Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut. Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar
29 Jun 2008
ANWAR DI SOROK DI KEDUTAAN TURKI
Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut. Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar
GERAN KEKAL : SELANGOR IKUT PERAK
"Selangor boleh melaksanakan seperti cadangan kerajaan Perak tetapi akta tanah di kedua-dua negeri adalah berbeza."Di Perak, hak milik kekal adalah selama 999 tahun tetapi di Selangor untuk selama-lamanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Ean memberitahu, sekiranya ia menjadi kenyataan, sebanyak 42 buah kampung baru di seluruh Selangor akan terlibat yang majoritinya penduduk kaum Cina.Beliau bagaimanapun tidak pasti jumlah keseluruhan Penduduk terlibat.Selain kaum Cina katanya, kampung baru di Selangor turut diduduki oleh kaum India dan orang Melayu.Cadangan untuk memberi status hak milik kekal lot-lot tanah kampung baru di Perak diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.Bagaimanapun cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu mendapat bantahan pelbagai pihak.
Ia menimbulkan persoalan kerana dilihat lebih bermotifkan politik kerana pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina. Kawasan RKT pula terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).
RAMAI YANG TAK TAU BENDA NIE
Bagaimanapun, katanya, jika seseorang melakukan rawatan tertentu untuk ‘merawat’ kecacatan seperti mulut sumbing atau ada kesan terbakar atau melecur pada muka, ia dibenarkan.
“Jika ia dilakukan dengan tujuan baik, tidak salah jika kita dapatkan rawatan susulan. Misalnya, jika seseorang itu bermasalah kerana mulutnya sumbing hingga menyebabkan suaranya sengau dan sukar bercakap, dia dibenarkan mendapatkan rawatan demikian.“Apatah lagi jika membabitkan nyawa atau kematian, ia harus dilakukan supaya tidak menyebabkan kemudaratan kepada individu berkenaan. Namun kalau sekadar untuk suka-suka, lebih-lebih lagi meniru rupa seseorang, ia haram,” katanya.Namun begitu, katanya, agama Islam sebenarnya ada keterbukaan dan tidak menghalang umatnya tampil menawan di khalayak ramai, tetapi ada batas dan perlu kesederhanaan.“Islam membenarkan kita jaga kebersihan, malah kecantikan juga perlu dipelihara, tetapi ia perlu selari dengan kehendak dan garis panduan ditetapkan.“Cuma yang dilarang jika ia membabitkan kosmetik atau bahan kimia yang dilakukan secara suntikan dan pembedahan yang menyebabkan perubahan dan ‘kerosakan’ pada wajah. Ia tidak memenuhi fitrah manusia kerana ia berlaku secara ‘paksaan’,” katanya.Sementara itu, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tindakan atau kesanggupan artis ‘menukar wajah’ didorong status diri mereka yang menjadi perhatian ramai.Selain itu, katanya, tindakan nekad berkenaan dilakukan kerana artis menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan, sekali gus mahu mengekalkan kedudukan serta menarik perhatian ramai, sama ada peminat mahupun penaja.“Artis mendapat sumber kewangan melalui kecantikan dan daripada segi psikologi, mereka sanggup lakukan apa saja untuk kekalkan kedudukan, mendapat penaja serta menjadi pujaan,” katanya.
PANDUAN MEMBODEK MENURUT ISLAM
Terkezud Paklah
28 Jun 2008
Anwar di RTM1 pada 15 Julai, Pak Ali Panas Punggung
www.utusan.com.my
KESAN GILA TALAK ???
Kesan kenaikan minyak Paksa anak minum racun
27 Jun 2008
LAIN DICUBIT LAIN YANG SAKIT
ULASAN ISU SEMASA
HANYA ISLAM MENYATUKAN SEMUA
Katanya, kalau bercakap soal perpaduan Melayu ia seolah-olah meminggirkan bangsa lain yang berada dalam masyarakat dan negara hari ini. "Kalau kita bercakap Melayu sahaja, seolah-olah kita pinggir orang lain daripada perjuangan dan itu tidak kena. "Kita (PAS) hendak perpaduan yang menyeluruh bagi rakyat Malaysia dan ini kena diurus dan ditangani secara bijaksana tanpa kita menafikan bahawa soal perpaduan dalam konteks Malaysia," jelasnya. Justeru katanya, PAS memainkan peranan yang sesuai bagi mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat dalam negara hari ini. "Kita (PAS) akan memainkan peranan kita. Kita respons berdasarkan apa yang sebenar berlaku dalam masyarakat dan negara kita.
"Sebab, kita mempunyai tanggung jawab kita juga kepada masyarakat yang memberikan sokongan kepada kita (PAS) dalam pilihan raya yang lepas (PRU Ke-12)," ujarnya. Pada majlis tersebut lebih 30 orang wartawan, jurugambar dan mengamal media dari Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) hadir berdailog serta bertukar-tukar pendapat antara kedua-dua pihak.
Antara pimpinan PAS negeri yang hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Dato' Abu Bakar Chik, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad.
26 Jun 2008
TURBAN BOLEH PAKAI SERBAN ???
