30 Julai 2008

SURAT TERBUKAK UNTUK AHLI PAS

Firman Allah SWT:
”Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (para pemimpin dan para ulamak)di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).” (Surah An-Nisa’:83)Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh.

Merujuk kepada ayat ke 83 Surah An-Nisa’ di atas, saya ingin menarik perhatian saudara-saudara seperjuangan yang amat saya kasihi kerana Allah sekalian, agar kita bertenang sejenak dan merenung sedalam-dalam mungkin panduan dan saranan yang telah dibekalkan kepada kita oleh Allah Subhanahu WaTaala dalam Kitab SuciNya, yang menjadi panduan kita selama ini, agar ianya dapat membuka jalan penyelesaian dalam menghadapi situasi yang “agak panas” berkaitan isu muzakarah dan pertemuan beberapa pemimpin PAS dengan pihak UMNO baru-baru ini.

Sudah semestinya sebagai ahli sebuah Gerakan ISLAM merangkap TENTERA ALLAH dan HAMBANYA, kita hanya akan patuh mengikut garis panduan serta saranan ALLAH DAN RASULNYA dalam menyelesaikan sebarang permasalahan, juga merujuk panduan HUKUM-HAKAM AGAMA dan ETIKA-ETIKA ISLAM dalam berhadapan dengan sebarang situasi dan cabaran.KITA SAMA SEKALI TIDAK AKAN REDHA BERPANDUKAN NAFSU,ATAUPUN AKAL SEMATA-MATA YANG TERPISAH DARI PANDUAN WAHYU,APATAH LAGI GARIS PANDUAN ANJURAN PIHAK-PIHAK YANG LANGSUNG TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN SUMBER HUKUM ISLAM.

Berikut ialah panduan secara ringkas yang dapat kita ambil dari ayat tersebut :
1. ADALAH MENJADI TABIAT MUSUH –MUSUH ISLAM KHASNYA GOLONGAN MUNAFIQIN UNTUK MELANCARKAN PERANG SARAF DAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG DAPAT MEMPORAK PERANDAKAN SAF PERJUANGAN ISLAM.
Allah Taala berfirman : “Dan apabila datang pada mereka(yakni golongan munafiqin) berita tentang keamanan atau kecemasan, mereka akan menyebarkannya…”

Dr Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsir Al-Munir menyebutkan bahawa Asbab Nuzul bagi ayat tersebut adalah peristiwa di mana Rasulullah S.A.W pada suatu ketika telah mengasingkan diri dari isteri-isteri baginda, maka hebohlah dikalangan orang-orang Islam pada ketika itu dengan berita yang tersebar mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah menceraikan kesemua isteri Baginda.

Apabila Saidina Umar R.A melihat situasi “heboh” dan “kecoh” tersebut,beliau sebagai seorang yang mengetahui hal yang sebenar, dan antara sahabat yang paling memahami dan hampir dengan Rasulullah telah melaungkan di dalam masjid dengan setinggi-tinggi suara beliau bahawasanya Baginda tidak menceraikan walau seorang pun dari isteri-isteri Baginda.

Menurut Imam As-Sayuthi Rahimahullah, berita dan cakap-cakap bahawa Rasulullah telah menceraikan isteri-isteri Baginda telah tersebar dikalangan muslimin pada ketika itu melalui dua golongan. Yang pertama, golongan munafiqin. Yang keduanya, sebahagian orang Islam yang lemah iman mereka. Menurut beliau lagi,dengan tersebarnya berita tersebut maka menjadi lemahlah semangat orang-orang beriman dan telah melukakan hati Baginda S.A.W.Sememangnya, sekiranya dilihat pada kisah tersebut kita akan mendapati perkaitan yang amat rapat dengan situasi yang kita hadapi pada hari ini. Dengan berlakunya pertemuan sebahagian wakil PAS dengan pihak UMNO baru-baru ini, maka golongan pertama yang beria-ia menyebarkan pelbagai “SPEKULASI” tentang pertemuan tersebut ialah pihak UMNO BN melalui juak-juak akhbar mereka dengan bertujuan untuk memporak perandakan dan melemahkan semangat para ahli PAS. Ini tidaklah menghairankan kita.

Golongan kedua pula yang turut menyumbangkan kepada tersebarnya pelbagai spekulasi tentang pertemuan tersebut ialah ahli-ahli dan penyokong PAS sendiri melalui “KESIMPULAN SENDIRI MASING-MASING” yang terlintas dalam minda mereka setelah mengetahui tentang berlakunya pertemuan tersebut dan juga dari maklumat-maklumat “separuh benar” tentang kandungan dan perjalanan pertemuan tersebut. Penyokong-penyokong ini sememangnya berniat baik untuk memelihara keharmonian parti dan prestasi jemaah,namun ianya tetap tidak tepat dan lebih merumitkan keadaan kerana kita perlu kembali kepada proses penyelesaian yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam ayat di atas- iaitu:
2. MERUJUK KEPADA ALLAH DAN RASUL ,JUGA PARA KEPIMPINAN DAN ULAMAK YANG LAYAK UNTUK BERCAKAP DAN MEMBERI PENJELASAN SEBENAR TENTANG ISU YANG BERLAKU

Firman Allah Taala :
“Dan kalaulah mereka – mereka itu merujuk terlebih dahulu dan menyerahkan kepada Allah dan RasulNya juga kepada para Ulil Amri dari kalangan mereka, tentulah perkara tersebut dapat diketahui melalui orang-orang yang layak untuk membuat keputusan mengenainya dari kalangan mereka....”Dari sini jelas bahawa yang sepatutnya dilakukan bukanlah kita cepat-cepat melatah ataupun turut memanaskan lagi suasana dengan kenyataan-kenyataan peribadi mahupun kesimpulan-kesimpulan sendiri yang dangkal tentang isu ini. Sepatutnya kita menyerahkan kepada para Kepimpinan khususnya Majlis Syura,Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am untuk membuat penjelasan dan keputusan mengenai perkara ini. Bukannya dengan cara mendengar atau mengambil maklumat dari sumber luar parti yang diragui kesahihannya seperti Utusan Malaysia, apatah lagi dari Pak Lah atau Khir Toyo!

Sepatutnya,sekarang ini kita semua:

A.TIDAK... melatah dan turut sama “kecoh”.Memang terkejut dan timbul banyak persoalan ,tapi sekurang-kurangnya kita tidak turut sama meng”kecohkan” lagi suasana.

B. TIDAK...mendengar dan mempercayai sumber-sumber luar selain daripada sumber yang benar-benar diiktiraf oleh PARTI. Tentulah sumber utama kita ialah Tuan Presiden sendiri dan para kepimpinan lain yang layak untuk bercakap tentang isu ini. Amatlah tidak wajar untuk kita lebih mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak musuh tentang butiran dan tujuan pertemuan tersebut berbanding penjelasan dari saudara kita sendiri yang sudah lama berjuang dan bersusah payah mengharungi perjuangan ini bersama-sama.

C. TIDAK...melanggar adab-adab dan etika berjemaah dalam memberikan pandangan dan komentar terhadap kepimpinan tentang isu ini. Berilah pandangan atau kegusaran di hati dengan cara dan adab Islam yang rasanya tak perlu lagi dijelaskan di sini. Bukannya dengan menyerang peribadi, luahkan perasaan sesuka hati dan lain-lain tindakan yang tak sepatutnya dilakukan oleh kita sesama saudara.

