orang tua-tua, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi Ezam tak sabar, alamat jadilah Ezam balachi Khairy Jamaluddin (yang bercita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia).Saya nak cakap, saya kenal Abang Rosli ni. Kalau nak kaya apasal dia tunggu sekarang ni, masa Anwar jadi TPM la dia buleh sapu. Tapi berani dia sapu, kalau tak Anwar Ibrahim potong line, dan Anwar banyak kali potong line family dia. Walaupun famili dia orang meniaga, tapi takda sorang pun yang dapat laba dari kedudukan Anwar Ibrahim sebagai TPM. Kalau tidak cerita diorang ni mestilah dah terkeluar masa Anwar kena pecat dulu.Akhir sekali, Ezam, kau sekarang ni balachi Khairy Jamaluddin. Kau jangan la terlebeh sangat sampai nanti kau jadi liabiliti. Memang rasmi balachi, bila dah tak berguna, alamat kena terajang siam la masuk tong sampah. Kau tengok la nasib Zahid Mat Arip, Roslan Kassim, Hamda Taha, Hanafiah Man dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya. Apa jadi kat diorang ni semua. Semua jadi hampas. UMNO pun serba salah dengan diorang ni.
Nak ditelan mati mak, nak dluah mati bapak dibuatnya UMNO.Yang lagi kelakar, masa PRU 2008, Hamdan Taha dan Zahid Mat Arip telah dihantar khas ke Parlimen Lembah Pantai, kononnya kehadiran mereka akan melemahkan peluang anak Saudara Anwar Ibrahim di dalam memenangi kerusi Lembah Pantai. Kononnya Zahid Mat Arip ada rahsia besar yang akan didedahkan berkenaan Anwar Ibrahim, bapa kepada Nurul Izzah calon Lembah Pantai.Ruslan Kassim dihurung kesana kesini terutama di Negeri Sembilan tempat Dato' Kamarul. Dulu, masa Keadilan, berapa banyak duit Dato' Kamarul habis tolong si Ruslan ni. Masa 2008, Roslan yang sama jugak yang datang menista Dato Kamarul di Parlimen Teluk Kemang, tempat Ruslan pernah bertanding dulu.Tapi apakan daya, sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali puak-puak bajingan bekas KeAdilan ini dihanyutkan air loji penapis najis adanya. Kehadiran Ruslan, Hamdan, Hanafiah, Zahid dan sekutu2 TIDAK MEMBERI KESAN.
Semua kawasan puak2 ni berkempen, SEMUA UMNO KALAH TERGULING. Dato Kamarul, Nurul Izzah, Kak Wan menang dengan jayanya dan mereka bersemayam di atas takhta kerusi parlimen mereka bak raja-raja di kayangan. Akibat orang menyampah tengok puak-puak talam dua muka ini, yang dah bercadang nak undi BN pun tak jadi undi.Kepada Ezam, berentilah menjaja fitnah ke sana ke mari.
Hakikatnya, kamu lari dari KeAdilan kerana kamu kalah beradu. Kamu masuk gelanggang, belum habis berlawan kamu dah mengaku kalah. Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.Kamu asyik berkata Anwar tak setia dengan perjuangan Melayu. Habis, Pak Lah, Khairy dan sebagainya, bukan ke diorang ni setia pada Singapore? ( Mengikut dakwaan Bekas Perdana Menteri)? Kamu nak kata Anwar Agen Asing, habis Khairy mcmna?Puak-puak pengacau ni, bak kata arwah direktor Ahmad Nisfu, "Kecik kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang". Itulah ibarat yang tepat berkenaan Ezam Mat Nor dan juak-juak beliau semua.Hakikatnya Ezam, kamu pengecut. Kamu tahu gagasan kamu telah ditolak, lantas kamu lari dari perjuangan dan kamu pergi menjilat ludah kamu semula. Cerita kamu telah masyhur seantero dunia. Semua orang tahu kamu bercadang masuk UMNO sejak lama dahulu, masa 2004 lagi. Pergi berjumpa Dato Aziz Samsuddin, lepas tu bila lobang pecah, kamu fitnah si Lokman Nor Adam. Kesian Lokman Nor Adam jadi mangsa fitnah kamu, Ezam Mat Nor.Memang bangsa kamu bangsa lidah bercabang, bangsa telunjuk lurus kelingking berkait. Tak boleh dipercayai hatta masa dalam KeAdilan lagi saya dah tahu perangai kamu.
Ingatlah pesananan orang tua-tua: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Kepada pembaca sekelian, coretan ini seharusnya menjadi peringatan.
Barang yang buruk jadi sempadan, barang yang baik jadi tauladan.
Sekian adanya.
Tulang Besi

Kesan kenaikan minyak Paksa anak minum racun

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hadzlihady Hassan (Metro)
SUBANG JAYA: Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan kerana mengalami tekanan perasaan dan menanggung hutang yang banyak.
Komen Tg Kudin
Inilah antara kesan yang terjadi akibat kenaikan harga minyak secara melampau oleh kerajaan zalim BN, rakyat terhimpit dan tertekan dengan pelbagai bebanan.Sedangkan pada ketika rakyat sedang mencungap-cungap menstruktur semula perbelanjaan berikutan kenaikan yang lama Pak Lah mengumumkan minyak naik lagi.Ini adalah secebis kisah dan di luar sana berpuluh juta rakyat Malaysia yang menghadapi permasalahan yang sama, saya pun selalu melihat kenderaan tersadai di tepi jalan selepas kenaikan ini kerana kehabisan minyak disebabkan pengguna masih lagi belum dapat menerima realiti bahawa harga minyak dah naik begitu tinggi.Dan yang sedihnya kebanyakkan mereka ialah orang Umno/Bn yang kuat mempertahankan UmnO pada PRU dulu, padan le muka korang

27 Jun 2008

LAIN DICUBIT LAIN YANG SAKIT

Nampaknya Raja Petra berjaya lagi. Itulah sifat orang yang berani, orang yang mempunyai kredibiliti dan akauntability. Bukan macam Najib dan Dolah yang hanya ada kati. kati yang senget sebelah. Kati yang dah dipandang jijik sejijik muka Dolah dan muka Najib.Raja Petra berjaya untuk mengejutkan Najib dan Dolah Badawi. Mereka sekarang tidak tidur lena lagi. Mungkin Rosmah dan Jeanie pun sekarang tengah gersang...maklumlah laki masing-masing berjaga panjang. Mungkin kita boleh katakan bahawa Najib dan Dolah tak heran sebab apa yang polis boleh buat? Salah sangkaan begitu. Dulu bila Hendraf mengamuk Dolah kata jangan cabar saya dan Hendraf tak boleh buat apa-apa. Tapi apa jadi kepada masyarat bawahan. Masyarakat bawahan yang memberi undi telah menolak BN akhirnya BN tersungkur seperti jatuhnya nangka busuk . Begitulah juga kesannya kenyatan bersumpah dari RPK.Tapi yang aku heran kenapa pula Najib yang marah sakan? Aku tengok Rosmah relax aje, seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Sebab Rosmah pun tau, kalau ada pun polis ambil keterangan darinya, sebenarnya dia tak ditanya apa-apa pun. Mungkin dipanggil untuk tanya khabar dan lepaih tu Rosmah bagi sikit buah tangan, polis pun lepas.Orang bodoh pun tau yang polis tak boleh buat apa-apa. hanya yang terlalu bodoh sahajalah yang percaya Rosmah boleh diheret ke mahkamah. Tapi kita berbalik kepada soal Najib. Kenapa dia takut sangat? Kan ke ada pepatah Berani kerana benar, Takut kerana salah. Mungkin Rosmah berani kerana dia tau polis Malaysia semua auta, Mungkin RPK berani kerana dia berpegang kepada prinsip kebenaran, tetapi yang Najib nak takut apa? kalau Rosmah pun tak takutkan polis, kenapa Najib nak takutkan polis lembut tu? Itula persoalannya...Sebenarnya ada cerita. Najib sekarang tengah dok bercita-cita nak jadi orang nombor satu pula. Tak kan nak nombor dua sampai mampuih? Bila jadi orang nombor satu, kes Altantuya akan jadi almarhum sama seperti almarhumnya Altantuya. kawannya Razak Bagina pun seronok sebab lepas dari penjara dan boleh sapu pula puluhan juta. Semua skandal Najib akan disapu kebawah meja. Dan Najib boleh bermaharajalela.Dengan adanya kenyataan bersumpah RPK, hasratnya sedikit sebanyak tergugat dan kerjanya semakin berat. Mana nak tangkis kes Altantuya, mana nak tangkis puak Ku Li, Mana nak tangkis Anwar Ibrahim... teruklah hang Najib ooi... pandai RPK buat strategi. Tengah Najib kalut dia tambah beban supaya Najib semakin serabut. Dan orang yang serabut adalah musuh yang mudah dikalahkan. Itulah yang menyebabkan Najib kecut perut. NAJIB TAKUT KALAH DAN BILA KALAH SENANGLAH ORANG NAK MASUKKAN DIA KE SUNGAI BULUH.Tapi macam mana pun Najib dan Dolah sangkal, orang dah tau yang dua-dua ekoq tu kaki pembohong. Sekali pembohong selamanya pembohong . Sekali orang hilang kepercayaan, selamanya kenyataan dan penafiannya dipersoalkan. najib...Najib... kamu mungkin senasib Mahathir malah lebih teruk dari itu..Talqin untuk Najib. Alfatihah."