JANGAN BERPALING LAGI ..
PENDUDUK MERLIMAU DIHINA ??
Begitu juga dengan pekan kecil lain seperti Chohong, Sungai Rambai, Sungai Udang, Merlimau, Kuala Sungai Baru, Cincin, Lubok Cina dan lain-lain akan di bangunkan menjelang tempoh itu. Selain itu kita turut membina Bandar Kesihatan dan pendidikan di Gapam, Jasin seluas 800 ekar yang kini di buka peluang pelaburan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut.
24 Jun 2008
POST MORTEM DAH SIAP
"Selain itu kita juga telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi punca-punca kekalahan kita agar ianya dapat dijadikan panduan untuk masa depan" ujar Baihaki lagi.Difahamkan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri semalam memperakukan laporan post mortem tersebut sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Post Mortem PAS Pusat yang akan melawat Melaka minggu ini
Datuk Seri Mohd Ali Rustam mesti Letak Jawatan
Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid berani mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohd Ali.Sebagai rakyat Melaka, saya berasa malu kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang dipertikaikan integritinya. Seorang Ketua Menteri sepatutnya menyiasat secara teliti dan menangani masalah sesuatu agensi kerajaan seperti Hospital Southern dengan berhati-hati cermat bukannya membuat tuduhan melulu sehingga 'membuka pekung di dada'.Dalam samannya Abdul Hamid menjelaskan bahawa Mohd Ali Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini.Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.Kisah saman Abdul Hamid ini telah saya dedahkan dalam posting saya yang terdahulu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar SIASAH baru-baru ini.Saya dengan ini sekali lagi menegaskan supaya Mohd Ali MELETAKKAN JAWATAN bagi memberi laluan kepada orang lain yang mempunyai kredibiliti dan imej yang lebih baik darinya untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.16 Jun 2008
STRATEGI SYAITAN PROFESIONAL
ORANG SERKAM DARAT JUARA TILAWAH ALQURAN PERINGKAT NEGERI
Manakala isterinya, Sarrul Munirah yang juga berasal dari Taman Koperasi Risda Serkam Darat, Jasin, seorang Pegawai Hal Ehwal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan pungutan sebanyak 75 markah menewaskan tiga peserta lain sekaligus menggondol wang tunai RM3,000 berserta sebuah piala. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Rashid Redza Mohd Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis, Ghazale Mohamad. Dengan kemenangan itu, kedua pasangan suami isteri itu akan mewakili Melaka ke Majlis Tilawah peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kedah pada Julai depan. Tempat kedua bahagian qari dimenangi Suhairi Yunos dengan 72.5 markah yang memperolehi hadiah wang tunai RM2,000, manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Budiman Bulindan yang memperolehi 69 markah dengan wang tunai RM1,200.
Tempat kedua bahagian qariah pula dimenangi Mimi Munawwarah Abd. Majid dengan pungutan markah sebanyak 70.5 dan menerima RM2,000, manakala tempat ketiga disandang oleh Maziah Md Shah yang mengutip sebanyak 70.5 markah dengan hadiah RM1,200. Azraie ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) memberitahu, beliau tidak menyangka akan terpilih mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan dan baginya pencapaian tersebut sesuatu yang amat membanggakan buat diri dan keluarganya. "Kemenangan ini bertambah manis apabila isteri turut menjadi johan kariah bersama-sama saya untuk ke peringkat kebangsaan kelak, kami amat bersyukur,'' katanya selepas majlis tersebut malam tadi.
Menurutnya, dia dan isteri berazam akan memperbaiki kelemahan yang sedia ada dan akan membuat persiapan yang rapi bagi membawa cabaran Melaka ke pertandingan tersebut kelak. "Kemenangan yang diperolehi ini tidak akan kami sia-siakan dan kami akan berusaha melakukan yang terbaik pada pertandingan di peringkat kebangsaan nanti,'' katanya.
15 Jun 2008
MEMBINA QAEDAH SULBAH YANG KUAT
Biar terus ke topik yang ingin dibincangkan. Terus-terang, aku bukan orang terbaik untuk berbicara bab ini, tetapi ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku yang baru sekejap dalam da’wah. Ingin sekali aku berkata,
“Sesungguhnya da’wah ini panjang, tapi pasti. Da’wah ini sukar dan penuh dengan ujian, tapi sahih. Bukan mudah untuk ikhwah akhwat berada dalam saf da’wah dan kemudian terus lurus bersama yang lain. Akan ada waktu ikhwah akhwat mungkin kebelakang sedikit, dan ada waktu ikhwah akhwat akan ke hadapan. Ada waktu ikhwah akhwat melihat ada yang berundur. Pelbagai alasan, mungkin terbatal wudhu’, atau mungkin terlalu lama, rakaat kedua tak sampai-sampai lagi, baik solat sendiri-sendiri. Itu perkara biasa. Walaupun baru, namun perkara ini semua jelas untuk ikhwah akhwat lihat sendiri.
