30 Januari 2008

Jenazah Loloq dibawa ke Masjid Sungai Boluh

KL: Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi. Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi. Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi. "Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau turut berada di sisi Allahyarham" kata HattanRamli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak, boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis terkenal tanah air.Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).Antara hasil nukilan terbarunya adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan hebat beliau yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid. Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya

Tak malukah minta mandat lagi?

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi sekali lagi dibelasah oleh orang yang mengangkatnya ke jawatan itu. Semakin jelas isyarat yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada para pengundi dalam pilihan raya akan datang. Ketika ditanya adakah Abdullah patut berhenti dari menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata: "Terpulang kepadanya untuk menentukan". Ayat negatif tersebut dengan jelas memberikan isyarat bahawa Abdullah sepatutnya berhenti. Jika tidak, tentulah Dr Mahathir menyatakan Abdullah patut meneruskan apa yang beliau rancang atau memberikan apa jua jawapan yang positif. Malah, beliau dilihat memberi isyarat kepada rakyat supaya membuang Abdullah apabila menyatakan: "Jika rakyat merasa pentadbiran beliau tidak memberi manfaat kepada mereka, mereka hendaklah membuat keputusan". Lebih jelas lagi apabila Dr Mahathir meminta para pengundi supaya membuang "deadwoods" (orang-orang yang tak berguna) di dalam Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Tidak diketahui sebesar manakah jumlah rakyat yang menyifatkan Abdullah sebagai "deadwood". Dr Mahathir juga mengulangi penegasannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan beberapa polisi Abdullah yang menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura". Mengenai sikap negara ini dalam hal-ehwal antarabangsa, Dr Mahathir menyifatkan Malaysia "tidak lagi sebebas dahulu". Dr Mahathir, yang bimbang rasuah akan bermaharajalela dalam pilihan raya akan datang untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional, juga mengingatkan rakyat bahawa Perdana Menteri "membazirkan wang rakyat" dan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk".
Persoalannya, adakah rakyat negara ini masih merasa selamat mempunyai seorang Perdana Menteri yang "membazirkan wang rakyat" dan mengakibatkan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk"? Tidakkah rakyat merasa keselamatan negara ini terancam apabila orang yang mengangkat Perdana Menteri ke jawatannya kini menegaskan bahawa penggantinya itu menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura"? Adakah rakyat mudah lupa bahawa Dr Mahathir pernah menyifatkan Abdullah menggadaikan maruah negara dan suka berbohong manakala negara dijadikannya tidak mempunyai kejantanan (half-past-six country which has no guts)? "Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur, lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan. Persoalannya, adakah Abdullah tidak merasa malu sedikitpun dengan segala kecaman Dr Mahathir? Adakah Abdullah langsung tidak mempunyai maruah dan terus buat-buat tak tahu? Sedangkan, Dr Mahathir bukan sahaja menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya malah secara terbuka menyatakan beliau mahu membetulkan kesilapannya melantik Abdullah.
Abdullah boleh mendakwa beliau mendapat mandat sebesar mana sekalipun. Tetapi, berapa sangat nilai mandat itu apabila orang yang mengangkatnya ke jawatannya itu berulang kali menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah dan terus menggambarkan Abdullah tidak layak menjadi Perdana Menteri. Di mana air muka dan harga diri Abdullah apabila ia sekali lagi meminta mandat untuk memerintah sedangkan ia tidak pernah berjaya membuktikan bahawa beliau layak meminta mandat sekali lagi untuk memimpin negara ini? Abdullah langsung tidak membuktikan bahawa beliau bukanlah kaki tidur yang lembab dan tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan. Abdullah tidak pernah dilihat berjaya menafikan tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau menggadaikan maruah negara, membazirkan wang rakyat, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan. Adakah Abdullah tidak sedar bahawa mengaku diri tidak layak dan berundur adalah lebih mulia dan bermaruah dari terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri. Lebih dari itu, di manakah maruah ahli-ahli Umno yang membiarkan Abdullah terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri?

Himpunan Rakyat 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat Melaka


MELAKA, 30 Jan (Hrkh) - Orang ramai dijemput hadir ke himpunan rakyat bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bertemakan 'Gelombang Kuning Semarak Hijau' peringkat negeri Melaka bagi mendengar sendiri pendirian PAS terhadap isu-isu besar yang melanda negara mutakhir ini. Program jelajah Presiden ini akan berlangsung pada 2 Feb 2008 bertempat di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 2.00 petang. Rombongan Presiden turut diiringi Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.

Aturcara sepanjang 2 Februari

Jam 2.00 petang - 5.00 petang: Himpunan Rakyat bersama Presiden
Jam 5.15 petang - 7.15 petang: Ramah Mesra dan Dialog Presiden bersama NGO dan
bukan Islam di Hotel King, Lebuh Ayer Keroh
(Depan Hospital Pantai).
Jam 9.00 malam - 12.00 malam: Ceramah di Markaz PAS Bukit Tambun, Durian Tunggal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-682 1318 (Sofi) atau 019-6675521 (Harun).

29 Januari 2008

Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang

IPOH, 29 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kini mula 'kepanasan' dalam menghadapi tawaran yang diberikan parti pembangkang khususnya PAS yang membawa slogan 'Negara Kebajikan', menyebabkan Timbalan Presiden Umno itu menjejajah ke seluruh negara dan menyifatkan tawaran tersebut 'tidak berpijak di bumi nyata'. "Najib boleh kata apa yang dia hendak kata, bagi Umno apa yang PAS buat semua tidak betul, sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno kian resah dan gelisah dengan tawaran yang dikemukakan oleh PAS bersama parti-parti pembangkang, tawaran menarik itu telah mencemaskan mereka kerana itulah Najib menyifatkan tawaran dari PAS itu tidak berpijak di bumi nyata." Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini ahad lalu. "PAS tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah dipraktikkan lama di Kelantan, PAS bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang Umno lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata," ujar beliau. Pemimpin-pemimpinUmno/BN sebenarnya 'terpukul' dengan kesediaan parti-parti pembangjkang untuk menurunkan harga minyak apabila berkuasa memerintah negara ini malah Umno merasakan tawaran itu satu `pukulan maut’ kepada BN.
"Oleh kerana itulah pemimpin-pemimpin BN akan cuba seberapa daya untuk meracuni fikiran rakyat dengan menyatakan tawaran yang dikemukakan oleh PAS dan parti-parti pembangkang sebagai tidak logik dan tidak berpijak di bumi nyata," katanya. Kenaikan harga berangan-barangan serta kenaikan harga petrol menyebabkan rakyat bangun untuk bertindak menukarkan kerajaan yang sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan baru yang barisi parti-parti pembangkang selepas pilihan raya ke 12 yang kian hampir, kayanya. Menurut beliau lagi tawaran-tawaran yang dikemukakan parti pembangkang kali ini benar-benar menarik hati rakyat terutama hendak menurunkan harga petrol, pengajian percuma, pemberian biasiswa, sedangkan BN hampir pasti tidak akan menurunkan harga minyak. "Jika BN menang lagi, semua barang akan naik, harga minyak tentunya dinaikkan lagi, kini rakyat sudah tahu helah BN, mereka tidak mahu terperangkap lagi," ujar beliau. Beliau yakin menjelang tarikh pilihanraya umum, pemimpin-pemimpin Umno/BN bukan sahaja `kepanasan’ tetapi tidur mereka juga tidak lena kerana diganggu oleh `mimpi ngeri’ kekalahan BN di tangan parti-parti pembangkang

36 tahanan bebas, ikat jamin RM1000

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Seramai 36 tahanan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram telah dibebaskan jam 7.10 petang tadi dengan ikat jamin RM1000 seorang dan masing-masing dengan seorang penjamin. Hakim, Mohamad Sakeri Mamat telah membacakan keputusan di Majisteret Jenayah 5 dengan syarat tambahan bahawa semua tertuduh tidak boleh menyertai sebarang perhimpunan haram. Bagaimanapun, beliau berkata, Peguam boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan kes mereka akan didengar pada 16 Jun. Sementara itu, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas tuduhan menganggu tugas anggota polis, Chief Inspektor, Apandi Abdul Rahman. Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain. Mereka yang dibebaskan dengan ikat jamin terdiri daripada 10 orang wanita dan 26 lelaki. Antaranya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Muslimat PAS Pusat, Aiman Atirah al-Jundi; Mohd Zaid Mohd Ibrahim;Mohd Azmi Zamrus;Fadzil Osman; Solahudin Al-Ayubi Yahya; Izamudin Ludin; Marzuki Abdullah; Maisuhara Basarudin; Noraziati Ashari dan Nasita Mohd Noor. Selain itu 12 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) antaranya Presiden Penaja PSM, Dr Nasir Hashim; Setiausahanya, Aruchelvan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) seramai 11 orang.

28 Januari 2008

Khurafat Si Najib

ALOR STAR 27 Jan. - Kerancakan ekonomi dan kemajuan sesebuah negeri hanya dapat berkembang dengan baik jika negeri itu dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Katanya, rakyat harus sedar bahawa pembangkang tidak berkeupayaan untuk memajukan negeri dan perkara itu terbukti apabila negeri yang berada dalam pemerintahan parti pembangkang didapati hanya mengharapkan bantuan kerajaan pusat.Berucap pada majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Cina di sini beliau berkata, sebagai contohnya, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah selama 10 tahun, akhirnya parti itu terpaksa akur dan menyertai BN setelah gagal memajukan ekonomi negeri."Kerajaan Negeri Kelantan juga hanya mengharapkan suntikan daripada BN dan disebabkan itulah ada sedikit perubahan (di Kelantan) dan jika kita perintah Kelantan akan menjadi lebih hebat," katanya.PembangunanKatanya begitu juga dengan Terengganu yang mengalami masalah ekonomi setelah diperintah oleh Pas selama empat tahun sebelum BN mengambil alih semula pemerintahan negeri.Najib berkata, perbezaan kepimpinan BN dengan parti pembangkang jelas terbukti apabila pembangunan di Terengganu kini mulai rancak, dan menurutnya kerajaan BN sentiasa mementingkan kesejahteraan hidup semua kaum dan bersedia menimbangkan tuntutan rakyat.Beliau berkata, program Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memberi faedah kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, oleh itu setiap kaum perlu terus memberi sokongan padu kepada BN demi masa depan negara dan juga kesejahteraan mereka.Timbalan Perdana Menteri kemudiannya berkata, program lawatan kerjanya di Kedah terpaksa disingkatkan kerana beliau perlu berlepas ke pulang ke ibu negara malam ini."Saya minta maaf kerana terpaksa bergegas pulang sebab saya terpaksa bertolak awal pagi ke Solo, Indonesia bagi mewakili negara menziarahi jenazah dan menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Pak Harto (Suharto) pagi esok," katanya

Aww Datang Bikin Sibuk


BUKIT MERTAJAM 27 Jan. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dilantik secara rasmi sebagai penyelaras jentera UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, pelantikan tersebut diluluskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan persetujuan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau berkata, pelantikan Hishammuddin itu dilihat sebagai strategi penting bagi memberi tumpuan khusus kepada matlamat UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR)."Beliau (Hishammuddin) berjanji kepada Perdana Menteri untuk menjadi 'bapa angkat Permatang Pauh' dan menyatakan komitmen 100 peratus memastikan Permatang Pauh kembali kepada UMNO."Ini penghormatan besar kepada jentera UMNO di Permatang Pauh selain membuktikan kesungguhan pucuk pimpinan parti untuk mengakhiri penguasaan PKR di kubu kuat mereka di sini," katanya.Khairy berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ahli-ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.Khairy berkata, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dijangka mengadakan kunjungan ke beberapa kawasan sekitar Parlimen Permatang Pauh sempena lawatan rasminya ke Pulau Pinang pada 6 Februari ini.Beliau berkata, sentimen reformasi yang menjadi modal politik PKR pada pilihan raya 1999 dan 2004 sudah tidak relevan dan pengundi mampu menilai kemampuan kerajaan BN dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Menurutnya, hubungan yang semakin erat di kalangan ahli-ahli UMNO di Permatang Pauh akan menjadi kunci utama kepada kejayaan parti untuk mengakhiri penguasaan PKR di kawasan Parlimen tersebut sejak pilihan raya umum 1999.

27 Januari 2008

Pantun Buat Pak Lah

Dengarlah ini satu cerita,
Panjang juga nak di berita,
Mungkin marah empunya setia,
Takut nanti dapat derita.

Ini kisah seorang memanda,
Dirinya sangat tak suka membaca,
Masaalah dia suka terlena,
Sebelah Raja pun dia tak kira.

Padahnya memanda tak suka membaca,
Tak boleh selesai masaalah kritikal,
Sign surat tanpa baca,
Surat di sign bagi sedaranya kaya.

Kerana ilmunya kurang di dada,
Terpaksa bergantung kepada keluarga,
Menantu dan anak menepuk dada,
Pentingkan diri daripada Negara.

Oleh kerana keluarga sangat dipercaya,
Mereka sahaja penasihat memanda,
Urusan kerajaan, urusan Negara,
Semuanya dah jadi urusan keluaga.

Penasihat keluarga sudah ada,
Penasihat yang lain tak ada harga,
Kerana penasihat keluarga tak pandai Agama,
Islam Hadari sahaja memanda punya.

Penasihat Rasmi semuanya ditimbang tara ,
Penasihat tak rasmi bermaharaja lela,
Accountability langsung tak diambil kira,
Kepentingan kroni dan keluarga berjela jela.

Bila di tanya, jawapannya “Tak Tahu apa,”
Bila di tanya, jawapannya “Tidak Pasti bila”
Bila di tanya, jawapannya “Tidak sedar juga”
Sungguh heran orang yang bertanya,
"mengapakah memanda kita bergini rupa?"

Memanda tak tahu cara hendak merencana,
Kerah menteri jangan banyak bertanya
Jentera kerajaan diberi penuh budi cara.
Delegatos non protes delegare tak diambil kira.

Para menteri seronok belaka,
Buat saja apa suka,
Sebab memanda sangat terbuka
,Segala keputusan menteri yang duga.

Ada seorang menteri seperti nenek tua,
Kuasa AP di tangannya jua,
Hanya diberi kepada kroni berdua,
Kereta Nasional menjadi cacat dan luka.

Al kisah pula dengan ECM Libra,
Menjual hospital kepada Singapura,
Terkejut beruk rakyat semua,
Hospital kita di miliki Singapura.

Bodohnya memanda membuat kira,
Khazanah Nasional juga digunakannya,
Beli balik dari singapura dua kali ganda,
100 juta wang rakyat habis di guna.

Kerana mengikut penasihat tak berguna,
GLC pun tak boleh di kawalnya,
Wakil kerajaan dibuang semuanya,
Di gantipula dengan korporat kroninya.

Rakyat masih tertanya tanya apa agendanya,
Memberi kroni menguasi semua,
Tapi Risiko dan tanggungan rakyat punya,
Peliknya Kroni juga yang jadi kaya.

TNB kerugian 200 juta,
Menteri Tenaga memanda diam aja,
CEOnya kata 200 juta bukannya derita
Katanya lagi TNB sangatlah berada

Khazanah Nasional menjalankan berniaga,
Pengarah Pelaburannya dari Singapura,
Rakyat sendiri tidak berharga
Itulah sebab harta rakyat semua ke Singapura.

Memanda kata nak bangunkan Melayu
perkasaCEO Proton dibunuh dan dimusuhkan saja,
Pengarah Pelaburan Singapura di puja puja,
Apa dah jadi dengan Melayu Perkasa?

Memanda mengajak Jepun sama berniaga.
Jepun hantar keretanya kenegara,
Malaysia hantar sayur kangkung nya kesana
Ini lah cara memanda berniaga

MCA minta sekolah cina,
KJ kata mana boleh bicara,
Memanda dengar dan mengiyakan KJ kataMCA kata in dasar Negara,
Memanda flip flop kerana tak paham benda.

Memanda dengar perempua di dera,
Memada arah menteri kenegara Cina
Setelah rayuan maaf dibuat beriya
Malu tak terkira kerana perempuan di dera bukannya Cina

Tabiat memanda suka Flip Flop dan YoYo,
Mulanya sokong bina jambatan di selat Johor
Tak kira bengkok, lurus ataupun herot,
asalkan baik untuk Johor,Lepas di sogok,
tak jadi buat dan tipu rakyat johor.

Memanda tua berasa amat dukacita,
Kerana memanda membatal apa yang dicita,
DYMM Sultan juga menjadi murka
Titah supaya tambak yang ada diroboh saja.

Memanda dulunya di anggap lurus dan setia,
Katanya Scomi tak disogok begitu rupa
Rakyat jelata dikaburi mata
Scomi siberi kontrak merata-rata.

Memanda di kata kuat beragama
ISA juga yang dia guna
Kalau ada yang nak berlaga
Tak kira haram, ISA juga dia guna

Scomi tidak dilihat membuat angkara
Scomi yang salah orang lain yang kena
Serupa juga skandal minyak yang memanda guna
Sembah Bush asalkan telepas dimarahi satu dunia

Banyak lagi cerita memanda kita
Malas juga nak cerita
Kalau rakyat nak tahu juga
Baca sajalah 70 dalil yang boleh di download secara percuma.

Cerita ini tak habis lagi
Belumlagi kisah anak bini
Setelah baca dengan teliti
Perlukah kita cari ganti?

Tunggu lagi satu cerita
Kali ni pasal memanda muda
Suka tengok perempuan muda
Isteri tua dikatakan gila,
kawin pula janda tak berguna.

Malaysia tidak perlu pengiktirafan Pas ???

PUTRAJAYA 26 Jan. – Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman meminta rakyat supaya tidak menghiraukan dakwaan Pas kononnya Malaysia bukan sebuah negara Islam sebenar.Beliau berkata, pengiktirafan Pas tidak diperlukan kerana dunia sudah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan dinamik. ‘‘Itu lebih penting (pengiktirafan negara luar). Jika mereka (negara luar) sudah mengiktiraf dan mencontohi negara kita, itu adalah bukti kukuh bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
‘‘Di sini tidak ada kekacauan dan kecelaruan tentang Islam berdasarkan kemajuan ekonomi, politik serta pengurusan pentadbiran,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Pas yang terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih simpati rakyat, selain cuba menunjukkan kegagalan pimpinan Barisan Nasional (BN).Ini termasuklah isu hukum hudud yang cuba diperjuangkan oleh parti pembangkang itu.Abdul Hamid menjelaskan, penilaian sama ada negara ini mengamalkan Islam sepenuhnya ataupun sebaliknya tidak wajar dilihat daripada satu isu sahaja.Sebagai contoh katanya, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia bukan tuntutan fardu ain. Beliau menambah, pemimpin negara sudah menggunakan konsep Islam dalam pemerintahannya seperti pada zaman Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menggunakan isu pendidikan dalam perjuangannya.‘‘Ini dapat kita lihat menerusi wahyu Allah yang pertama dengan suruhan Iqra (bacalah) iaitu merujuk kepada kepentingan mencari ilmu pengetahuan dalam kehidupan.‘‘Usaha kerajaan sekarang ini juga adalah kehendak agama menerusi demokrasi pendidikan dan kesihatan, di mana kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial itu,” ujarnya.Selain itu jelasnya, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sudah cukup membuktikan kejayaan konsep pentadbiran Islam yang diamalkan oleh kerajaan sedia ada.‘‘Kalau kita lihat negara Islam lain, walaupun negara mereka sebuah negara Islam tetapi rakyatnya tidak bersatu-padu malah mengalami krisis ekonomi dan politik yang kuat.‘‘Jika pihak pembangkang mahu mewujudkan sebuah kerajaan lain yang berkonsepkan ‘negara kebajikan’ , seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang,” katanya.

