15 Jun 2010

DR. CHUA : UMNO PENGARUH SULTAN TARIK PINGAT

Ahli MT PKR yang juga bekas pemimpin MCA, Chua Jui Meng yang telah ditarik balik gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ mendakwa UMNO Johor sebagai dalang disebalik penarikan gelaran itu oleh Sultan Johor.

Gelaran tersebut telah dianugerahkan kepada beliau oleh Almarhum Sultan Johor yang lalu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Menurut Chua Jui Meng beliau telah diberikan amaran akan ditarik balik gelaran tersebut sebelum ini.

“Amaran telah diberikan kepada saya sebelum ini mengatakan Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman akan mengusulkan kepada Sultan Johor untuk menarik balik gelaran yang dianugerahkan itu jika saya menyertai PKR” Katanya.

Chua juga mengatakan seorang Datuk dari UMNO telah memberikannya amaran agar tidak meneruskan niatnya untuk menyertai PKR.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN” Chua juga menambah beliau tidak menyalahkan Sultan kerana beliau faham tentang permainan politik yang bermain dibelakang penarikan gelaran tersebut.

“Saya masih menghormati Sultan kerana beliau merupakan pemerintah negeri saya” kata Chua.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga menambah dia akan memulangkan pingat Datuk itu apabila dia menerima surat rasmi menurutnya lagi pihak Istana telah menghubunginya sebanyak dua kali bertanyakan tentang Pingat tersebut.

Bagaimanapun Chua akan mengekalkan gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan oleh Pahang dan Selangor, yang juga membawa gelaran yang sama..

Itu sebahagian dari terjemahan seterusnya sila baca dibawah..

Tiada ulasan: