KL: Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi. Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi. Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi. "Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau turut berada di sisi Allahyarham" kata HattanRamli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak, boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis terkenal tanah air.Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).Antara hasil nukilan terbarunya adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan hebat beliau yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid. Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya30 Januari 2008
Jenazah Loloq dibawa ke Masjid Sungai Boluh
KL: Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi. Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi. Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi. "Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau turut berada di sisi Allahyarham" kata HattanRamli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak, boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis terkenal tanah air.Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).Antara hasil nukilan terbarunya adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan hebat beliau yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid. Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnyaTak malukah minta mandat lagi?
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi sekali lagi dibelasah oleh orang yang mengangkatnya ke jawatan itu. Semakin jelas isyarat yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada para pengundi dalam pilihan raya akan datang. Ketika ditanya adakah Abdullah patut berhenti dari menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata: "Terpulang kepadanya untuk menentukan". Ayat negatif tersebut dengan jelas memberikan isyarat bahawa Abdullah sepatutnya berhenti. Jika tidak, tentulah Dr Mahathir menyatakan Abdullah patut meneruskan apa yang beliau rancang atau memberikan apa jua jawapan yang positif. Malah, beliau dilihat memberi isyarat kepada rakyat supaya membuang Abdullah apabila menyatakan: "Jika rakyat merasa pentadbiran beliau tidak memberi manfaat kepada mereka, mereka hendaklah membuat keputusan". Lebih jelas lagi apabila Dr Mahathir meminta para pengundi supaya membuang "deadwoods" (orang-orang yang tak berguna) di dalam Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Tidak diketahui sebesar manakah jumlah rakyat yang menyifatkan Abdullah sebagai "deadwood". Dr Mahathir juga mengulangi penegasannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan beberapa polisi Abdullah yang menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura". Mengenai sikap negara ini dalam hal-ehwal antarabangsa, Dr Mahathir menyifatkan Malaysia "tidak lagi sebebas dahulu". Dr Mahathir, yang bimbang rasuah akan bermaharajalela dalam pilihan raya akan datang untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional, juga mengingatkan rakyat bahawa Perdana Menteri "membazirkan wang rakyat" dan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk".
Persoalannya, adakah rakyat negara ini masih merasa selamat mempunyai seorang Perdana Menteri yang "membazirkan wang rakyat" dan mengakibatkan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk"? Tidakkah rakyat merasa keselamatan negara ini terancam apabila orang yang mengangkat Perdana Menteri ke jawatannya kini menegaskan bahawa penggantinya itu menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura"? Adakah rakyat mudah lupa bahawa Dr Mahathir pernah menyifatkan Abdullah menggadaikan maruah negara dan suka berbohong manakala negara dijadikannya tidak mempunyai kejantanan (half-past-six country which has no guts)?
"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur, lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan. Persoalannya, adakah Abdullah tidak merasa malu sedikitpun dengan segala kecaman Dr Mahathir? Adakah Abdullah langsung tidak mempunyai maruah dan terus buat-buat tak tahu? Sedangkan, Dr Mahathir bukan sahaja menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya malah secara terbuka menyatakan beliau mahu membetulkan kesilapannya melantik Abdullah.Abdullah boleh mendakwa beliau mendapat mandat sebesar mana sekalipun. Tetapi, berapa sangat nilai mandat itu apabila orang yang mengangkatnya ke jawatannya itu berulang kali menyatakan
penyesalannya kerana melantik Abdullah dan terus menggambarkan Abdullah tidak layak menjadi Perdana Menteri. Di mana air muka dan harga diri Abdullah apabila ia sekali lagi meminta mandat untuk memerintah sedangkan ia tidak pernah berjaya membuktikan bahawa beliau layak meminta mandat sekali lagi untuk memimpin negara ini? Abdullah langsung tidak membuktikan bahawa beliau bukanlah kaki tidur yang lembab dan tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan. Abdullah tidak pernah dilihat berjaya menafikan tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau menggadaikan maruah negara, membazirkan wang rakyat, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan. Adakah Abdullah tidak sedar bahawa mengaku diri tidak layak dan berundur adalah lebih mulia dan bermaruah dari terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri. Lebih dari itu, di manakah maruah ahli-ahli Umno yang membiarkan Abdullah terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri? Himpunan Rakyat 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat Melaka

MELAKA, 30 Jan (Hrkh) - Orang ramai dijemput hadir ke himpunan rakyat bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bertemakan 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat negeri Melaka bagi mendengar sendiri pendirian PAS terhadap isu-isu besar yang melanda negara mutakhir ini. Program jelajah Presiden ini akan berlangsung pada 2 Feb 2008 bertempat di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 2.00 petang. Rombongan Presiden turut diiringi Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.
Aturcara sepanjang 2 Februari
Jam 2.00 petang - 5.00 petang: Himpunan Rakyat bersama Presiden
Jam 5.15 petang - 7.15 petang: Ramah Mesra dan Dialog Presiden bersama NGO dan
bukan Islam di Hotel King, Lebuh Ayer Keroh
(Depan Hospital Pantai).
Jam 9.00 malam - 12.00 malam: Ceramah di Markaz PAS Bukit Tambun, Durian Tunggal.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-682 1318 (Sofi) atau 019-6675521 (Harun).