Kita semestinya pernah tidak bersetuju dengan ibu dan bapa kita, tapi rasanya kita masih boleh membezakan antara tanggungjawab menegur dan pada masa yang sama menunaikan tanggungjawab untuk menghormati mereka. Begitulah juga dengan para Kepimpinan,Para Ulamak,dan orang-orang yang memang telah lama berkhidmat dan terbukti jasanya kepada perjuangan ini.

D. HENDAKLAH...menghormati dan patuh pada keputusan dan arahan yang dikeluarkan PARTi setelah segala perbincangan dan penjelasan disegenap peringkat ahli dan kepimpinan tentang isu ini selesai. Pada ketika inilah kita perlu mengorbankan pandangan dan kepentingan peribadi,untuk kita melaksanakan arahan dan keputusan jemaah. Percaya kepada Kepimpinan itu ada BARAKAHNYA dan Jemaah itu penuh dengan RAHMAT dariNya!

3. PERINGATAN DAN PENEGASAN PENTING OLEH ALLAH TAALA PADA PENGHUJUNG AYAT INI IALAH: HANYA MEREKA-MEREKA YANG MENDAPAT RAHMAT ALLAH TAALA SAHAJALAH YANG AKAN TERSELAMAT DALAM SITUASI SEPERTI INI DARI TERPENGARUH DAN TERTEWAS DENGAN DAKYAH MUSUH SEKALIGUS MENGIKUT TIPUDAYA SYAITAN DAN TERGELINCIR DARI MATLAMAT PERJUANGAN.

Firman Allah Taala :
“Dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan RAHMATNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan ,kecuali sedikit sahaja dari kalangan kamu(iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).”Saudara seperjuanganku sekalian, yang akan menyelamatkan Jemaah kita ini, dan yang akan kembali memantapkan keutuhan kesatuan kita ini, dan memelihara kita dari segala perancangan musuh,, HANYALAH RAHMAT DAN BIMBINGAN DARI ALLAH TAALA.

Marilah kita sama-sama berdoa memohon rahmat dariNya, dan memperbanyakkan amalan-amalan yang akan mendatangkan rahmat dari Allah serta menjauhi perkara-perkara yang akan menjauhkan kita dari rahmatnya.
Antara perkara dan amalan yang akan mendatangkan Rahmat Allah dan Kasih Allah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran dan As Sunnah:

A.Banyakkan berselawat. Sabda Baginda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali”

B. Kukuhkan UKHUWWAH sesama jemaah.
Firman Allah di dalam Surah As-Soff : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

C. Sentiasa memastikan gerakerja AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR parti terus berjalan dan terlaksana.

Firman Allah di dalam Surah At – Taubah ayat 71 : “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Dan antara perkara-perkara yang menjauhkan seseorang dan perkumpulan itu dari rahmat Allah pula:

A. Setiap individu itu mementingkan diri dan berasa ego dengan pendapat dirinya sendiri yang mana akan menimbulkan perpecahan di dalam jemaah.

B. PERSENGKETAAN DAN PERBALAHAN SESAMA AHLI JEMAAH,HASAD DENGKI,USAHA JATUH MENJATUHKAN DAN MEMBURUK-BURUKKAN MARUAH SESAMA SENDIRI. Sabda Baginda S.A.W : “Berjemaah itu (membawa) RAHMAT, dan perpecahan itu (akan mengundang ) azab”

C. MENGAMBIL JALAN PENYELASAIAN YANG TIDAK BERLANDASKAN ISLAM DAN MENYIMPANG DARI HUKUM-HAKAMNYA LALU MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN YANG AKAN MENJAUHKAN KITA DARI RAHMAT ALLAH.

Firman Allah S.W.T : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.
Semoga Allah Taala akan memberikan kekuatan dan bimbingan kepada para pemimpin kita untuk terus menerajui perjuangan ISLAM yang mulia ini, dan terus mengukuhkan saf perjuangan ahli-ahli di bawah kepimpinan para Ulamak dan Solehin.
Salam Ukhuwwah,Salam Perjuangan,Salam Hormat.

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!

Abdullah_azzambq

PR STILL BAIK PUNYER ..

BAHAU 30 Julai – Hubungan dalam pakatan pembangkang tidak pernah tergugat walaupun ada pertemuan antara Pas dan UMNO.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pas tidak akan berpaling tadah dengan meninggalkan pakatan itu untuk menerima tawaran UMNO termasuk bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak.Kata beliau, kerajaan negeri sekarang yang diketuai Menteri Besar dari Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tetap komited bagi membela nasib dan membalas semula mandat rakyat selepas pilihan raya umum lalu.

“Saya hendak beritahu bahawa hubungan dan kerjasama antara kita tidak pernah tergugat bukan saja di Perak tetapi di negeri lain yang diperintah pakatantermasuk Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan,” kata beliau ketika berceramah di Muasasah Darul Shariff, Batu Kikir, dekat sini malam tadi.Anwar turut mendakwa, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa memperbesarkan masalah yang berlaku dan perpecahan dalam pakatan, sedangkan parti itu sebenarnya sedang menuju perpecahan menjelang pemilihan UMNO pada hujung tahun ini

isu muzakarah bukan berkongsi kuasa

KUALA LUMPUR 30 Julai — Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat esok hanya akan membincangkan isu muzakarah antara parti itu dengan Umno dan bukan berkongsi kuasa, kata Ketua Pemuda Pas Pusat Salahuddin Ayub.“Kita akan bincang apa saja tajuk berbangkit tapi bukan untuk kongsi kuasa apatah lagi untuk runtuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah mendapat mandat rakyat.“Itu polisi kita terutama untuk isu-isu yang mempunyai kepentingan untuk rakyat dan negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.Mesyuarat tertutup yang akan berlangsung di ibu negara itu akan dihadiri semua anggota jawatankuasa Pas Pusat dan anggota Majlis Syura parti itu

Khalil Yaakob 'juara' bida nombor plat kereta negara

Tengku Kudin
Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka. Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558. Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.

Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.
Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.

Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000. Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.

Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta! Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.

Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak. Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini.

Berkenalan dengan Ungkel Pet

Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan 'pendatang' bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.
Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak. dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.

Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?

Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.

Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.
Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.
Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.

Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.

Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.

Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.

Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful,bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.

(Ramai daripada member-member yang terlepas cerita ini. Dan ramai juga yang meminta aku terjemahkan cerita ini supaya senang difahami.)

SIAPA YANG CERAIKAN SIAPA ??NAMPAK SANGAT ABANG ALI NIE BANGANG..

MELAKA: Kesanggupan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat PAS berbincang dengan Umno mengenai perpaduan Melayu dan Islam adalah satu perubahan yang baik yang sedang berlaku dalam PAS, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Beliau berkata kebiasaannya Nik Aziz dan PAS tidak berapa terbuka untuk berbincang dengan Umno terutama yang berkaitan perpaduan orang Melayu dan Islam."Nampak ada perubahan, satu perkembangan yang baik. Tak eloklah dalam hal agama kita berbalah-balahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidikan dan Penulisan Sejarah Nasional Malaysia di sini hari ini.Mengenai cadangan Nik Aziz supaya Umno dan PAS dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam, Mohd Ali berkata kenyataan itu menunjukkan seolah-olah PAS tidak lagi serasi dengan Pakatan Rakyat dan cuba untuk kembali bekerjasama dengan Umno.
"Cadangan beliau supaya Umno bubar, PAS bubar, saya kira macam orang bercerai talak tiga. Dia cuba dengan suami baru...nampak kurang bagus dibandingkan dengan suami lama (iaitu) BN nampak lebih baik daripada Pakatan Rakyat," katanya.Mohd Ali berkata umpama orang yang bercerai talak tiga, bukan mudah untuk pasangan berkenaan berkahwin semula."Nak balik (dengan suami lama) sudah kena cerai talak tiga...talak tiga kena ada Cina buta, yang bermakna dia kena kahwin dengan orang lain dulu," katanya.Beliau berkata PAS dilihat lebih berminat bersama Umno tetapi parti itu tidak mahu menyertai BN.Mengenai Umno Perak yang menawarkan kepada PAS cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak, Mohd Ali berkata itu hanyalah pandangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