Sebab itu dalam pelbagai kitab fiqh da’wah, ikhwah akhwat akan banyak jumpa ayat-ayat yang menyeru kita untuk memastikan bahawa awal jalan yang kita masuk adalah jalan yang betul. Atau foundation perlu betul-betul kukuh. Niat perlu lurus dan ikhlas. Jika tidak, ikhwah akhwat akan kembali menyaksikan berundurnya sahabat-sahabat yang dulunya ligat bersama kita. Itulah lumrah da’wah yang panjang. Bahkan dalam sirah islam itu sendiri telah termaktub betapa fitrahnya perkara ini. Sebaik wafatnya Nabi s.a.w., maka berpusu-pusu manusia murtad, bahkan Mekah juga goyah. Sedangkan mereka bertemu Nabi, ditarbiyah terus dari Nabi s.a.w. namun sungguh banyak yang berpaling. Hampir-hampir telah lenyap hasil usaha da’wah Nabi s.a.w. Begitulah lumrahnya da’wah. Berpusu-pusu akan masuk bersama, namun di akhir, tidak tahu siapa yang akan masih teguh. Ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu dari sifat fasiq dan nifaq. Ya Allah perkenankanlah.
Namun di sini punya satu pengajaran yang besar, ikhwah akhwat sekalian. Di sini ada satu perkara yang mungkin kita telah tahu. Di balik da’wah Nabi yang meluas itu, adanya qaedah sulbah atau tulang belakang yang terus menerus menyokong da’wah Nabi s.a.w. baik bersama baginda mahupun tanpa beginda. Mereka tidak berfoya-foya dengan tarbiyah mereka. Mereka tidak bermain-main dengan da’wah mereka. Itulah mujahid da’wah. Mereka tegar bersama islam, dan mereka akhirnya hidup mulia bersama islam. Satu rahsia yang ingin ana kongsikan bersama ikhwah akhwat, bahawa dalam kehidupan ikhwah akhwat akan ada perasaan/emosi dan kebenaran/rasional. Inilah yang akan membezakan ikhwah akhwat mujahid dengan mereka yang mengikut.
Dalam satu-satu kondisi, kita cenderung untuk mengikut emosi, kerana tarikan emosi lebih didorong oleh fitrah dan al-hawa’ sedangkan kebenaran/rasional memerlukan kita untuk menekan emosi ke satu tahap agar maslahah besar mengatasi maslahah kecil atau kesan yang menyeluruh terhasil dari kesan sementara dan seterusnya. Jadi apa kaitannya?
Ikhwah akhwat fikirkan sejenak. Pernahkah antum mendengar misalan yang berkata, cuba menutup satu lubang dengan tanah dari lubang yang baru dikorek. Hasilnya satu lubang tertutup, tapi ada satu lagi lubang. Bilakah masalah akan selesai? Pernah dengar?
Antara contoh-contoh realiti yang mungkin berlaku:
Pinggan mangkuk, periuk, talam dan sebagainya sering tak terbasuh di rumah bujang. Satu masalah yang remeh tapi seringkali mengganggu gugat emosi penghuni rumah. Ana yakin ada dikalangan ikhwah akhwat yang pernah mengalami masalah sebegini. Kemudian akan ada pelbagai cadangan dan pandangan tentang jalan penyelesaian. Antara yang bernas, buat sistem basuh pinggan berpasangan; dua orang satu hari akan basuh semua setiap kali lepas makan. Atau cara lain yang pernah dicuba. Yakinlah, dalam sekejap waktu, sistem akan lumpuh. Ikhwah akhwat akan dapati kotor dan sepah ulang berlaku. Jiwa kacau, hati bilau sekali lagi. Apakah jalan yang paling sesuai?
Cuba ikhwah akhwat renung kembali. Apakah punca? Sistem tak cukup baik? Atau tak praktikal, terlalu ideal? Inilah perkaitan antara emosi/perasaan dan kebenaran/rasional. Dalam melihat masalah ini, emosi membujuk untuk menyelesaikan kekotoran dengan cepat. Mungkin kelak akan memudahkan kerja masing-masing, jadi perlu susun strategi dengan baik. Maka idea dilontar. Seolah mengecat dinding luar rumah dengan cat kapur. Asal putih cepat. Dua hari hujan, timbul balik warna batu pasir. Bukankah begitu?
Kebenarannya atau rasionalnya, masalah ini secara tabi’i yang kita fahami perlu diselesaikan dengan diri yang ada di dalam rumah itu. Ana yakin ikhwah akhwat cukup fasih berkata, “perlu mula dengan diri sendiri dahulu” atau “pembinaan individu dulu, baru fikir sistem. Tiada pendokong, siapa nak pikul?” atau mungkin “perlu selesaikan masalah dari akar umbi. Cabut dahan saja, nanti dia tumbuh balik”. Jadi sekecil-kecil perkara, dengan pemahaman bahawa tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya adalah tarbiyah, juga perlu dilihat dengan fitrah ini. Bagaimana?