Jentera BN sedia gempur?? PAS MELAKA sedia Tempur

NAJIB Tun Razak mendengar taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Zulhasnan Rafique (kiri).KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara telah bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau juga berpuas hati dengan persediaan-persediaan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan BN negeri-negeri.‘‘Lawatan-lawatan dan pertemuan yang dibuat oleh saya di seluruh negara mendapati semua jentera pilihan raya BN telah menyediakan semua peralatan, infrastruktur serta anggota-anggota parti juga telah menjalani kursus yang perlu untuk berhadapan dengan pilihan raya,’’ katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Wilayah Persekutuan di Dataran BN Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju di sini hari ini.Turut hadir ialah Pengerusi BN Wilayah Persekutuan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Najib memberitahu, beliau juga telah mengarahkan supaya jentera pilihan raya BN memperkemaskan beberapa persediaan yang didapati masih lagi kurang.‘‘Saya juga telah meminta semua anggota-anggota jentera pilihan raya BN agar mempertahankan semangat dan keazaman untuk memastikan parti menang pada pilihan raya umum akan datang,’’ katanya.Ditanya mengenai persediaan parti-parti komponen BN lain, beliau memberitahu, arahan telah dikeluarkan agar mereka membuat persediaan yang sepatutnya.‘‘Saya telah meminta parti-parti komponen BN melakukan persiapan masing-masing dan berharap jentera pilihan raya mereka dipertingkatkan.‘‘Anggota-anggota jentera pilihan raya terutama di peti-peti undi telah diminta bergerak terutama dalam membuat tinjauan pengundi,’’ katanya.Mengenai BN Wilayah Persekutuan, Najib memberitahu, misi mereka ialah untuk mempertahankan sembilan kerusi Parlimen yang dimenangi.Katanya, beliau juga telah meminta BN Wilayah Persekutuan berazam untuk menawan empat kerusi yang dimenangi oleh pembangkang terutama kawasan yang undi majoritinya adalah kecil.Najib memberitahu, kerusi-kerusi Parlimen yang perlu dirampas oleh BN Wilayah Persekutuan ialah Kepong, Cheras, Seputeh dan Bukit Bintang yang memperlihatkan undi majoriti pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 adalah kecil.

Ketua Muslimat PAS bebas jam 1 pagi, 47 masih ditahan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh adalah antara 11 individu awal yang dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain masih lagi dalam tahanan. Turut dibebaskan bersama Ustazah Nuridah ialah suami beliau Mohd Azmi Azman dan mereka adalah antara 58 orang yang ditahan semalam atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini. Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun. Demikian menurut Ustazah Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengetahui perkembangan terkini kesemua tahanan terbabit. "Saya dan suami dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Bagi saya penangkapan semalam adalah salah kerana saya tidak berhimpun sama sekali malah saya sedang membantu seorang wanita berketurunan India yang cedera akibat dikasari polis. "Apabila polis arahkan bersurai, saya patuh tetapi mereka mengekori dan mengepung saya seterusnya menangkap saya dan lain-lain," katanya yang sedang bersiap untuk ke IPKKL tengah hari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sementera itu, Nuridah turut menjelaskan kepada Harakahdaily, bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti nama 9 individu yang dibebaskan pagi tadi namun menyatakan tujuh daripadanya berketurunan India mankala dua lagi berbangsa Cina. "Ada yang ditangkap sekitar Wisma Central Jalan Ampang, dan bukannya di lokasi himpunan sepatutnya diadakan malah turut ditangkap individu yang memakai baju warna kuning," katanya. "Nampaknya kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang mahu memprotes kenaikan harga minyak dan barang yang 'menindas' hidup mereka. Oleh itu mereka melakukan pelbagai halangan untuk menyekat daripada mendengar suara hati rakyat," katanya. Beliau dalam pada itu turut memberi semangat kepada semua pendokong, pejuang, aktivis dan pemimpin politik agar meneruskan perjuangan membela nasib hidup rakyat di samping mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh BN tanpa rasa gentar. "Jangat takut. Ini adalah lumrah perjuangan, pasti ada pelbagai halangan dan insya-Allah kita akan berjaya," katanya mengakhiri perbualan telefon sebentar tadi

PAS selar tindakan polis menangkap rakyat demo Protes di KLCC

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - PAS menyelar dan membantah tindakan polis menangkap rakyat yang menyertai perhimpunan aman Protes bagi membantah kenaikan harga barang di KLCC petang semalam.Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa tangkapan tersebut sekali menggambarkan rakyat diperlakukan dengan cara tidak demokratik oleh kerajaan dengan menggunakan kuasa polis. "PAS membantah tangkapan tersebut dan meminta mereka segera dibebaskan," katanya semasa di hubungi di Tawau, Sabah. Malah katanya sekali lagi tangkapan tersebut membuktikan negara ini negara polis. "Saya dimaklum ada yang ditangkap di Stesen LRT Ampang Park sedangkan mereka tidak berhimpun pun," katanya. Dakwanya ini menunjukkan kebebasan dan pergerakan rakyat disekat sebegitu sekali. "Jika berada di Stesen LRT dan KLCC pun ditangkap ia merupakan satu tangkapan yang luar biasa. "Ini kerana sebagai rakyat Malaysia mereka bebas untuk bergerak dan tidak ada gunanya membina KLCC secantik begitu," bidasnya. Sementara itu lebih 50 orang termasuk beberapa pimpinan PAS, KeADILan dan Parti Sosialis Rakyat ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Kuala Lumpur petang tadi ekoran perhimpunan tersebut. Antara yang ditahan, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Nuridah Saleh, Dr Md Hatta Mohd Ramli dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua. Dalam pada Nasharudin berkata, beliau dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang serta Ustaz Misbahul Munir ke Sabah untuk program Jelajah Bersama Presiden PAS. "Bermula hari ini kami berada di Tawau dan esok ke Kota Kinabalu. "Di Tawau kami berceramah di Merotai dan sambutan rakyat Sabah amat menggalakkan," katanya yang berada di sana selama dua hari

PAS siap sedia perkasakan e-media bantu kempen pilihan raya

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Semua lapisan jentera penerangan parti disaran menerbitkan penerbitan masing-masing yang menjurus kepada maklumat tempatan menerusi media elektronik atau internet terutamanya berita-berita mengenai PAS dan negeri Kelantan.
Malah portal akhbar seperti Harakahdaily.net perlu diperluas kandungannya bagi menjadi alat kempen paling penting kepada PAS untuk dicetak dan diedarkan, kata Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat PAS Pusat (JITP), Zuhaimi Embong. Zuhaimi membentangkan kertas kerja bertajuk "Pemerkasaan e-media PAS ke arah pemantapan gerak kerja ICT untuk penerangan dan dakwah" pada Bengkel Pemerkasaan e-Media Untuk PRU-12 di Dewan Dato Fadzil Mohd Nor, Markaz Tarbiah PAS Pusat, pagi tadi. Bengkel sehari itu dihadiri wakil Lajnah ICT PAS dan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS peringkat pusat, negeri dan dewan-dewan.
Ia dirasmikan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS merangkap Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Zuhaimi yang juga Ketua ICT Lajnah Penerangan PAS Pusat menambah, ICT boleh membantu mencapai pemerkasaan kempen penerangan PAS pada kempen pilihan raya dengan memanfaatkan sepenuhnya media elektronik. "PAS sebenarnya telah melaksanakan beberapa pendekatan memanfaatkan teknologi ICT bagi mencapai kemajuan dalam pengurusan pilihan raya kita. "Tetapi JITP disaran mempertingkatkan lagi penguasaannya supaya kita dapat mendekatkan jurang dengan pihak lawan dalam konteks penyampaian maklumat secara pantas kepada ahli dan pengundi," ujarnya. Beliau menambah, terdapat cadangan supaya satu skuad pemantau e-media yang beroperasi 24 jam sehari bagi memantau dan menyebarkan maklumat pantas menggunakan konsep e-media. bengkel itu turut mendengar pembentangan isu-isu terpilih pilihan raya umum ke-12 yang disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Pada sebelah petangnya berlangsung sesi percambahan minda tentang pembentukan skuad siber dan penyediaan pelan induk integrasi e-media bersepadu PAS untuk pilihan raya umum ke-12, yang dimudahcarakan oleh Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Lajnah ICT PAS Pusat, Ahmad Jamal. Majlis perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Dato Takiyuddin Hassan

58 ditahan polis di perhimpunan aman Protes

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Seramai 58 orang ditahan termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua ekoran satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini, petang tadi.Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun. Daripada keseluruhan yang ditahan, sepuluh adalah wanita. Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur. Tangkapan bermula kira-kira jam 2.45 petang apabila enam orang ditahan di hadapan Suria KLCC biarpun belum berlaku perhimpunan. Enam orang yang ditahan ialah anggota Unit Amal Wangsa Maju. Sementara itu Dr Hatta, Tian Chua dan seorang peguam, Johnson Chong ditahan semasa mengada satu sidang media di sebuah restoran berhadapan Kedutaan Australia, Jalan Yap Kwan Seng, tidak berapa jauh dari bangunan KLCC. Semasa tangkapan tersebut Dr Hatta kelihatan terjatuh dari meja makan. Dalam pada itu, walaupun tiada perhimpunan di kawasan KLCC, ia dikawal rapi anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan Rela. Tangkapan berakhir kira-kira 4.30 petang tadi. Sementara itu Dr Hatta semasa mengadakan sidang media di restoran itu tidak dapat menyatakan sama ada perhimpunan itu berjaya ataupun tidak. Bagaimanapun katanya, melihat kepada situasi di sekitar KLCC ia menampak keadaan yang agak kecoh dan tidak teratur. "Bagaimanapun ia tidak membahayakan keselamatan orang ramai, sebenarnya Protes kecewa kerana pihak polis bertindak melampau; kami difaham kira-kira 1000 anggota polis ditugaskan hari ini dan ia menyebabkan suasana tidak selesa dan tanda tanya kepada orang ramai" katanya. Walhal beliau berkata perhimpunan yang dirancang itu akan berjalan dengan aman dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada orang awam. Malah dakwanya tindakan tersebut membazirkan sumber kerajaan. "Jika sumber hebat sebegini dikerah untuk mengesan penjenayah atau mencari kanak-kanak yang hilang, saya rasa ia boleh menyelesaikan beberapa kes jenayah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur,"
katanya. Mereka yang ditahan melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup rakyat" ketika dibawa ke IPK Kuala Lumpur dengan trak polis.