29 Januari 2008
Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang
IPOH, 29 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kini mula 'kepanasan' dalam menghadapi tawaran yang diberikan parti pembangkang khususnya PAS yang membawa slogan 'Negara Kebajikan', menyebabkan Timbalan Presiden Umno itu menjejajah ke seluruh negara dan menyifatkan tawaran tersebut 'tidak berpijak di bumi nyata'. "Najib boleh kata apa yang dia hendak kata, bagi Umno apa yang PAS buat semua tidak betul, sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno kian resah dan gelisah dengan tawaran yang dikemukakan oleh PAS bersama parti-parti pembangkang, tawaran menarik itu telah mencemaskan mereka kerana itulah Najib menyifatkan tawaran dari PAS itu tidak berpijak di bumi nyata." Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini ahad lalu. "PAS tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah dipraktikkan lama di Kelantan, PAS bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang Umno lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata," ujar beliau. Pemimpin-pemimpinUmno/BN sebenarnya 'terpukul' dengan kesediaan parti-parti pembangjkang untuk menurunkan harga minyak apabila berkuasa memerintah negara ini malah Umno merasakan tawaran itu satu `pukulan maut’ kepada BN."Oleh kerana itulah pemimpin-pemimpin BN akan cuba seberapa daya untuk meracuni fikiran rakyat dengan menyatakan tawaran yang dikemukakan oleh PAS dan parti-parti pembangkang sebagai tidak logik dan tidak berpijak di bumi nyata," katanya. Kenaikan harga berangan-barangan serta kenaikan harga petrol menyebabkan rakyat bangun untuk bertindak menukarkan kerajaan yang sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan baru yang barisi parti-parti pembangkang selepas pilihan raya ke 12 yang kian hampir, kayanya. Menurut beliau lagi tawaran-tawaran yang dikemukakan parti pembangkang kali ini benar-benar menarik hati rakyat terutama hendak menurunkan harga petrol, pengajian percuma, pemberian biasiswa, sedangkan BN hampir pasti tidak akan menurunkan harga minyak. "Jika BN menang lagi, semua barang akan naik, harga minyak tentunya dinaikkan lagi, kini rakyat sudah tahu helah BN, mereka tidak mahu terperangkap lagi," ujar beliau. Beliau yakin menjelang tarikh pilihanraya umum, pemimpin-pemimpin Umno/BN bukan sahaja `kepanasan’ tetapi tidur mereka juga tidak lena kerana diganggu oleh `mimpi ngeri’ kekalahan BN di tangan parti-parti pembangkang
36 tahanan bebas, ikat jamin RM1000
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Seramai 36 tahanan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram telah dibebaskan jam 7.10 petang tadi dengan ikat jamin RM1000 seorang dan masing-masing dengan seorang penjamin. Hakim, Mohamad Sakeri Mamat telah membacakan keputusan di Majisteret Jenayah 5 dengan syarat tambahan bahawa semua tertuduh tidak boleh menyertai sebarang perhimpunan haram. Bagaimanapun, beliau berkata, Peguam boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan kes mereka akan didengar pada 16 Jun.
Sementara itu, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas tuduhan menganggu tugas anggota polis, Chief Inspektor, Apandi Abdul Rahman. Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain. Mereka yang dibebaskan dengan ikat jamin terdiri daripada 10 orang wanita dan 26 lelaki. Antaranya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Muslimat PAS Pusat, Aiman Atirah al-Jundi; Mohd Zaid Mohd Ibrahim;Mohd Azmi Zamrus;Fadzil Osman; Solahudin Al-Ayubi Yahya; Izamudin Ludin; Marzuki Abdullah; Maisuhara Basarudin; Noraziati Ashari dan Nasita Mohd Noor. Selain itu 12 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) antaranya Presiden Penaja PSM, Dr Nasir Hashim; Setiausahanya, Aruchelvan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) seramai 11 orang.28 Januari 2008
Khurafat Si Najib
ALOR STAR 27 Jan. - Kerancakan ekonomi dan kemajuan sesebuah negeri hanya dapat berkembang dengan baik jika negeri itu dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Katanya, rakyat harus sedar bahawa pembangkang tidak berkeupayaan untuk memajukan negeri dan perkara itu terbukti apabila negeri yang berada dalam pemerintahan parti pembangkang didapati hanya mengharapkan bantuan kerajaan pusat.Berucap pada majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Cina di sini beliau berkata, sebagai contohnya, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah selama 10 tahun, akhirnya parti itu terpaksa akur dan menyertai BN setelah gagal memajukan ekonomi negeri."Kerajaan Negeri Kelantan juga hanya mengharapkan suntikan daripada BN dan disebabkan itulah ada sedikit perubahan (di Kelantan) dan jika kita perintah Kelantan akan menjadi lebih hebat," katanya.PembangunanKatanya begitu juga dengan Terengganu yang mengalami masalah ekonomi setelah diperintah oleh Pas selama empat tahun sebelum BN mengambil alih semula pemerintahan negeri.Najib berkata, perbezaan kepimpinan BN dengan parti pembangkang jelas terbukti apabila pembangunan di Terengganu kini mulai rancak, dan menurutnya kerajaan BN sentiasa mementingkan kesejahteraan hidup semua kaum dan bersedia menimbangkan tuntutan rakyat.Beliau berkata, program Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memberi faedah kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, oleh itu setiap kaum perlu terus memberi sokongan padu kepada BN demi masa depan negara dan juga kesejahteraan mereka.Timbalan Perdana Menteri kemudiannya berkata, program lawatan kerjanya di Kedah terpaksa disingkatkan kerana beliau perlu berlepas ke pulang ke ibu negara malam ini."Saya minta maaf kerana terpaksa bergegas pulang sebab saya terpaksa bertolak awal pagi ke Solo, Indonesia bagi mewakili negara menziarahi jenazah dan menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Pak Harto (Suharto) pagi esok," katanyaAww Datang Bikin Sibuk

27 Januari 2008
Pantun Buat Pak Lah
Ini kisah seorang memanda,
Padahnya memanda tak suka membaca,
Kerana ilmunya kurang di dada,
Oleh kerana keluarga sangat dipercaya,
Penasihat keluarga sudah ada,
Penasihat Rasmi semuanya ditimbang tara ,
Bila di tanya, jawapannya “Tak Tahu apa,”
Memanda tak tahu cara hendak merencana,
Para menteri seronok belaka,
Ada seorang menteri seperti nenek tua,
Al kisah pula dengan ECM Libra,
Bodohnya memanda membuat kira,
Kerana mengikut penasihat tak berguna,
Rakyat masih tertanya tanya apa agendanya,
TNB kerugian 200 juta,
Khazanah Nasional menjalankan berniaga,
Memanda kata nak bangunkan Melayu
Memanda mengajak Jepun sama berniaga.