SEMINAR BLOGGER PAS MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dijemput ke Seminar Bloggers PAS Melaka. Segala butiran adalah seperti berikut :-

Tentatif program Seminar Bloggers PAS Negeri Melaka

Tarikh : 3 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka
Penglibatan : Semua yang berminat termasuk bloggers PAS Melaka

Sesi 1
8.30 - 9.00 pagi : Ketibaan para peserta
9.00 - 9.45 pagi : Kursus Asas Penulisan Oleh : Tuan Haji Roslan bin Hamid @ LanH
(Harakah ) Pengarang Berita Kanan Harakah
9.45 - 10.00 pagi : Sesi soal jawab
10.00 - 10.15 pagi : Minum pagi
10.15 - 10.45 pagi : Bengkel 1Kendalian : Sdra Zaili bin Muhammad Imbiah Wartawan Harakah
Negeri Melaka

Sesi 2
10.55 - 12.00 tghari : Kursus Asas Blog Oleh : Sdra GreenBoc ( Tranungkite Online )Pengendali
Radio TKO FM / Pemb. Web Master TranungKite
12.00 - 12.30 thari : Sesi soal jawab
12.30 - 12.45 thari : Perasmian penutup Oleh : Sdra Sofi bin Wahab( Ketua Penerangan PAS
Negeri Melaka )

Sebarang maklumat bolehlah hubungi saya sendiri Yuzi ( 0196291088 ) atau Hasbullah bin Pit ( 0196691975 )

28 Julai 2008

Jangan jangan saiful yang liwat DSAI tak ??

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu. Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis. Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar". Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.
p/s : rasa-raslaha dalam kes nie siapa yang liwat saiful ?? nak kata DSAI terlibat tak der bukti jangan jangan DS Najib @ CSL tak yang liwat ?? penin ..

27 Julai 2008

DAH TAK DO KOJO LAIN KO ??

BACHOK: Seorang guru antara 16 peserta ratu cantik pondan ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), di sebuah resort terkemuka di Telong, di sini, malam kelmarin. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Nor, berkata pondan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika sedang beraksi dengan pakaian wanita seperti gaun malam, kebaya dan pakaian mandi di sebuah dewan di resort itu. "Tiga lagi peserta berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan, manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Bharu untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, guru berkenaan bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini. "Guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini itu dibawa ke pejabat JHEAIK di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu bersama 15 pondan lain untuk diambil keterangan," katanya. Mohd Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dilakukan, semua pondan itu berpakaian wanita seperti gaun malam, kebaya, kasual dan pakaian mandi.

"Ketika serbuan dilakukan, ada kira-kira 300 tetamu menyaksikan pertandingan itu dan difahamkan mereka yang ingin menyertai pertandingan itu dikenakan bayaran RM38," katanya. Beliau berkata, dianggarkan 50 pondan menyertai pertandingan itu tetapi sebahagiannya berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa agama itu.

PINTU SUDAH DIBUKA .. GENDANG DAH DIPALU

BANGI: Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dalam proses bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Ogos ini, diluluskan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka dibenarkan berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa.

Beliau berkata, pindaan yang sudah diluluskan Kabinet itu, masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik. Katanya, pindaan itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapai tahap kecemerlangan. "Terserah kepada mahasiswa atau pihak universiti jika hendak menjemput pemimpin pembangkang. Apakah maknanya seorang pelajar universiti jika mereka hanya dibenarkan jemput satu pihak saja.

"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam. "Soalnya bukan hendak jemput parti politik kerajaan saja. Misalnya, jika mahasiswa mahu mendapatkan pandangan mengenai krisis minyak dunia dan kebetulan penceramah yang dijemput adalah daripada parti politik termasuk pembangkang, pindaan AUKU itu akan membenarkannya," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2008 serta pelancaran buku Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (Maklum), dekat sini, semalam. Minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, pindaan AUKU itu dibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukan sendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka.

Mohamed Khaled berkata, melalui pindaan AUKU itu juga, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah. "Jika dulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti. "Tetapi tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak tertakluk pada undang-undang negara. Jika mereka buat kesalahan mengikut Kanun Keseksaan mereka masih lagi tertakluk di bawah undang-undang negara. Contohnya, jika seseorang mahasiswa terbabit dalam demonstrasi tanpa permit, maknanya tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya. Beliau berkata, pindaan baru AUKU juga membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung oleh pihak universiti untuk mengambil peperiksaan.

23 Julai 2008

KHAS UNTUK WANITE SAHAJE

Kepada anda yang nak test main bowling atau nak test power dalam sukan bowling atau sedang boring..............................., jom ramai-ramai kita main bowling...hilangkan tension, rapatkan ukhuwwah bersama Nisa' Melaka dalam program berikut :
Jom Main Bowling
Tarikh : 27 Julai 2008
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Bowling, Melaka Raya (bangunan Pasaraya SENYUM lama)
Yuran : RM10 (individu)
Berminat ??? Sila hubungi talian berikut : 019-6267178 (Kak Gayah)
P/S - Terbuka untuk perempuan sahaja.

17 Julai 2008

Jom Kenali Yang Mendakwa Diliwat (kononnya)

Saiful Bukhari Azlan
(Bagaimana perasaan ibu,bapa, abang,kakak dan adik-adik beliau dan bagaimana pula perasaan saudaramara beliau!!!!)

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Nota:
Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

NOSTALGIA PERANG HITTIN

Antara peristiwa penting yang berlaku pada Rabiulawal adalah peperangan 'Al Hittin' di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubiy menentang tentera Salib pada 583 Hijrah bersamaan Julai 1187 Masihi. Berkenaan dengan nama peperangan itu ada juga ahli sejarah yang memanggilnya 'Hattin'.
Begitu juga dengan tarikh bermulanya peperangan ini, ada ahli sejarah yang berpendapat ia berlaku pada Rabiulakhir. Meskipun ada percanggahan dalam penetapan tarikh ini, namun apa yang lebih penting peperangan ini membawa mesej besar kepada seluruh dunia Islam dulu, kini dan selama-lamanya. Ini kerana, peperangan ini berjaya membuka peluang kepada umat Islam ke arah pembebasan penguasaan tentera salib ke atas Baitulmaqdis. Di sebalik peperangan ini sebenarnya tersirat bagaimana kewibawaan dan kepahlawanan seorang pejuang Islam - Salahuddin, yang berjaya menyatukan seluruh tentera dan umat Islam bagi menghapuskan Rom selaku kuasa besar ketika itu. Kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran ini adalah kemuncak kejayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada pencerobohan kuasa Barat.
Kemenangan Salahuddin itu turut membolehkan Baitulmaqdis bebas daripada penjajahan tentera Salib selama 88 tahun. Menjelang peperangan itu, tentera Islam berkumpul untuk mengatur strategi serangan secara besar-besaran di pesisiran pantai berhampiran Tasik Tiberias, Palestin. Tentera Islam diketuai antara pemerintah agungnya, Salahuddin, manakala askar tentera Salib pula berkumpul di barat Tasik Tiberias. Perisik Islam berjaya menjejaki pergerakan tentera musuh, termasuk perkhemahan mereka. Berikutan itu, tentera Islam diketuai Salahuddin mengepung askar Salib pada waktu malam hingga terbit kemunculan fajar. Nyata, pada sebelah siangnya meletus pertempuran sengit berhampiran Hittin di sebelah Tasik Tiberias serta timur bandar Akko dan Haifa. Dalam pertempuran itu, tentera Islam berjaya menumpaskan ramai askar Salib serta menjadikan 150 orang sebagai tawanan, termasuk pembesar mereka.
Jelas sekali, Perang Hittin adalah antara kemenangan Islam yang gemilang dan wajar menjadi rujukan dan renungan ummah hari ini yang berdepan pelbagai krisis termasuk ancaman daripada musuh Islam khususnya Barat. Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata 'untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan tidak memadai. Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah'. Kejayaan Salahuddin membebaskan Baitulmaqdis yang juga ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatupadukan umat Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Iraq. Salahuddin meninggal dunia pada 4 Mac 1193 ketika berusia 55 tahun. Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang di medan perang ketika berusia 16 tahun.
SUMBER: palestinkini