22 Januari 2008

Menteri homoseksual?

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - Sebaik sahaja bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek 'kecundang' gara-gara moral akibat adegan seksnya yang tersebar melalui rakaman VCD, timbul desas-desus pembunuhan karektor ke atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN) termasuk Umno, menerusi penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini. Terkini lebih mengaib dan 'mengerikan'satu lagi DVD seks yang didakwa membabitkan seorang lagi menteri dikatakan bakal disebarkan di Kepala Batas. Dalam laman kuda-kepang.blogspot.com mendakwa DVD ini dilaporkan memaparkan "adegan seks amalan kaum Nabi Lut" yang dilakukan oleh seorang menteri. "Menteri itu daripada komponen BN. Tetapi bukannya daripada MCA. Menurut tulisan blogger Dato' Kamal Amir yang disiarkan dalam Malaysia Today, DVD itu dipercayai melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura," kata Dato'Ruhanie Ahmad dalam laman webnya itu. "Sumber-sumber juga memberitahu blog ini bahawa amalan gay menteri berkenaan sebenarnya sudah diketahui oleh pucuk kepimpinan negara. Tetapi, ianya terus dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat jelata," katanya. Selain itu katanya terdapat info bahawa dua lagi DVD seks mengenai 'dua lagi orang besar' mungkin disebarkan oleh pihak tertentu di sebuah negeri di pantai timur semenanjung. "Percaturan politik di Malaysia nampaknya sedang menuju ke satu trend yang amat kotor," kata Ruhanie sebelum itu sebagai mukadimah cerita tersebut.
Biar masa menetukan segalanya dan rakyat akan memerhati satu demi satu 'permainan' dan lakonan para pemimpin serta muslihat politik yang semakin terdedah dan menjengkelkan

AUTA LINGAM

KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu dengan siapa saya berbual (ketika itu), tetapi yang pasti itu bukan Ahmad Fairuz," kata peguam Datuk V K Lingam, dalam keterangannya di hadapan Suruhanjaya Diraja semalam. Lingam, yang dikaitkan dalam klip video merakamkan perbualannya dengan seseorang yang dikatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bagaimanapun mengaku pernah bercuti bersama bekas Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan di Sepanyol dan Maghribi antara 1995 hingga 1996. Pada prosiding hari keenam itu, Lingam menafikan Ahmad Fairuz adalah kenalan rapatnya, malah mendakwa beliau tidak pernah memiliki nombor telefon bekas Ketua Hakim Negara itu dan begitu juga sebaliknya. "Kami tidak pernah berborak dalam telefon," katanya yang memberi keterangan sebagai saksi ke-13. Ini kali pertama Lingam memberi keterangan di hadapan suruhanjaya itu sejak ia bersidang 14 Januari lalu. Menjawab soalan Pegawai Pengendali, Timbalan Ketua Bahagian I (Polisi) Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan, Lingam mengakui lelaki yang dirakam dalam klip video itu mirip dirinya tetapi menegaskan perkara itu hanya boleh dipastikan kesahihannya jika rakaman dan peralatan asal yang digunakan boleh disemak."Memang saya pernah lihat klip video itu di internet, selain ditunjukkan kepada saya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tidak kiralah apa orang (saksi) lain kata, lelaki dalam klip video itu nampak seperti saya. Jika kamu menyoal saya 100 kali sekalipun saya akan memberikan jawapan serupa. "Malah, saya sendiri juga membuat rujukan mengenai isu ini, termasuk meminta pandangan pakar. Mereka memaklumkan, kesahihan klip ini hanya boleh dipastikan melalui peralatan dan rakaman asal. "Bagaimanapun sehingga kini rakaman atau peralatan asal masih tidak dikemukakan," katanya sambil dicelah Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohd Noor: "Adakah kamu sedang mengemukakan hujahan?" Lingam kemudian menjawab: "Tidak. Saya hanya menyatakan fakta. Bila saya berjaya memperoleh rakaman atau peralatan asal, saya akan menghantarnya kepada pakar saya sendiri untuk dibandingkan dengan keterangan dan pendapat yang dikemukakan selama ini.
"Malah, saya juga akan meminta pakar saya hadir bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya ini," katanya. Terdahulu, Lingam mengakui beliau kenal ahli perniagaan Loh Mui Fan dan anaknya Gwo Burne, tetapi menegaskan Mui Fan tidak pernah menjadi anak guamnya dan beliau sendiri juga tidak pernah melakukan kerja guaman. "Saya tidak pernah dilantik olehnya tetapi pernah menjadi peguam bagi pihak ayahnya dulu. Bagaimanapun, Mui Fah memang biasa datang ke pejabat saya, mungkin tiga kali setahun untuk berjumpa dengan saya sejak saya mengenalinya sekitar 1995. Anaknya juga pernah menemaninya ke rumah dan pejabat saya beberapa kali," katanya. Selain itu, beliau mengakui kenal Vincent Tan dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sejak 1990-an melalui Kumpulan Berjaya. "Firma guaman saya adalah satu daripada panel peguam Kumpulan Berjaya dan saya sendiri pernah melakukan kerja guaman untuk Vincent Tan, manakala Tengku Adnan ketika itu pengarah eksekutif beberapa syarikat kumpulan berkenaan," katanya. Pada prosiding petang pula, Lingam yang ditanya peguam pemerhati Majlis Peguam, Robert Lazar, adakah beliau pernah mengadakan percutian lain dengan Mohtar dan Vincent Tan, berkata: "Ya ada lagi, tapi hanya dengan Vincent Tan." Lingam yang menganggap Vincent Tan sebagai kawan rapatnya, berkata sehingga 1999 beliau pernah bercuti bersama Tan di India sebanyak dua kali. Sekeping gambar yang dirakamkan di Sepanyol antara Lingam, Mohtar dan Vincent Tan serta keluarga masing-masing dikemukakan oleh Lazar kepada suruhanjaya sebagai barang kes. Lingam yang kelihatan tenang apabila dirujuk gambar percutian itu, bagaimanapun memeranjatkan semua pihak apabila meminta peguamnya, R Thayalan mengemukakan hujah sebaik soalan mengenai percutiannya dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, dibangkitkan. Haidar membenarkan permohonan Lingam untuk Thayalan berhujah sama ada perkara itu relevan atau tidak. Sebelum itu, ketika ditanya oleh Lazar mengenai hubungannya dengan Mohtar yang meninggal dunia pada 2003 kerana serangan angin ahmar, Lingam berkata mereka hanya kawan biasa dan tidak terlalu rapat. "Saya pernah mengunjungi Mohtar yang berjawatan Peguam Negara ketika itu di rumahnya pada Hari Raya tetapi saya tidak pernah makan malam dengannya," katanya.

Benarkah Lingam bodohkan prosiding?

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pita Lingam hari ini memberi amaran kepada peguam yang mewakili VK Thirunama, Wee Choo Keong supaya supaya berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada media.Thirunama ialah adik Datuk VK Lingam."Kami menasihatkan anda supaya berhati-hati mengenai apa yang anda katakan. Kami harap anda menghormati kami dan tidak sewenang-wenangnya membuat andaian. Jangan paksa kami mengambil tindakan," kata Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor"Terdapat banyak orang di luar mahkamah dan berlaku kekecohan di situ, saya tidak ingat membuat kenyataan itu kerana terdapat banyak orang di luar sana," jawab Wee yang juga membangkitkan tentang laporan media yang menyatakan suruhanjaya itu agak membimbangkan.Mendengar jawapan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu, Haidar mencelah dengan menyoal Wee mengenai sama ada beliau mempunyai sebarang bukti mengenai perkara itu dan meminta beliau (Wee) membuktikan perkara itu kepada suruhanjaya. "Jangan remehkan suruhanjaya," kata Haidar.Haidar meminta pihaknya dihormati dan jangan diremehkan. Siapa yang berani meremehkan suruhanjaya itu? Tetapi, takkan Wee sahaja diberi amaran? Kesalahan Wee hanya kerana kenyataan akhbar yang beliau sendiri tidak pasti mengenainya.Wee tidak memperbodohkan suruhanjaya itu. Bagaimana pula dengan Lingam? Ahirudin Attan (http://rockybru.blogspot.com) berkata, suruhanjaya tersebut "tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Lingam yang cuba memperbodohkan prosiding".Mengapa Ahirudin menganggap Lingam memperbodohkan prosiding? Amat menarik apa yang cuba dibangkitkan oleh blogger Mofie (http://blog.mofie.net).Lingam berkata: "Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain".Beliau juga dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata, beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon. Lingam yang mengakui "tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi" itu juga berkata: "Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tetapi pastinya saya bukan bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz (Sheikh Abdul Halim, Hakim Besar Malaya ketika itu) kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak pernah ada nombor telefon saya. Sehingga inipun, beliau tidak pernah menelefon saya dan saya tidak pernah menelefon beliau".Persoalannya, jika benar Lingam "trying to make a fool of the proceeding" seperti yang dikatakan oleh Ahirudin, mengapa tidak ada sebarang tindakan? Atau, sekurang-kurangnya amaran. Paling lemah pun merayu dan memohon kepada Lingam supaya "jangan meremehkan suruhanjaya" itu.Jika benar Lingam cuba memperbodohkan prosiding, siapa sebenarnya yang diperbodohkan? Peguam yang bertanya atau suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar?Jika benar suruhanjaya itu boleh diperbodohkan, mungkin orang akan bertanya adakah suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar bodoh?Jika benar suruhanjaya itu bodoh, siapakah yang melantik suruhanjaya itu? Bukankah orang yang dilihat melantik suruhanjaya itu ialah Perdana Menteri sendiri? Benarkah Perdana Menteri bodoh? Dan, mengapa semakin ramai rakyat yang menyifatkan Perdana Menteri bodoh?