MCA minta sekolah cina,
Memanda dengar perempua di dera,
Tabiat memanda suka Flip Flop dan YoYo,
Memanda tua berasa amat dukacita,
Memanda dulunya di anggap lurus dan setia,
Memanda di kata kuat beragama
Scomi tidak dilihat membuat angkara
Banyak lagi cerita memanda kita
Cerita ini tak habis lagi
Tunggu lagi satu cerita
Malaysia tidak perlu pengiktirafan Pas ???
‘‘Di sini tidak ada kekacauan dan kecelaruan tentang Islam berdasarkan kemajuan ekonomi, politik serta pengurusan pentadbiran,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Pas yang terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih simpati rakyat, selain cuba menunjukkan kegagalan pimpinan Barisan Nasional (BN).Ini termasuklah isu hukum hudud yang cuba diperjuangkan oleh parti pembangkang itu.Abdul Hamid menjelaskan, penilaian sama ada negara ini mengamalkan Islam sepenuhnya ataupun sebaliknya tidak wajar dilihat daripada satu isu sahaja.Sebagai contoh katanya, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia bukan tuntutan fardu ain. Beliau menambah, pemimpin negara sudah menggunakan konsep Islam dalam pemerintahannya seperti pada zaman Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menggunakan isu pendidikan dalam perjuangannya.‘‘Ini dapat kita lihat menerusi wahyu Allah yang pertama dengan suruhan Iqra (bacalah) iaitu merujuk kepada kepentingan mencari ilmu pengetahuan dalam kehidupan.‘‘Usaha kerajaan sekarang ini juga adalah kehendak agama menerusi demokrasi pendidikan dan kesihatan, di mana kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial itu,” ujarnya.Selain itu jelasnya, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sudah cukup membuktikan kejayaan konsep pentadbiran Islam yang diamalkan oleh kerajaan sedia ada.‘‘Kalau kita lihat negara Islam lain, walaupun negara mereka sebuah negara Islam tetapi rakyatnya tidak bersatu-padu malah mengalami krisis ekonomi dan politik yang kuat.‘‘Jika pihak pembangkang mahu mewujudkan sebuah kerajaan lain yang berkonsepkan ‘negara kebajikan’ , seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang,” katanya.
Jentera BN sedia gempur?? PAS MELAKA sedia Tempur
Ketua Muslimat PAS bebas jam 1 pagi, 47 masih ditahan
kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini. Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun. Demikian menurut Ustazah Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengetahui perkembangan terkini kesemua tahanan terbabit. "
Saya dan suami dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Bagi saya penangkapan semalam adalah salah kerana saya tidak berhimpun sama sekali malah saya sedang membantu seorang wanita berketurunan India yang cedera akibat dikasari polis. "Apabila polis arahkan bersurai, saya patuh tetapi mereka mengekori dan mengepung saya seterusnya menangkap saya dan lain-lain," katanya yang sedang bersiap untuk ke IPKKL tengah hari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sementera itu, Nuridah turut menjelaskan kepada Harakahdaily, bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti nama 9 individu yang dibebaskan pagi tadi namun menyatakan tujuh daripadanya berketurunan India mankala dua lagi berbangsa Cina. "Ada yang ditangkap sekitar Wisma Central Jalan Ampang, dan bukannya di lokasi himpunan sepatutnya diadakan malah turut ditangkap individu yang memakai baju warna kuning," katanya. "Nampaknya kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang mahu memprotes kenaikan harga minyak dan barang yang 'menindas' hidup mereka. Oleh itu mereka melakukan pelbagai halangan untuk menyekat daripada mendengar suara hati rakyat," katanya. Beliau dalam pada itu turut memberi semangat kepada semua pendokong, pejuang, aktivis dan pemimpin politik agar meneruskan perjuangan membela nasib hidup rakyat di samping mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh BN tanpa rasa gentar. "Jangat takut. Ini adalah lumrah perjuangan, pasti ada pelbagai halangan dan insya-Allah kita akan berjaya," katanya mengakhiri perbualan telefon sebentar tadiPAS selar tindakan polis menangkap rakyat demo Protes di KLCC
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - PAS menyelar dan membantah tindakan polis menangkap rakyat yang menyertai perhimpunan aman Protes bagi membantah kenaikan harga barang di KLCC petang semalam.Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa tangkapan tersebut sekali menggambarkan rakyat diperlakukan dengan cara tidak demokratik oleh kerajaan dengan menggunakan kuasa polis. "PAS membantah tangkapan tersebut dan meminta mereka segera dibebaskan," katanya semasa di hubungi di Tawau, Sabah. Malah katanya sekali lagi tangkapan tersebut membuktikan negara ini negara polis. "Saya dimaklum ada yang ditangkap di Stesen LRT Ampang Park sedangkan mereka tidak berhimpun pun," katanya. Dakwanya ini menunjukkan kebebasan dan pergerakan rakyat disekat sebegitu sekali. "Jika berada di Stesen LRT dan KLCC pun ditangkap ia merupakan satu tangkapan yang luar biasa. "Ini kerana sebagai rakyat Malaysia mereka bebas untuk bergerak dan tidak ada gunanya membina KLCC secantik begitu," bidasnya. Sementara itu lebih 50 orang termasuk beberapa pimpinan PAS, KeADILan dan Parti Sosialis Rakyat ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Kuala Lumpur petang tadi ekoran perhimpunan tersebut. Antara yang ditahan, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Nuridah Saleh, Dr Md Hatta Mohd Ramli dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua. Dalam pada Nasharudin berkata, beliau dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang serta Ustaz Misbahul Munir ke Sabah untuk program Jelajah Bersama Presiden PAS. "Bermula hari ini kami berada di Tawau dan esok ke Kota Kinabalu. "Di Tawau kami berceramah di Merotai dan sambutan rakyat Sabah amat menggalakkan," katanya yang berada di sana selama dua hariPAS siap sedia perkasakan e-media bantu kempen pilihan raya
Malah portal akhbar seperti Harakahdaily.net perlu diperluas kandungannya bagi menjadi alat kempen paling penting kepada PAS untuk dicetak dan diedarkan, kata Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat PAS Pusat (JITP), Zuhaimi Embong. Zuhaimi membentangkan kertas kerja bertajuk "Pemerkasaan e-media PAS ke arah pemantapan gerak kerja ICT untuk penerangan dan dakwah" pada Bengkel Pemerkasaan e-Media Untuk PRU-12 di Dewan Dato Fadzil Mohd Nor, Markaz Tarbiah PAS Pusat, pagi tadi. Bengkel sehari itu dihadiri wakil Lajnah ICT PAS dan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS peringkat pusat, negeri dan dewan-dewan.
