
30 September 2008
16 September 2008
Manir Lubuk PAS
PUTRAJAYA 16 Sept. - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Terengganu kekal milik calon Pas, Datuk Harun Taib apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional (BN), Wan Sagar Wan Embong.Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alaudin Mohd. Sheriff dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan petisyen Wan Sagar.
Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakimannya sebentar tadi antara lain menyatakan, Mahkamah Tinggi betul ketika memutuskan demikian kerana dakwaan rasuah dalam petisyen itu tidak merujuk secara tepat sama ada ia dilakukan oleh Harun atau orang lain dengan pengetahuannya.Oleh itu, beliau menyatakan, fakta ringkas mengenai dakwaan berlakunya perbuatan rasuah seperti yang terkandung dalam petisyen Wan Sagar tidak mencukupi untuk mengaitkannya dengan ejen Pas.
Pengakuan Zaid Ibrahim
PUTRAJAYA 16 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan keputusan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kekal walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad ada meminta beliau supaya memikir semula keputusan itu.Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan semua pihak termasuk kerajaan, UMNO dan Perdana Menteri.``Walaupun Perdana Menteri cadang saya cuti, saya ucap terima kasih. Saya tidak letih. Saya hanya kecewa,'' katanya pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini hari ini.
Majoriti Cukup : Anwar
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru. Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru. Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat. Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa. Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan. "Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya. Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali
Bantahan Penduduk Jasin Terhadap karaoke
JASIN, 10 Sept (Hrkh) - Penduduk di sekitar Jasin membantah tindakan sebuah restoran di Kampung Ayer Panas, Kesang, di sini yang mengadakan aktiviti berkaraoke secara terbuka di waktu malam kerana jelas tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia ini. Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar Jasme Tompang, bahawa aktiviti yang dijalankan itu jelas tidak menghormati bulan yang mulia ini dan mengganggu keharmornian penduduk setempat. "Aktiviti tersebut telah berlangsung sekian lama walaupun mendapat rungutan daripada orang kampung, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Jasin.
"Kita harap di bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah ini sepatutnya umat Islam menggelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan. "Umat Islam perlu mempertingkatkan amal ibadat di bulan yang diberkati ini dan bermuhasabah diri, keluarga serta masyarakat agar selari dengan tuntutan Allah yang mahukan kita mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran," kata beliau. Pemilik restoran itu telah menjalankan perniagaan dan aktiviti berkaraoke kepada pengunjungnya sejak beberapa lama serta ianya mendapat sambutan yang hebat di kalangan orang-ramai khususnya penduduk sekitar.
Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berwajib atau tidak kerana ianya dijalankan secara terbuka dan perlu mendapat permit daripada PBT.
Tahniah YB Ustaz Hashim Jasin
PUTRAJAYA, 16 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini diisytiharkan sebagai pemenang untuk kerusi Dun Sanglang dalam pilihan raya lalu. Pada 18 Jun lalu, Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Hamid memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Ustaz Hashim selaku calon PAS.Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerusi Dun Sanglang telah diumumkan dimenangi calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi. Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) dan Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.