21 Januari 2008

MAHASISWA VS MAHASITUA

Parti Mahasiswa Negara (PMN) tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang. Ia ekoran tindak-tanduk Mustapa yang didakwanya menyekat suara dan tindakan mahasiswa, kata Setiausaha Politikn PMN, Amirul Faiez Hamdi dalam satu kenyataan hari ini. "PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa. "Walaupun telah nyata mahasiswa layak mengundi tapi mengapa tidak layak untuk menyatakan sokongan," katanya. "Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik, kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah," katanya. Oleh, tegasnya, PMN tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi itu, dengan meletakkan calon kami di Parlimen Jeli. Katanya, sejak pengumuman penubuhan PMN pada 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihraya (SPR), pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap penubuhan parti baru itu. "Pihak Parti Mahasiswa Negara seterusnya (mengemukakan permohonan) mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan (ROS), Putrajaya pada 18 Januari yang lalu sebagai langkah untuk menghadapi pilihanraya. 'Mansuhkan Auku' "Respons dari beberapa menteri telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan mahasiswa ke dalam arena politik tanahair," katanya. Malah, tambahnya, kebanyakan respons adalah bersikap menentang dan melarang penglibatan mahasiswa dalam politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum yang mendatang. "Antara respons ialah dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh sama sekali terlibat dalam pilihanraya berdasarkan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1975," tegasnya. Kenyataan yang sama juga, katanya, telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Pengajian Tinggi. Oleh sebab itu, kami Parti Mahasiswa Negara menyatakan bahawasanya kami sama sekali tidak "beriman" terhadap Auku 1975. Malahan secara terang- terangan kami sudah melanggar Auku. "Mengapa masih menggunakan lagi akta tersebut dalam mengugut para mahasiswa yang memberikan sokongan terhadapa Parti Mahasiswa Negara," tambahnya. Tegasnya, pendirian mereka terhadap Auku tidak pernah berubah, sama ada ianya perlu dimansuhkan secara total mahupun akan dipinda beberapa seksyen yang terkandung di dalamnya. "Parti Mahasiswa Negara juga menyeru rakan-rakan siswa yang lain untuk bersama-sama kita bergerak seiring dalam membawa agenda perjuangan siswa dan juga rakyat," katanya.

Bekas Penolong Gabenor dipaksa akui Anwar miliki RM 3 bilion?

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai maklumat baru mengenai perakuan bersumpah daripada bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu yang menuduh bahawa Anwar mempunyai wang sebanyak RM 3 bilion. Maklumat itu didedahkan Anwar hari ini ketika ditemui wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri Sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja 'Pita Lingam'. Laporan Suara Keadilan versi internet hari ini menyebut, Anwar berkata, menurut maklumat tersebut, paksaan terhadap Abdul Murad tersebut dimulakan di rumah Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor di mana ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan turut hadir. VK Lingam kemudiannya didakwa mengugut Abdul Murad di makhamah bahawa Abdul Murad akan dipenjarakan sekiranya tidak menandatangani pengakuan tersebut.

Rakyat Perlis mahu tukar kerajaan! Rakyat Melaka ??

KANGAR, 21 Jan (Hrkh) - Rakyat Perlis mahu perubahan! Pimpinan kini sudah tidak relevan! Tukar pemerintah kini kepada pembangkang! Demikian, antara angin yang sedang melanda dalam sebuah laman web anak Perlis yang sedang membuat bancian secara 'online' ketika ini.
Dalam ruangan poll (Mai Mengundi) di laman web AnakPerlis.com sedang dijalankan undian bertajuk "Perubahan politik yang bagaimanakah yang anda perlukan untuk negeri Perlis ?"

Keputusan undian yang dibuat sehingga hari ini mendapati sebanyak 53 peratus atau 139 daripada 260 orang pengundi mahukan "Parti pemerintah kepada Parti Pembangkang".
Sementara itu 39 orang tau 15 peratus mahukan "Team sekarang kepada team yang baru" dan 25 orang atau sembilan peratus mahukan "pucuk pimpinan yang lebih berpengalaman". Lain-lain pengundi pula memilih "Gabungan pemimpin tua dan muda" seramai 23 orang (8 %), "Kekalkan team sekarang" seramai 15 orang(5%), "Pucuk pimpinan yang lebih muda" seramai 11 orang (4%) dan selebihnya "Tak kisah" seramai lapan orang (3%). -
Rakyat Melaka bagaimana?

17 Januari 2008

"Saya tidak ingat" - Mahathir

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat pertama kalinya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi siasatan kes skandal kehakiman 'Pita Lingam' yang dikendalikan Suruhanjaya Siasatan DiRaja hari ini. Sebelum masuk ke kandang saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pegawai mahkamah kelihatan menyediakan air mineral dan sekotak tisu di atas meja kandang saksi. Mahathir diwakili oleh tiga peguam, Tengku Sofia Jewa, Dato' Dr Yaakob Hussin Marican dan Dato' M Chandran. Sementara beberepa peguam lain mewakili anak guaman masing-masing antaranya, peguam bagi Tun Mohamed Dzaidin Abdullah, Wong Choo Wah dan peguam bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim, M Puravelan.

Beberapa persoalan yang dihadapkan oleh peguam yang mewakili pelbagai pihak mengenai pelantikan hakim hanya dijawab Mahathir dengan jawapan 'saya tidak ingat' selain 'saya tidak boleh beri penjelasan mengenai alasan mengapa saya tolak cadangan'. Soalan antaranya menjurus kepada pelantikan Hakim Besar Malaya, Ketua Hakim Negara dan penolakan dua nama bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi.Soalan juga menjurus kepada mengenai pelantikan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang dicadangkan oleh Tun Dzaidin dalam salah satu surat cadangan kepada Mahathir. Mahathir mengakui ada menerima dan mengutus beberapa surat kepada Dzaidin mengenai cadangan pelantikan hakim-hakim kanan. Dalam proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahathir mengakui menolak dua nama bagi jawatan tersebut iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainuddin Ismail. Sementara tiga nama yang disetujui bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi ialah, Dato' Heliliah Mohd. Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato' Ahmad Maarop. Semalam, surat menyurat antara Mahathir dengan bekas Ketua Hakim Negara (Dzaidin) dikemukakan kepada suruhanjaya tersebut. Sepucuk daripadanya menunjukkan Mahathir menolak dua nama yang dicadangkan oleh Dzaidin iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainudin Ismail. Dalam rakaman perbualan Lingam meramalkan bahawa Chew dan Zainudin tidak akan dilantik kerana mereka dari 'kem Dzaidin'. Bila tanya mengapa nama Chew dan Zainudin digugurkan, Dr Mahathir memberitahu suruhanjaya tersebut yang beliau tidak ingat sebab-sebabnya. Beliau juga mengakui menolak cadangan Dzaidin berhubung pelantikan Dato' Malek Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya setelah Tun Ahmad Fairuz mengosongkan jawatan itu untuk dicadangkan menjadi Presiden Hakim Mahkamah Rayuan. Mahathir dengan tegas menyatakan bahawa dalam membuat penilaian terhadap pelantikan hakim-hakim kanan, beliau ada mendapat pandangan dari pelbagai pihak. Ini termasuk orang yang berpengetahuan undang-undang, pegawai kerajaan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain mendengar pandangan daripada khalayak yang datang dalam program-program sosial, katanya.