Ia dirasmikan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS merangkap Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Zuhaimi yang juga Ketua ICT Lajnah Penerangan PAS Pusat menambah, ICT boleh membantu mencapai pemerkasaan kempen penerangan PAS pada kempen pilihan raya dengan memanfaatkan sepenuhnya media elektronik. "PAS sebenarnya telah melaksanakan beberapa pendekatan memanfaatkan teknologi ICT bagi mencapai kemajuan dalam pengurusan pilihan raya kita. "Tetapi JITP disaran mempertingkatkan lagi penguasaannya supaya kita dapat mendekatkan jurang dengan pihak lawan dalam konteks penyampaian maklumat secara pantas kepada ahli dan pengundi," ujarnya. Beliau menambah, terdapat cadangan supaya satu skuad pemantau e-media yang beroperasi 24 jam sehari bagi memantau dan menyebarkan maklumat pantas menggunakan konsep e-media. bengkel itu turut mendengar pembentangan isu-isu terpilih pilihan raya umum ke-12 yang disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Pada sebelah petangnya berlangsung sesi percambahan minda tentang pembentukan skuad siber dan penyediaan pelan induk integrasi e-media bersepadu PAS untuk pilihan raya umum ke-12, yang dimudahcarakan oleh Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Lajnah ICT PAS Pusat, Ahmad Jamal. Majlis perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Dato Takiyuddin Hassan
58 ditahan polis di perhimpunan aman Protes
ng ditahan termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua ekoran satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini, petang tadi.Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun. Daripada keseluruhan yang ditahan, sepuluh adalah wanita. Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur. Tangkapan bermula kira-kira jam 2.45 petang apabila enam orang ditahan di hadapan Suria KLCC biarpun belum berlaku perhimpunan. Enam orang yang ditahan ialah anggota Unit Amal Wangsa Maju. Sementara itu Dr Hatta, Tian Chua dan seorang peguam, Johnson Chong ditahan semasa mengada satu sidang media di sebuah restoran berhadapan Kedutaan Australia, Jalan Yap Kwan Seng, tidak berapa jauh dari bangunan KLCC. Semasa tangkapan tersebut Dr
Hatta kelihatan terjatuh dari meja makan. Dalam pada itu, walaupun tiada perhimpunan di kawasan KLCC, ia dikawal rapi anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan Rela. Tangkapan berakhir kira-kira 4.30 petang tadi. Sementara itu Dr Hatta semasa mengadakan sidang media di restoran itu tidak dapat menyatakan sama ada perhimpunan itu berjaya ataupun tidak. Bagaimanapun katanya, melihat kepada situasi di sekitar KLCC ia menampak keadaan yang agak kecoh dan tidak teratur. "Bagaimanapun ia tidak membahayakan keselamatan orang ramai, sebenarnya Protes kecewa kerana pihak polis bertindak melampau; kami difaham kira-kira 1000 anggota polis ditugaskan hari ini dan ia menyebabkan suasana tidak selesa dan tanda tanya kepada orang ramai" katanya. Walhal beliau berkata perhimpunan yang dirancang itu akan berjalan dengan aman dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada orang awam. Malah dakwanya tindakan tersebut membazirkan sumber kerajaan. "Jika sumber hebat sebegini dikerah untuk mengesan penjenayah atau mencari kanak-kanak yang hilang, saya rasa ia boleh menyelesaikan beberapa kes jenayah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur,"
katanya. Mereka yang ditahan melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup rakyat" ketika dibawa ke IPK Kuala Lumpur dengan trak polis.
22 Januari 2008
Menteri homoseksual?