ULASAN ISU SEMASA

1)Cerita minyak naik masih panas lagi, lepas tu isytihar harga ayam pula naik, yang terbaru tambang semua jenis bas akan naik paling lewat akhir tahun ni, tapi dia tak sebut paling awal bila tambang naik ? sebenarnya ada bas yg dah naikkan tambang Cuma pihak kementerian aja tak tahu. Bas nak naik tambang adakah nak beritahu menteri dulu, ini bukan tambang terkawal.....
2)Dengar cerita banyak lagi demontrasi yg akan dilaksanakan disemua negeri dan ada orang Tanya saya kat mana lagi ada demo? Mud rakyat tengah baik..... Penyokong tegar UMNO kat kampong tak buka mulut ( mungkin puasa sunat kot....). Di Melaka dah tiga tempat kita buat : 8 Jun di Bandar melaka dan Masjid Tanah, 14 Jun dipekan Jasin dan daerah lain harap bersedia. Yang menarknya baru ni lepas Demo ada polis pakat kat saya "ustaz buat aja kami pun dah tak tahan dengan harga barang naik....". Kalau cakap dari dulu kan senang.... saya rasa kalau pihak polis turut serta dalam demo, lagi cepat BN turun dan minyak pun turun.
3)Suka nak ingatkan rakyat, kalau sebelum 5 Julai ni tak ada tanda – tanda kerajaan turunkan harga minyak, insyaAllah 5 Julai ni ( Sabtu ) beramai – ramai kita ke KL perhimpunan 1 juta rakyat. Tak kira apa parti, bangsa, agama… yang hidup dan yang mati semua dijemput datang sendiri.
4)Baru – baru ni Ku Li dakwa ada parti kompenen BN akan keluar akhir bulan ni…Lagi le gila Pak lah dibuatnya…. Perkara ni dah lama dengar, penyakit dalaman BN dah jadi wabak, nampaknya tak mampu nak diselamatkan, sebab tu Ku Li cakap benda yang tak menguntungkan BN. Bagi dia BN nak mampus pun tak apa....Alang – alang nak dah tenat, biar le mati cepat.....
5)Pada 17 Jun RISDA umumkan pelupusan hutang lapok seramai 25.000 pekebun kecil yang berjumlah RM140 juta. Kemudian kementerian kerja raya beri jaminan dalam masa 2 bulan akan datang tol akan diturunkan.Saya sangat setuju cadangan tersebut demi untuk kebaikan rakyat, tapi saya nampak pengumuman ini lebih kepada untuk redakan rakyat mengenai kenaikan harga minyak dan menunjukan kerajaan yang mesra rakyat.... Sebenarnya nak beritahu kerajaan dari dulu mampu lakukan tapi saja nak tangguhkan pada masa tertentu..... ini semua gimik politik... Dan saya syorkan agar terima permintaan rakyat sekelian lama : hapuskan hutang PTPTN dan raikan tuntutan persatuan sekerja naikkan kadar gaji pekerja di sector swasta.
6)Baru 2 hari YB khairi Jamaludin cabar Anuar Ibrahim letak jawatan kalau pada bulan September tak berlaku pertukaran kerajaan persekutuan seperti yang diwar – warkan, Datuk Yong Teck Lee presisen parti SAPP kompenen BN umum hilang kepercayaan pada PM. Diikuti pula 2 MP SAPP. Khairi nak cakap apa ? Saya nasihatkan khairi senyap aje tunggu dan lihat jadi pemerhati yang baik, jangan celupar sangat, jangan ulangi kesilapan lalu. Ramai anggap BN hilang banyak kerusi berpunca sikap khairi yang merugikan. Kalau dalam PAS dah lama kena....
7)Berita politik Sabah ni paling tak mengembirakan di Melaka ialah Ali Rustam. Kerana takut tak sempat jadi timbalan PM. Kalau berlaku peralihan kuasa PM, Najib bakal PM. Naib pres. UMNO paling kanan ( undi tertinggi ) Ali Rustam le.... Itu pun kalau ada kelayakan.....Bagi orang melaka, kami rasa malu, tak tahu le orang luar.....
8)Saya setuju dengan ucapan Ketua Pemuda Pas Kelantan YB Zaki Ibrahim semasa ceramah di Jasin "rakyat Melaka tolak tuah kerana tolak Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12."kerana di negeri yang diperintah PR sedang berlumba buat kebajikan kepada rakyatnya.Tapi esoknya bendahari UMNO Melaka Ghafar Atan beri respon "kalau tolak BN bermakna tolak tuah"Saya pun setuju juga, sebab bila BN menang, rakyat dapat macam – macam yang tak mampu diberi kerajaan PR antaranya : minyak naik, barang naik, bil letrik naik, darah pun naik…….. saya ucap syabas kpd pengundi BN teruskan sokongan anda demi kesejahteraan masa depan dan masa belakang.....

HANYA ISLAM MENYATUKAN SEMUA

KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Hrkh) - PAS lebih selesa menekankan soal Perpaduan Islam kerana ia lebih adil, baik dan menyeluruh bagi semua masyarakat dan rakyat di negara ini. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata hanya Perpaduan Islam yang boleh mengikat hubungan antara semua kaum di Malaysia. "Kita (PAS) menekankan soal Perpaduan Islam sebab, kita (PAS) melihat Islam ini sebagai asas yang boleh mengikat bukan sahaja di kalangan orang Melayu dengan orang Melayu tetapi mengikat seluruh rakyat Malaysia," tegasnya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Media Bersama Pimpinan PAS di sebuah hotel, dekat sini, semalam.

Katanya, kalau bercakap soal perpaduan Melayu ia seolah-olah meminggirkan bangsa lain yang berada dalam masyarakat dan negara hari ini. "Kalau kita bercakap Melayu sahaja, seolah-olah kita pinggir orang lain daripada perjuangan dan itu tidak kena. "Kita (PAS) hendak perpaduan yang menyeluruh bagi rakyat Malaysia dan ini kena diurus dan ditangani secara bijaksana tanpa kita menafikan bahawa soal perpaduan dalam konteks Malaysia," jelasnya. Justeru katanya, PAS memainkan peranan yang sesuai bagi mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat dalam negara hari ini. "Kita (PAS) akan memainkan peranan kita. Kita respons berdasarkan apa yang sebenar berlaku dalam masyarakat dan negara kita.