Begitupun beliau menyatakan, keputusan akhir untuk pelantikan hakim-hakim tetap akan dibuatnya sendiri. Beliau juga mengakui ada menerima memorandum dan surat dari pelbagai pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, namun tidak mengesahkan kandungan memo dan tidak ingat tarikh memo diterima. "Mungkin ada surat dari Tun Eusoff Chin, walaupun saya tidak ingat," katanya.
Sementara semasa ditanya oleh salah seorang peguam mengenai hubungkaitnya dengan peguam terkemuka, Dato' VK Lingam, Mahathir mengakui hubungan dengan peguam itu sebagai anak guaman. Beliau mengenali Lingam sebagai seorang peguam yang bagus yang mengendalikan beberapa kes ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri. Beliau seterusnya mengakui ada mengambil khidmat Lingam dalam kes saman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadapnya beberapa tahun lalu. Mahathir yang menjawab soalan-soalan berdasarkan beberapa dokumen mengenai surat-surat cadangan antara beliau dan Dzaidin dengan kaitannya berdasarkan rakaman perbualan Lingam beberapa kali menyatakan "saya tidak ingat" .
Mahathir seterusnya ditanya mengenai satu pertemuan yang turut dihadiri oleh ahli perniagaan, Vincent Tan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor (kini Menteri Pelancongan) dan pada tahun 2001 di sebuah hotel di Lembah Klang, Mahathir mengakui kenal dengan Vincent Tan dan mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan itu. Menjawab soalan peguam Anwar, Mahathir berkata, terlalu banyak pertemuan dengan banyak pihak diadakan namun beliau tidak ingat tentang pertemuan yang diperkatakan itu. Beliau juga ditanya mengenai sebarang kemungkinan ada pihak yang ada 'akses' untuk melihat surat-surat rahsia mengenai pelantikan hakim-hakim. Mahathir hanya menyatakan ada pihak termasuk jurutaip, pegawai yang berkenaan dan menteri yang ada kena-mengena dengan urusan itu sahaja yang mungkin boleh melihat. Prosiding ke atas Mahathir berakhir pada jam 11.25 pagi tadi selepas beberapa peguam termasuk Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hassan mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri itu. Semalam suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal kehakiman 'Pita Lingam' diberitahu mengenai pertukaran surat antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, telah diminta memberi keterangan saksi untuk menyahihkan surat-surat tersebut di hadapan lima pesuruhjaya siasatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Dalam satu surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan lima calon untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kepada bekas Perdana Menteri. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bersidang bagi hari yang keempat hari ini menghentikan prosiding selepas Mahatahir tamat memberi keterangan pagi tadi. Siasatan akan bermula semula jam 2.30 petang ini di hadapan lima pesuruhjaya yang mengendalikan siasatan itu, antaranya Tan Sri Haidar Mohamad Noor; Prof Emeritus Khoo Kay Kim; Zaiton Zawiyah Puteh, Dato' Mahadev Shankar dan Tan Sri Steve Shim

Baling Batu Sembunyi Tangan ler ..

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Menteri Pelancongan Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan keterlibatan dalam mengatur pelantikan hakim-hakim seperti yang terkandung dalam perbualan antara peguam, VK Lingam dengan seorang hakim kanan persekutuan pada tahun 2001. Bagaimanapun Tengku Adnan yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan DiRaja di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi menyifatkan bahawa ketika perbualan dalam klip video itu, kata-kata lingam itu adalah 'kata-kata lelaki mabuk'.Justeru beliau yang menjadi saksi ke-10 pada prosiding hari keempat Suruhanjaya Siasatan Diraja hari ini berkata, beliau tidak ambil peduli dakwaan yang dibuat walaupun kata-kata itu mencemar nama baiknya. Siasatan dilakukan di hadapan lima pesuruhjaya antaranya, Tan Sri Haidar Mohamad Noor; Prof Emeritus Khoo Kay Kim; Zaiton Zawiyah Puteh, Dato' Mahadev Shankar dan Tan Sri Steve Shim."Saya tidak ingat' - Mahathir Beliau juga berkata tidak tahu menahu mengapa namanya disebut Lingam dalam perbualan pita yang dirakam secara rahsia pada tahun 2001. "Disebabkan itu saya tidak menghubungi Lingam bagi mendapatkan penjelasan dan membersihkan namanya," katanya. Nama Tengku Adnan disebut dalam perbualan melalui antara antara Lingam dengan seorang bekas hakim kanan yang didakwa sebagai Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Terdahulu pagi tadi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi kesembilan, dan dalam pengakuannya Mahathir mengakui mengenali Lingam. Beliau juga dihadapkan dengan pelbagai soalan yang menjurus kepada kaitan antara Lingam, Tan Sri Vincent Tan dan Tengku Adnan yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang). Beliau mengaku ada menerima pandangan mengenai pelantikan hakim-hakim daripada pihak-pihak tertentu termasuk dari kalangan sosialnya, namun konsisten dengan jawapan bahawa beliau membuat sendiri keputusan akhir. Beliau juga ditanya mengenai sebarang kemungkinan ada pihak yang ada 'akses' untuk melihat surat-surat rahsia mengenai pelantikan hakim-hakim. Mahathir hanya menyatakan ada pihak termasuk jurutaip, pegawai yang berkenaan dan menteri yang ada kena-mengena dengan urusan itu sahaja yang mungkin boleh melihat. Prosiding ke atas Mahathir berakhir pada jam 11.25 pagi tadi selepas beberapa peguam termasuk Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hassan mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri itu. Semalam Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal kehakiman 'Pita Lingam' diberitahu mengenai pertukaran surat antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, telah diminta memberi keterangan saksi untuk menyahihkan surat-surat tersebut di hadapan lima pesuruhjaya siasatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Dalam satu surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan lima calon untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kepada bekas Perdana Menteri. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bersidang bagi hari yang keempat hari ini menghentikan prosiding selepas Mahatahir tamat memberi keterangan pagi tadi.

Menjelang pilihan raya, caca marba Umno dan peluang BA di Pulau Pinang. DiMelaka ???

Usaha menangkis bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah Omar Shah daripada menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya terus dilakukan oleh Umno Bahagian Permatang Pauh. Ini semua disebabkan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid mahukan kerusi itu memandangkan ia lebih selesa berbanding Dun Penanti yang hanya beberapa ratus sahaja majoritinya dalam pilihan raya umum ke-11 dulu.
Selain minat Dato' Jalil ada satu lagi nama yang bakal dilonjakkan di Dun ini bagi menyaingi kedudukan Arif Shah ialah seorang tokoh peniaga, Dato' Nasir Abdullah yang baru dianugerahkan pangkat 'Dato' hasil pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perbincangan dalaman Umno. Namun begitu, tokoh muda ini kurang berminat bertanding dalam masa terdekat sebaliknya mempunyai agenda lain untuk menguatkan kedudukan dalam arena politik terutamanya di bahagian serta memperkukuhkan perniagaanya. Kemungkinan besar beliau berhasrat bertanding dua jawatan utama di peringkat bahagian terlebih dahulu sama Ketua yang dikuasai oleh Dato' Jalil atau timbalan oleh Dato' Firdaus Ismail. Beliau kini menjawat jawatan Naib Ketua Bahagian. Desas-desus mengatakan Dato' Jalil mempunyai peluang 80 peratus jika tokoh muda yang bakal ditonjolkan itu menunjukan kurang minat terhadap tawaran yang diberikan. Bila Dato' Jalil berpindah ke Dun Seberang Jaya maka di Dun Penanti pastinya menjadi milik peguam muda, Saudara Rohaizat jika beliau menang. Kini, menjadi tugasnya mempersiapkan jentera kerana Umno agak malap di Dun ini ekoran pertembungan kuat dengan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) yang banyak menubuhkan cawangan baru. Malah, Dun ini pernah dimenangi KeADILan menerusi calonnya, Haji Abdul Rahman Abdul Kadir dalam pilihan raya umum ke-10 dulu.
Bagi merancang penonjolannya, beliau lazimnya akan bertindak sebagai Pengerusi majlis ceramah penerangan Umno dan terbaru menjadi salah seorang pengelola rombongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ke Serdang, Selangor.
Di Permatang Pasir pula hasrat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon boleh dikatakan 'karam' ekoran tindak tanduknya yang tidak bermoral.
Justeru itu, Umno cuba ketengahkan seorang guru yang kini berkhidmat dengan Kemas, Cikgu Sahar. Kedudukan itu bertambah kukuh ekoran beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ketua Umno Bahagian. Namun Umno terpaksa berkerja keras kerana di sini adalah 'kubu PAS' sejak pilihan raya tahun 1999. Kedudukan PAS di sini boleh dianggap kuat kerana projek seperti pembinaan rumah yang ditimpa musibah dilaksanakan seperti biasa, bantuan banjir dihulurkan, wang zakat setiap kali bulan Ramadan turun dibantu serta keakraban Adunnya, Mohd Hamdan Abdul Rahman yang sanggup berbasikal mengeliling beberapa kampung meninjau masalah serta menyumbangkan bantuan jika perlu. Melihatkan senario ini Umno agak pening kepala kerana ramai orang muda lebih mirip kepada pembangkang berbanding Barisan Nasional (BN) walaupun Umno cuba menganjurkan beberapa program berbentuk sukan di padang bola di Kampung Kota. Tambahan lagi, Umno sudah kehilangan perangcang utama apabila, Setiausaha Umno Bahagian yang tinggal di Kampung Kota, Cikgu Yahya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu. Allahyarham bukan sahaja menjadi perancang untuk mendapat semula Permatang Pasir kepada Umno bahkan Permatang Pauh yang dikuasai Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak pilihan raya umum ke-10 lalu.
Ada juga desas mengatakan Dato' Firdaus akan disisihkan dengan memanggil nama Menteri Kewangan Kedua, Dato' Nor Mohamad bertanding di Permatang Pauh. Fenomena itu ketara apabila adanya pertemuan sulit yang diatur oleh sekumpulan ahli Umno di bahagian itu. Sebelum ini, Dato' Nor Mohamad dikhabarkan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor yang selama ini menjadi milik Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Sharif Haji Omar. Tidak mustahil nama Dato' Nor Mohamad akan terukir diposter pilihan raya umum Parlimen Permatang Pauh kerana beliau adalah orang 'kesayangan' Perdana Menteri dan secara langsung mematikan pengaruh bekas Imam Besar Masjid Negara itu. Seandainya, kejadian ini terjadi di manakah Dato' Firdaus akan bertanding?. Tentu ramai pihak akan tertanya-tanya tetapi itu tidak menjadi persoalan kerana beliau merupakan orang kuat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Seri Hisyamudin Husein. Di mana sahaja namanya akan disenaraikan untuk membendung pengaruh PAS atau KeADILan. Namun begitu, bagaimanakah persiapan Barisan Alternatif (BA) terutamanya di Pulau Mutiara ini? Adakah sudah mencapai 80 peratus atau sekadar 50 peratus. Tentu kepimpinan BA Pulau Pinang lebih maklum untuk mengalahkan BN bukan kerja senang melainkan wujud kebangkitan rakyat dan usaha memerangi pengaruh dengan culaan yang tepat bukanya 'culaan di atas katil'