KITA TETAPKAN BERSAMA SEIRING SEJALAN

KL: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanh, bersih dan adil.Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di Bangunan Parlimen sebentar tadi. Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat. "Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam poarti tersebut," kata beliau. PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya. Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam. PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau.

MINYAK DAN SHABERY PATUT TURUN !!

adly zahari
Rakyat Malaysia telah melihat perdebatan harga minyak malam tadi. Siapapun tak boleh menafikan bahawa DSAI bukan lawan Menteri Penerangan. Beberapa perkara yang menjadi persoalan saya dengan debat ini.

1. Datuk Shabery Chik seperti pihak yang mewakili parti Melayu S46 bukan mewakili Kerajaan. Shabery sepatutnya menguasai data, kerana segala data peningkatan kos yang dibelanjakan, kemana akan disalurkan dari penjimatan, lansung tidak disentuh secara khusus oleh Shabery dalam debat tersebut.

2. DSAI secara jelas memberikan formula penurunan harga minyak sebanyak 50 sen dengan perbelanjaan sebanyak 5 bilion, beliau turut mengemukakan bagaimana 5 bilion itu boleh didapati hasil dari penjimatan. Beliau juga menghuraikan satu persatu kaedah penjimatan itu, melalui IPP, kawalan kebocoran dan ketirisan dan hanya 1 bilion dari dividen yang diberikan Petronas.

3. Debat ini juga mengambarkan bahawa kerajaan tidak punya wakil untuk membicarakan isu minyak sedangkan menteri yang berkaitan khusus adalah menteri kewangan atau menteri pengguna (KPDNHEP), yang pasti Paklah, Nor Mohamad Yakob dan Shahril Samad adalah mereka yang GAGAP dalam isu minyak.

4. Yang menjadi persoalan kenapa Shabery Chik tidak lansung menyentuh insentif yang diberikan Kerajaan kepada pengguna kenderaan melalui bayaran tunai dipejabat POS. Berapa jumlah dan keseluruhan yang dibelanjakan untuk rakyat. Saya jangkakan bahawa Menteri Penerangan telah diingatkan agar jangan menyentuh isu insentif ini kerana ia akan membuka ruang untuk DSAI untuk mengaitkan POS dengan Khazanah Nasional dan ECM Libra….

5. Kesilapan besar Shabery apabila beliau menyatakan bahawa Petronas berjaya sehingga hari ini adalah kerana UMNO dan BN sedangkan beliau lupa bahawa entiti perniagaan itu berjaya kerana ketelusan dan pengurusan yang cekap. Bayangkan kalau budaya UMNO meresap dalam Petronas…Lingkup…

6. Yang terakhir saya lihat, Menteri Penerangan mengungkapkan kejayaan Petronas kerana usaha yang dibuat oleh Tun Razak dan Dr Mahathir, Menteri Penerangan lupa bahawa dia sedang menggali kubur sendiri, Khairy dan Kamaludin pantang dengar ayat ini.
Adly Zahari13 Rejab 1429

MenYembur Air Liur Shabery

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik tidak sepadan. Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shaberry, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.
Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini. Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh. Bagi Shaberry dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri. Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shaberry meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.
Jelas sekali pada semua pusingan Shaberry tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya. Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shaberry sendiri.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shaberry. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya. Kesanggupan itu satu kehebatan Shaberry sebenarnya.Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabrry. Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shaberry berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shaberry yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.
sumber : http://msomelayu.blogspot.com/2008/07/ulasan-debat.html
Shaberry merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shaberry Datuk Shaberry. Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shaberry yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku. Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shaberry hanya dua (**) saja

Debat minyak: Anwar janji turun 50 sen, Shabery anggap Anwar populis

KL: Kemunculan sejam Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi debat malam ini menunjukkan kedua-dua personaliti ini 'menyerang' satu sama lain berhubung isu kenaikan harga minyak - dengan bekas Menteri Kewangan berjanji akan mengurangkan harga minyak 50 sen selitar manakala Menteri Penerangan pula mempersoal pembangkang tidak memegang pada kadar harga sebelum 5 Jun.Ahmad Shabery berkata, pembangkang seharusnya menurunkan harga daripada kadar sebelum 5 Jun bukannya berdasarkan paras semasa.
Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu."Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang."Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.Pengerusi DBP, Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator debat itu.Anwar yang memulakan debat sebagai pemidato pertama mengusulkan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok pihaknya akan mengurangkan kadar minyak sebanyak 50 sen selitar. Debat ini diadakan pada hari Petronas mengumumkan prestasi kewangan yang berakhir 8 Mac lalu, antara lain telah menyumbangkan RM62.8 bilion kepada perbendaharaan kerajaan.

Isu itu juga disentuh oleh kedua-dua pemidato dalam perbahasan mereka.Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 sebelum dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, penurunan yang disyorkan beliau itu merupakan tindakan peringkat awal.Katanya, harga minyak akan diturunkan secara berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.Debat menyaksikan tindakan ungkit-mengungkit latar belakang politik masa lalu, antara Anwar dilabel sebagai sering mengecam polisi Allahyarham Tun Abdul Razak yang memulakan Petronas dan gerakan mahasiswa tahun 1970-an manakala Ahmad Shabery pula disebut bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 yang telah dibubarkan.Bagaimanapun kedua-dua pemidato berbahas dengan tenang di hadapan kira-kira 250 penonton termasuk masing-masing 50 daripada sebelah Anwar dan Ahmad Shabery.Anwar dan Shabery berbahas di bawah format kempen pilihan raya Amerika Syarikat dengan mereka berdiri di pentas dengan dipengerusikan oleh Johan dari bawah.Ahmad Shahbery memilih Tan Sri Dr. Nordin Kardi sebagai wakil penonton untuk bertanya soalan manakala Zulkifli Sulong di sebelah Anwar.Ketika merumuskan pandangan kira-kira satu setengah minit, Anwar berkata, jika diberi peluang beliau akan bertanding dalam pilihan raya dalam waktu terdekat."Kita mengumumkan cadangan, gagasan ini dengan penuh tanggungjawab. Kalau kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan, tiga bulan lagi ekonomi kita akan jauh lebih parah."Ini kenyataan! Kalau saudara tidak setuju tak mengapa... saya minta teliti dengan baik objektifnya.