Biar masa menetukan segalanya dan rakyat akan memerhati satu demi satu 'permainan' dan lakonan para pemimpin serta muslihat politik yang semakin terdedah dan menjengkelkan
AUTA LINGAM
Lingam mengakui lelaki yang dirakam dalam klip video itu mirip dirinya tetapi menegaskan perkara itu hanya boleh dipastikan kesahihannya jika rakaman dan peralatan asal yang digunakan boleh disemak."Memang saya pernah lihat klip video itu di internet, selain ditunjukkan kepada saya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tidak kiralah apa orang (saksi) lain kata, lelaki dalam klip video itu nampak seperti saya. Jika kamu menyoal saya 100 kali sekalipun saya akan memberikan jawapan serupa. "Malah, saya sendiri juga membuat rujukan mengenai
isu ini, termasuk meminta pandangan pakar. Mereka memaklumkan, kesahihan klip ini hanya boleh dipastikan melalui peralatan dan rakaman asal. "Bagaimanapun sehingga kini rakaman atau peralatan asal masih tidak dikemukakan," katanya sambil dicelah Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohd Noor: "Adakah kamu sedang mengemukakan hujahan?" Lingam kemudian menjawab: "Tidak. Saya hanya menyatakan fakta. Bila saya berjaya memperoleh rakaman atau peralatan asal, saya akan menghantarnya kepada pakar saya sendiri untuk dibandingkan dengan keterangan dan pendapat yang dikemukakan selama ini."Malah, saya juga akan meminta pakar saya hadir bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya ini," katanya. Terdahulu, Lingam mengakui beliau kenal ahli perniagaan Loh Mui Fan dan anaknya Gwo Burne, tetapi menegaskan Mui Fan tidak pernah menjadi anak guamnya dan beliau sendiri juga tidak pernah melakukan kerja guaman. "Saya tidak pernah dilantik olehnya tetapi pernah menjadi peguam bagi pihak ayahnya dulu. Bagaimanapun,
Mui Fah memang biasa datang ke pejabat saya, mungkin tiga kali setahun untuk berjumpa dengan saya sejak saya mengenalinya sekitar 1995. Anaknya juga pernah menemaninya ke rumah dan pejabat saya beberapa kali," katanya. Selain itu, beliau mengakui kenal Vincent Tan dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sejak 1990-an melalui Kumpulan Berjaya. "Firma guaman saya adalah satu daripada panel peguam Kumpulan Berjaya dan saya sendiri pernah melakukan kerja guaman untuk Vincent Tan, manakala Tengku Adnan ketika itu pengarah eksekutif beberapa syarikat kumpulan berkenaan," katanya. Pada prosiding petang pula, Lingam yang ditanya peguam pemerhati Majlis Peguam, Robert Lazar, adakah beliau pernah mengadakan percutian lain dengan Mohtar dan Vincent Tan, berkata: "Ya ada lagi, tapi hanya dengan Vincent Tan." Lingam yang menganggap Vincent Tan sebagai kawan rapatnya, berkata sehingga 1999 beliau pernah bercuti bersama Tan di India sebanyak dua kali. Sekeping gambar yang dirakamkan di Sepanyol antara Lingam, Mohtar dan Vincent Tan serta keluarga masing-masing dikemukakan oleh Lazar kepada suruhanjaya sebagai barang kes. Lingam yang kelihatan tenang apabila dirujuk gambar percutian itu, bagaimanapun memeranjatkan semua pihak apabila meminta peguamnya, R Thayalan mengemukakan hujah sebaik soalan mengenai percutiannya dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, dibangkitkan. Haidar membenarkan permohonan Lingam untuk Thayalan berhujah sama ada perkara itu relevan atau tidak. Sebelum itu, ketika ditanya oleh Lazar mengenai hubungannya dengan Mohtar yang meninggal dunia pada 2003 kerana serangan angin ahmar, Lingam berkata mereka hanya kawan biasa dan tidak terlalu rapat. "Saya pernah mengunjungi Mohtar yang berjawatan Peguam Negara ketika itu di rumahnya pada Hari Raya tetapi saya tidak pernah makan malam dengannya," katanya. Benarkah Lingam bodohkan prosiding?
Haidar mencelah dengan menyoal Wee mengenai sama ada beliau mempunyai sebarang bukti mengenai perkara itu dan meminta beliau (Wee) membuktikan perkara itu kepada suruhanjaya. "Jangan remehkan suruhanjaya," kata Haidar.Haidar meminta pihaknya dihormati dan jangan diremehkan. Siapa yang berani meremehkan suruhanjaya itu? Tetapi, takkan Wee sahaja diberi amaran? Kesalahan Wee hanya kerana kenyataan akhbar yang beliau sendiri tidak pasti mengenainya.Wee tidak memperbodohkan suruhanjaya itu. Bagaimana pula dengan Lingam? Ahirudin Attan (http://rockybru.blogspot.com) berkata, suruhanjaya tersebut "tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Lingam yang cuba memperbodohkan prosiding".Mengapa Ahirudin menganggap Lingam memperbodohkan prosiding? Amat menarik apa yang cuba dibangkitkan oleh blogger Mofie (http://blog.mofie.net).Lingam berkata: "Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain".Beliau juga dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata, beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon. Lingam yang mengakui "tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi" itu juga berkata: "Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tetapi pastinya saya bukan bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz (Sheikh Abdul Halim, Hakim Besar Malaya ketika itu) kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak pernah ada nombor telefon saya. Sehingga inipun, beliau tidak pernah menelefon saya dan saya tidak pernah menelefon beliau".Persoalannya, jika benar Lingam "trying to make a fool of the proceeding" seperti yang dikatakan oleh Ahirudin, mengapa tidak ada sebarang tindakan? Atau, sekurang-kurangnya amaran. Paling lemah pun merayu dan memohon kepada Lingam supaya "jangan meremehkan suruhanjaya" itu.Jika benar Lingam cuba memperbodohkan prosiding, siapa sebenarnya yang diperbodohkan? Peguam yang bertanya atau suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar?Jika benar suruhanjaya itu boleh diperbodohkan, mungkin orang akan bertanya adakah suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar bodoh?Jika benar suruhanjaya itu bodoh, siapakah yang melantik suruhanjaya itu? Bukankah orang yang dilihat melantik suruhanjaya itu ialah Perdana Menteri sendiri? Benarkah Perdana Menteri bodoh? Dan, mengapa semakin ramai rakyat yang menyifatkan Perdana Menteri bodoh?21 Januari 2008
MAHASISWA VS MAHASITUA
Bekas Penolong Gabenor dipaksa akui Anwar miliki RM 3 bilion?
Rakyat Perlis mahu tukar kerajaan! Rakyat Melaka ??
Dalam ruangan poll (Mai Mengundi) di laman web AnakPerlis.com sedang dijalankan undian bertajuk "Perubahan politik yang bagaimanakah yang anda perlukan untuk negeri Perlis ?"

Keputusan undian yang dibuat sehingga hari ini mendapati sebanyak 53 peratus atau 139 daripada 260 orang pengundi mahukan "Parti pemerintah kepada Parti Pembangkang".