Sambutan yang Perlu dirayakan setiap tahun -Malaysiakini
Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-45...Sebelum ini... Tak ramai yang ambil kisah berkenaan tarikh ini. Ramai generasi baru yang tak tahu langsung tentang tarikh ini. Untuk lebih lanjut, sila baca catatan saya sebelum ini :-
Mutakhir ini, ramai benar manusia yang secara sukarela ingin MEMARTABATKANNYA. Sana sini kedengaran tarikh itu disebut sebagai tarikh keramat. Pakatan Rakyat meletakkan tarikh ini sebagai sasaran dalam usaha pembentukan Kerajaan Baru Malaysia.Bermula daripada situ, semakin ramai penulis-penulis tak bertauliah @ bloggers yang memilih frasa "16 September" sebagai tajuk-tajuk kepada artikel terkini mereka. YB Fuziah Salleh pun sudah mula menghargai tarikh ini dengan membuat entri terkini bertajuk Selamat Hari Malaysia ke-45. Bukan beliau saja, malah lebih ramai lagi.Satu perkembangan yang baik dan amat positif pada hemat saya. Namun terdapat beberapa persoalan yang berlegar di benak yang berhubungkait dengan 'keghairahan' semua yang sehingga ke saat ini tidak jemu-jemu daripada aktiviti memasarkan produk baru mereka yang dinamakan "16 September" itu.Saya tidak kisah langsung sama ada mereka ingat atau tidak, sama ada mereka menghayatinya atau tidak, sama ada mereka tahu atau tidak, tentang perihal tarikh Penubuhan Malaysia ini pada 16 September 2007, 16 September 2006, 16 September 2005, 16 September 2004, atau 16 September tahun-tahun sebelumnya. Saya tidak kisah dan sudah terbiasa. Memang ramai tidak tahu!Persoalan yang saya maksudkan adalah, adakah mereka (yang mula memartabatkan tarikh ini tahun ini - terima kasih) akan terus memartabatkannya pada tahun-tahun yang akan datang? Adakah akan terus disebut-sebutkan setiap kali menjelang ketibaannya? Tidakkah ia hanya terdorong oleh 'sebab-sebab tertentu'?Harapan saya... Biarlah diteruskan... Dan mohon diteruskan... Tahun depan, kita sambut bersama lagi... Janganlah hanya dek kerana 'sebab-sebab tertentu' itu sahaja, baru kalian teringin untuk mengingatinya...
Jangan...Jangan pula pada masa akan datang, pada zaman serba moden, pada keadaan yang serba canggih, 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, akan terjadi perbualan berikut :-
Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Pakatan Rakyat!atau
Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Kejatuhan Kerajaan BN yang zalim! atau
Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Terkuburnya Kerajaan Lama...
atau
Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah Hari Revolusi Politik Malaysia!
Kalau boleh...biarlah perbualan itu terus begini :-Anak : Pak, 16 September itu hari apa pak?
Bapak : Kalau nak tau, 16 September itulah HARI MALAYSIA!!!Dedikasi buat mereka yang menghayati dan menyambut 16 September sejak tahun 1963 lagi... Dan kepada mereka yang baru belajar untuk menyambutnya tahun ini, terima kasih diucapkan.
"Welcome to the Club! And dont ever leave it!"
IKUT SUKA AKU LAH (ISA) - Malaysiakini
Semalam Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim membidas kerajaan sendiri yang masih menggunakan ISA yang ketinggalan zaman, sepatutnya untuk kominis. Saya rasa Datuk Zaid juga sudah tersilap langkah. Sepatutnya dia jangan terima tawaran Pak lah dulu untuk jadi menteri kecuali setelah diberi jaminan bahawa ISA dihapuskan. Almaklum kerajaan Malaysia sejak dulu lagi gunakan ISA ikut selera sendiri walaupun tersasar daripada matlamat asal. Zaid juga sepatutnya bersama dengan parti yang nak hapuskan ISA. Walau bagaimana pun saya puji atas keberanian beliau. Tapi pelik juga kalau Zaid tu seorang lowyer, ada juga dikalangan menteri dan pimpinan tertinggi Umno tu lowyer, kenapa cakap tak senada? mungkin yang lain tu loyar buruk .....