"Sebab, kita mempunyai tanggung jawab kita juga kepada masyarakat yang memberikan sokongan kepada kita (PAS) dalam pilihan raya yang lepas (PRU Ke-12)," ujarnya. Pada majlis tersebut lebih 30 orang wartawan, jurugambar dan mengamal media dari Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) hadir berdailog serta bertukar-tukar pendapat antara kedua-dua pihak.
Antara pimpinan PAS negeri yang hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Dato' Abu Bakar Chik, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad.

26 Jun 2008

TURBAN BOLEH PAKAI SERBAN ???

KB: Polis Trafik Kelantan akan menghentikan pengeluaran saman terhadap penunggang motosikal beragama Islam yang memakai serban sehingga mendapat arahan lanjut daripada Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara.Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, bahagian perundangan Bukit Aman kini sedang mengkaji untuk membuat penetapan mengenai bentuk serban yang boleh dipakai tanpa penunggang motosikal perlu memakai topi keledar.Menurut beliau, pengecualian pada masa ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada pemakai serban saja dan tidak membabit mereka yang memakai pelbagai hiasan yang menutup kepala lain termasuk semutar atau kopiah."Jika sesiapa didapati tidak memakai topi keledar atau serban ketika menunggang motosikal mereka akan tetap dikenakan saman," kata beliau.Semalam akhbar melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin selepas disaman kerana tidak memakai topi keledar, tetapi memakai serban.Peguam tertuduh, Ahmad Rizal Effande Zainal telah mengemukakan kepada mahkamah dokumen yang terkandung dalam Pemberitahuan Pengecualian 1975 kepada penunggang motosikal yang mengecualikan mereka memakai topi keledar iaitu mereka yang bergelar haji, hajah, lebai dan yang beragama Sikh.

JANGAN BERPALING LAGI ..

Berita para pemimpin PAS ke London bertemu komplot balaci pembelot Umno untuk 'memeluk' Umno diharap sekadar khabar angin atau perang saraf pengkhianat Melayu Umno dengan niat memecah-belahkan perpaduan di kalangan ahli PAS juga Pakatan Rakyat! Amat diharap tidak benar tapi jika benar bermakna pemimpin PAS yang ke sana hanya mengiakan segala kebejatan yang dilakukan selama ini terhadap perjuangan PAS yang dilihat sangat mengancam kehidupan parti karat lagi pembelot pada agama dan bangsa itu!Jangan lupa segala penghinaan dan cacian terhadap PAS, ideologinya menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini diperlekeh malah pernah di'main belakang' suatu masa dahulu oleh parti karat yang haprak itu! Lupakah juga bagaimana Melayu pembelot daripada Umno juga yang bersekongkol dengan anasir luar menuntut kemerdekaan konon dengan melenyapkan perjuangan para-para pejuang terdahulu seperti Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Boestaman dan ramai lagi ,sehingga merelakan kemerdekaan palsu oleh Lord Reid dengan perlembagaan yang cacamarba ,sehingga termaktub hak dan kebebasan beragama bangsa masing-masing sehingga terkini berani menuntut hak dalam perlembagaan untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam agama Kristian menggantikan God mereka juga Holy Father dan sebagainya dalam mahkamah!Kini mereka tambah berani kerana telah tercatat dalam perlembagaan palsu itu hak kebebasan beragama dan hak samarata yang lain, tidak terfikirkah Melayu Umno yang konon menuntut kemerdekaan kerana kegelojohan mereka yang akan meranapkan hak orang Melayu di bumi sendiri di kala itu! Merelakan kemusnahan hak bangsa sendiri dan agama dalam perlembagaan menuntut kemerdekaan yang palsu juga merugikan? Di mana otak pemimpin Umno pada waktu itu? Kini hanya mampu bagi mereka katakan ialah ini perkara kecil saja tapi dengan tidak malu berteriak mempertahankan hak ketuanan Melayu konon!Lupakah mereka akan kepayahan dan kesengsaraan yang diharungi para pejuang dahulu sebelum Umno mengkhianati segala keazaban perjuangan mereka? Kini keadaan sangat tenat bagi rakyat setelah tergadainya maruah dan hak warisan Semenanjung Tanah Melayu sejak mendapat kemerdekaan palsu itu oleh para pejuang 'palsu' Umno itu, dengan menafikan pejuang-pejuang Kemerdekaan tulen!Berbalik pada kes ke London yang diharap juga palsu Jikalau benar maka bersiaplah PAS menuju kehancuran, di mana bukan sahaja ahli PAS malah yang penyokong bukan Melayu dan Islam juga akan membenci PAS sampai mati! Kepercayaan dan sokongan pada PAS tidak sepatutnya dileburkan hanya demi hujah akhafu al-darurain (memilih yang lebih ringan bahayanya) yang nampak sangat menguntungkan parti karat yang sedang nazak itu!Moga berita itu hanya khabar angin pekung seperti yang selalu dilepas daripada belakang oleh pemimpin-pemimpin Umno pembelot, tapi jika benar maka kelajuan pada kemusnahan terbayang bagi PAS yang akan menyaksikan berduyun-duyun ahlinya keluar daripada parti yang selama ini diharap dapat memberi satu wadah sebenar tapi kian malap, kita sama-sama berdoa agar ini tidak benar seperti juga kata-kata Saudara Abu Nasrullah janganlah PAS sertai BN kerana ini hanya akan memusnahkan PAS, wassalamAllahu Akbar Allahu Akbar Allahu AkbarOleh: jingoza

PENDUDUK MERLIMAU DIHINA ??

Ali Rustam tulis di blognya

Begitu juga dengan pekan kecil lain seperti Chohong, Sungai Rambai, Sungai Udang, Merlimau, Kuala Sungai Baru, Cincin, Lubok Cina dan lain-lain akan di bangunkan menjelang tempoh itu. Selain itu kita turut membina Bandar Kesihatan dan pendidikan di Gapam, Jasin seluas 800 ekar yang kini di buka peluang pelaburan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut.
Ali Rustam begitu menghina penduduk Merlimau dengan menggambarkan ianya sebagai pekan kecil walhal ianya sudah bertaraf bandar sejak tahun 80an lagi. Taraf Bandar bagi Merlimau adalah berdasarkan kepadatan penduduk.Ya, Rupa Merlimau memang seperti pekan kecil, ianya adalah disebabkan oleh dasar kerajaan negeri Melaka yang terlalu mementingkan pembangunan di daerah lain.Pembangunan di daerah Jasin lebih tertumpu kepada "pekan" Jasin. Maka "Pekan" Jasin kelihatan lebih besar dan lebih maju akibat daripada segalanya yang melibatkan kedaerahan diletakkan di Jasin. Walhal hakikatnya lebih separuh penduduk daerah Jasin itu berada di Merlimau, (DUN Serkam, DUN Merlimau dan DUN Sungai Rambai).
Merlimau sepatutnya mengepalai Daerah Jasin, dan patut diberi nama Daerah Merlimau.Walaupun tanpa penumpuan kerajaan negeri terhadap Merlimau, orang-orang Merlimau tetap lebih menonjol dalam sesuatu yang berkaitan dengan daerah Jasin.Ahli Parlimen Jasin, orang Merlimau atau Jasin?Ketua Pemuda PAS Jasin, orang Merlimau atau Jasin?Blog Jasin Daily, orang Merlimau atau Jasin?Perlukan saya lakukan kempen menukar nama daerah Jasin kepada Daerah Merlimau? Supaya rakyat yang lebih ramai penduduk di kawasan pantai lebih menikmati pembangunan?

24 Jun 2008

POST MORTEM DAH SIAP

Jawatankuasa Post Mortem Pilihanraya Umum ke-12 telah selesai menyiapkan laporannya dan telahpun dibentangkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri semalam.Menurut Setiausaha Jawatan Kuasa Post Mortem, Baihaki Ismail, mereka telah mengkaji secara terperinci semua aspek yang membawa kepada kekalahan PAS Melaka pada pilihanraya umum lalu. "Kita telah menyediakan laporan lengkap tentang faktor-faktor kekalahan kita samada faktor dalaman, luaran dan sebagainya".

"Selain itu kita juga telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi punca-punca kekalahan kita agar ianya dapat dijadikan panduan untuk masa depan" ujar Baihaki lagi.Difahamkan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri semalam memperakukan laporan post mortem tersebut sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Post Mortem PAS Pusat yang akan melawat Melaka minggu ini

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mesti Letak Jawatan

Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid berani mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohd Ali.Sebagai rakyat Melaka, saya berasa malu kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang dipertikaikan integritinya. Seorang Ketua Menteri sepatutnya menyiasat secara teliti dan menangani masalah sesuatu agensi kerajaan seperti Hospital Southern dengan berhati-hati cermat bukannya membuat tuduhan melulu sehingga 'membuka pekung di dada'.Dalam samannya Abdul Hamid menjelaskan bahawa Mohd Ali Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini.Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.Kisah saman Abdul Hamid ini telah saya dedahkan dalam posting saya yang terdahulu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar SIASAH baru-baru ini.Saya dengan ini sekali lagi menegaskan supaya Mohd Ali MELETAKKAN JAWATAN bagi memberi laluan kepada orang lain yang mempunyai kredibiliti dan imej yang lebih baik darinya untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Sofi Wahab

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

16 Jun 2008

STRATEGI SYAITAN PROFESIONAL

Mohd Zawawi Yusoh
SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.Antara strategi syaitan ialah:
1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini. Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.
2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan. Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.
3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.
4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri. Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).
Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'. B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.

ORANG SERKAM DARAT JUARA TILAWAH ALQURAN PERINGKAT NEGERI

JASIN, 14 Jun- Pasangan suami isteri, Azraie Abdul Haq, 28 dan Sarrul Munirah Haris, 25, masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran peringkat negeri yang berlangsung di Masjid Al-Ghaffar, Jasin dekat sini malam tadi. Azraie berasal dari Taman Koperasi Risda Serkam Darat,Jasin, yang sedang mengikuti Kursus Perguruan di Sungai Petani, Kedah itu memperoleh 77 markah menewaskan tiga peserta lain sekaligus memenangi wang tunai RM3,000 berserta sebuah piala.

Manakala isterinya, Sarrul Munirah yang juga berasal dari Taman Koperasi Risda Serkam Darat, Jasin, seorang Pegawai Hal Ehwal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan pungutan sebanyak 75 markah menewaskan tiga peserta lain sekaligus menggondol wang tunai RM3,000 berserta sebuah piala. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Rashid Redza Mohd Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis, Ghazale Mohamad. Dengan kemenangan itu, kedua pasangan suami isteri itu akan mewakili Melaka ke Majlis Tilawah peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kedah pada Julai depan. Tempat kedua bahagian qari dimenangi Suhairi Yunos dengan 72.5 markah yang memperolehi hadiah wang tunai RM2,000, manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Budiman Bulindan yang memperolehi 69 markah dengan wang tunai RM1,200.

Tempat kedua bahagian qariah pula dimenangi Mimi Munawwarah Abd. Majid dengan pungutan markah sebanyak 70.5 dan menerima RM2,000, manakala tempat ketiga disandang oleh Maziah Md Shah yang mengutip sebanyak 70.5 markah dengan hadiah RM1,200. Azraie ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) memberitahu, beliau tidak menyangka akan terpilih mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan dan baginya pencapaian tersebut sesuatu yang amat membanggakan buat diri dan keluarganya. "Kemenangan ini bertambah manis apabila isteri turut menjadi johan kariah bersama-sama saya untuk ke peringkat kebangsaan kelak, kami amat bersyukur,'' katanya selepas majlis tersebut malam tadi.

Menurutnya, dia dan isteri berazam akan memperbaiki kelemahan yang sedia ada dan akan membuat persiapan yang rapi bagi membawa cabaran Melaka ke pertandingan tersebut kelak. "Kemenangan yang diperolehi ini tidak akan kami sia-siakan dan kami akan berusaha melakukan yang terbaik pada pertandingan di peringkat kebangsaan nanti,'' katanya.

15 Jun 2008

MEMBINA QAEDAH SULBAH YANG KUAT

Agak lama menyepi. Mungkin sibuk, mungkin malas. Maaf mengganggu anda semua. Memang amat-amat berkeinginan untuk menulis sesuatu kebelakangan ini, tetapi jadual baru kehidupan terlalu memaksa tangan ini berbakti pada yang lain. Di situ punya hikmahnya. Kerana tarbiyah adalah dari amali, bukan dari luahan hati. Wallahu’alam.

Biar terus ke topik yang ingin dibincangkan. Terus-terang, aku bukan orang terbaik untuk berbicara bab ini, tetapi ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku yang baru sekejap dalam da’wah. Ingin sekali aku berkata,

“Sesungguhnya da’wah ini panjang, tapi pasti. Da’wah ini sukar dan penuh dengan ujian, tapi sahih. Bukan mudah untuk ikhwah akhwat berada dalam saf da’wah dan kemudian terus lurus bersama yang lain. Akan ada waktu ikhwah akhwat mungkin kebelakang sedikit, dan ada waktu ikhwah akhwat akan ke hadapan. Ada waktu ikhwah akhwat melihat ada yang berundur. Pelbagai alasan, mungkin terbatal wudhu’, atau mungkin terlalu lama, rakaat kedua tak sampai-sampai lagi, baik solat sendiri-sendiri. Itu perkara biasa. Walaupun baru, namun perkara ini semua jelas untuk ikhwah akhwat lihat sendiri.

Sebab itu dalam pelbagai kitab fiqh da’wah, ikhwah akhwat akan banyak jumpa ayat-ayat yang menyeru kita untuk memastikan bahawa awal jalan yang kita masuk adalah jalan yang betul. Atau foundation perlu betul-betul kukuh. Niat perlu lurus dan ikhlas. Jika tidak, ikhwah akhwat akan kembali menyaksikan berundurnya sahabat-sahabat yang dulunya ligat bersama kita. Itulah lumrah da’wah yang panjang. Bahkan dalam sirah islam itu sendiri telah termaktub betapa fitrahnya perkara ini. Sebaik wafatnya Nabi s.a.w., maka berpusu-pusu manusia murtad, bahkan Mekah juga goyah. Sedangkan mereka bertemu Nabi, ditarbiyah terus dari Nabi s.a.w. namun sungguh banyak yang berpaling. Hampir-hampir telah lenyap hasil usaha da’wah Nabi s.a.w. Begitulah lumrahnya da’wah. Berpusu-pusu akan masuk bersama, namun di akhir, tidak tahu siapa yang akan masih teguh. Ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu dari sifat fasiq dan nifaq. Ya Allah perkenankanlah.

Namun di sini punya satu pengajaran yang besar, ikhwah akhwat sekalian. Di sini ada satu perkara yang mungkin kita telah tahu. Di balik da’wah Nabi yang meluas itu, adanya qaedah sulbah atau tulang belakang yang terus menerus menyokong da’wah Nabi s.a.w. baik bersama baginda mahupun tanpa beginda. Mereka tidak berfoya-foya dengan tarbiyah mereka. Mereka tidak bermain-main dengan da’wah mereka. Itulah mujahid da’wah. Mereka tegar bersama islam, dan mereka akhirnya hidup mulia bersama islam. Satu rahsia yang ingin ana kongsikan bersama ikhwah akhwat, bahawa dalam kehidupan ikhwah akhwat akan ada perasaan/emosi dan kebenaran/rasional. Inilah yang akan membezakan ikhwah akhwat mujahid dengan mereka yang mengikut.

Dalam satu-satu kondisi, kita cenderung untuk mengikut emosi, kerana tarikan emosi lebih didorong oleh fitrah dan al-hawa’ sedangkan kebenaran/rasional memerlukan kita untuk menekan emosi ke satu tahap agar maslahah besar mengatasi maslahah kecil atau kesan yang menyeluruh terhasil dari kesan sementara dan seterusnya. Jadi apa kaitannya?