"Sebab itu kami di Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat, sebab itu saya tidak mahu hak saya dinafikan, dan untuk meneruskan dengan agenda ini walaupuan saudara Shabery memilih untuk menyerang saya secara peribadi, saya tidak mahu menjawab kerana ini bukan ruang," katanya.

Ahmad Shabery pula berkata, sikap Anwar tidak ubah sejak dari dahulu ketika mengetuai gerakan mahasiswa tahun 1970-an."Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada negara, membina Petronas, kalau dahulu orang yang membina Petronas ialah Tun Abdul Razak, Mahathir yang mengembangkan Petronas sampai ke peringkat dunia tetapi terus ditentang."Pada waktu sekarang Pak Lah (Perdana Menteri) yang tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya, maka tiada sebab untuk kita menentang."Apakah kita hendak terus memainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana dibuat dalam 1974 akan menyelesaikan masalah kita?" ujar beliau.Sementara itu ketika ditemui pada sidang media selepas debat tersebut, Anwar memberitahu, beliau berterima kasih kerana mendapat peluang malam ini dan ia hanya satu saranan atau medium untuk mengemukakan program yang dirancang Pakatan Rakyat yang tidak akan menjejaskan rakyat dan orang ramai boleh melihat sendiri.

Ahmad Shabery pula memberitahu, debat hari ini berjalan lancar serta membuka ea baru kepada negara yang disebut sebagai mengambil pendekatan keterbukaan di bawah pimpinan Abdullah."Peluang ini memberi kesempatan untuk kerajaan dan rakyat mendengar hujah-hujah yang ingin dikemkukakan oleh Anwar."Apa yang penting ialah kita (kerajaan) berani ke depan untuk mempertahankan hujah dengan baik," katanya.Ketika ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan hujah dikemukakan oleh Anwar, Ahmad Shabery berkata, tidak perlu kerana tiada pandangan pandangan atau mekanisme baru dikemukakan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

TAHNIAH DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK

ALOR STAR 15 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak merupakan antara 72 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.Najib akan dikurniakan Darjah Mahkota Kedah (DMK) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada istiadat penganugerahan yang dijadual berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini esok.

Azizan yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah pada 9 Mac lalu selepas pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah dan bintang kebesaran itu apabila dianugerahkan Darjah Kerabat Halimi (DKH).Anugerah tersebut turut dikurniakan kepada dua lagi kerabat Diraja Kedah iaitu Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

KaLaU lAh Shabery DiGantiKaN DeNgAn PAK LaH

sister in
Julung-julung kali bagi saya, negara ini mengadakan satu debat terbuka yang melibatkan figure-figure penting negara, walau sebelum ini kita terbiasa menyaksikan debat perdana di TV1 yang dihoskan oleh saudara Johan Jaafar yang terkadang bertukar menjadi ahli panel kerajaan.Namun semalam, merupakan satu langkah awal yang membolehkan satu gambaran terbuka kepada rakyat, bagaimana hendak menilai pemimpin dan kenapa debat seperti ini perlu dalam mengkaji dan menilai pimpinan negara.
Bagi saya, walaupun debat semalam telah jelas mengambarkan DSAI melontarkan hujah yang besertakan solution terhadap permasalahan, tetapi malangnya YB Shabery iaitu menteri penerangan kita, tidak membawa hujah yang kukuh dalam menyatakan sebab sebenar perilaku setengah suku kerajaan terhadap kenaikan harga minyak.Yang pasti, menteri penerangan kita ini hanya lebih pakar terhadap sejarah DSAI bukan sejarah dan latar silam rakyat negara serta masalah kesengsaraan rakyat.Banyak-banyak pusingTeknik pengalihan idea dan pandangan pendengar diaplikasikan sebaik mungkin oleh dato Shebery, namun ia satu perangkap yang memakan diri. "Kita tidak menyentuh soal dana pelaburan petronas atau mana-mana dana pertumbuhan petronas". "Kita persoalkan ketirisan dan kebocoran kesan dari pengurusan pihak kerajaan yang tidak teratur". Itu antara bait-bait kata yang dilontarkan DSAI.Namun jawapan dan ulasan yang diterima oleh menteri bertaraf penerangan ini ialah "Petronas akan terbeban jika kita terus memerah hasil darinya",
"Petronas sudah sedia ada memberi pulangan keuntungan yang secukupnya kepada kerajaan".Maka dengan ini DSAI sedang berdebat perkara A dalam konteks A1 tetapi dato Shabery berdebat dan mengulas perkara A tetapi didalam konteks B3. Maka, kontranya pada para pendengar, memang benar apa yang disebut ialah kekangan dan bebanan yang tinggi pada petronas jika kita bertindak terus menyerap segala keuntungannya kepada rakyat tetapi SIAPA yang kata pada kita bahawa jalan penyelesaiannya sebegitu? Adakah dato shabery buat-buat tidak faham apa yang dikata dan disoal oleh DSAI?Mungkin dato shebery perlu analisa kembali apa yang dia pertuturkan pada malam kelmarin. Bagi saya, team kerajaan di belasah teruk seperti mana pasukan bola malaysia yang pernah dibelasah oleh pasukan negara China pada piala Asia yang lalu.
Jika diberi angka 6-0!Walauapapun, ini membuka satu lembaran baru bagi rakyat Malaysia, dan perlu menjadi contoh, kepada perkara selepas ini. Jika hendak digantikan kepada kami PM yang baru, kita adakan debat terbuka seperti semalam supaya kami dapat menilai, sejauh mana PM kami.Perkara yang sama ini telah lama diamalkan oleh Amerika sebagai contoh pilihanraya pemilihan Presiden mereka. Dan mengapa kita tidak mahu laksanakan seperti itu. Satu budaya sihat yang menampilkan kepada kita budaya kepimpinan yang berkeyakinan dan jelas prinsipnya. Kita tidak mahu lagi menerima PM yang hanya pandai membuat sajak-sajak, tetapi kita ingin tahu, sejauh mana tahap IQ pemimpin kita dalam tanggungjawab dan pengurusan rakyat dan orang muslimin di negara kita.
Dan kita sebagai rakyat akan jelas bahawa "NAK JADI PEMIMPIN BUKAN MUDAH!" kerana apa?"Kita bakal menangung tanggungjawab terhadap nasib rakyat" dan semua ini akan dipersoalkan, bukan sahaja di dunia bahkan di AKHIRAT sana.
p/s- Bersama kita bersihkan negara kita dari pimpinan yang tidak layak untuk mentadbir kita.- Dan jangan ingat, bila berdebat akan jadi gaduh-gaduh. Debatlah pada perkara perlu danyang berkait soal pelaksanaan.BILA LAH AGAKNYA PM KITA YANG AKAN TURUN BERDEBAT??!!Wslm
HYD"
result keluar esok!"
Perkongsian ayat power:-
Dari Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan merangkak sebagai ketua Umno bahagian Cheras, yang meminta debat dengan anwar perlu disekat dan dihalang.rujuk“Mengapa kita nak layan pengkhianat dengan memberi peluang berdebat secara terbuka, seolah-olah kita sengaja membiarkan beliau meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai teori politik yang boleh membawa kehancuran kepada negara ini, “ tegasnya.Hebatkan pemimpin UMNO?!!..

15 Julai 2008

TAHNIAH UST AZIZAN


ALOR STAR 15 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak merupakan antara 72 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.Najib akan dikurniakan Darjah Mahkota Kedah (DMK) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada istiadat penganugerahan yang dijadual berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini esok.


