30 Mei 2009

ULAMA, KARYAWAN, AKTIVIS SALING DIPERLUKAN PAS

KUALA LUMPUR: Ulama masih menjadi teras kepada kekuatan Parti Islam SeMalaysia (PAS), manakala para karyawan dan para aktivisnya pula masing-masing bak tiang seri dan paksi perjuangan parti itu, kata Mantan Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub.

'Salah satu patah, PAS akan tumbang. Bermakna janganlah kita terheret kepada permainan musuh untuk memisahkan kita,' kata Yb Salahuddin, yang bakal mengakhiri khidmat rasminya pada Muktamar Jun depan, berhubung kekuatan PAS dalam menghadapi cabaran masa depan.

Beliau, yang ditukil satu laporan laman berita Harakahdaily.net semalam, berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sudah menjelaskan dalam ucapan akhirnya di seminar Jubli Perak Ulama di Taman Mewar baru-baru ini bahawa tidak ada dikotomi antara ulama dan bukan ulama.

'Saya percaya dan yakin, kepimpinan ulama mesti terus dan diperlukan dalam parti. Dikotomi itu tidak perlu wujud.

'Insya-Allah PAS akan kukuh, dan tidak ada sesiapa dalam PAS yang akan melakukan kerja-kerja jahil untuk meminggirkan kepimpinan ulama ini,' katanya dalam satu wawancara bersama akhbar Harakah di pejabat media itu kelmarin.

Beliau juga berharap anasir tidak sihat yang dimainkan 'musuh' parti itu tidak menular dan mahu Pemuda PAS terus tampil sebagai wadah yang mempunyai agenda, gagasan dan idealisme segar untuk terus berada di hati rakyat pelbagai lapisan di Malaysia, di samping membela isu rakyat dan masalah sejagat.

'Jangan rosakkan Pemuda PAS dengan panggilan dan label-label yang dilemparkan oleh musuh kita tetapi tampil dengan pemikiran yang segar, kuat dan kontemporari,' katanya, yang juga merupakan Ahli Parlimen (AP) Kubang Kerian, Kelantan.

Sementara itu, dalam satu perkembangan berasingan, PAS Kelantan berkata ia sedang meneliti kriteria bakal calonnya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Yb Abdul Fatah Harun, memberitahu Bernama semalam bahawa pucuk pimpinan parti itu akan memutuskan secara rasmi calon yang bakal bertanding selepas menerima pandangan daripada peringkat kawasan, negeri dan pusat.

MENYALAK MACAM ANJING ??

MOSCOW: Seorang budak perempuan berusia lima tahun di Russia didapati berkelakuan seperti anjing dan menyalak serta menjilat makanan ketika dia ditemui pegawai perlindungan kanak-kanak di sini baru-baru ini.

Dia juga lebih banyak menjalin hubungan dengan haiwan daripada manusia.Budak perempuan itu ditemui di sebuah apartmen kotor dan tinggal bersama bapa dan datuk neneknya di samping beberapa ekor anjing dan kucing, kata polis di Chita, sebuah bandar di timur Siberia.

Budak itu yang dikenali dengan nama Natasha tidak dibenarkan keluar dan tidak belajar bercakap tapi sebaliknya berkomunikasi dengan menyalak.Ketika ditemui pegawai perlindungan kanak-kanak, budak perempuan yang tidak mandi itu berpakaian kotor dan 'beraksi terhadap manusia seperti seekor anjing'.Kenyataan polis itu menggelar budak itu 'Mowgli', mengambil sempena watak yang membesar di kalangan serigala dalam buku kanak-kanak hasil karya Rudyard Kipling.

'Pemilik flat itu jarang sekali membenarkan sesiapa masuk ke apartmen itu dan mereka sendiri membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan dan cuba mengelakkan menemui jiran.

'Selama bertahun-tahun, budak perempuan itu menguasai bahasa haiwan saja,' kata kenyataan polis.'Selama kira-kira lima tahun budak perempuan itu dibesarkan oleh beberapa anjing dan kucing dan tidak pernah sekali pun keluar,' tambah kenyataan itu.

Kini dia ditempatkan di pusat penjagaan dan diberi rawatan perubatan dan psikiatri.Dia 'masih melompat ke pintu dan menyalak' setiap kali kakitangan pusat berkenaan keluar.Polis berkata mereka bercadang memulakan siasatan jenayah berkaitan tuduhan penderaan.Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Natasha menunjukkan dia sihat.Pada Mac lalu, Presiden Russia, Encik Dmitry Medvedev, menggesa tindakan diambil ke atas penderaan kanak-kanak dan menyatakan 760,000 kanak-kanak kini tinggal dalam 'keadaan membahayakan dari segi sosial'.

sumber: Berita Harian Singapura

CAKAP TAK SEUPA BIKIN DA ZAHID

Menteri Pertahanan, Dato' Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya memberikan persetujuan untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada rancangan Hujah TV9, 26 Mei lepas.

Dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Harakah oleh Pejabat Menteri Pertahanan sebentar tadi, Zahid melahirkan ducakita beliau kerana Husam mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Dato' Husam Musa untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno bagaimanapun mengakui pihak TV9 ada membuat jemputan kepada beliau.

"Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya

CERITA HARAM TAK SUDAH

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa sedih dan kesal dengan kenyataan Mufti Perak Dato' Harussani yang mengeluarkan fatwa mengenai mogok lapar dan puasa sunat anjuran Pakaran Rakyat Negeri Perak tanpa terlebih dahulu mendapat maklumat yang sebenarnya.

Menurutnya program tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat Perak, tetapi ianya telah ditohmah dengan berbagai putar belit yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media arus perdana.

"Saya sedih bila mufti tanpa tahu hujung pangkal mengeluarkan pandangan dan fatwanya, ini menyalahi peraturan dalam mengeluarkan fatwa, katanya dalam majlis taklimat di hadapan Pejabat PAS Perak semalam.

Sebagai seorang yang berilmu sewajarnya mufti tidak terus mengeluarkan pandangannya tanpa mendapat maklumat yang tepat dan sahih kerana kedudukan mufti amat dihormati oleh masyarakat Islam, tetapi apabila kenyataannya tidak berdasarkan matlumnat yang tepat menyebabkan pandangannya tidak dihormati.

Beliau turut mendedahkan Mufti Perak itu pernah bertugas di Bukit Aman sebelum berpindah ke Pulau Pinang dan menjawat jawatan di Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Beliau turut bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Perak yang meminta mufti Perak meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya.

"Beliau boleh bertanding di Kuala Kurau, Titi Serong, atau di parlimen Parit Buntar. Kalau di Bagan Serai saya boleh lawan dia," ujarnya.

Mogok lapar yang diadakan tidak mendatangkan mudarat kepada yang mengikutnya, orang Islam melakukan puasa pada awal bulan yang ada dalam hukum Islam dan mustahil mufti tidak mengetahuinya..

Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan PAS di seluruh Perak pada 28 Mei lalu mengadakan majlis berbuka di markaz.

Menurut beliau Yusuf Qardawi dalam blognya semasa meminta umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong orang Palestin yang dipenjara melakukan mogok lapar.

"Apa penting bukan berapa ramai yang ikut serta lebih penting publisiti media menyebabkan apa yang kita lakukan ini sampai kepada rakyat di seluruh dunia," katanya.

Beliau juga mendedahkan dalam majalah Melennium keluaran Mei, mufti menuduhnya punca kemelut politik di Perak."Saya dihubungi oleh penerbit majalah itu dan saya akan jawab kerana banyak fakta diberi palsu dan tidak betul," Katanya.

"Macam-macam benda haram di Perak termasuk mufti kata puasa sunat pun haram, pakaian hitam pun haram. Hendak bersalam pun haram di Perak ,"katanya. -

23 Mei 2009

BAHAYA MAKAN GOJI

Bacalah selanjutnya di http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,141904,00.html?

Ubatan herba pada keseluruhanya adalah lebih selamat dari ubat farmasi yang dihasilkan dari kimia organic. Namun demikian ada terdapat kes yang melibatkan jenama bahan herba yang mengandungi bahan farmasi yang memerlukan nasihat doktor.



Berita Harian Singapura hari ini mengeluarkan notis fasal bahayanya meminum pati air ikan haruan.

Beberapa minggu lalu saya terbaca dari satu blog tempatan yang terkumpul di dalam kumpulan [ mungkin mlaysia kita ] yang melaporkan bahawa dua kilang yang mengeluarkan minuman herba goji di jalan kelang lama telah diserba olih pihak berwajib.

Hasil dari serbuan itu - adalah di dapati bahawa bahan sidelnafil-bahan dalam ubat merangsang seks -viagara -telah di campurkan di dalam bahan herba goji tadi. Walaupun perkara ini penting untuk sebaran msm - ianya tidak dibikin.



Mengapa?



Satu lagi kes msm tidor - Mungkin ada baiknya jika Mentri yang menjaga penerangan -Rais ambil perhatian dan tindakan pasal kes macam ini. Ubat rangsang seks seperti sidelnafil perlukan nasihat dan pemeriksaan doktor kerana ia tidak sesuai untuk lelaki yang mempunyai jantung yang lemah atau 'belia tua' yang ada 'heart problem' Bila public polisi memerlukan msm untuk membuat sebaran , kegagalan pihak berwajib untuk mampastikannya berlaku adalah satu kecuaian- official negligence.

BALASUNGKAWA ALLAHYARHAM PAK MAIL

Dukacita saya menerima berita pemergian Haji Ismail Yaakob, Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mail disahkan meninggal jam 5.50 pagi hari ini (22hb Mei 2009) di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.

Allahyarham terkenal sebagai seorang aktivis yang gigih memperkasa Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga sebagai wakil rakyat DUN Manek Urai semenjak dari tahun 1986.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.

PARA PETUGAS SILA BUAT PERSEDIAAN

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.


"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.