Ikhwah akhwat fikirkan sejenak. Pernahkah antum mendengar misalan yang berkata, cuba menutup satu lubang dengan tanah dari lubang yang baru dikorek. Hasilnya satu lubang tertutup, tapi ada satu lagi lubang. Bilakah masalah akan selesai? Pernah dengar?

Antara contoh-contoh realiti yang mungkin berlaku:

Pinggan mangkuk, periuk, talam dan sebagainya sering tak terbasuh di rumah bujang. Satu masalah yang remeh tapi seringkali mengganggu gugat emosi penghuni rumah. Ana yakin ada dikalangan ikhwah akhwat yang pernah mengalami masalah sebegini. Kemudian akan ada pelbagai cadangan dan pandangan tentang jalan penyelesaian. Antara yang bernas, buat sistem basuh pinggan berpasangan; dua orang satu hari akan basuh semua setiap kali lepas makan. Atau cara lain yang pernah dicuba. Yakinlah, dalam sekejap waktu, sistem akan lumpuh. Ikhwah akhwat akan dapati kotor dan sepah ulang berlaku. Jiwa kacau, hati bilau sekali lagi. Apakah jalan yang paling sesuai?

Cuba ikhwah akhwat renung kembali. Apakah punca? Sistem tak cukup baik? Atau tak praktikal, terlalu ideal? Inilah perkaitan antara emosi/perasaan dan kebenaran/rasional. Dalam melihat masalah ini, emosi membujuk untuk menyelesaikan kekotoran dengan cepat. Mungkin kelak akan memudahkan kerja masing-masing, jadi perlu susun strategi dengan baik. Maka idea dilontar. Seolah mengecat dinding luar rumah dengan cat kapur. Asal putih cepat. Dua hari hujan, timbul balik warna batu pasir. Bukankah begitu?

Kebenarannya atau rasionalnya, masalah ini secara tabi’i yang kita fahami perlu diselesaikan dengan diri yang ada di dalam rumah itu. Ana yakin ikhwah akhwat cukup fasih berkata, “perlu mula dengan diri sendiri dahulu” atau “pembinaan individu dulu, baru fikir sistem. Tiada pendokong, siapa nak pikul?” atau mungkin “perlu selesaikan masalah dari akar umbi. Cabut dahan saja, nanti dia tumbuh balik”. Jadi sekecil-kecil perkara, dengan pemahaman bahawa tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah tarbiyah, juga perlu dilihat dengan fitrah ini. Bagaimana?

Jiwa mu’min yang benar, akhlaq dan peribadinya adalah atas dasar iman. Bukan dasar ikutan. Kebersihan dan kekemasan adalah manifestasi iman, bukan simbol ke-ikhwah-an atau ke-akhwat-an. Ia adalah satu antara perkara asas bagi seorang mu’min. Jadi di sini adalah medan tarbiyah mendidik iman dan islam yang syumul. Bukan perkara main-main atau picisan. Berapa banyak ikhwah akhwat yang melihat kebersihan rumah sebagai medan tarbiyah diri?

Nampak? Emosi/perasaan akan membawa kita kepada penyelesaian yang sekejap. Tapi kebenaran/rasional akan memberi impak yang lebih besar kerana penyelesaiannya ke akar umbi, kepada individu, kepada yang dasar, asas, tapak. Bukan di permukaan.

Apa lagi contoh lain?

Mungkin isu yang sedikit besar. Kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Transliterasi arabnya, qawiyul jismi. Berapa ramai ikhwah akhwat yang melihat ini sebagai satu perkara yang penting? Bagaimana kesihatan atau kekuatan yang dikatakan? Pada suatu ketika, ana memerhatikan ikhwah amat bersungguh membina diri. Muwasafat tarbiyah diulang-ulang, disebut-sebut. Segala yang terkait, semuanya dilibatkan. Semua nak bina. Setiap petang ke padang bersukan. Walau benci menyepak bola, namun tetap turun kerana isu qawiyul jismi. Tamat satu era, datang era baru. Ana perhatikan ikhwah luntur macam cat kapur. Sehingga ada yang meluah perasaan, dulu ligat dan aktif, kini semua duduk dalam beg tidur. Ana kecewa, bukan sedikit tapi ana merasakan seolah yang kita ada adalah pengetahuan, bukan kefahaman dan penghayatan.

Ikhwah akhwat perlu sedar. Tuntutan di jalan da’wah ini besar. Ia memerlukan mujahid yang tahu dan sedar tentang kepayahan jihad hujah. Bukan da’i lisan ke hulu ke hilir berfoya-foya dengan fikrah. Ia perlu hidup. Islam tidak hidup dalam kepala. Ia di jalanan, di dalam masyarakat. Jadi ini memerlukan ikhwah akhwat bertubuh kuat dan sihat, mampu menahan jerih payah. Letih bukan tanda lemah, tapi tanda ada usaha. Letih antara dua, mencari rezeki untuk hidup atau da’wah. Jadi bagaimana ikhwah akhwat boleh bermain-main dalam memastikan kekuatan diri dan kesihatan terjaga? Da’wah kita berterusan, bukan sekadar di program-program. Kita boost sepanjang waktu, bukan macam orang yang program oriented. Itu ya boost sekali-sekala sebab nak program berjaya. Tapi kita lebih dari itu.

Kebenaran/rasional di balik kesungguhan membina kekuatan dan kesihatan diri adalah kerana tuntutan da’wah yang amat berat. Ia memerlukan, bahkan memestikan ikhwah akhwat kuat dan cergas. Apakah boleh jadi kerana emosi/perasaan yang telah menangkap ikhwah akhwat suatu ketika dulu menyebabkan ana tertipu dengan kesungguhan antum semua?

Sekarang adakah ikhwah akhwat melihat, metode pemulihan yang kita canangkan selama ini amat mendalam ertinya. Bukan sekadar maratib amal yang dihafal dan diingat. Ia meminta lebih lagi dari apa yang kita sangkakan. Apabila kita berkias tentang pembinaan diri, sememangnya ia memaksudkan pembinaan diri yang menyeluruh dan syumul. Bila ia bersuara tentang pembinaan baitul muslim, maka ia menuntut baitul muslim yang benar juga. Tatkala ia meminta masyarakat muslim, ia benar-benar menuntut masyarakat muslim dan seterusnya. Bukan dalam perasaan dan persangkaan atau emosi, tapi dengan sebenar-benarnya, dalam hakikatnya.

Ikhwah akhwat yang ana kasihi, ana suka melihat jumlah ikhwah dan akhwat yang meningkat saban hari. Usaha kita yang berterusan, Alhamdulillah Allah kurniakan kita sedikit rahmat dan kegembiraan dengan mad’u yang bertambah. Namun ana sayang pada antum. Ana sayang pada da’wah ini. Ana rindukan saat-saat banyaknya waktu kita bersama dalam usaha da’wah dan tarbiyah. Waktu-waktu seolah kita memacu kuda berlumba dalam kebaikan. Ana takut bahawa kita hanya terikat dalam emosi/perasaan kerana banyaknya yang bersama, bukan kerana kebenaran/rasional terhadap kefahaman islam yang syumul. Dari pengalaman, memang ana sedih menitis air mata mengenang ikhwah yang berundur. Wallahu’alam, atas sebab apa, tapi sekiranya benar, boleh jadi mereka terikat dengan hal. Namun semuanya atas kehendak Allah s.w.t.

Inilah bezanya antara hal dan hakikat. Antara kondisi hati dan sebenar-benar kondisi seluruhnya. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah tarbiyah buat kita. Bukanlah kita orang yang taksub dengan tarbiyah sehingga menutup pintu perkembangan am, tapi adalah kita orang yang membuka dan masuk ke dalam pintu tarbiyah mana sahaja yang ada, selagi ia dalam batasan syara’.