Sementara itu 39 orang tau 15 peratus mahukan "Team sekarang kepada team yang baru" dan 25 orang atau sembilan peratus mahukan "pucuk pimpinan yang lebih berpengalaman". Lain-lain pengundi pula memilih "Gabungan pemimpin tua dan muda" seramai 23 orang (8 %), "Kekalkan team sekarang" seramai 15 orang(5%), "Pucuk pimpinan yang lebih muda" seramai 11 orang (4%) dan selebihnya "Tak kisah" seramai lapan orang (3%). -
Rakyat Melaka bagaimana?
17 Januari 2008
"Saya tidak ingat" - Mahathir
Beberapa persoalan yang dihadapkan oleh peguam yang mewakili pelbagai pihak mengenai pelantikan hakim hanya dijawab Mahathir dengan jawapan 'saya tidak ingat' selain 'saya tidak boleh beri penjelasan mengenai alasan mengapa saya tolak cadangan'. Soalan antaranya menjurus kepada pelantikan Hakim Besar Malaya, Ketua Hakim Negara dan penolakan dua nama bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi.Soalan juga menjurus kepada mengenai pelantikan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang dicadangkan oleh Tun Dzaidin dalam salah satu surat cadangan kepada Mahathir. Mahathir mengakui ada menerima dan mengutus beberapa surat kepada Dzaidin mengenai cadangan pelantikan hakim-hakim kanan. Dalam proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahathir mengakui menolak dua nama bagi jawatan tersebut iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainuddin Ismail. Sementara tiga nama yang disetujui bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi ialah, Dato' Heliliah Mohd. Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato' Ahmad Maarop. Semalam, surat menyurat antara Mahathir dengan bekas Ketua Hakim Negara (Dzaidin) dikemukakan kepada suruhanjaya tersebut. Sepucuk daripadanya menunjukkan Mahathir menolak dua nama yang dicadangkan oleh Dzaidin iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainudin Ismail. Dalam rakaman perbualan Lingam meramalkan bahawa Chew dan Zainudin tidak akan dilantik kerana mereka dari 'kem Dzaidin'. Bila tanya mengapa nama Chew dan Zainudin digugurkan, Dr Mahathir memberitahu suruhanjaya tersebut yang beliau tidak ingat sebab-sebabnya. Beliau juga mengakui menolak cadangan Dzaidin berhubung pelantikan Dato' Malek Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya setelah Tun Ahmad Fairuz mengosongkan jawatan itu untuk dicadangkan menjadi Presiden Hakim Mahkamah Rayuan. Mahathir dengan tegas menyatakan bahawa dalam membuat penilaian terhadap pelantikan hakim-hakim kanan, beliau ada mendapat pandangan dari pelbagai pihak. Ini termasuk orang yang berpengetahuan undang-undang, pegawai kerajaan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain mendengar pandangan daripada khalayak yang datang dalam program-program sosial, katanya.
Begitupun beliau menyatakan, keputusan akhir untuk pelantikan hakim-hakim tetap akan dibuatnya sendiri. Beliau juga mengakui ada menerima memorandum dan surat dari pelbagai pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, namun tidak mengesahkan kandungan memo dan tidak ingat tarikh memo diterima. "Mungkin ada surat dari Tun Eusoff Chin, walaupun saya tidak ingat," katanya.
Sementara semasa ditanya oleh salah seorang peguam mengenai hubungkaitnya dengan peguam terkemuka, Dato' VK Lingam, Mahathir mengakui hubungan dengan peguam itu sebagai anak guaman. Beliau mengenali Lingam sebagai seorang peguam yang bagus yang mengendalikan beberapa kes ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri. Beliau seterusnya mengakui ada mengambil khidmat Lingam dalam kes saman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadapnya beberapa tahun lalu. Mahathir yang menjawab soalan-soalan berdasarkan beberapa dokumen mengenai surat-surat cadangan antara beliau dan Dzaidin dengan kaitannya berdasarkan rakaman perbualan Lingam beberapa kali menyatakan "saya tidak ingat" .
Mahathir seterusnya ditanya mengenai satu pertemuan yang turut dihadiri oleh ahli perniagaan, Vincent Tan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor (kini Menteri Pelancongan) dan pada tahun 2001 di sebuah hotel di Lembah Klang, Mahathir mengakui kenal dengan Vincent Tan dan mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan itu. Menjawab soalan peguam Anwar, Mahathir berkata, terlalu banyak pertemuan dengan banyak pihak diadakan namun beliau tidak ingat tentang pertemuan yang diperkatakan itu. Beliau juga ditanya mengenai sebarang kemungkinan ada pihak yang ada 'akses' untuk melihat surat-surat rahsia mengenai pelantikan hakim-hakim. Mahathir hanya menyatakan ada pihak termasuk jurutaip, pegawai yang berkenaan dan menteri yang ada kena-mengena dengan urusan itu sahaja yang mungkin boleh melihat. Prosiding ke atas Mahathir berakhir pada jam 11.25 pagi tadi selepas beberapa peguam termasuk Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hassan mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri itu. Semalam suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal kehakiman 'Pita Lingam' diberitahu mengenai pertukaran surat antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, telah diminta memberi keterangan saksi untuk menyahihkan surat-surat tersebut di hadapan lima pesuruhjaya siasatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Dalam satu surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan lima calon untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kepada bekas Perdana Menteri. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bersidang bagi hari yang keempat hari ini menghentikan prosiding selepas Mahatahir tamat memberi keterangan pagi tadi. Siasatan akan bermula semula jam 2.30 petang ini di hadapan lima pesuruhjaya yang mengendalikan siasatan itu, antaranya Tan Sri Haidar Mohamad Noor; Prof Emeritus Khoo Kay Kim; Zaiton Zawiyah Puteh, Dato' Mahadev Shankar dan Tan Sri Steve Shim
Baling Batu Sembunyi Tangan ler ..