Jiwa mu’min yang benar, akhlaq dan peribadinya adalah atas dasar iman. Bukan dasar ikutan. Kebersihan dan kekemasan adalah manifestasi iman, bukan simbol ke-ikhwah-an atau ke-akhwat-an. Ia adalah satu antara perkara asas bagi seorang mu’min. Jadi di sini adalah medan tarbiyah mendidik iman dan islam yang syumul. Bukan perkara main-main atau picisan. Berapa banyak ikhwah akhwat yang melihat kebersihan rumah sebagai medan tarbiyah diri?
Nampak? Emosi/perasaan akan membawa kita kepada penyelesaian yang sekejap. Tapi kebenaran/rasional akan memberi impak yang lebih besar kerana penyelesaiannya ke akar umbi, kepada individu, kepada yang dasar, asas, tapak. Bukan di permukaan.
Apa lagi contoh lain?
Mungkin isu yang sedikit besar. Kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Transliterasi arabnya, qawiyul jismi. Berapa ramai ikhwah akhwat yang melihat ini sebagai satu perkara yang penting? Bagaimana kesihatan atau kekuatan yang dikatakan? Pada suatu ketika, ana memerhatikan ikhwah amat bersungguh membina diri. Muwasafat tarbiyah diulang-ulang, disebut-sebut. Segala yang terkait, semuanya dilibatkan. Semua nak bina. Setiap petang ke padang bersukan. Walau benci menyepak bola, namun tetap turun kerana isu qawiyul jismi. Tamat satu era, datang era baru. Ana perhatikan ikhwah luntur macam cat kapur. Sehingga ada yang meluah perasaan, dulu ligat dan aktif, kini semua duduk dalam beg tidur. Ana kecewa, bukan sedikit tapi ana merasakan seolah yang kita ada adalah pengetahuan, bukan kefahaman dan penghayatan.
Ikhwah akhwat perlu sedar. Tuntutan di jalan da’wah ini besar. Ia memerlukan mujahid yang tahu dan sedar tentang kepayahan jihad hujah. Bukan da’i lisan ke hulu ke hilir berfoya-foya dengan fikrah. Ia perlu hidup. Islam tidak hidup dalam kepala. Ia di jalanan, di dalam masyarakat. Jadi ini memerlukan ikhwah akhwat bertubuh kuat dan sihat, mampu menahan jerih payah. Letih bukan tanda lemah, tapi tanda ada usaha. Letih antara dua, mencari rezeki untuk hidup atau da’wah. Jadi bagaimana ikhwah akhwat boleh bermain-main dalam memastikan kekuatan diri dan kesihatan terjaga? Da’wah kita berterusan, bukan sekadar di program-program. Kita boost sepanjang waktu, bukan macam orang yang program oriented. Itu ya boost sekali-sekala sebab nak program berjaya. Tapi kita lebih dari itu.
Kebenaran/rasional di balik kesungguhan membina kekuatan dan kesihatan diri adalah kerana tuntutan da’wah yang amat berat. Ia memerlukan, bahkan memestikan ikhwah akhwat kuat dan cergas. Apakah boleh jadi kerana emosi/perasaan yang telah menangkap ikhwah akhwat suatu ketika dulu menyebabkan ana tertipu dengan kesungguhan antum semua?
Sekarang adakah ikhwah akhwat melihat, metode pemulihan yang kita canangkan selama ini amat mendalam ertinya. Bukan sekadar maratib amal yang dihafal dan diingat. Ia meminta lebih lagi dari apa yang kita sangkakan. Apabila kita berkias tentang pembinaan diri, sememangnya ia memaksudkan pembinaan diri yang menyeluruh dan syumul. Bila ia bersuara tentang pembinaan baitul muslim, maka ia menuntut baitul muslim yang benar juga. Tatkala ia meminta masyarakat muslim, ia benar-benar menuntut masyarakat muslim dan seterusnya. Bukan dalam perasaan dan persangkaan atau emosi, tapi dengan sebenar-benarnya, dalam hakikatnya.
Ikhwah akhwat yang ana kasihi, ana suka melihat jumlah ikhwah dan akhwat yang meningkat saban hari. Usaha kita yang berterusan, Alhamdulillah Allah kurniakan kita sedikit rahmat dan kegembiraan dengan mad’u yang bertambah. Namun ana sayang pada antum. Ana sayang pada da’wah ini. Ana rindukan saat-saat banyaknya waktu kita bersama dalam usaha da’wah dan tarbiyah. Waktu-waktu seolah kita memacu kuda berlumba dalam kebaikan. Ana takut bahawa kita hanya terikat dalam emosi/perasaan kerana banyaknya yang bersama, bukan kerana kebenaran/rasional terhadap kefahaman islam yang syumul. Dari pengalaman, memang ana sedih menitis air mata mengenang ikhwah yang berundur. Wallahu’alam, atas sebab apa, tapi sekiranya benar, boleh jadi mereka terikat dengan hal. Namun semuanya atas kehendak Allah s.w.t.
Inilah bezanya antara hal dan hakikat. Antara kondisi hati dan sebenar-benar kondisi seluruhnya. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah tarbiyah buat kita. Bukanlah kita orang yang taksub dengan tarbiyah sehingga menutup pintu perkembangan am, tapi adalah kita orang yang membuka dan masuk ke dalam pintu tarbiyah mana sahaja yang ada, selagi ia dalam batasan syara’.