Ini adalah waktu untuk ikhwah akhwat berfikir kembali dan merancang semula. Merancang dengan pengakhiran di dalam fikiran, dengan akhirat sebagai tujuan. Adakah da’wah memerlukan individu-individu seperti kita sekarang ataukah ia mahukan yang lebih baik? Ingatlah ikhwah akhwat yang di sayangi, islam menerima semua umat manusia namun da’wah islam hanya menerima mujahid dan mujahidah sebagai pendokong. Kita bermujahadah dalam membentuk diri kita dari dasar. Dengan hakikat, bukan hal. Dengan kebenaran, bukan perasaan.

Sesungguhnya ana hanya meluahkan rasa hati kerana sayangnya ana pada da’wah dan ikhwah akhwat semua. Bukan niat untuk merendahkan sesiapa, kerana orang yang punya takbur walau sebesar zarah dalam hati, tidak punya ruang untuknya di syurga. Di saat ini, hal ana bersuara, namun hakikatnya tidak siapa tahu sehingga Allah telah menetapkan qadha-Nya kelak. Hal ana bersuara agar setiap apa yang engkau ada dikorbankan kerana ini adalah waktu untuk engkau tajrid sebagai sang salik dengan da’wah. Sesungguhnya ummat ini lebih memerlukan engkau sebagai murabbi dari sekadar figur dan harapan mereka pada engkau besar. Tidak pantas untuk murabbi menjadi pemula dalam perkara mubah, kerana urgensi sebagai tauladan amat tinggi di saat ini. Biar engkau rebah memikul da’wah, jangan engkau rebah memikul al-hawa dan hiasannya.”

Andai sahaja dapat aku berkata.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan hati-hati kami, teguhkanlah ia dan tetapkanlah ia di jalan agama-Mu yang lurus. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Kaya dan Maha Mengasihani, kurniakanlah bagi kami rezeki yang baik lagi Engkau redhai. Ya, Allah, Engkau Menguasai jiwa-jiwa kami, maka kami mohon janganlah Engkau menarik hidayah atau menghalangnya dari jiwa kami. Ya Allah, Engkaulah yang paling hampir dengan kami, bimbinglah kami dan perkuatkanlah diri kami. Ya Allah, perkenankanlah.

sumber http://mujahid-serkam.blogspot.com/

SUFI HARAKI


HAJI FENDY

Ada yang berpendapat jika kita menyertai tareqat sufi ianya tidak sesuai kepada orang yang bergiat aktif dalam berdakwah.Ini kerana mereka menganggap apabila menyertai tareqat sufi maka akan meninggalkan dunia dan tidak mengendahkan masyarakat.Entry kali ini, ingin ana fokuskan bagaimana pandangan-pandangan tersebut amatlah sempit jika dinilai dengan dunia kesufian.

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi jahil dari sudut agama..?

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi tercicir soal akhlaknya...?

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi makin jauh dari Allah..?

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah hanya disemai semangatnya bersama pemimpin yang disukainya sahaja..?

Maka,semua persoalan tersebut kembali kepada lemahnya tarbiyah ruhani mereka dalam membawa risalah agama.

Sebagai perkongsian ilmu kita bersama, disini ana sertakan satu kertas kerja yang dipetik dr Persatuan Pelajar Malaysia Syria. Ana kira amatlah sesuai ditatbiqkan oleh kita sesuai dengan suasana di malaysia berhadapan dengan pelbagai konflik agama dan membangunkan manusia ke arah mentauhidkan pada Allah.

Moga ianya memberi manfaat buat semua. Khususnya kepada jiwa-jiwa yang sentiasa berusaha mentarbiah jiwanya tetap kepada Allah dan pada masa yang sama keluar berjihad mengembangkan dakwah kepada masyarakat sekelilingnya.

Dipetik dari :Persatuan Pelajar Malaysia Syria

Pada tarikh: 1/1/2007

Kekusutan ummah yang melanda sekarang ini amat membimbangkan kita. Daripada gejala sosial, dadah, masalah ekonomi, tipu daya politik hinggalah kepada gejala murtad yang hangat diperkatakan sekarang. Menambah remuk dan luka kepada kekusutan ini adalah fenomena hiburan yang melampau di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini. Semua iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ringtone handpone juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama pun mesti ada unsur unsur hiburan. Kehidupan kita sudah menjadi entertainment oriented. Apa yang pasti, kekusutan ini menyebabkan ummah sedar dan ingin kembali kepada ketenangan beragama. Maka tidak hairanlah semakin ramai yang menghadiri majlis-majlis zikir, ceramah, seminar dan tak kurang juga yang aktif dalam persatuan-persatuan untuk membuat kerja kerja dakwah. Malah ada juga yang bertindak lari dari kehidupan masyarakat yang dianggap sudah rosak.

MAKNA RINGKAS SUFI

Sesetengah orang mengatakan: Para sufi dinamakan demikian kerana kemurnian hati (shafa) dan kebersihan tindakan mereka (athar). Ada pula yang mengatakan: mereka dinamakan sufi kerana berada pada baris pertama shaf di depan Tuhan dan ada juga kerana besarnya keinginan mereka berada di hadapan-Nya.Pengertian dan relevansi sufi pada hari ini dilihat dari persepsi dan pandangan yang keliru oleh masyarakat sama ada yang bergiat dalam terekat-tarekat (bukan semua) atau yang tidak terlibat. Kini apabila istilah sufi diketengahkan, ramai yang memahami bahawa sufi merupakan cara hidup golongan tertentu yang mengamalkan zikir-zikir tertentu, tidak keluar bergaul bersama masyarakat, berperilaku pelik, memencillkan diri dan seumpamanya. Sufi, tasawuf atau tarekat dianggap anti sains, anti kerajaan dan anti kemodenan.

SUFI HARAKI

Bagi mengubah persepsi tersebut, ada wajarnya untuk kita melahirkan istilah yang muktadil (pertengahan) yang dapat diterima oleh orang yang bergiat dalam sufi dan yang tidak bergiat iaitu Sufi Haraki.

Kita tidak mahu sufi, tasawuf atau tarekat dilihat dari bentuk yang terbatas, sebaliknya kita mahu sufi dilihat bergerak dan berada di mana-mana bidang termasuk ekonomi, pelancongan mahupun politik. Amat menakjubkan kalau kita melihat nama nama besar dalam dunia sufi, mereka merupakan cermin ketokohan. Al Hallaj, al Qawariri dan sebagainya adalah pemuka masyarakat dalam pemerintahan dan keagamaan. Jalaluddin ar Rumi pernah manjadi menteri. Malik bin Dinar adalah seorang sultan. Sultan Akbar yang berjaya menyatukan India dalam kedamaian dan kemakmuran adalah seorang raja yang sufi. Tarekat Sanusiyyah di Tunisia berjaya menghalau penjajah dan membentuk Libya. Malah berkat aliran sufi, bangsa Chechen yang memelihara Islam dalam cengkaman komunisme bangkit menentang Rusia bersendirian.

KESUFIAN BUMI SYAM

Memang tidak dinafikan bumi Syam amat terkenal dengan gerakan sufi serta tokoh tokohnya. Banyak juga aliran aliran tarekat yang ada sekarang berasal dari bumi berkat ini. Malah kita juga kagum melihat tokoh-tokoh yang aktif di dalam dakwah al'amiyyah merupakan seorang sufi.

Kita boleh mengambil contoh, Syeikh Hasan Habannakah rahimahullah yang merupakan seorang alim, faqih dan sufi. Beliaulah antara orang yang bingkas bangun dan kuat menentang di kala Perancis menjejakkan kaki di bumi Syria.

Di belakangnya juga terdapat ramai tokoh dan ulama yang menyokong beliau. Antaranya ialah Syeikh Mulla Ramadhan (Syeikh Mulla yang terkenal dengan amalan-amalan dan wirid pun pernah menyertai gerakan jihad ketika tinggal di Turki). Syeikh Hasan Habannakah juga bergerak dalam membina pejuang-pejuang agama khususnya dalam bidang dakwah dengan membina Ma'ahad Taujih al Islami yang berpusat di Jamie' Manjak.