Beliau juga dihadapkan dengan pelbagai soalan yang menjurus kepada kaitan antara Lingam, Tan Sri Vincent Tan dan Tengku Adnan yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang). Beliau mengaku ada menerima pandangan mengenai pelantikan hakim-hakim daripada pihak-pihak tertentu termasuk dari kalangan sosialnya, namun konsisten dengan jawapan bahawa beliau membuat sendiri keputusan akhir. Beliau juga ditanya mengenai sebarang kemungkinan ada pihak yang ada 'akses' untuk melihat surat-surat rahsia mengenai pelantikan hakim-hakim. Mahathir hanya menyatakan ada pihak termasuk jurutaip, pegawai yang berkenaan dan menteri yang ada kena-mengena dengan urusan itu sahaja yang mungkin boleh melihat. Prosiding ke atas Mahathir berakhir pada jam 11.25 pagi tadi selepas beberapa peguam termasuk Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hassan mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri itu. Semalam Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal kehakiman 'Pita Lingam' diberitahu mengenai pertukaran surat antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, telah diminta memberi keterangan saksi untuk menyahihkan surat-surat tersebut di hadapan lima pesuruhjaya siasatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Dalam satu surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan lima calon untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kepada bekas Perdana Menteri. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bersidang bagi hari yang keempat hari ini menghentikan prosiding selepas Mahatahir tamat memberi keterangan pagi tadi.Menjelang pilihan raya, caca marba Umno dan peluang BA di Pulau Pinang. DiMelaka ???
Selain minat Dato' Jalil ada satu lagi nama yang bakal dilonjakkan di Dun ini bagi menyaingi kedudukan Arif Shah ialah seorang tokoh peniaga, Dato' Nasir Abdullah yang baru dianugerahkan pangkat 'Dato' hasil pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perbincangan dalaman Umno. Namun begitu, tokoh muda ini kurang berminat bertanding dalam masa terdekat sebaliknya mempunyai agenda lain untuk menguatkan kedudukan dalam arena politik terutamanya di bahagian serta memperkukuhkan perniagaanya. Kemungkinan besar beliau berhasrat bertanding dua jawatan utama di peringkat bahagian terlebih dahulu sama Ketua yang dikuasai oleh Dato' Jalil atau timbalan oleh Dato' Firdaus Ismail. Beliau kini menjawat jawatan Naib Ketua Bahagian. Desas-desus mengatakan Dato' Jalil mempunyai peluang 80 peratus jika tokoh muda yang bakal ditonjolkan itu menunjukan kurang minat terhadap tawaran yang diberikan. Bila Dato' Jalil berpindah ke Dun Seberang Jaya maka di Dun Penanti pastinya menjadi milik peguam muda, Saudara Rohaizat jika beliau menang. Kini, menjadi tugasnya mempersiapkan jentera kerana Umno agak malap di Dun ini ekoran pertembungan kuat dengan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) yang banyak menubuhkan cawangan baru. Malah, Dun ini pernah dimenangi KeADILan menerusi calonnya, Haji Abdul Rahman Abdul Kadir dalam pilihan raya umum ke-10 dulu.
Bagi merancang penonjolannya, beliau lazimnya akan bertindak sebagai Pengerusi majlis ceramah penerangan Umno dan terbaru menjadi salah seorang pengelola rombongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ke Serdang, Selangor.
Di Permatang Pasir pula hasrat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon boleh dikatakan 'karam' ekoran tindak tanduknya yang tidak bermoral.
Justeru itu, Umno cuba ketengahkan seorang guru yang kini berkhidmat dengan Kemas, Cikgu Sahar. Kedudukan itu bertambah kukuh ekoran beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ketua Umno Bahagian. Namun Umno terpaksa berkerja keras kerana di sini adalah 'kubu PAS' sejak pilihan raya tahun 1999. Kedudukan PAS di sini boleh dianggap kuat kerana projek seperti pembinaan rumah yang ditimpa musibah dilaksanakan seperti biasa, bantuan banjir dihulurkan, wang zakat setiap kali bulan Ramadan turun dibantu serta keakraban Adunnya, Mohd Hamdan Abdul Rahman yang sanggup berbasikal mengeliling beberapa kampung meninjau masalah serta menyumbangkan bantuan jika perlu. Melihatkan senario ini Umno agak pening kepala kerana ramai orang muda lebih mirip kepada pembangkang berbanding Barisan Nasional (BN) walaupun Umno cuba menganjurkan beberapa program berbentuk sukan di padang bola di Kampung Kota. Tambahan lagi, Umno sudah kehilangan perangcang utama apabila, Setiausaha Umno Bahagian yang tinggal di Kampung Kota, Cikgu Yahya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu. Allahyarham bukan sahaja menjadi perancang untuk mendapat semula Permatang Pasir kepada Umno bahkan Permatang Pauh yang dikuasai Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak pilihan raya umum ke-10 lalu.