Ini adalah waktu untuk ikhwah akhwat berfikir kembali dan merancang semula. Merancang dengan pengakhiran di dalam fikiran, dengan akhirat sebagai tujuan. Adakah da’wah memerlukan individu-individu seperti kita sekarang ataukah ia mahukan yang lebih baik? Ingatlah ikhwah akhwat yang di sayangi, islam menerima semua umat manusia namun da’wah islam hanya menerima mujahid dan mujahidah sebagai pendokong. Kita bermujahadah dalam membentuk diri kita dari dasar. Dengan hakikat, bukan hal. Dengan kebenaran, bukan perasaan.
Sesungguhnya ana hanya meluahkan rasa hati kerana sayangnya ana pada da’wah dan ikhwah akhwat semua. Bukan niat untuk merendahkan sesiapa, kerana orang yang punya takbur walau sebesar zarah dalam hati, tidak punya ruang untuknya di syurga. Di saat ini, hal ana bersuara, namun hakikatnya tidak siapa tahu sehingga Allah telah menetapkan qadha-Nya kelak. Hal ana bersuara agar setiap apa yang engkau ada dikorbankan kerana ini adalah waktu untuk engkau tajrid sebagai sang salik dengan da’wah. Sesungguhnya ummat ini lebih memerlukan engkau sebagai murabbi dari sekadar figur dan harapan mereka pada engkau besar. Tidak pantas untuk murabbi menjadi pemula dalam perkara mubah, kerana urgensi sebagai tauladan amat tinggi di saat ini. Biar engkau rebah memikul da’wah, jangan engkau rebah memikul al-hawa dan hiasannya.”
Andai sahaja dapat aku berkata.
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan hati-hati kami, teguhkanlah ia dan tetapkanlah ia di jalan agama-Mu yang lurus. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Kaya dan Maha Mengasihani, kurniakanlah bagi kami rezeki yang baik lagi Engkau redhai. Ya, Allah, Engkau Menguasai jiwa-jiwa kami, maka kami mohon janganlah Engkau menarik hidayah atau menghalangnya dari jiwa kami. Ya Allah, Engkaulah yang paling hampir dengan kami, bimbinglah kami dan perkuatkanlah diri kami. Ya Allah, perkenankanlah.
sumber http://mujahid-serkam.blogspot.com/
SUFI HARAKI
HAJI FENDY
Ada yang berpendapat jika kita menyertai tareqat sufi ianya tidak sesuai kepada orang yang bergiat aktif dalam berdakwah.Ini kerana mereka menganggap apabila menyertai tareqat sufi maka akan meninggalkan dunia dan tidak mengendahkan masyarakat.Entry kali ini, ingin ana fokuskan bagaimana pandangan-pandangan tersebut amatlah sempit jika dinilai dengan dunia kesufian.
Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi jahil dari sudut agama..?
Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi tercicir soal akhlaknya...?
Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi makin jauh dari Allah..?
Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah hanya disemai semangatnya bersama pemimpin yang disukainya sahaja..?
Maka,semua persoalan tersebut kembali kepada lemahnya tarbiyah ruhani mereka dalam membawa risalah agama.
Sebagai perkongsian ilmu kita bersama, disini ana sertakan satu kertas kerja yang dipetik dr Persatuan Pelajar Malaysia Syria. Ana kira amatlah sesuai ditatbiqkan oleh kita sesuai dengan suasana di malaysia berhadapan dengan pelbagai konflik agama dan membangunkan manusia ke arah mentauhidkan pada Allah.
Moga ianya memberi manfaat buat semua. Khususnya kepada jiwa-jiwa yang sentiasa berusaha mentarbiah jiwanya tetap kepada Allah dan pada masa yang sama keluar berjihad mengembangkan dakwah kepada masyarakat sekelilingnya.
Dipetik dari :Persatuan Pelajar Malaysia Syria
Pada tarikh: 1/1/2007
Kekusutan ummah yang melanda sekarang ini amat membimbangkan kita. Daripada gejala sosial, dadah, masalah ekonomi, tipu daya politik hinggalah kepada gejala murtad yang hangat diperkatakan sekarang. Menambah remuk dan luka kepada kekusutan ini adalah fenomena hiburan yang melampau di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini. Semua iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ringtone handpone juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama pun mesti ada unsur unsur hiburan. Kehidupan kita sudah menjadi entertainment oriented. Apa yang pasti, kekusutan ini menyebabkan ummah sedar dan ingin kembali kepada ketenangan beragama. Maka tidak hairanlah semakin ramai yang menghadiri majlis-majlis zikir, ceramah, seminar dan tak kurang juga yang aktif dalam persatuan-persatuan untuk membuat kerja kerja dakwah. Malah ada juga yang bertindak lari dari kehidupan masyarakat yang dianggap sudah rosak.