Azizan yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah pada 9 Mac lalu selepas pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah dan bintang kebesaran itu apabila dianugerahkan Darjah Kerabat Halimi (DKH).Anugerah tersebut turut dikurniakan kepada dua lagi kerabat Diraja Kedah iaitu Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

JANGAN HERET !!

Dewan Pemuda PAS hari mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tindakan kerajaan 'mengheretkan tentera ke dalam kancah politik".Memorandum tiga muka surat itu diserahkan ketuanya, Salahuddin Ayub kepada pegawai pentadbir kanan Istana Negara, Guli Tahir.Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam memorandum tersebut, Salahuddin menarik perhatian baginda terhadap siri latihan bersama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM pada 2 Julai lalu.Beliau juga merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan sebagai berkata bahawa latihan bersama ini relevan "memandangkan kebelakangan ini erlaku beberapa insiden melibatkan ketenteraman awam, seperti demonstrasi, akibat tindakan beberapa pihak yang mempunyai agenda tersendiri". Salahuddin berkata, latihan bersama itu dan juga kenyataan Musa telah memberikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia dan juga dunia luar, "seolah-olah Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat disebabkan terdapatnya ancaman yang serius terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara". "Persoalannya, apakah benar hingga serius sekali suasana yang ada di dalam negara ini hingga menuntut PDRM dan ATM terpaksa mengadakan latihan bersama?" soalnya.

Soal suara majoriti

Menurut Salahuddin, kekalutan yang timbul terutamanya selepas pilihanraya umum ke-12 adalah disebabkan parti pemerintah di peringkat Persekutuan sudah tidak mendapat kepercayaan bulat dari rakyat.Katanya, ini ditambah pula dengan beberapa isu lain yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain masalah yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan. Salahuddin berkata, masalah ketidaktentuan politik ini yang bersangkut paut dengan soal suara majoriti di Dewan Rakyat boleh diselesaikan dengan mekanisme dan konvensyen perlembagaan serta 'duluan' yang berlaku sebelum ini, termasuk di negara Komanwel lain, tanpa perlu menggambarkan kepada rakyat seolah-olah negara ini berada dalam keadaan tidak selamat dan huru-hara.Oleh yang demikian, tambahnya, masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak berbangkit sama sekali.

Jika ada pun demonstrasi atau perhimpunan umum yang dilakukan, tambahnya, ia bukanlah suatu yang asing dalam kerangka sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, ini kerana hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin kepada seluruh warga negara Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 10 (l)(b) Perlembagaan Persekutuan. "Cumanya selama ini pihak polis yang patik percaya atas pengaruh parti pemerintah, telah menyekat hak perlembagaan ini dari dilaksanakan oleh rakyat dengan tidak memberikan permit kebenaran atas alasan kononnya sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang akan menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

'Polis main kasar'
Salahuddin juga berkata, dalam banyak kejadian, termasuk yang pernah menimpa dirinya sendiri, rakyat sekadar berhimpun dalam jumlah yang kecil dan berjalan dalam suasana aman tenteram, tetapi pihak polis telah bertindak keras dan keterlaluan hingga menimbulkan kekecohan."Tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman awam adalah satu tugas yang diamanahkan oleh undang-undang kepada pasukan PDRM sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Polis 1967. "Manakala sekiranya terdapat ancaman keselamatan dari luar barulah ianya menjadi tugas kepada ATM untuk menanganinya," katanya.Oleh itu, katanya, amatlah tidak wajar untuk mengheret sama ATM dalam tugas menjaga ketenteraman awam, yang menurut ketua polis negara, ancaman dalam bentuk demonstrasi.
"Dalam ha1 ini kita semua maklum demonstrasi atau perhimpunan aman yang berlaku adalah berpunca dari masalah politik yang berlaku dalam negara ini. "Dengan melibatkan sama ATM untuk menangani demonstrasi atau perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti-parti politik, ini bermakna terdapat cubaan untuk mengheret ATM ke kancah politik kepartian," katanya. Sekiranya ATM dilibatkan sama dalam ha1 politik, Salahuddin berkata, beliau khuatir ianya boleh membawa kepada akibat yang merbahaya kepada kestabilan negara serta kesejahteraan rakyat. Justeru, katanya, beliau dan rakyat merayu kepada baginda agar campurtangan supaya ATM tidak dipergunakan untuk menentang rakyat yang hanya melaksanakan hak mereka untuk berhimpun, yang sememangnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Patik juga sesungguhnya percaya siri-siri latihan bersama yang melibatkan sama ATM ini adalah terjumlah kepada perkara yang memerlukan kepada perkenan dan restu Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan," katanya. Berikutan itu, beliau merayu supaya suatu tindakan dapat dilakukan untuk menghentikan latihan bersama tersebut yang menurutnya, bukan sahaja bakal menimbulkan implikasi negatif terhadap sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara ini, bahkan banyak menelan kos dari dana awam yang sepatutnya digunakan perkara yang lebih perlu dan bermanfaat. "Adalah lebih baik sekiranya segala kekuatan yang ada pada PDRM digunakan untuk menangani masalah jenayah yang kian meruncing daripada membiarkan maruah PDRM diperkotak-katikkan kerana dijadikan alat politik pihak-pihak tertentu," katanya.
komen : kalau polis dan tentera dah turun comform darurat punyer..tapi takkan tak der cara lain ??

MENTERI MACAM BEBUDAK SEKOLAH MENENGAH LAH

Oleh Bernama
Isnin, 14 Julai 2008
KL: Seorang anggota Parlimen hari ini mempertikaikan mengenai ketidakhadiran seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat.Datuk Paduka Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas) yang bangkit selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham A. Aziz selesai menggulung perbahasan, menyatakan kesal kerana menteri itu, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga portfolio undang-undang kerap ponteng dewan untuk menjawab soalan dan mendengar pandangan anggota Parlimen.

"Menteri kena hadir dan jawab...sudahlah dia tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum lepas, jika dia tidak jawab menunjukkan kredibiliti kerajaan menurun," katanya.Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau ada menerima notis daripada Zaid yang memaklumkan bahawa beliau kini berada di luar negara.Jawapan Dr Wan Junaidi itu, bagaimanapun tidak diterima Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang turut kecewa kerana suara Ahli Yang Berhormat amat penting untuk menteri mengambil sesuatu tindakan.

Terdahulu, tiga menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggulung usul itu dengan menghantar jawapan bertulis kepada para anggota Parlimen manakala Amirsham menggulung perbahasan itu di dewan.Dr Wan Junaidi kemudian meluluskan usul Kajian Separuh Penggal RMK-9. Persidangan Dewan Rakyat disambung esok.
komen :
dalam parlimen menteri pun perangai macam budak sekolah menengah kelas ujung jugak, ntah bila agak nya nak berubah . asik memonteng jer .. kalau macam nie gayanya baik pecat jer ganti ngan orang lain yang boleh buat kerja

13 Julai 2008

BILA DAK EZAM GILA TALAK DIA TERUS MELALAK

W.FAUZDIN NS

Pertama mula saya nak nyatakan perasaan terkejut saya apabila mendapat berita bahawa ceramah Sdr Ezam di Kelantan baru-baru ini hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Saya memang tahu di Kelantan bukan lah tempat untuk Sdr Ezam `menjual' sumpah keramatnya, tetapi tidak pula saya terfikir begitu sampai hati rakyat Kelantan menghukum dan memalukan Sdr Ezam. Jika begitu lah keadaannya, ternyata Sdr Ezam masih berada di bawah ranking Anuar Musa di Kelantan. Tetapi apa yang nak dikata, sudah nasib Sdr Ezam begitu.