PAS sokong saranan Mahathir tolak pemimpin tiada etika, guna keganasan

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - PAS menyokong penuh saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menolak Golongan yang mengunakan cara tidak beretika dan keganasan untuk mencapai cita-cita mereka menjadi seorang pemimpin. Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun Mahathir cukup berpengalaman untuk mengajak rakyat mengubah persepsi serta tanggapan takut rakyat terhadap ancaman tertentu para pemimpin politik selama ini. "Umno adalah contoh parti yang tidak beretika. Guna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media,rasuah dan ugutan untuk menang dalam pilihan raya dan menjadi pemimpin. "Keganasan tidak sahaja berlaku dalam peperangan tetapi berlaku juga dalam konteks mengancam rakyat dengan isu-isu perkauman, keselamatan dalam negara, balasan dan imbuhan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily semalam.
Beliau turut merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini yang dilihat memberi 'amaran' dan menakutkan kepada rakyat supaya tidak menggadaikan negara. Mahfuz juga menjelaskan bagaimana kerajaan menggula-gulakan rakyat untuk menyalurkan dana sejumlah RM3 bilion dalam bidang pendidikan sedangkan masalah sistem pendidikan dan yuran tambahan baru-baru ini masih tidak dapat diselesaikan dengan baik malah menimbulkan rasa tidak senang ibu bapa. "Umno guna cara ini untuk beli undi. Jelas inilah pemimpin yang tidak beretika dan mesti ditolak sepenuhnya seperti disyorkan Mahathir," katanya.Mahathir katanya turut menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, yang wajar dijadikan sandaran oleh seluruh rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin yang baik khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang. Antara kualiti yang dimaksudkan Mahathir ialah seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar di samping tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. "Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain. "Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya," kata Mahathir di persidangan mahasiswa baru-baru ini di Putrajaya. Mahfuz berpendapat saranan bekas Perdana Mneteri itu adalah isyarat yang yang jelas supaya rakyat terus menolak kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan barisan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang senantiasa menunjukkan sikap tidak beretika dalam menangani isu-isu semasa seperti ekonomi, perkauman dan melakukan pelbagai penyelewengan terhadap rakyat dan negara. "Umno kini dilihat tersepit, cuba menekan rakyat dengan menggunakan pelbagai elemen ugut tetapi era kini rakyat semakin sedar dan pasti akan menolak sama sekali budaya takut yang dicanangkan mereka," katanya.

Abdullah tidak layak cakap soal kebebasan media

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS merasakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak layak untuk bercakap mengenai soal keadilan dan kebebasan media di forum antarabangsa kerana beliau sendiri adalah 'diktator' yang mengongkong kebebasan media.Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily mengulas kenyataan Abdullah di Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) di Sepanyol yang menggesa media meningkatkan peranan dalam merapatkan hubungan peradaban Timur dan Barat. Kenyataan Abdullah tersebut merupakan satu tempelak ke atas media mainstream di negara ini yang selama ini memainkan peranan melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum. Lebih dahsyat lagi apabila parti-parti komponen BN yang menguasai media-media utama menggunakan media ini untuk mencetuskan isu perkauman dalam negara,"jelasnya. Malah menurutnya, tindakan Abdullah menyekat permit akhbar Harakah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2000 adalah satu dosa yang tidak boleh dimaafkan. "Jika Abdullah ingin bercakap soal kebebasan dan peranan media bagi merapatkan hubungan tamadun, beliau perlu terlebih dahulu memberikan kebebasan media sepenuhnya kepada rakyat di negara ini," ujarnya. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menempelak kenyataan Abdullah dengan mendakwa bahawa media di negara ini langsung tidak adil. "Mereka bukan sahaja berpihak kepada Umno-BN, bahkan menyokong setiap penindasan BN ke atas rakyat seperti memberikan gambaran bahawa kenaikan tol, harga petrol, barang keperluan pengguna dan yuran sekolah sebagai positif. "Dalam masa yang sama, mereka juga menyebarkan fitnah dan maklumat palsu ke atas pemimpin PAS dengan memutar belitkan berita," katanya. Tambahnya, apabila menjelang pilihan raya wajah sebenar media proksi kerajaan begitu terserlah dengan peranan mereka mencanang isu-isu palsu dan bertindak secara berat sebelah dalam sebarang liputan yang dibuat. "Setiap kali musim pilihan raya, PAS digambarkan memusuhi orang bukan Melayu, undang-undang Islam akan menzalimi orang bukan Islam dan sebagainya. "Oleh sebab itu, maka tidak hairanlah indeks kebebasan media di Malaysia berada pada tahap yang amat rendah," katanya lagi. Ketika membicarakan isu yang sama, Salahuddin turut mengemukakan contoh isu yang menjadi perdebatan seperti menimbulkan semula isu-isu kecil dan terlalu teknikal dalam agama seperti ruangan Astora Jabat untuk mengeliru dan menimbulkan kemarahan umat Islam. "Kita juga masih ingat bahawa News Straits Times pernah menyiarkan karikatur Nabi selain beberapa media termasuk yang menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada 'God'," ringkasnya.Jelasnya lagi, dalam isu Hindraf pula media Umno-BN sengaja membesar-besarkan hal ini supaya BN dapat mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka

IPTA diperalat ???

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Tidak cukup dengan media, kini gelanggang universiti menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional dalam memastikan kemenangan mutlak dalam pilihan raya umum akan datang. Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, satu Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi telah mengeluarkan arahan kepada semua tenaga pengajar yang merangkumi pensyarah dan tutor universiti itu agar memastikan tiada pelajar terlibat membantu pembangkang serta menyokong mereka dalam pilihan raya akan datang. "Namun tidak disebutkan pula larangan tersebut kepada parti pemerintah yakni Umno-BN jika pelajar mahu terbabit untuk menyokong dan menyumbang pertolongan kepada parti tersebut," demikian menurut sumber tersebut.
Arahan tersebut adalah khusus dalam situasi menjelang pilihan raya tidak lama lagi serta lambakan isu yang tidak memihak kepada Umno-BN yang memungkinkan sokongan terhadap parti politik pemerintah itu akan beralih arah. Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UKM Prof Dr Abdul Wahid Samsudin yang sepatutnya telah menamatkan perkhidmatan beliau telah disambung kontraknya meskipun beliau telah mencapai usia bersara wajib iaitu 56 tahun. Berdasarkan sumber yang diterima, ia adalah bertujuan bagi memastikan Abdul Wahid terus berperanan bagi memantau perkembangan politik dalam kampus tersebut di samping mengukuhkan pengaruh Umno-BN pada pilihan raya akan datang. "Ia juga pada masa sama bertujuan untuk mengelakkan pengaruh parti pembangkang daripada menyusup masuk ke dalam kampus terbabit sama ada daripada pihak mahasiswa mahupun kakitangan universiti tersebut," jelasnya lagi.Ini kerana ada sesetengah pihak menganggap bahawa Abdul Wahid merupakan agen utama Umno-BN yang bertanggungjawab mencaturkan politik kampus UKM bagi mengikis semua unsur pembangkang daripada bertapak di universiti itu. Ia termasuklah melaksanakan pelbagai arahan yang berbau politik dalam mengendalikan perjalanan dan mengurus tadbir UKM