Sememangnya tarbiyah yang berciri sufi dan haraki itu memberi impak yang besar dan ia dapat kita lihat pada hari ini.

Almarhum Syeikh Husain Khitab (bekas Syeikh Qurraa, Syeikh Sodiq Habannakah, Syeikh Muhammad Said Ramadhan, Syeikh Kuraim Rajih, Syeikh Mustafa al Bugha, Syeikh Mustafa al Khin dan Syeikh Mustafa al Turkmani (meninggal baru-baru ini) merupakan antara figure-figure masyarakat hasil didikan Ma'ahad Taujih al Islami. Contoh-contoh ini memberi signal kepada kita bahawa sufi dan haraki jika disatukan akan memberi anjakan paradigma dalam dunia Islam.

CIRI CIRI SUFI HARAKI

1. Menjaga hablun min Allah wa hablun min Nas.(Hubungannya dengan Pencipta dan hubungannya dengan sesama manusia)

Tidak dapat tidak, sufi haraki mesti menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan amalannya serta menjaga hubungan dengan manusia dengan menjalankan aktiviti dakwah dan ijtimaie.Amat menyedihkan ada golongan yang mendakwa mereka pejuang Islam tetapi tidak menjaga solat jemaah di masjid, lebih suka mengambil rukhsah dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, solat subuh berjemaah di masjid juga boleh dibilang dengan jari lantaran selalu sahaja terlajak. Itu belum lagi berbicara mengenai amalan sunat. Seorang sufi dan haraki amat menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan menjaga ibadah fardhu dan mempunyai amalan sunat yang khusus. Selain itu, mereka amat aktif dalam masyarakat serta giat dalam aktiviti amar makruf nahi mungkar. Mereka amat sensitif dengan kebejatan izzah Islam dan muslimin.

2. Ruhban fillail wa fursan fin nahar. (Ahli ibadat di waktu malam, pejuang di waktu siang)
Walaupun berzaman telah berlalu, sejarah telah merakamkan bahawa ramai ulama yang zuhud dan tawadhu' menjadi pemimpin pejuang kemerdekaan. Hidup mereka dipenuhi dengan ibadat pada malamnya dan memenuhi siangnya dengan perjuangan menentang penjajah.

Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka malah sebahagian mereka mati dibunuh dan sebahagiannya mati dalam pembuangan daerah. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Hasan bin Munas (Tok Janggut), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Tahir Jalaludin, Syeikh Syed Al Hadi dan Tengku Daud Barueh adalah antara pemuka-pemuka nusantara yang mempunyai ciri-ciri ini.

Malah di bumi Syam ini kita biasa mendengar tokoh-tokoh sufi begitu aktif dengan perjuangan seperti Syeikh Hasan Habannakah, Syeikh Abdul Karim ar Rifaie' dan Syeikh Muhammad an Nabhani. Walaupun mereka sibuk dengan zikir dan hizib mereka, mereka langsung tidak lupa kepada perjuangan mereka. Andai kita mendalami dan menyusuri hidup wali songo, kita pasti akan mengatakan tindakan sesetengah pihak yang hanya berzikir dan tidak keluar kepada masyarakat adalah silap dan tidak tepat.

3. Uzlah nafs (Pengasingan dari penyakit jiwa), bukan jasad (bukan mengasingkan diri dari manusia).

Uzlah secara umumnya bermaksud pengasingan.Uzlah nafs supaya tidak dikotori dengan kotoran jahiliah. Sufi haraki yang sememangnya menjadikan penyucian jiwa sebagai antara agenda utama tidak rela melihat masayrakat di sekelilingnya rosak dengan gejala jahiliyah. Dalam bidang amal, gerakan, pergaulan dan dakwah uzlah tidak wujud sama sekali. Ini adalah kerana dalam soal soal ini, tiada ruang untuk bersendirian, jika tidak kerja-kerja dakwah akan terhenti.

4. Muthaqqaf (Seorang yang berpengetahuan luas).

Seorang yang sufi dan haraki mestilah mempunyai thaqafah yang luas, mantap dalam pengetahuan agama dan tidak hanya taqlid buta. Kerja yang dilakukan bukan atas dasar semangat semata mata, sebaliknya atas dasar ilmu dan keyakinan. Lantaran itu sudah pasti kita tidak akan mendengar lagi salah faham dalam memahami konsep sufi. Selain itu, sufi haraki mestilah up to date dan tidak ketinggalan dalam menerima maklumat maklumat terkini. Ini amat penting dalam proses untuk memahami waqie'. Jika tidak, ia akan menganggu dakwah malah berkemungkinan juga akan dicop sebagai golongan yang jumud, tidak memahami waqie' dan sebagainya.

5. Zuhud dan Tawadhu' (Rendah diri)

Apabila membicarakan soal kesufian, memang tidak lengkap jika tidak mengaitkan ia dengan sifat zuhud dan tawadhu'. Menyingkap sirah sendiri, hampir semua kitab yang menulis mengenai Rasulullah s.a.w menceritakan bagaimana keadaan hidupnya. Bukan sahaja tidak terdapat perabot-perabot yang mewah di dalam rumah baginda s.a.w malah tempat tidurnya hanya beralaskan tikar yang apabila tidur di atasnya, kesannya akan terlekat dipipinya.

Di zaman salaf juga kita boleh melihat Umar bin Abdul Aziz yang memerintah Negara amat tawadhu' dan zuhud lantaran tidak pernah dicatatkan mengenai sifat-sifat yang buruk seperti tamak harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat dan sebagainya walaupun zakat yang dikumpulkan amat banyak dan tiada seorang pun rakyatnya layak menerima zakat.

PENUTUP

Perlu difahami disini bahawa sufi sebenarnya berasal dari makna penyucian jiwa. Penyucian jiwa dari penyakit hati, keegoan, ketamakan harta dan pangkat dengan menginsafi bahawa dunia ini hanya sementara. Dunia bukanlah tujuan tetapi adalah jambatan untuk akhirat. Sufi adalah gaya hidup yang meliputi sikap, pandangan dan tingkah laku. Ia bukan mekanisme persembunyian dan pelarian dari dunia. Sufi dan tasawwuf juga tidak akan meninggalkan syariat kerana ianya berpijak pada syariat untuk menjalani tarekat agar mencapai hakikat. Para sufi juga tidak meninggalkan dunia, bahkan mereka ingin menggoncangnya.Sesungguhnya tulisan ini adalah pandangan daripada penulis. Bukanlah bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak sebaliknya yang dikehendaki hanyalah kebaikan dan perubahan dalam masyarakat. Moga-moga generasi yang akan lahir nanti akan menepati ciri-ciri sufi haraki seterusnya mendirikan agama dan mentadbir dunia ini dengan agama agar Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur menjadi kenyataan.

SUMBER :
http://www.imamazhari.blogspot.com/
http://mujahid-serkam.blogspot.com/

06 Jun 2008

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol

Adnan Ibrahim
Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain? Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"? Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu. Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan. Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka. Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu? Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga. Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia. Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan. Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak. Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."
Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan. Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN. Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.
"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.
Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara? Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang? Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'. Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.-

Menteri 'memujuk' supaya rakyat tidak 'naik minyak'...

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Segelintir menteri sering kali mengelabui mata rakyat dengan pelbagai kata-kata 'pemujuk' dan saranan demi menjustifikasikan kenaikan harga minyak walaupun realitinya menyesakkan masyarakat terutama di kala beban kos sara hidup semakin tinggi kini. Setiap kali kenaikan harga bakar, para pemimpin akan menggunakan ayat-ayat 'standard' untuk melembut hati rakyat yang mana kata-kata dan kenyataan mereka itu, semakin memedihkan hati dan perasaan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan yang terbeban dengan kenaikan tersebut :-

1. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi :"Tak payahlah berdemonstrasi...ini tindakan yang tidak popular. Semua tindakan kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak"

2.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika ditemuramah Tv3 :"Tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan sebab kita sudah beri 'fleet card' ...kita juga sudah beri subsidi makanan.."