MAKNA RINGKAS SUFI
Sesetengah orang mengatakan: Para sufi dinamakan demikian kerana kemurnian hati (shafa) dan kebersihan tindakan mereka (athar). Ada pula yang mengatakan: mereka dinamakan sufi kerana berada pada baris pertama shaf di depan Tuhan dan ada juga kerana besarnya keinginan mereka berada di hadapan-Nya.Pengertian dan relevansi sufi pada hari ini dilihat dari persepsi dan pandangan yang keliru oleh masyarakat sama ada yang bergiat dalam terekat-tarekat (bukan semua) atau yang tidak terlibat. Kini apabila istilah sufi diketengahkan, ramai yang memahami bahawa sufi merupakan cara hidup golongan tertentu yang mengamalkan zikir-zikir tertentu, tidak keluar bergaul bersama masyarakat, berperilaku pelik, memencillkan diri dan seumpamanya. Sufi, tasawuf atau tarekat dianggap anti sains, anti kerajaan dan anti kemodenan.
SUFI HARAKI
Bagi mengubah persepsi tersebut, ada wajarnya untuk kita melahirkan istilah yang muktadil (pertengahan) yang dapat diterima oleh orang yang bergiat dalam sufi dan yang tidak bergiat iaitu Sufi Haraki.
Kita tidak mahu sufi, tasawuf atau tarekat dilihat dari bentuk yang terbatas, sebaliknya kita mahu sufi dilihat bergerak dan berada di mana-mana bidang termasuk ekonomi, pelancongan mahupun politik. Amat menakjubkan kalau kita melihat nama nama besar dalam dunia sufi, mereka merupakan cermin ketokohan. Al Hallaj, al Qawariri dan sebagainya adalah pemuka masyarakat dalam pemerintahan dan keagamaan. Jalaluddin ar Rumi pernah manjadi menteri. Malik bin Dinar adalah seorang sultan. Sultan Akbar yang berjaya menyatukan India dalam kedamaian dan kemakmuran adalah seorang raja yang sufi. Tarekat Sanusiyyah di Tunisia berjaya menghalau penjajah dan membentuk Libya. Malah berkat aliran sufi, bangsa Chechen yang memelihara Islam dalam cengkaman komunisme bangkit menentang Rusia bersendirian.
KESUFIAN BUMI SYAM
Memang tidak dinafikan bumi Syam amat terkenal dengan gerakan sufi serta tokoh tokohnya. Banyak juga aliran aliran tarekat yang ada sekarang berasal dari bumi berkat ini. Malah kita juga kagum melihat tokoh-tokoh yang aktif di dalam dakwah al'amiyyah merupakan seorang sufi.
Kita boleh mengambil contoh, Syeikh Hasan Habannakah rahimahullah yang merupakan seorang alim, faqih dan sufi. Beliaulah antara orang yang bingkas bangun dan kuat menentang di kala Perancis menjejakkan kaki di bumi Syria.
Di belakangnya juga terdapat ramai tokoh dan ulama yang menyokong beliau. Antaranya ialah Syeikh Mulla Ramadhan (Syeikh Mulla yang terkenal dengan amalan-amalan dan wirid pun pernah menyertai gerakan jihad ketika tinggal di Turki). Syeikh Hasan Habannakah juga bergerak dalam membina pejuang-pejuang agama khususnya dalam bidang dakwah dengan membina Ma'ahad Taujih al Islami yang berpusat di Jamie' Manjak.
Sememangnya tarbiyah yang berciri sufi dan haraki itu memberi impak yang besar dan ia dapat kita lihat pada hari ini.
Almarhum Syeikh Husain Khitab (bekas Syeikh Qurraa, Syeikh Sodiq Habannakah, Syeikh Muhammad Said Ramadhan, Syeikh Kuraim Rajih, Syeikh Mustafa al Bugha, Syeikh Mustafa al Khin dan Syeikh Mustafa al Turkmani (meninggal baru-baru ini) merupakan antara figure-figure masyarakat hasil didikan Ma'ahad Taujih al Islami. Contoh-contoh ini memberi signal kepada kita bahawa sufi dan haraki jika disatukan akan memberi anjakan paradigma dalam dunia Islam.
CIRI CIRI SUFI HARAKI
1. Menjaga hablun min Allah wa hablun min Nas.(Hubungannya dengan Pencipta dan hubungannya dengan sesama manusia)
Tidak dapat tidak, sufi haraki mesti menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan amalannya serta menjaga hubungan dengan manusia dengan menjalankan aktiviti dakwah dan ijtimaie.Amat menyedihkan ada golongan yang mendakwa mereka pejuang Islam tetapi tidak menjaga solat jemaah di masjid, lebih suka mengambil rukhsah dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, solat subuh berjemaah di masjid juga boleh dibilang dengan jari lantaran selalu sahaja terlajak. Itu belum lagi berbicara mengenai amalan sunat. Seorang sufi dan haraki amat menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan menjaga ibadah fardhu dan mempunyai amalan sunat yang khusus. Selain itu, mereka amat aktif dalam masyarakat serta giat dalam aktiviti amar makruf nahi mungkar. Mereka amat sensitif dengan kebejatan izzah Islam dan muslimin.