MISC mempertaruhkan nyawa anak kapal
Warga Malaysia dikejutkan pada 19 Ogos lepas apabila sebuah kapal MISC, Bunga Melati 2 dengan 39 anak kapal, 29 daripadanya rakyat Malaysia manakala 10 lagi adalah warga Filipina dirampas lanun di perairan Aden menyebabkan seorang anak kapal dari Filipina terbunuh terkena peluru sesat.Media arus perdana tanahair pula seakan cuba menyembunyikan berita ini daripada pengetahuan umum kerana ia membabitkan jumlah tebusan rakyat Malaysia yang ramai, mereka cuma memaklumkan bahawa rundingan sedang dijalankan bagi membebaskan tebusan tersebut sekaligus mengambarkan kepada kita perkara ini tidak begitu serius.Lebih memeranjatkan lagi sepuluh hari kemudian iaitu pada 29 Ogos, sebuah lagi kapal MISC, Bunga Melati 5 dengan 41 anak kapal iaitu 36 rakyat Malaysia dan lima warga Filipina pula dirampas di perairan sama ketika dalam pelayaran dari Yanbu, Arab Saudi ke Singapura.Ini menjadikan dua buah kapal milik MISC telah ditawan dan melibatkan 80 anak kapal iaitu 65 rakyat Malaysia serta 15 rakyat Filipina termasuk seorang yang telah terbunuh. Setakat ini dilaporkan semua anak kapal itu berada dalam keadaan selamat namun tidak dapat dipastikan apakah keselamatan mereka terjamin atau tidak.
Persoalannya sekarang kenapa MISC tidak mengambil satu langkah yang dapat menjamin keselamatan anak kapalnya setelah kapal yang pertama dirampas dengan menyelesaikannya secepat mungkin. Sebaliknya mereka membiarkan berlarutan selama 10 hari sehingga menyebabkan satu kapal lagi dirampas.Adakah MISC merasakan bahawa RM10 juta yang dituntut oleh perampas itu lebih berharga daripada nyawa anak-anak kapal ?Saya bukan nak menyalahkan MISC dalam hal ini tapi ingin berkongsi pengalaman kepada semua orang bahawa MISC acapkali dilihat meletakkan atau mempertaruhkan nyawa anak-anak kapalnya dalam keadaan yang terlalu berisiko tinggi bagi mengaut keuntungan semata-mata.Saya sendiri sebagai seorang bekas pelaut pernah mengalami suatu keadaan yang begitu merbahaya di antara hidup dan mati di mana kapal kontena MISC Bunga Mas rosak di tengah lautan Hindi selama 4 atau 5 hari ketika perjalanan dari Pasir Gudang ke Colombo, Sri Lanka.Padahal kapal tersebut baru sahaja dibaiki di limbungan kapal Sembawang, Singapura, selepas diperiksa rupanya ketika dilimbungan alat ganti yang ditukarkan ialah dari jenis 'second-hand' bagi menjimatkan kos, patutlah enjinnya rosak ditengah jalan.
Nasib baik ketika itu bukan musim ribut tetapi risiko ke dua yang kami hadapi ialah kapal itu terumbang-ambing hanyut tanpa kawalan. Jika hanyut ke timur tibalah Indonesia, jika hanyut ke barat sampailah ke benua Afrika, kalau ke utara mungkin ke Myammar dan kalaulah hanyut ke selatan terdampar ke antartika lah kami.Sekiranya kapal kami tidak bergerak ke mana-mana pula, maka risikonya ialah bakal dilanggar oleh kapal lain jika mereka gagal mengesan kapal kami. MISC hanya menghantar alat ganti yang diperlukan setelah 4 hari kami hanyut melalui kapalnya yang lain kerana kebetulan memang melalui laluan itu Teluk Aden seperti yang dimaklumi oleh semua orang yang terlibat dengan aktiviti maritim adalah merupakan kawasan perlanunan kategori kelas pertama. Kebanyakkan syarikat perkapalan antarabangsa yang lain tidak mahu mengambil risiko untuk melalui laluan tersebut kerana mereka sedar bahaya yang dihadapi.
Seterusnya menjadikan sewa menggunakan perkhidmatan perkapalan menjadi tinggi, ini sebenarnya yang dikejar MISC tanpa memperdulikan risiko kepada anak kapal.Dato' Seri Najib Tun Razak juga mengakuinya apabila berkata MISC perlu mencari jalan lain memandangkan Teluk Aden merupakan kawasan perairan yang banyak dipenuhi dengan lanun dan beberapa kapal dari negara lain juga telah dirampas sebelum ini.Kerajaan juga katanya, telah menghantar kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dengan pasukan komando ke Teluk Aden berhampiran perairan Somalia dan Yemen bagi melindungi empat buah kapal MISC di kawasan tersebut.Kita mengucapkan syabas ke atas keprihatinan kerajaan itu namun ianya agak terlewat kerana sudah dua buah kapal beserta 80 anak kapal ditawan.