3.Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak :?Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah?

4.Dato' Seri Rafidah Aziz sewaktu menjadi Menteri Industri dan Antarabangsa :"Mana ada kerajaan seperti ini (kerajaan Malaysia), masih menanggung subsidi petrol dan gas, walaupun harga bahan api itu telah meningkat.

Selain itu antara ayat bagi menyedapkan hati rakyat dan cuba 'mengeksploitasikan' minda rakyat yang kabur, kerajaan lazimnya akan mengeluarkan kenyataan seumpama ini :-

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-
UAE? RM1.19/liter
Eygpt? RM1.03/liter
Bahrain? RM0.87/liter
Qatar? RM0.68/liter
Kuwait? RM0.67/liter
Saudi Arabia? RM0.38/liter
Iran? RM0.35/liter
Nigeria? RM0.32/liter
Turkmenistan? RM0.25/liter
MALAYSIA? RM2.70/liter

Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam. "Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media. Semoga pendirian beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP dapat meredakan kegelisahan rakyat sekiranya Pakatan berpeluang memerintah negara.

PAS kesal pelacuran berleluasa di Melaka

Zaili Muhammad
Wed | Jun 04, 08 | 2:48:35 pm MYT

MELAKA, 4 Jun (Hrkh) - PAS Melaka menyelar kegagalan Kerajaan Negeri Melaka menghapuskan kegiatan pelacuran yang telah berlarutan sejak 1970-an di bandar Melaka walaupun pendedahan mengenainya sudah dibuat berkali-kali oleh pihak media cetak mahupun elektronik.Hotel-hotel murah itu tanpa berselindung dan secara terang-terangan hanya menjalankan perniagaan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan sahaja.Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, bahawa apa yang menjadi persoalan dan menghairankan ialah apakah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Kerajaan Negeri Melaka tidak berkuasa untuk mencegahnya dari berterusan?

"MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan, atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran tersebut.

"Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak, bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasa baik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut," kata beliau.Media arus perdana juga turut melaporkan bahawa walaupun ada di kalangan hotel terbabit pernah diserbu berulang kali oleh jabatan imigresen, polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi ianya masih beroperasi berikutan ada permintaan yang tinggi untuk khidmat seks terutama di kalangan warga asing.

Malahan, daripada lapan hotel murah itu, dua hotel sudah ditamatkan lesen perniagaannya oleh MBMB atas kesalahan menyalahgunakan premis untuk tujuan maksiat sejak setahun lalu tetapi masih beroperasi seperti biasa dengan membenarkan pelanggan memasukinya melalui pintu belakang.Selanjutnya, Sofi mengingatkan pihak-pihak yang terlibat supaya melakukan tindakan drastik bagi menghapuskan aktiviti pelacuran yang semakin bertambah itu dan jangan kita mengundang bala Allah di atas maksiat yang dilakukan di dalam negeri kita.

Hotel-hotel tersebut terletak di Jalan Bunga Raya, Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa, ianya menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan.

Minyak: Alasan kerajaan tidak relevan - KeADILan

Salmiyah Harun
Thu | Jun 05, 08 | 2:57:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.

Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong.
"Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan.Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.

Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan."Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.

"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya."Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya.

Auku, harga barang dan PTPTN antara punca mahasiswa tolak kerajaan

Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan mengakui isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kenaikan harga barang serta pinjaman PTPTN telah dikenal pasti menjadi faktor yang menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak memberi sokongan kepada kerajaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Dato' Hajah Azizah Abd Samad berhubung senario mahasiswa yang tidak cenderung menyokong kerajaan di kampus."Saya tidak ingin mengambil satu keputusan yang tidak 'judgemental' dengan mengatakan pelajar-pelajar tidak memberikan sokongan kepada kerajaan, tetapi yang kelihatan pada kita kerajaan BN masih lagi mendapat pengaruh yang besar di peringkat Dewan Negara," ujarnya kepada sidang dewan.Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa antara isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) baru-baru ini, Auku, kenaikan harga barang dan masalah pinjaman PTPTN merupakan antara penyebab berlakunya penolakan kepada kerajaan BN."Untuk itu, antara cadangan yang diberikan MPPK adalah melakukan pindaan kepada Auku, di samping menyediakan kad diskaun pelajar bagi menampung kehidupan seharian di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing," katanya lagi.Sungguhpun begitu ujarnya, mahasiswa masih lagi tidak bersetuju dengan penetapan 3 peratus caj perkhidmatan dalam pembayaran balik PTPTN bagi para graduan selepas menamatkan pengajian

KUBU BN SERKAM DARAT BOCOR

Oleh : abuya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Jasin terus subur dan mendapat kepercayaan rakyat apabila berjaya membuka satu lagi cawangan baru di Kampung Serkam Darat.Majlis ringkas penyerahan borang keahlian seramai 80 orang itu telah disempurnakan oleh Ketua Penaja PKR Cawangan Sdr Jamil Bin Ani kepada YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor .Biarpun hujan turun dengan lebatnya pada malam itu namun tidak sedikit pun mematahkan semangat para hadirin untuk mendengar ucapan dan kupasan isu isu terkini dari para penceramah..Ketua Penaja PKR Cawangan Serkam Darat Sdr Jamil melahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan menubuhkan cawangan tersebut. Beliau yang juga aktivis parti telah merancang beberapa program khususnya yang melibatkan masyarakat India kerana sebahagian besar ahli yang mendaftar ialah dari kaum tersebut.“saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan –kawan dari PAS yang banyak membantu dalam semua perkara. Mudah mudah dengan ada cawangan PKR ini akan menjadi penghubung antara bukan islam dengan PAS dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat diperingkat DUN Serkam khususnya”. tegas beliau.

Seorang ahli baru PKR Encik Kurupiyah a/l Munusamy bercadang membawa kaum India yang menganggotai Parti Peadilan Rakyat ini melawat negeri –negeri yang telah diperintah Pakatan Rakyat agar mereka didedahkan dengan cara kerajaan PR memerintah. Beliau yang juga ahli Kelab Penyokong PAS begitu teruja dengan pengalaman ketika melawat Negeri Kelantan baru –baru ini.Turut hadir dalam program pada malam itu Timbalan PKR Jasin Tuan Haji Manan, Setiausaha Bahagian Puan Mahani dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka , Ustaz kamarudin Bin Haji Sedek.

04 Jun 2008

AUKU PUNCA BEE END KALAH ??

KL: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak pernah menghalang pelajar daripada terbabit dalam politik dan bukan antara penyebab Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan pengundi muda pada pilihan raya umum lepas. Katanya AUKU yang dikatakan sesetengah pihak sebagai mengongkong kebebasan pelajar berinteraktif dalam politik kampus sebenarnya tidak menghalang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai pertubuhan dalam negara. "Adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa AUKU adalah antara penyebab prestasi kurang baik BN. "Kementerian tidak menghalang pelajar menyertai manamana pertubuhan dalam negara dengan syarat ia bukan satu pertubuhan haram dan tidak menyalahi manamana perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan kerajaan," katanya menjawab soalan tambahan Senator Heng Seai Kei di Dewan Negara. Heng bertanya sama ada perasaan tidak puas hati yang lama terpendam terhadap sekatan dan juga pendekatan pentadbiran Akta itu merupakan penyebab BN kehilangan pengundi muda pada pilihan raya 8 Mac. Dr Hou berkata kerajaan amat menggalakkan pelajar IPT menyertai persatuan seperti Majlis Perwakilan Pelajar, pertubuhan kebajikan dan sukarela, Pertubuhan Anak Negeri dan sebagainya. Semasa menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn, beliau berkata kementerian itu telah menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji AUKU 1971 bertujuan membuat cadangan pindaan.
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dilantik Menteri Pengajian Tinggi pada Mac lepas, berkata satu kajian perlu dibuat terhadap AUKU kerana didapati beberapa peraturannya menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.