Ada juga desas mengatakan Dato' Firdaus akan disisihkan dengan memanggil nama Menteri Kewangan Kedua, Dato' Nor Mohamad bertanding di Permatang Pauh. Fenomena itu ketara apabila adanya pertemuan sulit yang diatur oleh sekumpulan ahli Umno di bahagian itu. Sebelum ini, Dato' Nor Mohamad dikhabarkan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor yang selama ini menjadi milik Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Sharif Haji Omar. Tidak mustahil nama Dato' Nor Mohamad akan terukir diposter pilihan raya umum Parlimen Permatang Pauh kerana beliau adalah orang 'kesayangan' Perdana Menteri dan secara langsung mematikan pengaruh bekas Imam Besar Masjid Negara itu. Seandainya, kejadian ini terjadi di manakah Dato' Firdaus akan bertanding?. Tentu ramai pihak akan tertanya-tanya tetapi itu tidak menjadi persoalan kerana beliau merupakan orang kuat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Seri Hisyamudin Husein. Di mana sahaja namanya akan disenaraikan untuk membendung pengaruh PAS atau KeADILan. Namun begitu, bagaimanakah persiapan Barisan Alternatif (BA) terutamanya di Pulau Mutiara ini? Adakah sudah mencapai 80 peratus atau sekadar 50 peratus. Tentu kepimpinan BA Pulau Pinang lebih maklum untuk mengalahkan BN bukan kerja senang melainkan wujud kebangkitan rakyat dan usaha memerangi pengaruh dengan culaan yang tepat bukanya 'culaan di atas katil'
PAS sokong saranan Mahathir tolak pemimpin tiada etika, guna keganasan
Beliau turut merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini yang dilihat memberi 'amaran' dan menakutkan kepada rakyat supaya tidak menggadaikan negara. Mahfuz juga menjelaskan bagaimana kerajaan menggula-gulakan rakyat untuk menyalurkan dana sejumlah RM3 bilion dalam bidang pendidikan sedangkan masalah sistem pendidikan dan yuran tambahan baru-baru ini masih tidak dapat diselesaikan dengan baik malah menimbulkan rasa tidak senang ibu bapa. "Umno guna cara ini untuk beli undi. Jelas inilah pemimpin yang tidak beretika dan mesti ditolak sepenuhnya seperti disyorkan Mahathir," katanya.Mahathir katanya turut menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, yang wajar dijadikan sandaran oleh seluruh rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin yang baik khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang. Antara kualiti yang dimaksudkan Mahathir ialah seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar di samping tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. "Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain. "Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya," kata Mahathir di persidangan mahasiswa baru-baru ini di Putrajaya. Mahfuz berpendapat saranan bekas Perdana Mneteri itu adalah isyarat yang yang jelas supaya rakyat terus menolak kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan barisan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang senantiasa menunjukkan sikap tidak beretika dalam menangani isu-isu semasa seperti ekonomi, perkauman dan melakukan pelbagai penyelewengan terhadap rakyat dan negara. "Umno kini dilihat tersepit, cuba menekan rakyat dengan menggunakan pelbagai elemen ugut tetapi era kini rakyat semakin sedar dan pasti akan menolak sama sekali budaya takut yang dicanangkan mereka," katanya.
Abdullah tidak layak cakap soal kebebasan media
IPTA diperalat ???
Arahan tersebut adalah khusus dalam situasi menjelang pilihan raya tidak lama lagi serta lambakan isu yang tidak memihak kepada Umno-BN yang memungkinkan sokongan terhadap parti politik pemerintah itu akan beralih arah. Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UKM Prof Dr Abdul Wahid Samsudin yang sepatutnya telah menamatkan perkhidmatan beliau telah disambung kontraknya meskipun beliau telah mencapai usia bersara wajib iaitu 56 tahun. Berdasarkan sumber yang diterima, ia adalah bertujuan bagi memastikan Abdul Wahid terus berperanan bagi memantau perkembangan politik dalam kampus tersebut di samping mengukuhkan pengaruh Umno-BN pada pilihan raya akan datang. "Ia juga pada masa sama bertujuan untuk mengelakkan pengaruh parti pembangkang daripada menyusup masuk ke dalam kampus terbabit sama ada daripada pihak mahasiswa mahupun kakitangan universiti tersebut," jelasnya lagi.Ini kerana ada sesetengah pihak menganggap bahawa Abdul Wahid merupakan agen utama Umno-BN yang bertanggungjawab mencaturkan politik kampus UKM bagi mengikis semua unsur pembangkang daripada bertapak di universiti itu. Ia termasuklah melaksanakan pelbagai arahan yang berbau politik dalam mengendalikan perjalanan dan mengurus tadbir UKM
BN... Tradisi membazirkan wang rakyat
16 Januari 2008
PM MAIN TEKA TEKI
MADRID 15 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12 yang diramalkan banyak pihak akan diadakan pada bulan Mac depan.Beliau berkata, pilihan raya umum boleh diadakan antara sekarang hingga bulan Mac depan atau antara sekarang hingga sebelum Mac 2009.Menurut Abdullah, pada bulan Mac ini beliau akan menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Senegal, Afrika.Sidang kemuncak OIC di Senegal akan diadakan pada 8 hingga 14 Mac ini. Katanya, beliau perlu menghadiri sidang kemuncak itu bagi menyerahkan mandat yang dipegangnya selaku Pengerusi OIC sejak sidang kemuncak pertubuhan itu di Malaysia pada Oktober 2003. ‘‘Pada sidang kemuncak itu nanti, saya akan menyerahkan jawatan yang saya sandang... takkan saya tidak hadir pula,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri sidang kemuncak OIC itu ketika banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Mac.Bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, Abdullah memberitahu, sehingga kini beliau masih ‘‘belum membuat apa-apa lagi’’ untuk mengadakan pilihan raya umum ke-12.Ditanya lagi sama ada pilihan raya itu akan diadakan sebelum atau selepas Mac kerana beliau terpaksa menghadiri sidang kemuncak OIC itu, Perdana Menteri menjelaskan:‘‘Biasanya setahun sebelum mandat yang diperoleh daripada rakyat pada pilihan raya yang lalu berakhir, kita akan membuat persiapan. Inilah yang kerajaan lakukan sebelum ini dan proses yang sama diteruskan.‘‘Oleh itu ia (pilihan raya umum) boleh diadakan antara sekarang atau bulan depan atau antara sekarang hingga sebelum Mac 2009. Seronok pula bila dapat tahu semua orang dah tidak sabar ... nak sangat pilihan raya.”Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, Abdullah memimpin Barisan Nasional (BN) memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen dengan undi popular sebanyak 63.9 peratus.Perdana Menteri berada di sini bagi menghadiri Forum Tahunan Pertama Perikatan Ketamadunan yang diadakan bagi merapatkan jurang antara negara dan budaya di seluruh dunia dan membentuk perkongsian baru bagi menggalakkan persefahaman sejagat.Forum dua hari yang bermula hari ini dirasmikan oleh Presiden Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero. 