2. Ruhban fillail wa fursan fin nahar. (Ahli ibadat di waktu malam, pejuang di waktu siang)
Walaupun berzaman telah berlalu, sejarah telah merakamkan bahawa ramai ulama yang zuhud dan tawadhu' menjadi pemimpin pejuang kemerdekaan. Hidup mereka dipenuhi dengan ibadat pada malamnya dan memenuhi siangnya dengan perjuangan menentang penjajah.
Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka malah sebahagian mereka mati dibunuh dan sebahagiannya mati dalam pembuangan daerah. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Hasan bin Munas (Tok Janggut), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Tahir Jalaludin, Syeikh Syed Al Hadi dan Tengku Daud Barueh adalah antara pemuka-pemuka nusantara yang mempunyai ciri-ciri ini.
Malah di bumi Syam ini kita biasa mendengar tokoh-tokoh sufi begitu aktif dengan perjuangan seperti Syeikh Hasan Habannakah, Syeikh Abdul Karim ar Rifaie' dan Syeikh Muhammad an Nabhani. Walaupun mereka sibuk dengan zikir dan hizib mereka, mereka langsung tidak lupa kepada perjuangan mereka. Andai kita mendalami dan menyusuri hidup wali songo, kita pasti akan mengatakan tindakan sesetengah pihak yang hanya berzikir dan tidak keluar kepada masyarakat adalah silap dan tidak tepat.
3. Uzlah nafs (Pengasingan dari penyakit jiwa), bukan jasad (bukan mengasingkan diri dari manusia).
Uzlah secara umumnya bermaksud pengasingan.Uzlah nafs supaya tidak dikotori dengan kotoran jahiliah. Sufi haraki yang sememangnya menjadikan penyucian jiwa sebagai antara agenda utama tidak rela melihat masayrakat di sekelilingnya rosak dengan gejala jahiliyah. Dalam bidang amal, gerakan, pergaulan dan dakwah uzlah tidak wujud sama sekali. Ini adalah kerana dalam soal soal ini, tiada ruang untuk bersendirian, jika tidak kerja-kerja dakwah akan terhenti.
4. Muthaqqaf (Seorang yang berpengetahuan luas).
Seorang yang sufi dan haraki mestilah mempunyai thaqafah yang luas, mantap dalam pengetahuan agama dan tidak hanya taqlid buta. Kerja yang dilakukan bukan atas dasar semangat semata mata, sebaliknya atas dasar ilmu dan keyakinan. Lantaran itu sudah pasti kita tidak akan mendengar lagi salah faham dalam memahami konsep sufi. Selain itu, sufi haraki mestilah up to date dan tidak ketinggalan dalam menerima maklumat maklumat terkini. Ini amat penting dalam proses untuk memahami waqie'. Jika tidak, ia akan menganggu dakwah malah berkemungkinan juga akan dicop sebagai golongan yang jumud, tidak memahami waqie' dan sebagainya.
5. Zuhud dan Tawadhu' (Rendah diri)
Apabila membicarakan soal kesufian, memang tidak lengkap jika tidak mengaitkan ia dengan sifat zuhud dan tawadhu'. Menyingkap sirah sendiri, hampir semua kitab yang menulis mengenai Rasulullah s.a.w menceritakan bagaimana keadaan hidupnya. Bukan sahaja tidak terdapat perabot-perabot yang mewah di dalam rumah baginda s.a.w malah tempat tidurnya hanya beralaskan tikar yang apabila tidur di atasnya, kesannya akan terlekat dipipinya.
Di zaman salaf juga kita boleh melihat Umar bin Abdul Aziz yang memerintah Negara amat tawadhu' dan zuhud lantaran tidak pernah dicatatkan mengenai sifat-sifat yang buruk seperti tamak harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat dan sebagainya walaupun zakat yang dikumpulkan amat banyak dan tiada seorang pun rakyatnya layak menerima zakat.
PENUTUP
Perlu difahami disini bahawa sufi sebenarnya berasal dari makna penyucian jiwa. Penyucian jiwa dari penyakit hati, keegoan, ketamakan harta dan pangkat dengan menginsafi bahawa dunia ini hanya sementara. Dunia bukanlah tujuan tetapi adalah jambatan untuk akhirat. Sufi adalah gaya hidup yang meliputi sikap, pandangan dan tingkah laku. Ia bukan mekanisme persembunyian dan pelarian dari dunia. Sufi dan tasawwuf juga tidak akan meninggalkan syariat kerana ianya berpijak pada syariat untuk menjalani tarekat agar mencapai hakikat. Para sufi juga tidak meninggalkan dunia, bahkan mereka ingin menggoncangnya.Sesungguhnya tulisan ini adalah pandangan daripada penulis. Bukanlah bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak sebaliknya yang dikehendaki hanyalah kebaikan dan perubahan dalam masyarakat. Moga-moga generasi yang akan lahir nanti akan menepati ciri-ciri sufi haraki seterusnya mendirikan agama dan mentadbir dunia ini dengan agama agar Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur menjadi kenyataan.
SUMBER :
http://www.imamazhari.blogspot.com/
http://mujahid-serkam.blogspot.com/
06 Jun 2008
Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol
Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"? Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu. Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.
Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan. Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.
Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka. Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu? Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga. Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?
Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia. Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan. Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak. Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."
Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan. Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN. Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.
"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.
Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara? Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang? Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.
Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'. Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.-
Menteri 'memujuk' supaya rakyat tidak 'naik minyak'...
1. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi :"Tak payahlah berdemonstrasi...ini tindakan yang tidak popular. Semua tindakan kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak"
2.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika ditemuramah Tv3 :"Tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan sebab kita sudah beri 'fleet card' ...kita juga sudah beri subsidi makanan.."
3.Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak :?Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah?
4.Dato' Seri Rafidah Aziz sewaktu menjadi Menteri Industri dan Antarabangsa :"Mana ada kerajaan seperti ini (kerajaan Malaysia), masih menanggung subsidi petrol dan gas, walaupun harga bahan api itu telah meningkat.
Selain itu antara ayat bagi menyedapkan hati rakyat dan cuba 'mengeksploitasikan' minda rakyat yang kabur, kerajaan lazimnya akan mengeluarkan kenyataan seumpama ini :-
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.
Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-
UAE? RM1.19/liter
Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam. "Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media. Semoga pendirian beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP dapat meredakan kegelisahan rakyat sekiranya Pakatan berpeluang memerintah negara.
PAS kesal pelacuran berleluasa di Melaka
| Zaili Muhammad Wed | Jun 04, 08 | 2:48:35 pm MYT | |
| MELAKA, 4 Jun (Hrkh) - PAS Melaka menyelar kegagalan Kerajaan Negeri Melaka menghapuskan kegiatan pelacuran yang telah berlarutan sejak 1970-an di bandar Melaka walaupun pendedahan mengenainya sudah dibuat berkali-kali oleh pihak media cetak mahupun elektronik.Hotel-hotel murah itu tanpa berselindung dan secara terang-terangan hanya menjalankan perniagaan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan sahaja.Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, bahawa apa yang menjadi persoalan dan menghairankan ialah apakah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Kerajaan Negeri Melaka tidak berkuasa untuk mencegahnya dari berterusan? "MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan, atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran tersebut. "Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak, bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasa baik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut," kata beliau.Media arus perdana juga turut melaporkan bahawa walaupun ada di kalangan hotel terbabit pernah diserbu berulang kali oleh jabatan imigresen, polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi ianya masih beroperasi berikutan ada permintaan yang tinggi untuk khidmat seks terutama di kalangan warga asing. Malahan, daripada lapan hotel murah itu, dua hotel sudah ditamatkan lesen perniagaannya oleh MBMB atas kesalahan menyalahgunakan premis untuk tujuan maksiat sejak setahun lalu tetapi masih beroperasi seperti biasa dengan membenarkan pelanggan memasukinya melalui pintu belakang.Selanjutnya, Sofi mengingatkan pihak-pihak yang terlibat supaya melakukan tindakan drastik bagi menghapuskan aktiviti pelacuran yang semakin bertambah itu dan jangan kita mengundang bala Allah di atas maksiat yang dilakukan di dalam negeri kita. Hotel-hotel tersebut terletak di Jalan Bunga Raya, Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa, ianya menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan. |
Minyak: Alasan kerajaan tidak relevan - KeADILan
| Salmiyah Harun Thu | Jun 05, 08 | 2:57:12 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan. Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong. Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan."Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi. "Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya."Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya. |
Auku, harga barang dan PTPTN antara punca mahasiswa tolak kerajaan
| Intan Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan mengakui isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kenaikan harga barang serta pinjaman PTPTN telah dikenal pasti menjadi faktor yang menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak memberi sokongan kepada kerajaan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Dato' Hajah Azizah Abd Samad berhubung senario mahasiswa yang tidak cenderung menyokong kerajaan di kampus."Saya tidak ingin mengambil satu keputusan yang tidak 'judgemental' dengan mengatakan pelajar-pelajar tidak memberikan sokongan kepada kerajaan, tetapi yang kelihatan pada kita kerajaan BN masih lagi mendapat pengaruh yang besar di peringkat Dewan Negara," ujarnya kepada sidang dewan.Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa antara isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) baru-baru ini, Auku, kenaikan harga barang dan masalah pinjaman PTPTN merupakan antara penyebab berlakunya penolakan kepada kerajaan BN."Untuk itu, antara cadangan yang diberikan MPPK adalah melakukan pindaan kepada Auku, di samping menyediakan kad diskaun pelajar bagi menampung kehidupan seharian di Institusi Pengajian Tinggi masing-masing," katanya lagi.Sungguhpun begitu ujarnya, mahasiswa masih lagi tidak bersetuju dengan penetapan 3 peratus caj perkhidmatan dalam pembayaran balik PTPTN bagi para graduan selepas menamatkan pengajian |
KUBU BN SERKAM DARAT BOCOR
Oleh : abuya
Seorang ahli baru PKR Encik Kurupiyah a/l Munusamy bercadang membawa kaum
04 Jun 2008
AUKU PUNCA BEE END KALAH ??
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dilantik Menteri Pengajian Tinggi pada Mac lepas, berkata satu kajian perlu dibuat terhadap AUKU kerana didapati beberapa peraturannya menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.