Kenapa kerajaan tidak bertindak begitu ketika kapal pertama dirampas atau sepatutnya kerajaan mengeluarkan larangan kepada MISC daripada menggunakan laluan itu sebelum kapal pertama dirampas lagi kerana laluan tersebut telah masyhur dengan aktiviti perlanunannya.Mana perginya Menteri Luar Negeri yang pandai bercakap itu kenapa hanya membisu diam seribu bahasa sahaja dalam isu ini? Adakah isu ini tiada kaitan dengan tugas beliau yang antara lain memastikan hubungan luar negara berjalan licin dan menyelesaikan serta menjamin keselamatan rakyat Malaysia ketika berada diluar negara atau bagi beliau sekadar untuk melancong sahaja.
Umno cetuskan isu perkauman bagi mengekalkan kuasa
TG KUDIN
Semua pihak diharapkan supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perancangan Umno yang sedang mencetuskan api perkauman di dalam negara kita setelah parti itu gagal mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen dan sokongan orang-orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung 8 Mac lalu.Ianya bermula apabila Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan ketika berkempen di Permatang Pauh bahawa orang Cina adalah menumpang di negara ini dan mengundang kemarahan dari kaum Cina yang merasa terhina.Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas itu memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Perdana Menteri selanjutnya membuat kesimpulan bahawa situasi hubungan kaum yang semakin merosot sekarang ini mungkin boleh menyebabkan berlakunya ketegangan, seterusnya diikuti dengan amaran oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, supaya isu perkauman tidak ditimbulkan.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo, bagaikan menuang minyak ke atas api yang sedang menyala, cuba membangkitkan kemarahan orang Islam kerana mendakwa ada usaha pihak tertentu untuk menghalang azan dilaungkan di negeri tersebut.Malahan dua NGO iaitu Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan Pertubuhan Pembela Perlembagaan Persekutuan (PPPP) telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Parti Gerakan, DAP, MCA dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan parti-parti terbabit cuba mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.Dalam memorandum tersebut, Setiausaha Agung PPPP, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, mendesak semua pihak segera menghentikan sebarang tindakan untuk mempersoalkan hak-hak orang Melayu."Kita tentang sebarang anasir yang menafikan ketuanan Melayu serta cubaan memperlekehkan agama Islam di dalam negara ini dan kita juga tidak mahu mana-mana pihak mempersendakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.
Entah di mana silapnya kita pun tak tahu? isu yang pada mulanya terjadi disebabkan tindakan Dato' Ahmad yang jelas tidak menghormati suasana harmoni dan perpaduan antara kaum di negara kita telah diputar-belitkan kepada isu mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.Isu perkauman ini dimainkan semula oleh Umno bagi mengekalkan kembali kuasanya yang bakal lenyap kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka dan perebutan kuasa sesama mereka yang begitu parah.
Operasi Lalang juga sudah dimulakan dengan penahanan Raja Petra Kamarudin kerana didakwa mengancam kestabilan negara dan selepas ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga akan ditahan atas alasan yang sama.Manakala Dato' Ahmad Ismail bersama beberapa pemimpin BN lain yang mula mencetuskan 'permainan' ini sudah boleh tersenyum girang kerana tugas mereka sudah berjaya dan mungkin juga akan turut melancong ke luar negara bagi merayakannya.
08 September 2008
TAZKIRAH PUASA
PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.Ia diwajibkan kepada umat Islam pada Ramadan.
Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.
Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.
Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama berlapar dan menahan dahaga.Malah, ia menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia. Ditinjau dari sudut sejarah, puasa bukan saja dilakukan umat Islam, tetapi turut diamalkan generasi terdahulu.Al-Quran ada menegaskan, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)Nabi Adam dan Hawa manusia pertama berpuasa untuk membersihkan diri daripada keterlanjuran kerana memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah ketika mereka di syurga.Bahkan, Nabi Adam diperintahkan tidak memakan buah khuldi, ditafsirkan ulama sebagai suatu bentuk puasa pada masa itu. “Dan Kami berfirman: Wahai Adam, diamilah kamu dan isterimu syurga ini dan makanlah makanan yang banyak lagi baik di mana saja kamu suka dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35) Nabi Idris, iaitu keturunan keenam Nabi Adam, memberikan beberapa nasihat, antaranya ialah kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan, orang yang bahagia adalah orang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Allah dengan amal solehnya dan apabila memohon sesuatu kepada Allah, berdoa dengan mengikhlaskan niat termasuk dengan solat dan puasa.Putera Nabi Ayub, iaitu Nabi Zulkifli sanggup menerima amanah raja untuk berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada malamnya serta sanggup bersabar.Nabi Musa bersama kaumnya berpuasa selama 40 hari. Dalam surah Maryam, dinyatakan Nabi Zakaria dan Maryam sering mengamalkan puasa. Nabi Daud pula berpuasa secara selang-seli, iaitu berpuasa secara selang sehari dan puasa baginda diibaratkan Allah sebagai puasa yang amat mulia. Perkara ini dinyatakan Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud: “Puasa yang amat dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud yang berpuasa sehari dan berbuka sehari.”Nabi lain yang dikatakan turut berpuasa ialah Nabi Daniel, Nabi Musa, Nabi Isa dan golongan penyokongnya yang dikenali sebagai al-Hawariyun.
Nabi Musa ketika bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina selama 40 hari 40 malam, berpuasa daripada memakan roti dan meminum air. Selepas diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan tenteranya, Nabi Musa juga berpuasa bersama kaum Bani Israel.Nabi Isa diriwayatkan pernah berpuasa selama 40 hari, manakala di kalangan penyokongnya iaitu al-Hawariyun, mereka berpuasa daripada makan daging, ikan, telur dan susu.Begitupun, cara puasa generasi terdahulu tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci baik melalui wahyu Allah atau pernyataan daripada Nabi mahupun ulama melalui penulisan mereka.Saidatina Aisyah r.a menceritakan, seperti yang diriwayatkan Hisyam bin 'Urwah, bahawa orang Quraisy Arab selalu menjalankan puasa pada bulan Asyura walaupun untuk sehari.Namun sejak Allah melantik Muhammad sebagai rasul-Nya, puasa dilaksanakan pada Ramadan, manakala puasa pada bulan 'Asyura masih disyariatkan tetapi berada dalam status sunat.Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebelum diangkat menjadi rasul mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura (10 Muharram).
Berpuasa pada 10 Muharam sebenarnya turut menjadi amalan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah. Amalan berpuasa pada hari itu terus menjadi amalan Rasulullah selepas hijrah Baginda ke Madinah hingga turun ayat kewajipan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah.Orang Yahudi di Madinah mewarisi amalan puasa daripada Nabi Musa yang diriwayatkan berpuasa bersama-sama kaumnya selepas mereka diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan bala tenteranya.Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam kitabnya Tafsir Ayat-Ayat Hukum menjelaskan puasa yang difardukan kepada orang Yahudi dan Nasrani juga sebulan, tetapi mereka sengaja menukar waktu dan bilangan harinya yang sepatutnya dilakukan selama sebulan itu hingga menjangkau 50 hari.Ini kerana ahli kitab kadangkala meminda jumlah hari puasa ketika musim panas atau sejuk dengan alasan terlalu sejuk dan panas, lalu mereka menukar puasa itu pada musim bunga.