Tetapi yang lebih memalukan pula, Sdr Ezam ini cuba memberi kuliah kepada rakyat Kelantan khususnya kepada penyokong-penyokong PAS agar tidak bersekutu dengan Pakatan Rakyat khususnya parti bos nya dulu iaitu DS Anwar. Cuma, beliau tidak berani untuk mencadangkan PAS sertai UMNO seperti beliau telah lakukan. Kenapa? Sebab beliau pun tahu PAS yang suci bersih itu masakan layak tidor sebantal dengan UMNO. Takkan daging yang disembelih boleh dimasak satu kuali dengan daging yang tidak disembelih. Bahkan Sdr Ezam akui PAS memang komited dengan perjuangan Islam, sebab itu PAS tidak sesuai berada bersama Parti KeAdilan Rakyat semata-mata kerana DS Anwar pemimpinnya. Yang peliknya, Sdr Ezam pernah berkata dia berjuang kerana prinsip Islam sebab itu lah dia serta UMNO. Kenapa tidak PAS? Sebab PAS belum berkuasa, buat apa Sdr Ezam duduk bersama PAS. Lebih baik bersama orang yang berkuasa. Andaikata PAS InsyaAllah, lepas ini pula berkuasa, Sdr Ezam mungkin akan sertai PAS tinggalkan UMNO dan membuka satu lagi `Sumpah Keramat'nya dan mengeluarkan balik `kotak-kotak' yang ada dalam stor di rumahnya itu.

Saya simpati dengan nasib yang menimpa Sdr Ezam. `Penyakit gila talak' yang dialaminya sekarang semakin serius. Sudah berapa bulan Sdr Ezam melalak bersumpah, mencabar dan macam-macam lagi yang keluar dari mulut beliau dan dijaja ke hulu ke hilir. Beliau tiba-tiba terasa maruahnya dicabar, sedangkan semuanya tahu semenjak dia istihar keluar dari GERAK dan tersengih-sengih hulur borang memasuki UMNO kepada Pak Lah, ketika itu maruah beliau hilang sekelip mata. Pada pandangan rakyat ketika itu, Sdr Ezam telah `melondeh'kan seluarnya sendiri seperti dia pernah `menelanjangkan' Pak Lah di Kepala Batas dan Najib di Pekan.

Seingat saya dalam siri ceramah DS Anwar, sedikit pun DS Anwar tidak menyentuh tentang Sdr Ezam. Mungkin DS Anwar merasakan dia tidak sebodoh Sdr Ezam untuk melayani orang yang `gila talak' ini atau mungkin DS Anwar masih kesihan pada Sdr Ezam yang dahulunya berjuang bagai nak rak membelanya. Kini, bagai nak `gila' pula Sdr Ezam menghentam DS Anwar. Mungkin dulu dia merasakan bahawa DS Anwar itu adalah Malaikat yang tidak ada sedikit pun cacat cela dan dosa, kini baru dia tahu DS Anwar adalah manusia biasa, justeru itu Sdr Ezam akan korek segala dosa-dosa dan salah silap DS Anwar. Kini, siapa pula manusia yang dianggap `Malaikat' oleh Sdr Ezam?

Saya rasa lebih baik dan tertib jika Sdr Ezam korek dahulu rahsia 6 kotak rasuah yang ada pada beliau dahulu. Ikutlah tertib dalam Islam, yang dahulu, dahulukan dan yang kemudian, dikemudiankan. Cuma jangan dikorek rahsia sendiri sudahlah kerana rahsia Sdr Ezam memadailah Lokman Nor Adam yang korekkan (sila lawati blog http://kisahezam.blogspot.com/ ) Ingat, Sdr Lokman bukan ahli PAS atau KeAdilan mahu pun DAP, tetapi beliau adalah ahli UMNO yang lebih senior keluar Parti KeAdilan dari Sdr Ezam. Beliau pun kenal siapa Sdr Ezam dan ramai kawan-kawan beliau pun kenal siapa Sdr Ezam sebenarnya. Mungkin, Sdr Saiful Bukhari yang `glamour' sekarang ini baru kenal Sdr Ezam agaknya.

Apa pun, saya harap DS Anwar jangan lah melayani mamat yang gila talak ini. Kesihan memang kesihan, tetapi DS Anwar tidak bersalah. Sesiapa pun tidak bersalah menjadikan Sdr Ezam begini. Parti KeAdilan Rakyat tidak `mencerai'kan Sdr Ezam, tetapi beliau sendiri minta di`fasakh'kan. Oleh itu, penyakit yang dialami oleh Sdr Ezam ini mudah-mudahan dapat diubati oleh UMNO. Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, janganlah ambil hati apa yang diperkatakan oleh Sdr Ezam, kerana bukan mudah untuk mencari makan di dalam UMNO disaat UMNO hampir muflis ini.

MUBAHALAH TU HUDUD LER

Liwat: Apakah perlu Mubahalah atau memperkasakan kembali undang-undang Syariah

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata

"Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

ianya dicatat juga oleh Allah swt melalui Al-Qur'an:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Mari kita fahami apa yang dinyatakan didalam maksud ayat Qur'an diatas jelas sudah ianya dibawah undang-undang Hudud, jadi apa yang berlaku mutakhir ini dalam politik tanah air kita sebenarnya punyai hikmahnya tersendiri.

Ini Kerana jika kita singkap kembali dasar perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah memperjuangkan sebuah sistem pemerintahan yang berasaskan Islam yang syumul dengan memperundangkan hukum-hakam yang terkandung dalam kitab suci Al-Quraan.

Ini beerti sudah sampai masanya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua isu sekalipun maka pemerintah mesti kembali kepada perundangan syariah sepertimana yang terkandung dalam Al-Quraan bagi menggantikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia yang digunapakai kini .

Berbalik kepada isu yang hangat diperkatakan kini iaitu kes liwat yang membabitkan Dato seri Anwar dengan Saiful Bukhari ini sebenarnya syor untuk bermuhabalah atau sumpah laknat sepatutnya tidak perlu atau jika masih nak diteruskan juga ianya adalah jalan terakhir untuk cari penyelesaian.

Saya khuatir Sumpah laknat atau muhabalah menjadi satu elemen yang boleh dipermainkan jika ianya dibudayakan dalam masyarakat dan juga melalui Media sehingga menghasilkan sumpah palsu kesan daripada kelemahan sistem perundangan Syariah Islam.

Untuk itu jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan memperkasakan kembali martabat perundangan Syariah dan dibicarakan serta dihukum melalui kaedah Syara' sekaligus dapat menyelesaikan permasalahan mengikut kaedah yang betul dan mampu mengawal gejala fitnah.

sumber ; http://adlyzahari.blogspot.com

KUOTA JPA ; UMNO MAIN WAYANG

Hari ini wakil rakyat UMNO cuba menjadi hero apabila mereka mempertikaikan kuota baru biasiswa JPA iaitu 50% diberikan kepada bumiputera, 45% kepada bukan bumiputera dan 5% kepada kaum-kaum lain.

Persoalannya kenapa JPA sanggup merancang kouta yang sedemikian sedangkan mereka dibawah pengaruh kuasa yang ditunjangi UMNO. Berdasarkan apa berlaku beberapa persepsi boleh kita gariskan seperti berikut :

1. Kerajaan sengaja menyediakan kouta sedemikan untuk memenangi hati masyarakat Cina dan India setelah sokongan dari Kaum ini merosot pada PRU 12 yang lalu.