BN... Tradisi membazirkan wang rakyat

Kejayaan besar Kerajaan BN adalah bijaknya mereka membazir serta menghabiskan duit rakyat. Kejayaan besar ini dapat dicapai kerana pemimpin BN mempunyai masalah memahami apa yang dimaksudkan dengan duit negara. Bagi mereka duit negara adalah seperti duit bapa mereka sendiri. Oleh itu, mereka tidak langsung dihantui rasa bersalah jika duit rakyat tidak dibelanjakan dengan betul dan teliti. Saya akan mengemukakan beberapa contoh kes yang secara jelas menunjukkan betapa mudahnya wang rakyat dibazirkan oleh BN. Bagi meredakan kegelisahan rakyat terhadap masalah salah laku, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam institusi polis, PM Abdullah Badawi telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Suruhanjaya ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaidin dan 15 anggota yang lain. Ia telah ditubuhkan pada 4 Februari 2004. Suruhanjaya tersebut telah mengemukakan 125 cadangan kepada kerajaan untuk membaiki imej polis. Salah satu cadangan utama Suruhanjaya tersebut adalah untuk kerajaan mewujudkan IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission), yang dicadangkan tarikh akhir penubuhannya pada 31 Mei 2007. Umum mengetahui betapa banyak duit yang telah dibelanjakan oleh Suruhanjaya tersebut bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Sebagai rakyat, kita boleh menerima jika jutaan ringgit yang dibelanjakan oleh Suruhanjaya tersebut boleh memberi manfaat kepada rakyat iaitu pembaikan institusi polis dalam ngara ini. Malangnya ianya tidak berlaku begitu. Kerajaan bukan sahaja masih gagal melaksanakan banyak daripada saranan Suruhanjaya tersebut malah sanggup mengubah 360 darjah saranan Suruhanjaya tersebut khususnya dalam isu penubuhan IPCMC. IPCMC yang dicadangkan oleh Suruhanjaya, Special Complaints Commission (SCC) pula yang hendak dibuat oleh Kerajaan BN. Tan Sri Dzaidin, Pengerusi Suruhanjaya Diraja yang begitu marah dan kecewa dengan tindakan kerajaan tersebut menyatakan: "The proposed Special Complaints Commission (SCC) now being formed by an act of parliament, was 'something entirely different' from what we recommended. The government, in its wisdom, did not accept the core recommendation of an independent oversight body." (Cadangan SCC yang digubal melalui Akta Parlimen adalah 'sesuatu yang berbeza sama sekali' daripada yang kami cadangkan. Kerajaan tidak menerima cadangan utama bagi mewujudkan IPCMC.) Tan Sri Dzaidin juga berkata IPCMC dan bukannya SCC diharap untuk menerima dan menyiasat aduan salah laku polis dan menghalang, membanteras dan menyiasat rasuah dan salah laku polis bagi meningkat keyakinan rakyat ke atas pihak polis. Salah laku didefinisikan termasuk rasuah polis, penglibatan polis dalam perbuatan jenayah dan kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur undang-undang. Nampaknya, kata Dzaidin, rasuah tidak langsung disebut dalam Akta SCC. Jelas senario terbaru ini menunjukkan Abdullah dan sekutunya dalam BN telah berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan wang rakyat begitu sahaja. Seperti yang saya katakan BN amat cekap dan bijak membazirkan wang rakyat. Kita tentu masih ingat bagaimana dalam isu insinerator di Broga, Semenyih, Kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun. Meskipun kerajaan tahu dan sedar projek tersebut adalah tidak "viable" dan boleh mengancam kesihatan rakyat ianya masih ingin diteruskan. Akhirnya Najib Tun Razak mendedahkan kebodohan BN dengan menyatakan keputusan membatalkan projek itu kerana kos membinanya lebih kurang USD435 juta dan bukannya kerana protes berkaitan dengan impak alam sekitar dan kesihatan. Najib berkata pembinaan insinerator bukan sahaja melibatkan perbelanjaan modal (capital expenditure) sebanyak RM1.5 billion tetapi juga kos penjagaan (maintenance costs) yang tinggi. Kalau dah tahu tinggi kenapa hendak dibina juga? Walau apa pun alasan Najib, pokoknya duit rakyat telah dibazirkan di atas perbelanjaan kerja-kerja yang telah dijalankan dan pembayaran pampasan atau ganti rugi berbilion ringgit yang kena dibayar oleh kerajaan kepada syarikat yang dikurniakan untuk membina insinerator itu iaitu konsortium daripada syarikat Jepun, Ebara Corporation and rakan kongsi tempatan iaitu Hartasuma Sdn Bhd. Selain projek insinerator Broga, BN juga berjaya membazirkan wang rakyat dalam isu pembinaan Zon Bebas Niaga Pelabuhun Klang (PKFTZ). Projek yang diselubungi oleh pelbagai kontroversi tersebut menyaksikan pertambahan kos yang meningkat sebanyak RM3.5 billion daripada kos asal. Bukan sahaja Kerajaan gagal menyiasat kegagalan projek tersebut, ia sebaliknya bersetuju pula untuk memberikan pinjaman (soft loan) sebanyak RM4.681 billion kepada Port Klang Authority (PKA). Anwar Ibrahim dalam kenyataan rasminya menyatakan "episod ini adalah satu daripada banyak contoh daripada kerajaaan yang mendedahkan konflik kepentingan, rasuah, dan salah pengurusan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan penjawat awam." PKA telah membeli 1000 ekar Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM25 satu kaki persegi dengan nilai RM 1.8 billion (termasuk faedah). Kuala Dimensi telah mengaut keuntungan sebanyak RM993 juta kerana syarikat tersebut hanya membeli tanah yang berkaitan daripada Pulau Lumut Development Cooperative Berhad pada nilai RM95 juta sahaja (iaitu pada harga RM3 satu kaki persegi). Menurut Anwar, urusniaga yang menguntungkan ini melibatkan ahli politik Umno dan MCA termasuklah Pengerusi Tetap Umno pada masa ini iaitu Tan Sri Dato Seri Haji Onn Ismail, Bendahari Umno, Dato Seri Azim Mohamed Zabidi, Dato Chor Chee Heung, MCA yang juga Pengerusi KPA dan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Tiong King Sing dan tidak ketinggalan Ahli Parlimen Bintulu. Apa yang lebih mengejutkan lagi dalam keadaan rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang semakin meningkat Kerajaan BN masih sibuk memikirkan bagaimana ingin habiskan duit rakyat dengan bermegah untuk membina kompleks sukan di Kota London. Isu ini menjadi bahan kritikan apabila terbocornya maklumat bahawa Kerajaan BN perlu membayar kos sebanyak RM490 juta untuk mengubah Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) kepada High Performance Training Centre (HPTC). Dilaporkan kemudiannya bahawa RM490 juta tersebut adalah kos bagi membina kompleks sukan. Apa yang lebih memeranjatkan adalah angka yang ada di minda Jawatankuasa Kabinet untuk membina HPTC hanyalah sekadar RM70 juta. Bagaimanakah ia boleh meningkat kepada 490 juta? Baru-baru ini dilaporkan permohonan Malaysia untuk mengubah sebahagian TARRC di Brickendonbury, London kepada HPTC telah ditolak oleh Jawatankuasa Majlis Kawalan Pembangunan Timur di London. Sebenarnya tiada apa yang hendak dipelikkan. Di dalam laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan; antara lain menunjukkan bagaimana pembelian 13 item untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) meningkat sehinggai RM8.39 juta - satu nilai yang jauh daripada harga pasaran. Dilaporkan dua 'crane towers' misalnya dibeli dengan harga RM5.72 juta apabila kos sebenar hanyalah RM2.98 juta sahaja. Kementerian Belia dan Sukan juga telah membeli 17 set buku teknikal pada harga RM181,900 atau RM10,700 bagi setiap set sedangkan harga sebenar hanyalah RM417 bagi setiap set. Syabas BN, kamu memang hebat menipu rakyat yang malangnya suka pula terus ditipu oleh kamu! - tajdid

16 Januari 2008

PM MAIN TEKA TEKI

MADRID 15 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12 yang diramalkan banyak pihak akan diadakan pada bulan Mac depan.Beliau berkata, pilihan raya umum boleh diadakan antara sekarang hingga bulan Mac depan atau antara sekarang hingga sebelum Mac 2009.Menurut Abdullah, pada bulan Mac ini beliau akan menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Senegal, Afrika.Sidang kemuncak OIC di Senegal akan diadakan pada 8 hingga 14 Mac ini. Katanya, beliau perlu menghadiri sidang kemuncak itu bagi menyerahkan mandat yang dipegangnya selaku Pengerusi OIC sejak sidang kemuncak pertubuhan itu di Malaysia pada Oktober 2003. ‘‘Pada sidang kemuncak itu nanti, saya akan menyerahkan jawatan yang saya sandang... takkan saya tidak hadir pula,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri sidang kemuncak OIC itu ketika banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Mac.Bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, Abdullah memberitahu, sehingga kini beliau masih ‘‘belum membuat apa-apa lagi’’ untuk mengadakan pilihan raya umum ke-12.Ditanya lagi sama ada pilihan raya itu akan diadakan sebelum atau selepas Mac kerana beliau terpaksa menghadiri sidang kemuncak OIC itu, Perdana Menteri menjelaskan:‘‘Biasanya setahun sebelum mandat yang diperoleh daripada rakyat pada pilihan raya yang lalu berakhir, kita akan membuat persiapan. Inilah yang kerajaan lakukan sebelum ini dan proses yang sama diteruskan.‘‘Oleh itu ia (pilihan raya umum) boleh diadakan antara sekarang atau bulan depan atau antara sekarang hingga sebelum Mac 2009. Seronok pula bila dapat tahu semua orang dah tidak sabar ... nak sangat pilihan raya.”Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, Abdullah memimpin Barisan Nasional (BN) memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen dengan undi popular sebanyak 63.9 peratus.Perdana Menteri berada di sini bagi menghadiri Forum Tahunan Pertama Perikatan Ketamadunan yang diadakan bagi merapatkan jurang antara negara dan budaya di seluruh dunia dan membentuk perkongsian baru bagi menggalakkan persefahaman sejagat.Forum dua hari yang bermula hari ini dirasmikan oleh Presiden Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero.

Maju Ker ???

MELAKA: Empat belas daripada 20 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi tujuan memantau keselamatan penduduk sekitar bandar raya ini tidak berfungsi sehingga menimbulkan kebimbangan dan pelbagai persoalan.Perkembangan memeranjatkan itu terdedah ketika Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melakukan lawatan mengejut ke Balai Polis Melaka Tengah di sini, semalam khusus bagi meninjau kemudahan itu.Berikutan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan negeri mengarahkan polis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertindak segera memperbaikinya sebelum semuanya rosak.Pada masa sama, beliau mahu bilangan CCTV ditambah 29 unit lagi dan dipasang di tempat tumpuan orang ramai selain mengarahkan pembatalan kontrak syarikat penyelenggara CCTV berkenaan. "Saya sangat dukacita...saya tidak mahu perkara begini berlaku di Melaka. Saya sudah minta MBMB bekerjasama dengan polis bagi memastikan kemudahan ini berfungsi sepanjang masa. "Saya mahu kerja penyelenggaraan 14 CCTV yang gagal berfungsi diganti peralatan lebih canggih bagi memudahkan polis memantau perlakuan jenayah di bandar raya ini," katanya.Turut hadir Pengerusi Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Banda Hilir, Chock Choon Sin dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Johari Yahya. Mohd Ali yang meluangkan masa sejam meninjau kemudahan itu mencadangkan tender baru dibuka bagi membolehkan peralatan baru kamera yang bakal dipasang boleh beroperasi sepanjang masa dan memaparkan imej jelas. "Saya harap keselamatan dan pemantauan menerusi CCTV diberi perhatian serius kerana daripada pemerhatian saya, imejnya kurang jelas pada siang hari. "Saya mahu satu sistem yang dapat merakam imej jelas dalam semua keadaan, sama ada siang atau malam,'' katanya. Mohd Ali mengarahkan MBMB memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memasang sistem yang lebih canggih seberapa segera di bandar raya ini.