Sesetengah ulama mengatakan, puasa pertama kali disyariatkan pada zaman Nabi Nuh a.s dan tetap dilaksanakan sehingga zaman Muhammad. Malah, Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, sejak Nabi Nuh hingga Nabi Isa, puasa diwajibkan selama tiga hari pada setiap bulan. Tetapi penulis kitab Tafsir Ruh-l-Ma'ani, Syihabuddin al-Alusi , berhujah dengan berdasar hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abdullah bin 'Umar lebih percaya puasa Ramadan disyariatkan sejak Adam a.s. Al-Zamakhsari melalui kajiannya juga menegaskan puasa amal ibadah yang sudah lama.Melihat kepada hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar dan beberapa faktor lain seperti proses penurunan syariat yang tidak diawali sebab tertentu serta beberapa hal lain, jelas menunjukkan puasa pada Ramadan memang disyariatkan kepada manusia sejak sekian lama tetapi diselewengkan umat terdahulu. Ini boleh diterima kerana kerasulan Nabi Muhammad s.a.w untuk membimbing manusia kepada jalan Allah, meluruskan dan memperkuat kembali syariat yang diturunkan-Nya selepas golongan sesat dan perosak menyelewengkan ajaran terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan.Apabila mengetahui puasa juga ibadat generasi terdahulu, sewajarnya umat Islam tidak berasa ibadat itu sesuatu yang membebankan kerana jika orang dahulu boleh berpuasa, mengapa tidak kita hari ini?
WAWASAN 2020 TINGGAL NOSTALGIA- Malaysiakini
Apa akan jadi pada Malaysia 12 tahun akan datang? Negara Maju? Seperti yang dicanangkan sewaktu aku masih dalam sekolah menengah? Wawasan 2020? Tajuk penting yang pada ketika itu semua pelajar wajib menghafal kandungannya sebijik-sebijik, kerana ia seringkali menjadi sasaran para pembikin soalan peperiksaan untuk dimuatkan sebagai salah satu tajuk karangan dalam mana-mana kertas Bahasa Melayu.Wawasan 2020 adalah gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat, yang sekarang digelar Tun Mahathir Mohamed.Wawasan 2020 ini bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah Negara Perindustrian dan Negara Maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ini merangkumi bukan saja Bidang Ekonomi, tetapi juga bidang-bidang Politik, Sosial, Kerohanian, Psikologi, serta juga PERPADUAN NASIONAL dan SOSIAL.
Kesemua ini juga melibatkan persoalan KEADILAN sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, MARUAH BANGSA MALAYSIA, serta juga KEYAKINAN.
Tun ketika itu menggariskan 9 matlamat/cabaran utama yang perlu dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai Wawasan 2020 tersebut. Bila bercerita mengenai 9 cabaran ni, terkenang seorang sahabat semasa di tingkatan 5 dulu, yang mana hanya dia seorang yang berjaya menghafal dan berupaya menghurai 9 cabaran ini di dalam karangannya. Seorang yang hebat.
Challenge 1: To form a nation that stands as one
Challenge 2: To produce a Malaysian community that has freedom, strength, and full of self confidence
Challenge 3: To develop a mature democratic community
Challenge 4: To form a community that has high morale, ethics and religious strength
Challenge 5: To cultivate a community that is matured and tolerant
Challenge 6: To form a progressive science community
Challenge 7: To cultivate a community rich in values and loving culture
Challenge 8: To ensure the formation of a community with a fair economy
Challenge 9: To cultivate a prosperous community
Sejujurnya, kalau kesemua 9 cabaran tersebut dapat ditempuhi dengan baik dan cemerlang, sememangnya dari segi teorinya, Malaysia sudah bergelar Negara Maju.Namun, rasanya hingga ke saat dan tika ini, satu pun Malaysia belum dapat penuhi. Mungkin sebab itulah tidak ada lagi bunyi-bunyian yang mencanangkannya ke sana ke sini seperti dulu.
Lagu Wawasan 2020
Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan
p/s : lepas ni apa pulak eh...??? hmm, alaaaahaaaaii...
p/s : lepas ni apa pulak eh...??? hmm, alaaaahaaaaii...