2. JPA adalah jabatan dibawah bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri dan Wakil Rakyat UMNO yang paling lantang membangkitkan isu ini adalah Khairy Jamaludin. Apakah memang dah direncanakan sedemikian atau Khairy memang nak cari pasal dengan Najib.

3. Mungkin Najib sendiri dah tak dapat fokus pada tanggungjawab dia, sehingga gagal membuat saringan sehingga isu ini dihidu oleh musuh dalaman politik beliau. Apakah mungkin Altantunya menghantui beliau…..?

4. Yang pasti JPA melaksanakan kuota ini tanpa ada desakan dari MCA, Gerakan, MIC atau mana-mana parti gabungan BN dari Sabah dan jauh sama sekali dari DAP.

Sebab itu dalam soal ini apa yang berlaku hanyalah lakonan semata-mata untuk menunjukkan sayangnya UMNO pada bangsa. UMNO sepatutnya menyabung nyawa ketika mana Tun Dr. Mahathir menghakis keistimewaan Melayu dizaman rejim pemerintahannya, dibawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai bukti, saya antara orang yang menerima kesan pengkhianatan kepada bangsa sendiri (penghapusan keistimewaan Melayu) apabila terpaksa membayar hutang kepada JPA sebanyak RM22,260.00 kerana saya Melayu dan bumiputera.

Adly Zahari
http://adlyzahari.blogspot.com/

SIAPA PINGGIR BANGSA SENDIRI ?UMNO ATAU PAKATAN RAKYAT

YAB Perdana Menteri telah membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP), RMKe-9 Khamis lalu. Banyak kejayaan telah dilaporkan dan banyak inisiatif baru telah diperkenalkan untuk terus maju ke hadapan dalam suasana geo-politik dan ekonomi negara, serantau dan dunia yang tidak menentu.

YAB Datuk Seri telah memberikan ulasan yang positif, di samping memberikan beberapa syor yang konstruktif.

Dalam pada itu kedengaran pula suara-suara sumbang bahawa kononnya Kerajaan terlalu banyak menolong Bumiputera. Kononnya bukan Bumi dipinggirkan. Eloklah dipaparkan dan diteliti kedudukan sebenar.

1. Kadar Kemiskinan 2007:

Bumi = 5.1% Cina = 0.6% India = 2.5%

Bandar = 2.0% Luar bandar = 7.1%

2. Pendapatan Bulanan Isi Rumah 2007:

Bumi = RM3,156 Cina = RM4,853 India = RM3,799

Bandar = RM4,356 Luar bandar = RM2,283

3. Nisbah Pendapatan 2007:

Bumi:Cina = RM1:RM1.54 Bumi:India = RM1:RM1.20

Luar Bandar:Bandar = RM1:RM1.91

4. Ekuiti 2007:

Bumi = 19.4% Cina = 42.4%

India = 1.1% (syernya turun daripada 1.2% tapi nilai ekuiti naik 9% daripada RM6.4 bilion kepada RM7 bilion)

5. Hak Milik Aset 2007:

Bangunan: Bumi = 15.7%, Cina = 75.7%, India = 4.3%

Premis industri: Bumi = 3.5%, Cina = 87.2%, India = 1.5%

Hotel: Bumi = 20.8%, Cina = 54%, India = 2.7%

Berdasarkan fakta di atas maka yang benar dan jelas ialah antara tahun 2004 dan 2007, kadar kemiskinan semua kaum telah menurun, kecuali kaum Cina kekal tetapi ianya sudah cukup rendah (0.6%) Dalam tempoh yang sama, pendapatan bulanan isi rumah semua kaum serta pendapatan semua isi rumah bandar / luar bandar telah meningkat. Perbezaan pendapatan antara kaum dan antara luar bandar/bandar juga telah mengecil.

Fakta-fakta ini merupakan satu bukti kukuh bahawa semua kaum mendapat faedah dari usaha kerajaan; tiada kaum yang terpinggir. Malah ekuiti kaum Cina meningkat lebih pantas lagi (+RM57 bilion) dalam tempoh 2005/2007 berbanding dengan pertambahan ekuiti Bumi sebanyak RM20 bilion; perbezaannya hampir tiga kali ganda ! Jadi mengapa mereka nak pertikaikan kaum Melayu.

Sepatutnya, pengkritik kaum bumiputera ini hendaklah menerima hakikat bahawa kadar kemiskinan Bumi adalah yang tertinggi (5.1%). Pendapatan mereka adalah yang terendah (RM3,156 sebulan) dan jurang ekonomi antara Bumi dengan bukan Bumi masih lebar. Berdasarkan perbezaan marginal increase di atas, nampaknya jurang ini akan semakin melebar, bukan akan mengecil.

Hak milik ekuiti dan aset Bumi juga rendah berbanding kaum Cina.

Kombinasi data-data tersebut menunjukkan bahawa sebenarnya yang terpinggir di ‘kepuk’ sendiri ialah Bumi! Bukan Bumi pula berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik daripada Bumi. Maka memang wajarlah perhatian yang lebih diberikan kepada Bumi; apatah pula, di kalangan yang terpinggir itu, Bumi lah yang teramai.

Tumpuan ini tidaklah bermakna bukan Bumi yang miskin akan terbiar dan terpinggir. Kaum India sendiri tidak perlulah menjerit kerana, dalam beberapa aspek, kedudukan mereka adalah lebih baik daripada Bumi. Namun, mereka akan terus dibantu.

Pelan tindakan khas telahpun disediakan untuk membantu mereka:

(a) akan diperluaskan akses kepada peluang latihan kemahiran dan keusahawanan – 6,269 belia India sudahpun dilatih,

(b) ekuiti akan ditambah melalui skim amanah; antara 2004/2007, pelaburan India dalam PNB telah meningkat 128%, daripada RM262 juta kepada RM599 juta, dan

(c) memberi bantuan kewangan melalui skim usahawan muda India di bawah TEKUN.

Justeru itu, untuk mencapai keadilan sosio-ekonomi maka Teras 3 perlulah diberi keutamaan. Peruntukan sebanyak RM17.6 bilion adalah kecil; hanya 7.7%. Ia perlulah digandakan Supaya akan terus wujud keharmonian sosial, bukan Bumi hendaklah belajar berterima kasih dan bersyukur bahawa kaum Bumi telah banyak bertolak ansur. Janganlah terus menolak dan mendesak sehingga menimbulkan perasaan terhimpit dan terhakis di kalangan Bumi. Bukan Bumi hendaklah dilihat memiliki kejujuran untuk menolong Bumi; bukan menimbulkan persepsi seolah-olah sentiasa hendak memperkecilkan hak mereka yang tinggal sedikit itu.Jika benar bukan Bumi ingin memperjuangkan isu (issue-based) dan tidak bersifat perkauman, maka perjuangkanlah juga 6 isu ini:

1. membasmi kemiskinan,

2. menambah pendapatan bulanan isi rumah,

3. merapatkan jurang sosio-ekonomi (pendapatan, aset, ekuiti, pekerjaaan di sektor swasta),

4. memperbaiki keadilan sosial,

5. menghormati kontrak sosial,

6. menyokong affirmative policy/initiative.

Kaum Bumi sedar bahawa semua isu yang dipilih dan diperjuangkan oleh bukan Bumi selama ini - kesamarataan, meritokrasi, daya saing, ketelusan, hak milik tanah bagi penduduk kampung baru dan seumpamanya - adalah isu-isu yang bersalutkan kepentingan kaum mereka sahaja.