Label:
CHE DET,
LAGU PATRIOTIK,
POLITIK MALAYSIA
KES PELAJAR HILANG DI JASIN
JASIN: Kehilangan Muhamad Aris Abu Bakar, 12, selepas kali terakhir dilihat menonton televisyen di ruang tamu rumahnya di Kilometer 10, Kampung Pengkalan Badak, dekat sini, pada pagi 28 Ogos lalu, masih menimbulkan tanda tanya.Kehilangan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Tehel itu bukan kali pertama dan kejadian terbaru itu yang ketiga. Bagaimanapun dalam dua kehilangan terdahulu, dia ditemui beberapa hari kemudian.Keanehan timbul apabila Muhamad Aris sering bercerita mengenai seorang ‘nenek’ yang ditemuinya tiga bulan lalu, tetapi tiada seorang pun di kalangan adik-beradiknya yang seramai 13 orang pernah melihat atau tahu di mana ‘nenek’ itu tinggal.Ibu kanak-kanak berkenaan, Zainab Suratin, 47, berkata mereka sekeluarga puas mencari Muhamad di merata-rata tempat, tetapi masih gagal menemuinya.
Katanya, anaknya pendiam dan ini pasti menyukarkan orang ramai yang menemuinya untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat tinggal atau ibu bapanya.Menurut Zainab, dia menyedari anaknya hilang ketika ke ruang tamu untuk menjenguk anaknya yang menonton televisyen bersendirian pada hari kehilangannya.Katanya, anaknya dipercayai keluar melalui pintu depan yang tidak dikunci.“Saya pula terlupa untuk mengunci pintu jeriji depan dan menyebabkan anak saya boleh keluar.“Ketika menghilangkan diri, anak saya memakai kemeja-T berkolar merah biru, berseluar denim biru, memakai topi merah biru serta berselipar,” katanya.“Saya berharap sesiapa yang menemui anak saya akan segera menghubungi kami di talian 013-6102844 atau 06-2689617,” katanya.Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Muhamad Aris pada 4 Ogos lalu tetapi ditemui semula 12 kilometer dari rumahnya oleh seorang kakitangan resort yang memaklumkan polis.- harian metro
07 September 2008
Salebriti Jadi Calon PRU Indonesia : Sesuaikah Di Malaysia??
Pada bulan Mac yang lalu, seluruh negara kita menjadi tumpuan dalam pilihanraya umum yang ke 12 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO,MCA dan MIC hampir hilang kuasa setelah hilang majoriti 2/3 didalam Dewan rakyat dan pada bulan April akan datang pula kita sama-sama bakal menyaksikan Saing kita iaitu Indonesia pula yang akan menghadapi Pilihanraya Umum bagi negara mereka. berbeza dengan kita di Malaysia, antara kreteria calon yang banyak diambilkira dan ditatapkan antaranya mestilah salah saorang daripada jawatakuasa cawangan atau bahagian atau negeri, orang yang berpangkat dan orang yang berpendidikan tinggi. Lain pula halnya di seberang. Golongan yang berkarya seperti artis lebih mendominasi politik dinegara mereka berbanding dengan golongan yang berpendidikan. Ini kerana mereka mempunyai banyak wang untuk dilaburkan berbanding dengan golongan yang lain. Tapi sesuaikah Selebriti dijadikan calon di Malaysia ??
saya tak nampak perkara ini boleh dijadikan satu cara atau pendekatan yang baik untuk menarik minat terutamanya golongan saluran 1 dan 2. bagi saya mereka lebih menggemarkan golongan agamawan berbanding golongan selibriti yang menjadi kegilaan golongan saluran 3 dan 4. Apa yang penting dalam kita memilih ketua atau wakil kita pada masa-masa akan datang pilihlah golongan yang dapat memberikan manfaat kepada kita didunia serta memberikan syafaat kepada kita di Akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)